.
4 rakaat solat membakar 15 – 20 kcal. Solat dengan posisi yang betul dan pernafasan yang betul dalam bacaan dan pergerakan boleh membakar lebih banyak kalori.
.
Dari aspek agama, solat adalah tanda kita berterima kasih kepada Allah manakala dari sudut sains, solat adalah amalan penjagaan tubuh yang sempurna.
.
Terapi pergerakan solat boleh menguruskan badan, mencantikkan dan menganjalkan tubuh, mengurangkan kolesterol, mengawal tekanan darah tinggi.
.
Rukuk yang sempurna iaitu posisi membengkokkan tulang belakang 90 darjah, tangan diluruskan dengan telapak tangan ditekap kemas di tempurung lutut sangat membantu meregangkan otot di bahagian paha di samping melatih kordinasi otot-otot belakang dan kaki.
.
Kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat , kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
.
Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
.
Jika postur rukuk dilakukan dengan betul ketika bersolat lima kali sehari, ia akan mengurangkan risiko penghimpitan urat saraf sekali gus menggalakkan kefleksibilitian spina. Namun, jika tidak rukuk dengan sempurna, jantung akan mendapat tekanan dan jika keadaan ini berlarutan, individu tersebut boleh mendapat sakit jantung
.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.
.
Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.
.
Solat dapat mengurangkan lemak dalam badan
.
Tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang.
.
Tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujuk, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.
.
Mereka yang membengkokkan kaki dapat mengurangkan jisim lemak badan (FM) manakala lemak tanpa jisim (LBM) seperti tisu otot dapat ditingkatkan.
.
Ini menyebabkan komposisi badan bertambah seimbang kerana penurunan lemak atau kolesterol badan seterusnya dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti penyakit jantung.
.
Namun, sekiranya anda bersolat tanpa membengkokkan jari, FM akan bertambah dan LBM pula berkurangan.
.
Ini akan menyebabkan otot tisu mengecut dan ruang tersebut mula dipenuhi gumpalan lemak badan yang akan mengundang risiko penyakit jantung, strok dan kegemukan
.
SOLAT + BERPUASA = BERSENAM + DIET
.
Ringkasan daripada buku SOLAT Kebaikan dari perspektif SAINS - Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.
.
Tujuan penjelasan kebaikan pergerakan solat dari aspek kesihatan bukanlah bertujuan memesongkan atau mengubah tujuan atau niat solat sebenarnya iaitu mendekatkan diri kepada Pencipta.
.
Sharing is caring.
.
Jom sama-sama kita menjadikan kita hari ini dan esok adalah kita yang lebih baik dari semalam.
.
Pn Sally,
Pengasas ELISS.
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment