Showing posts with label ELiSS. Show all posts
Showing posts with label ELiSS. Show all posts

Dari mana datangnya TOKSIN?



Dari mana datangnya TOKSIN? Wajib baca Point ke 2 dan ke 5:
.
Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :
 UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
.
 MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
.
 UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
.
 RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
.
 MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
.
 DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia.
.
Untuk menyahtoksinkan atau DETOX point ke 2 dan ke 5 adalah disarankan anda mengambil Leptos Flush 2x seminggu. Ia bukan sahaja menjadikan badan kita sihat, usus yang bersih malah boleh mengelakkan datangnya penyakit-penyakit lain.
.
Tidak perlu hari-hari, hanya 2x seminggu sahaja. Kegemukan dan BOROI juga dapat dijauhi.
.
1 kotak RM80.
2 kotak RM130 FREE shaker
Free Postage seluruh Malaysia.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Khasiat EPAL HIJAU, SADERI dan PERIA

Memang dari dulu lagi, kita sedia maklum amalan meminum jus EPAL HIJAU + SADERI + PERIA adalah amalan yang sihat untuk setiap pagi. Tapi.. tapi ... tapi.. tak ramai yang RAJIN melakukannya. Ada la yang rajin sehari dua. Lepas tu epal ke mana, saderi jadi sup, peria digoreng saja.. kan.. kann.. kann?
.
Mai Sally cerita apakah khasiat 3 buahan dan sayuran ini. Sally pun mula mempercayainya apabila tekanan darah tinggi Mr Hubby dapat dikawal dengan meminum jus ini setiap pagi. Mr Hubby sudah dinasihatkan untuk mengambil ubat darah tinggi pada awal tahun lepas lagi disamping level kolestrol yang tinggi juga. Jadinya, dia yang memang TAKUT ubat tu, telah disiplin dalam menjaga pemakanan dan Sally dengan berdisiplinnya menyediakan jus ini disetiap pagi. Saper tak sayang laki kan... Laki ku sakit nanti saper nak take care of us. hukhukhukkk..
.
Jadinya pagi ni Sally nak kongsi dengan anda semua khasiat JUS AJAIB ini. Jus ini dapat membantu dalam proses pembuangan toksid atau membersihkan usus. Amalkan meminumnya setiap pagi ketika perut kosong. Khasiat buah epal yang masam baik membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air besar. Kepada mereka yang ingin berdiet....turut boleh mengamalkan. Sangat bagus dan disarankan sebenarnya.
.
Khasiat Saderi pula kaya dengan zat besi, kalsium, foforus, sodium, vitamin A, B-Komplek dan C. la juga merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisonal untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Amalan memakannya mampu menghilangkan pening- pening dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi. 
.
Khasiat Epal Hijau juga mampu mengurangkan pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. Selain itu ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia dapat membantu kesihatan membran paru-paru, membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan membantu mengekalkan berat badan. Selain itu mampu mengurangkan tekanan penyakit asma dan mengurangkan risiko barah. Woww kan...
.
Peria... haa.. ni bab yang pahit tu. Tapi kalau dah campur semua rasanya sedap2 sahaja. Peria ni plak mmg sah-sah ler diketahui BAGUS untuk pesakit KENCING MANIS. Ia boleh menurunkan paras gula dalam darah seawal 7 hari. Mabeles sangat kan...
.
Ramai yang tahu khasiatnya tapi TAK RAMAI yang RAJIN menyediakannya.
.
So, kami telah berjumpa pihak R&D dan telah membuat ramuan khas FOCUS untuk pesakit Kencing Manis, Darah Tinggi dan Kolestrol juga pesakit Jantung. 3 bahan diatas dicampurkan dan ditambahkan lagi dengan bahan-bahan lagi yg memang dipercayai turun temurun dalam menangani penyakit 3 serangkai. Menjadikan ZAESS adalah minuman berkhasiat yang boleh diamalkan oleh semua orang. Ada tambahan lemon juga tau.. sebab tu ZAESS ni sedap jer rsaa dia.. Tak le bau sayur-sayur sangat. Rasa masam-masam lemak sedap gitu. Tak percaya? Cubalah sendiri.
.
Sekarang kerja Sally mudah sahaja setiap pagi. Ambil 1 sacet ZAESS, koyakkan sacet, masukkan dalam shaker dan masukkan 150ml air sejuk, goncang2... terus jadi jus. Say NO to 3 in 1 dan air manis yang lain sebab saya ada JUS yang berkhasiat untuk keluarga saya.
.
Oh yer.... WANITA MENGANDUNG.... yang ada masalah kencing manis dan darah tinggi tu kannnn.... Sally sangat sarankan anda mengamalkan ZAESS juga. Ia adalah minuman berkhasiat untuk semua.
.
Jom ZAESS pagi ni....
Jaga makan kita.. Jaga minum kita.. Jaga KESIHATAN kita.
Zaesss ajer...
.

Pn Sally,
Pengasas ELISS.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


7 Tips Zero Cost Marketing

Salam sayang, salam pagi Jumaat.


Pagi ni Sally nak berkongsi ilmu dengan anda supaya sama-sama kita dapat manfaat daripadanya.


7 tips untuk anda berjaya dalam Zero Cost Marketing


1) Personal Branding

Bila bercerita tentang zero cost marketing, salah satu caranya adalah di personal FB sendiri. Di wall anda. Sebab kalau buat di page pun, orang tak buka page dan kebarangkalian posting di page akan dilihat orang sangat kecil kecuali yang dah follow rapat baik punyerrr. So, bila bercerita tentang personal branding, anda brand kan diri anda. Orang akan membeli dari peniaga yang dia sukai. Yang dipercayai dan testimoni bukan sahaja terhadap produk tetapi terhadap kredibiliti seorang peniaga. Contohnya barang yang dipos telah sampai, urusan kemasukan duit, respond cepat, service bagus, ada consultation and lots of result yang bagus-bagus. Kita tidak semestinya menjadi selebriti untuk membuat personal branding. Dalami bagaimana nak buat orang suka ke wall kita, suka cara kita sampai maklumat, dan dari situ kita boleh kumpul followers. Orang akan follow kita bila kita memberi manfaat kepada mereka. Belajarlah ilmu personal branding supaya Facebooker mengenali kita sebagai seorang individu yang penuh dengan info, cerita dan panduan pada orang lain berbanding seorang peniaga yang post mengenai produk sahaja siang dan malam. Selain di FB, anda juga boleh membina Personal Branding di blog dan juga forum. Ini sangat berkesan bagi yang kaki blogger atau selalu search google untuk sesuatu info. 


2) Penceritaan Bukan Penjualan (Soft Selling vs Hard Selling)

Dalam memberikan maklumat tentang produk, biasanya orang suka baca kisah kejayaan orang lain. Berceritalah. Apakah masalah si pengguna? Bagaimana dia berjumpa dengan produk kita? Apakah kesan semasa dan selepas pengambilan? Boleh juga selit moment-moment gembira saat berjumpa customer dan sebagainya. Pembaca akan relate penceritaan dengan masalah mereka. Mana tahu ada yang sama. Emosi mereka akan mudah tersentuh. Memang manusia suka pada persamaan dan keserasian. So, cari persamaan itu. Tak boleh cater semua market focus pada setiap group bagi setiap posting yang berbeza. Jangan jadikan wall anda catalog produk jualan anda. Selain itu selitkan juga penceritaan kehidupan anda, pengalaman dan sebagainya. Pendek kata di FB ni adalah tempat bersosial, sharing photos and stories. So, guna sebaiknya. 


Contohnya, anda boleh letakkan gambar anak anda tidur. Dan ditepi meja katil anak anda ada sebotol serum Eliss. Upload dengan status, “Anak mama dah tidur. Tidur nyenyak yer sayang. Mimpi yang indah-indah. Mama sayang anak mama dunia akhirat. Sebelum tidur tadi, mama sapukan serum eliss juga di siku dan lutut anak mama. Semoga esok pagi bangun lembut dan tak kering. Kejap lagi pun mama sebelum tidur dan cuci muka dan legak serum juga. Mama nak g tepek kat muka papa sekali. Kata sayang suami. Mestilah nak cantik dan hensem bersama.”


Ayat tak nampak menjual tapi bercerita. Kan..kan... kannn???


3) Perkongsian maklumat dan informasi

Yang ini biasanya boleh dibuat dalam bentuk petua, kebaikan bahan, cara penggunaan dan tips-tips untuk tampil lebih hebat, sihat dan jelita. Jika anda hari nak promosikan Serum Eliss... maybe boleh buat 5 tips jaga keanjalan kulit muka. Takder ler nampak cepat tua. bla.. bla..bla... atau tips2 kejayaan macam posting Sally ni.

 

4) Gambar yang menarik

Tidak semestinya anda mempunyai DSLR atau gambar shooting studio. Gambar dari phone anda pun boleh juga. Biasanya gambar yang memberikan keceriaan dan kegembiraan pada orang lain. Jangan ler duk upload gambar ular ke, gambar yang menggelikan dan meloyakan. Ia boleh menbuat orang akan hide gambar tersebut sebab risau ia akan lalu lagi di wall. Boleh juga membuat orang unfriend and block terus. 


5) LIVE VIDEO 

Salah satu fungsi di FB yang sangat disukai oleh Mak Jubek. Engagement sangat tinggi. Dia yang wujudkan fungsi itu maka dia suka kita menggunakannya. Perbanyakkan sesi LIVE VIDEO. Pastikan contents disusun dulu apa yang nak diperkatakan. Berkongsi moment atau jika anda berada di mana-mana acara. Mesti ada di antara follower yang nak tahu keadaan dan suasana tempat yang kita tuju juga. Trend sekarang, jika nak bercerita pasal produk, confirm kena ada umpan. Cash, hadiah dan sebagainya.

6. Cerita cinta kita

Sebagai seorang peniaga, FB memang tak boleh private. Memang kena public dan orang suka baca cerita kita. Berceritalah mengenai kehidupan harian, moment indah dan sebagainya. Cerita dalam kelambu laki bini takperlu lah didedahkan. Lain-lain bagus juga untuk tatapan follower kita. Facebooker suka berkongsi cerita dan rasa. Mereka akan rasa dekat dengan kita. 

 

7. Nak bisnes kan? WAJIB penuhkan friends 5000 orang.

Penuhkan kuota dengan prospek. Kawan-kawan yang tak membina, boleh start remove sedikit demo sedikit. Tak berkawan di facebook bukan bererti memutuskan silaturrahim. Kena faham kita orang bisnes. Dan kita tak ada masa nak tengok wall orang kecuali orang yang kita follow rapat sahaja. Kalau mereka nak follow kita, button follow kan ada. So, kenali siapa prospek kita. Customer avatar kena tahu. Add mereka dari iklan seumpamanya. Bukan terus menjual tapi berkawan di facebook dan softselling di wall sahaja. Jika mereka berminat, mereka yanb akan PM kita. Inilah teknik zero cost marketing di facebook. Tukar cycle friend kita untuk dapatkan customer baru dan baru sebab kita tak ada buat fb ads apa pun nak tarik orang baru. Ini saja caranya. Jika friend kita dah tepu, yang ada cuma membaca sahaja tidak menyumbang apa-apa, bolehlah bertindak ke langkah seterusnya. Unfriend dan add prospek baru. 3 bulan takde komen, takde like post kita dah boleh unfriend dah tu. 🤪


Ikut betul-betul, buat betul-betul, istiqamah, pastinya ada hasil yang akan anda kecapi.


Perkongsian buat anda semua,

Pn Sally,

Pengasas Eliss.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Tanda-tanda anda gemuk









7 TANDA ANDA GEMUK DAN BAKAL OBES.

1️⃣ Perut membuncit
2️⃣ Buang air tak puas atau sembelit
3️⃣ Perut kembong, banyak angin
4️⃣ Cepat mengah dan letih
5️⃣ Pehe bergesel
6️⃣ Selalu sakit urat, pinggang, lutut, tumit
7️⃣ Muka sembab

jangan jadi salah seorang yang menambah angka statistic obes negara. Anda mungkin menjadi salah seorang daripada mereka jika tidak berbuat apa-apa.

pesanan daripada LEPTOS QUFAST 🌹






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Solat dan KURUS


.
4 rakaat solat membakar 15 – 20 kcal. Solat dengan posisi yang betul dan pernafasan yang betul dalam bacaan dan pergerakan boleh membakar lebih banyak kalori.
.
Dari aspek agama, solat adalah tanda kita berterima kasih kepada Allah manakala dari sudut sains, solat adalah amalan penjagaan tubuh yang sempurna.
.
Terapi pergerakan solat boleh menguruskan badan, mencantikkan dan menganjalkan tubuh, mengurangkan kolesterol, mengawal tekanan darah tinggi.
.
Rukuk yang sempurna iaitu posisi membengkokkan tulang belakang 90 darjah, tangan diluruskan dengan telapak tangan ditekap kemas di tempurung lutut sangat membantu meregangkan otot di bahagian paha di samping melatih kordinasi otot-otot belakang dan kaki.
.
Kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat , kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
.
Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
.
Jika postur rukuk dilakukan dengan betul ketika bersolat lima kali sehari, ia akan mengurangkan risiko penghimpitan urat saraf sekali gus menggalakkan kefleksibilitian spina. Namun, jika tidak rukuk dengan sempurna, jantung akan mendapat tekanan dan jika keadaan ini berlarutan, individu tersebut boleh mendapat sakit jantung
.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.
.
Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.
.
Solat dapat mengurangkan lemak dalam badan
.
Tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang.
.
Tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujuk, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.
.
Mereka yang membengkokkan kaki dapat mengurangkan jisim lemak badan (FM) manakala lemak tanpa jisim (LBM) seperti tisu otot dapat ditingkatkan.
.
Ini menyebabkan komposisi badan bertambah seimbang kerana penurunan lemak atau kolesterol badan seterusnya dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti penyakit jantung.
.
Namun, sekiranya anda bersolat tanpa membengkokkan jari, FM akan bertambah dan LBM pula berkurangan.
.
Ini akan menyebabkan otot tisu mengecut dan ruang tersebut mula dipenuhi gumpalan lemak badan yang akan mengundang risiko penyakit jantung, strok dan kegemukan
.
SOLAT + BERPUASA = BERSENAM + DIET
.
Ringkasan daripada buku SOLAT Kebaikan dari perspektif SAINS - Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.
.
Tujuan penjelasan kebaikan pergerakan solat dari aspek kesihatan bukanlah bertujuan memesongkan atau mengubah tujuan atau niat solat sebenarnya iaitu mendekatkan diri kepada Pencipta.
.
Sharing is caring.
.
Jom sama-sama kita menjadikan kita hari ini dan esok adalah kita yang lebih baik dari semalam.
.
Pn Sally,
Pengasas ELISS.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


PENCURI HATI MR CINDERELLA - REVIEW BY SALLY



Hero Masih Berbisa
==============
Dah lama Sally tak buat review filem. Sangat lama. Last sekali filem autism REDHA. Dan setiap kali Sally menghadiri film preview, aura untuk mengupas itu tidak ada. Berbeza dengan malam tadi.
.
Bukan kerana Eliss menjadi penaja malam tadi, tetapi kerana ceritanya cukup memberikan satu aura yang luar biasa sehinggakan kita rasa nak lagi dan lagi dan lagi.
.
Bila satu panggung bersorak dan lagu berhantu itu dimainkan, ia bagaikan membawa kita ke zaman lebih kurang 20 tahun yang lalu.
.
Sally pasti semua ada nostalgia tersendiri bersama dengan drama bersiri 24 episod siaran TV3 pada 1998 dahulu lakonan hebat Haliza Misbun dan Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Bagi Sally sendiri, waktu itu saya masih lagi di alam persekolahan dan sanggup keluar asrama ke kedai makan di hadapan sekolah semata-mata kerana tidak mahu ketinggalan menonton episod drama itu. Bagaimana pula dengan anda? Apakah nostalgia anda?
.
Lagu berhantu itu mampu menjadi siulan seluruh rakyat Malaysia setiap peringkat umur. Dan lagi sekali, lagu itu dimainkan di dalam wayang malam tadi. Bagaikan ada auranya yang tersendiri, bukan Sally seorang sahaja, malah semua penonton dapat merasakannya. Meremang bulu roma ini. Dan ia adalah penutup cerita yang kita rasa tidak puas untuk menontonnya lagi. We want more.. we want more....
.
PELAKON DAN JALAN CERITA
=======================
Ahmad Idham terkenal dengan lakonan yang romantik dan mampu mencairkan hati ramai wanita di Malaysia satu ketika dahulu. Dahulu.... bukan sekarang. Hahhaa.. Dan selaku pelakon utama Pencuri Hati Mr Cinderella, beliau tidak menghampakan penonton apabila setiap babak dan lenggok cerita dapat diberikan penghayatan yang mampu melekat di hati penonton semua. Mana mungkin dapat disangkal lakonan pemilik AIFA MOTION PICTURES. Sally maklumkan pada hubby, "Tak payah susah-susah cari pelakon lain, pelakon muda dan sebagainya, abang already there. You are the hero Ahmad Idham." Dari dulu lagi Sally memang nak sangat cerita cinta novel difilemkan oleh pengarah hebat Malaysia ini yang pernah menggegarkan Malaysia dengan filem Jangan Pandang Belakang satu ketika dahulu.
.
Dalam cerita ini, Idham kekal sebagai Salman. Salman seorang duda yang telah pun bercerai dengan Nurul, isteri cinderellanya. Kenapa??? Kenapa mereka bercerai? Itu menjadi persoalan pada kami semua penonton preview malam tadi.
.
Setelah bertahun-tahun menetap di Perth membawa diri yang kononnya merajuk dengan kegagalan perkahwinannya, Salman kembali ke Malaysia untuk menguruskan satu projek baru. Gandingan 'blood brother' Eizlan Yusof dan Cat Farish adalah penguat cerita. Penonton tidak kering gusi dengan lawak Loyai (Cat Farish) dan Sally paling suka setiap tutur kata dialog from Eizlan Yusof.
.
Kegilaan Loyai melepak di VIP Karaoke yang diterjemahkan sebagai rumah ke duanya, telah menjadi titik pertemuan Salman dengan Pencuri Hati Mr Cinderella iaitu Lisa. Lisa gadis muda, cantik, sexy dan inginkan kebebasan serta kemewahan dalam hidup memilih kerjaya sebagai GRO di ibu kota telah berjaya mencuri hati Salman yang dah sekian lama menduda. Sally suka semua babak dalam cerita ini. Oh yer, Lisa dilakonkan oleh Atikah Suhaime. Macam biasa, saya yang jarang menonton TV dan filem Melayu ni, memang nama artis ke laut and event i don't know who is this girl. First time Sally tengok lakonannya dan Sally boleh katakan beliau berjaya membawa wataknya. Tidak ketinggalan juga pelakon pembantu which is I tak tahu nama dia.. harap maaf.. kawan kepada si Lisa tu.. Sally rasa lakonan dia superb. Seorang kawan yang baik, lurus bendul orangnya dan dialog-dialog lawak bersahajanya mampu mencuit hati penonton.
.
Kisah duda bercinta dengan GRO ni agak rare dan pertemuannya dengan bekas isterinya Nurul mampu membawa penonton pulang dengan perasaan angau dan tidak puas. Bukan tidak puas hati tapi macam Sally maklumkan tadi... "we want more.."
.
Nak tahu jalan cerita selanjutnya, nak tahu kesudahan cerita, nak tahu apa yang terjadi, u ols wajib ler menonton filem Pencuri Hati Mr Cinderella di pawagam 10 Ogos 2017 nanti.
.
Dah tengok cerita tu, selfie with the tiket wayang dan anda boleh beli produk ELISS dari mana2 agen/pengedar/stokis dengan diskaun 10%. Ok tak??? hihihi.
.
"Kita memang dijodohkan bersama.... Sehati serta sejiwa.... Walau esok, atau akhir nanti.... Kita telah ditakdirkan bersama-sama. " 
.
JOM LAYAN GAMBAR-GAMBAR KAMI SEKITAR MALAM TADI






.






















U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


CARTA KEPERLUAN KALORI BAGI WANITA DAN LELAKI

Berapa banyak kalori yang perlu bagi setiap lelaki dan wanita dewasa dalam satu hari?
Menurut kajian pakar diet, jumlah kalori yang diperlukan (Daily Calorie Requirement) oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Bagi wanita dewasa pula adalah antara 1600 hingga 2000 kalori sehari.
(Boleh refer jadual)



Apa akan terjadi andainya saya makan lebih daripada kuantiti yang disyorkan itu?
Ini penting untuk anda faham. Setiap 7700 kalori yang terkumpul dalam badan (tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram.

Macam mana berat badan naik?
Jika kalori yang kita ambil lebih dari keperluan badan kita.

Macam mana berat nak turun?
Ambil kalori kurang dari keperluan. Ditambahkan lagi dengan bakar kalori.

Macam mana nak bakar kalori?
Bersenam.
Ambil supplement bakar lemak. (Leptos untuk wanita, Qufast untuk lelaki)
Makan makanan yg boleh meningkatkan metabolisma.
Elakkan berdiet dengan skip salah satu waktu makan kerana ianya adalah strategi diet yang kurang sihat. Akibatnya, boleh merosakkan sel-sel badan kerana kurangnya pengambilan nutrien.

Nak cuba bakar banyak lagi KALORI?
Jom cuba LEPTOS dan QUFAST.

LEPTOS KLIK SINI (untuk wanita)
QUFAST KLIK SINI (untuk lelaki)




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bisikan Hati Kecil

Kebiasaannya, pagi aku lebih ceria dan slalunya aku tidak sabar untuk meneruskan rutin harian. Tapi berbeza dengan pagi ini. Walaupun sepatutnya ada 3 benda yang masih pending di pejabat. JV Agreement, branch opening model dan Digital Biz Plan & Training untuk warga ELISS masih dalam fasa pembangunan, 60% completed, tapi gelora ombak menggangu ketenangan lautan di hati. InshaAllah aku akan pastikan semuanya berjalan lancar dan siap sebelum target date yang telah ditetapkan.
.
Minda ini tidak pernah berhenti memikirkan pelbagai jalan untuk membantu dan meningkatkan lagi sales warga ELISS. Baik bagi yang mampu berFB ADs, mahupun yang Low Cost Marketing. Dan alhamdulillah, usaha yang kita buat, nampaknya telah membuka mata banyak pihak. Yang mana yang agak ketiduran, sudah mula mencelik mata, dan ada yang sudah mula beraksi. Syukur alhamdulillah. Hati manusia tidak boleh dipaksa, tapi jika sudah sampai masa dan ketika, mereka sendiri yang akan bangkit berusaha. Bahagian aku pula adalah iringinya dengan berdoa dan berdoa.
.
Pagi ni aku bukan mahu berceloteh mengenai bisnes. Ada perkara lain yang datang mengusik hati ini. Oleh itu, aku memutuskan untuk Dhuha terlebih dahulu sebelum jari ini lancar menekan papan kunci. Perasaan gundah yang menyinggah di hati seawal pagi membuatkan hati ini tidak tenteram. Aku rasa sebak, terharu dan keterujaan yang sukar hendak dikatakan. Aku membilang detik dan saat untuk hari esok. Esok mama akan datang. Datang ke rumah ku setelah hampir 2 tahun.
.
Aku akan menjemputnya di airport. Mama diiringi kakanda Suhada Mohd Zain dan Hj Sufizal Mohd Zain. Terimbas kembali 2 tahun yang lalu. Dec 2015 adalah kali terakhir mama bertandang ke rumah sebelum dugaan hebat menimpa dirinya. Lumpuh disebabkan stroke dan hilang ingatan selepas pembedahan di kepala. Syukur padaNya, kerana mama diberikan kesihatan dan kekuatan. Keajaiban yang Allah berikan pada insan yang kami sayangi. 
.
Mama datang untuk menghadiri dan menyaksikan sendiri Majlis Hari Raya Eliss. Jika tahun lepas, majlis raya Eliss disambut meriah tetapi hati ini agak sendu tanpa kehadiran mama yang waktu itu ingatannya masih lagi 50-50. Alangkah sedihnya hati ini bila berucap di hadapan semua dan memohon semua hadirin mendoakan kesihatan mama. Air jernih mudah sahaja bergenang dan melimpahi tubir mata. Kejayaan yang dicapai jika tidak dapat dikongsi dengan wanita idolaku itu adalah tidak bermakna.
.
Tapi tahun ini, pastinya ia adalah saat yang paling bahagia. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan majlis tersebut berjalan lancar.
.
Saat aku membuka almari baju dan memilih persalinan untuk hari ini, ku terpandang kemeja biru Abah. Aku memang memiliki sehelai kemeja Abah yang ku minta izin dara Mama untuk menyimpannya selepas hari pengebumian Abah 9 tahun yang lalu. Kemeja itu adalah baju terakhir yang aku nampak abah pakai sebelum dikhabarkan berita pemergiannya mengadap Ilahi. Abah, adalah satu-satunya lelaki yang berjiwa kental. Kami anak-anak tidak pernah melihat kesedihan di raut wajahnya walaupun beliau sendiri bertungkus lumus bekerja untuk keluarga. Sesusah mana pun dia, sesedih manapun dia, dialah Mr Clown di hati ini. Bicara lawaknya mampu menerbitkan bunga mekar di hati sesiapa sahaja. Senyuman terakhir Abah masih segar di layar mata ini. Abah, kau pergi tanpa sempat mengecapi sedikit kejayaan yang kucapai ini. Ku ingat lagi impiannya. Impian untuk melihat aku berjaya dan membina hotel di atas tanah pemberiannya. Jika diizinkanNya, inshaAllah Abah. Suatu hari nanti. InshaAllah. 
.
Ku capai Quran di atas meja sisi katil, dan bacaan ini adalah khas untukmu abah. Sesungguhnya aku merinduimu. Rindu yang paling dalam. Dan kerinduan ini kupadamkan dengan bacaan ayat suci alQuran semoga ia sampai kepadamu. 
.
Sesuatu kejayaan yang dicapai pasti ada sesuatu yang mendorongnya ke arah itu. Tetapkannya dan kuncikan ia di hati paling dalam supaya ia tidak goyah. Datanglah 1001 cabaran dan halangan kita mampu mengatasinya kerana aku tahu aku mewarisi sifat ibu dan ayahku. Kehidupan berlandaskan kepercayaan, kasih sayang dan kesetiaan. Mereke setia hingga hujung nyawa. 
.
Dan aku cukup yakin bahawa hanya CINTA dan KASIH SAYANG adalah landasan utama mencipta kejayaan. Dari cinta lahirnya keikhlasan dan dari keikhlasan lahirnya kejujuran. Dan.... aku masih tetap aku. Wanita degil ini. "Aku tidak BERHENTI pada satu KEJAYAAN"
.
Nukilan jari jemari di papan kunci,
Pn Sally,
Pengasas ELISS.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Foundation Paling Best Di Abad Ini


Ramai tanya pasal foundation Eliss.
Spf 35++
Shining and glowing sbb tu nama dia Eliss Diamond Shine Foundation.
Sesuai dengan semua jenis kulit dan warna kulit.
.
Tidak bercapuk dan natural.
Ia cerahkan kulit kita satu tona dr warna asal.
 Nampak tangan sally tu. Abaikan urat2 biru tu yer... huhu..
.
So, bg yg kulit gelap, ia x nampak bercapuk, terlebih putih mcm tepung gomak atau kelabu asap. Its just nice blend with ur skin color.
.
Foundation kami tekan sekali je rata satu muka dan leher. Sgt jimat. Berbulan nak abis satu botol ni.
.
Wajib cuba. Sbb selain menghalang sinaran uv, ia juga mencerahkan kulit hari demi hari sbb ada biji anggur, tidak keringkan kulit. Tidak berminyak dan mesra solat juga. Not animal tested tau. Kata natural gitu.









U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Garcinia Cambogia TAK TURUNKAN BERAT BADAN


Garcinia Cambogia is one of the ingredients in LEPTOS. Actually, dlm asam keping ada hydroxycitric acid, or HCA, ia akan boosted fat-burning dan potong selera makan kita. Ia block an enzyme called citrate lyase, di mana ia digunakan badan kita utk make fat. Ia juga meningkatkan brain chemical serotonin, yg membuatkan kita rasa kurang lapar.
.
Kandungan garcinia sememangnya BUKAN utk kuruskan badan. Ia hanya MENYEKAT drp terhasilnya lemak baru dan menahan lapar.
.
Di dlm Leptos spt yg kita maklumkan, kandungan utama adalah L-Carnitine. Ia adalah pembakar lemak tepu yg paling utama dan senjata yg kuat dlm Leptos. L-Carnitine adalah asam lemak yang berperanan penting bagi meningkatkan metabolisme tubuh. L-Carnitine mempunyai dua manfaat utama iaitu membakar lemak dan meningkatkan energi. 
.
L-Carnitine akan menghantar lemak menuju tungku pembakaran lemak dalam tubuh yang disebut Mitokondria. Kemudian lemak yang teroksida akan ditukarkan menjadi energi dalam sel. Sbb itu jika kita kunyah Leptos dan exercise, jumlah yg dibakar akan lebih berganda dan kita lebih bertenaga semasa exercise. 
.
Focus utama L-Carnitine adalah untuk membakar lemak perut. Lemak perut adalah salah satu lemak yang paling susah dihilangkan. Kehadiran L-Carnitine membuatkan tubuh kita akan melawan pembentukan lemak perut, kerana pembakaran lemak meningkat, di mana akan efek kepada menurunnya kadar triglycerides dan kolesterol jahat.
.
Apa pula triglycerides ni Sally? 
Kalau triglycerides ni meningkat apa jadi?
=================================
Triglycerides ni hasil pertukaran kalori yang tidak dipakai dan disimpan untuk memberikan tenaga pada tubuh. Kalau dah simpan terlalu byk ataupun anda makan dengan kalori yg lebih dr yang diperlukan dan kalori itu tidak pula dibakar, risikonya kadar triglycerides akan jadi tinggi. Semakin tinggi kadar trigliserida, maka risiko kita untuk terkena penyakit jantung dan sindrom metabolik yang juga berhubungan dengan stroke. Takutnyaaa...
.
Pengambilan kalori yang betul dpt membantu kita utk lebih cepat turun berat badan. Rata2 yg mengamalkan LEPTOS akan fit dan inci turun dulu seblm kg. Yang best nya bila tang perut dah mula kempis. 
.
Leptos gabungkan garcinia dan L carnitine utk kesan yg lebih optimum. Bakar lemak yg ada dgn L carnitine serta sekat lemak baru dan tahan lapar dgn garcinia. Disokong dengan bahan2 lain lagi yg membantu kita lebih bertenaga dlm proses penurunan berat badan.
.
Faham ke faham?
.
Hebatkan mcam mana LEPTOS ni bertindak.
Turun berat tak perlu nak cirit-cirit.
.
Ikhlas dari,
Pn Sally (Suhaili Mohd Zain)
Pengasas Eliss.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


LEPTOS - LANGSING HALAL DAN SELAMAT



LEPTOS - PENERAJU PRODUK PENJAGAAN BADAN YANG SELAMAT DAN DIYAKINI DI MALAYSIA =========================================== Anda makan macam macam? Consume macam macam? Semua sebab NAK KURUS. . Tapi dalam pada duk consume tu, ada tak terdetik di hati.. - Selamatkah produk ni? - Halalkah produk ni? - Kang kurus, penyakit lain plak yang datang. - Dah stop naik badan balik ke? - Bahan bahan nyer boleh dipercayai ke? . Mai sini Sally cerita kat u ols. Kenapa peminat LEPTOS makin meluas. Dan diyakini bukan sahaja di Malaysia, malah kami telah menakluki Singapore dan coming soon Brunei.Tunggu sikit lagi kelulusan yer orang Brunei . Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sebab LEPTOS: 1) Disahkan HALAL oleh JAKIM. Hampir setahun lebih kami melalui proses mendapatkan HALAL ni. Ikut prosedur yang betul dan setiap kandungan diselidiki dan dikaji. disahkan HALAL dengan cara yang HALAL. Dan kami dianugerahkan sijil HALAL produk yer. . 2) Tiada kandungan drug. LEPTOS diKlasifikasikan makanan bukan ubat membuatkan LEPTOS adalah disahkan dari penghasilan bahan natural dan selamat. Tidak ada bahan yang aktif instant. Bermaksud, bila anda consume, ia bertindakbalas secara terus dengan kalori yang diambil. Tiada bahan aktif yang bertindak mengecutkan atau compress sementara atau instantly dengan terlalu cepat. TIDAK. Dengan itu, logo GMP Kementerian Kesihatan diperolehi secara sah dan digunakan dilabel produk LEPTOS. Produk LEPTOS telah melalui penyelidikan dan review oleh pihak KKM dari mula proses pembuatannya. Dar label sehinggalah ke ingredient. Cantik secara selamat. . 3) LEPTOS ada Skim Pensijilan “Makanan Selamat tanggungjawab Industri (MeSTI)”. Yang MESTI dan PASTI. . Nak KURUS yang SELAMAT... Pilih LEPTOS. Nak KURUS yang tak ragu ragu.. Pilih LEPTOS. Nak KURUS yang berkesan.. Pilih LEPTOS. . Ribuan testimoni berjaya. Menembusi pasaran Brunei dan Singapore. . Jom berLEPTOS.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops