Guys… my travel mate sahaja yer... hihi..
Sajer share kat sini untuk senang u ols access dan bleh jadikan panduan untuk traveller lain jugak... Jimat posting akak.. kihkihkihhh... Dan untuk yang membaca ini tips bagi yang pergi dengan travel agen.. bukan pergi sendiri2 or backpacker.. sebab kawan2 akak ni mmg taraf datin2 semuanya... tak kuasa nak mengangkat bag dan menapak naik bas.. tunggu bas... cari public transport... akak pun.... hihi... so kami mmg bergaya dan posing2 jer klu g travel.. angkat mengangkat ni kasi pak supir buat... kihkihkihhh... koya kaya jer... tapi kayap sebenarnya...
Okkk..... My future Japanese girl....
Ni Sally kongsi serba sedikit apa yang telah
dibentangkan oleh Tour Agent pada sesi briefing Jumaat lepas.
Kita akan berkumpul pada pukul 10:00 pagi di Check in kaunter, KLIA2.
Bagi yang naik kereta dengan Sally, kita akan
bertolak pada pukul 8.30 pagi. Jumpa di VISA, BSN.
Perkara2 penting lain:
- Seorang tour leader dr Malaysia akan turut serta. Pn Nora (Sally panggil Kak Ikin)
- Kita akan mempunyai tour leader wakil dr JAPAN juga.
- Sila serahkan passport kepada Sally sebaik sahaja berada di kaunter check in.
- Boarding pass Sally akan bawa supaya semuanya tak tertinggal.. yang mana beli tiket sendiri tu jangan lupa yer... print boarding pass masing2.
- Agent ada bg hadiah complementary berupa bag. Yang mana tak dapat lagi Sally bawak ke airport yer.
- Hotel yang kita menginap semuanya 3.5 star. U ols bleh ler google hotel tu... Nama2 hotel seperti di bawah:
- Sunroute Hotel Higashi Shinjuku
- Sunroute Hotel sakai
- Beza waktu adalah 1 Jam. Japan awal 1 jam dr Malaysia.
- Pertukaran duit: RM31 = ¥1,000. Jadual Anggaran pertukaran wang, u ols bleh bawa utk senang nak shopping nnt Sally emailkan kat u ols. Sally suggest u ols print atas kertas keras. Seorg bwk ler 3 keping.
- Weather masa kita berada di sana dijangkakan pada suhu 10oC – 20oC. So, sejuk ler jugak… terutamanya mlm. Disarankan untuk membawa glove, baju tebal (x der ler tebal mana cam winter pun.. kan penuh lak dlm bag) , longjohn/Thermal (inner warmer) dan sweater.. Suggest gak pakai topi dan scarf … pakai boot atau sport shoes ler.. tak yah pakai kasut tumit ker aper.. kang tak pasal nak berurut kaki plak dimlm hari. Tak yah bawah handbag.. bawa bag pack jer.. atau sling bag.
- Mostly, Kita akan travel by bus... bas persiaran yang ambik dan hantar kat pintu hotel... Tak der ler lenguh korang nak menapak.. simpan tenaga utk menapak di tempat lain... hihi... kecuali 1 hari jer naik bullet train.. utk ke Osaka. Dapat ler merasa naik bullet train. So, masa ni kena tarik beg masing2... so.. imagine ler bag yang anda bawak tu sesuai utk ditarik semasa dalam train.. hihi.. jgn 3 bijik plak nak tarik.. kikiki...
- Phone: kat sana tak der jual simcard... U ols bleh sewa broadband kat sana. so bleh ler berwifi... sharing2 nanti pun ok... nak tgu guna wifi hotel jer pun boleh... pastikan international charger dibawa bersama. sbb charger biasa confirm tak leh guna.
- Jgn lupa activate your Credit Card ok.. Kut in case tak cukup cash .. hihi
- Jgn lupa print out waktu solat. Bawak ler kompas lebih senang nak tgk kiblat.
- Makanan: Kita dah setuju utk makan pack food halal. Sally rasa kita bleh makan coz org Malaysia yang masak. Apa2 pun bawak ler food sendiri jugak. Jgn byk sgt kut tak abis.. Berpada-pada shj. Hotel mmg tak halal sbb tu breakfast kita mkn pack food dan ada jgk ke resturant kat sana. Rujuk itinerary yang sally hntr kat wasap tu.
- Makanan, u ols bleh ler bawa Pak Brahim (yg dlm pek tu, panaskan dgn rendam dlm air panas jer, roti, maggi, biskut Jacobs.. etc..etc..), ikan bilis sambal kering dan serunding daging.
- Untuk makluman juga, mlm sampai tu food tak provide (dah tgh mlm).
- Makanan dlm flight hanya 1 hidangan shj kita beli. Bleh beli kat airasia klu x cukup.
- Bleh bawak biskut2 untuk kunyah2 kut lapar masa berjalan2 tu... Oat cracker ker.. huhu
- Boleh bawa botol mineral kecik tu... yg Tupperware tu pun ok.. Air mineral mahal jugak kat sana. Kalau xder botol tupperware tu bleh order dgn Kak Kiah... hahha.. pomot Kak Kiah plak... agen tware anda...
- Jangan lupa botol air mineral kosong untuk basuh shishi... hihi
- Perjalanan 7 jam dr Malaysia ke Tokyo
- Luggage check in ikut yang u ols tempah yer... pastikan timbang dulu sebelum masukkan beg.. Lebih bayar kat kaunter.
- Ubat-ubatan jangan lupa bawak. Panadol, Ubat sakit urat (Hurix ginseng tu ker), Panadol Soluble kut selsema, salonplus untuk tampal kat kaki mlm2 kut lenguh berjalan, tiger balm, minyak cap kapak, yang mana sakit darah tinggi, kencing manis tu jgn lupa bawak, serum ELISS utk kulit lembap sepanjang hari... hihihii.. Harga ubat sana majority ¥1000 ke atas.. So, bawak ler yer.. huhu
- Standby baju hujan Guardian tu.. kut tetiba hujan. Pakai buang jer...
Kat bawah ni Sally share temapt2 yang kita akan lawati dan mengikut review bloger lain ler. Full itinerary tgk kat wasap.. Sally dah send kat sana.
Day 01
- Depart from Malaysia KLIA2 at 2.30pm to Haneda,Tokyo airport
- 7 hrs flying
- Transfer to hotel and overnight (Sampai terus tido jer ni)
Day 02 ( B / L /D )
- After breakfast, Tokyo and Hakone city tour
- Enjoy Cruise at the Lake Ashi (40 minit dlm cruise ni mengikut majority blog). Berlatar belakangkan Gunung Fuji) Memang cantik tasik ni... bergambar atas cruise... yeeehaaa
- Cable Car/Ropeway to Gora (naik cable car 10 minit then tukar naik ropeway tu 20 minit... cam train kat bukit bendara gayanya...) Nnt bleh beli ubi keledek yang manis gila kat sini.. Keledek dari ¥300 – ¥600. Ada jugak jual strawberry yg memang manis... makan kat situ jer.. x yah bawak balik. Mengikut kata bloger tu ler...
- Owakudani Valley ni keluar jer dr Cable Car station tu. Ni merupakan bekasan gunung berapi. Ada kolan air panas ler kat sini dan menjual telur yang telah direbus menggunakan air panas ini. Telur yang telah direbus bertukar menjadi hitam kulitnya dan dikatakan jika memakan telur ni akan memanjangkan umur sebanyak 7 tahun lagi. kikiki
- Shopping at Gotemba Outlet. Ni branded item.. Dari sini pun nampak jelas Mount Fuji (pray at Gotemba)
Day 03 ( B / L /D )
- Harajuku – mmg macam petaling street. Happening.. Kat sini ada org jual kebab dan most blogger kata sedap. Harga Kebab ¥500. Besar dan sedap. Kawasan dia mmg besar giler.. ada byk street... nak cover semua mmg x sempat.. Barang lebih kurang jer. Ada byk jual crepe jugak.. Crepe campur buah2 fresh. Memang sedap dan katanya halal untuk dimakan. Harga dlm ¥450 untuk 1 crepe. Barang byk baju2 dan cenderamata. Banyak fashion2 kat sini... kalau rasa nak beli baju I love Tokyo, better beli la lat area ni kat street shops sebab harga lat sini paling mural berbanding dengan tempt-tempat lain, iaitu ¥1000 sahaja.
- Shibuya - kat sini ler ada Shibuya Junction yang tmpt Filem Tokyo Drift tu berlakon.. ia merupakan laluan pejalan kaki yang tersibuk di dunia... perghhh.... dan WAJIB bergambar di Shibuya Junction ni.... kat sini jugak Fashion valley.. Uniqlo, H&M, Forever 21 mmg kat sini.. dan mmg murah gila babas.. Sedia duit jer... Kita tgk nnt.
- Masjid Camii - Kita akan bersolat di sini. Mmg cantik masjid nyer hasil binaan Turki di tengah-tengah bandar Tokyo. Masjid ni ada 2 tingkat dan tingkat atas adalah dewan solat utama
- Akihabara - Syurga Elektronik. Jepun ni most of them are Apple user so kat sini memang banyak la apple stores. Akihabara ni jugak satu tempat anime. Ada bangunan Sega, Ban Dai, etc etc .. Tu brand mainan budak2 lelaki... bg yg ada anak lelaki tu mmg berbaloi beli mainan depa kat sini. Nikon pun harga 50% murah dari Malaysia. Di Akihabara, terdapat beberapa buah kedai Duty Free, kita hanya perlu bawa passport je kalau nak shopping kat kedai-kedai duty free tu dan akan dapat diskaun sebanyak 15%.
- Asakusa - Asakusa ni terletak di utara Tokyo ni dan terkenal kerana terletaknya sebuah Temple Buddha lama yg terbesar di Jepun. Sekarang ni dah jadi sebuah lokasi Pelansongan yg menarik di Jepun. Bagunan yang ada pun bercorakkan bangunan lama. Rata2 warga emas yg tinggal dan menjalankan perniagaan di sini. Nak beli kimono kat sini. Kat sini pun besar tempat shopping nyer... huhu... Ada jual pedang samurai jugak... Boleh jugak klu nak merasa Tempura fresh.. Rugi kalau tak cuba... Shabaneeny mmg tak makan ikan.. tengok jer laa... Katanya barangan cenderamata di Asakusa adalah lebih murah berbanding di Akihabara.
- Ueno - UENO Park ni sangat besar siap ada pintu masuk di setiap penjuru. UENO Park juga ada terdapat sebuah zoo dan didalamnya ada panda. So kalau terasa nak tengok beruang panda boleh la melawat Zoo dalam Ueno Park ni. Kat tengah Ueno ni ada satu tasik yang agak besar bernama Shinobazu Pond dibahagikan kepada tiga tasik berdekatan. Ada boat duck kat situ... tapi mcm tak pyh nak berDuck sgt ler.. cam tasik titiwangsa jer.. kihkih.. aper2 pun kita tgk nnt. Ueno Park ni sangat luas. Selain daripada zoo ada beberapa buah shrine dan muzium di sini- Tokyo National Museum, Tokyo Metropolitan Museum of Art, National Museum of Nature and Science, National Museum of Western Art, Ueno Royal Museum & Shitamachi Museum.
Day 04 ( B / L /D )
- Bertolak ke Osaka dengan Bullet Train. Train kul 10pagi. Perjalanan 2 1/2jam.
- Osaka MINT - Cherries Blossoms spot. 300 jenis ada kat sini.
- Osaka Castle - atau lebih di kenali oleh orang jepun Osakako. Ada monumen sejarah.. castle dgn ukiran lama.. Taman Botanikal iaitu keseluruhan taman itu mempunyai Pohon bunga Sakura yang bewarna warni. Semoga ada lagi ler sakura masa kita pergi nnt.
- Osaka EXPO Park - salah satu Top 100 Tempat Cherry Blossom Jepun. Osaka Expo Park telah dicipta untuk memperingati kejayaan Ekspo Dunia Jepun. Keluasan kira-kira 260 hektar, terdapat sebuah taman Jepun, Taman Kebudayaan Asli, dan tempat kebudayaan, sukan dan riadah masyarakat Jepun. Taman Kebudayaan Asli terletak di sekitar Menara Matahari, simbol Ekspo yang dicipta oleh artis Taro Okamoto. Sebelah barat taman ini direka untuk menjadi perhutanan dan pemandangan pertanian luar bandar, yang menunjukkan pemandangan tradisional Jepun melalui perubahan bermusim dengan burung dan bunga, air terjun dan roda air. Sebelah timur taman direka untuk menjadi satu bidang yang nyata dengan acara persegi dan taman rumput di mana pelbagai festival dan acara yang diadakan sepanjang tahun.
- Dotonbori Street - Sama seperti kawasan Bangsar atau Sungei Wang di Malaysia, tempat ini adalah merupakan tempat tumpuan bagi night life di Osaka. Terdapat banyak restoran dan bar, dan juga tempat untuk membeli belah. Yang nak beli helmet pun katanya ada kat sini. Ada Dontonbori River Cruise.. Best jugak kalau boleh naik ni... bayar sendiri ler coz x termasuk dlm itinerary.. Macam best jer menyusur bandar waktu malam... Kita tengok ler nanti
Day 05 ( B / L /D )
- Jelajak Nara dan Kyoto cities.
- Nara Deer Park - Ni Zizan pergi kat sini tau.. hihi... saper yang duk sebuut Zizan aritu... haa... amik kau... Memang tempat rusa ler.. Rusa berkeliaran kat sini.. Kawasan ni agak pedalaman..Dianggarkan ada 1200 wild deers that roam freely
- Arashiyama - Kawasan ni adalah kawasan perkampungan dan sepanjang jalan menuju ke Arashiyama banyak terdapat rumah-rumah tradisional Jepun. Berdekatan ada bamboo groves dan Ninomiya Temple. Tak sure kita cover ke tak 2 tempat ni.. but rugi ler kalau tak pergi.. hihi.. take note ni yer.... Ada jugak Sungai Oi yang femes dan Moon Crossing Bridge... jugak femes..
- Picnic Lunch at Cherry Blossom Park - Emmm... mak tgh pikir time picnic ni mak nak pakai baju camana??? hahaha... Ni mmg tmpt cherry blossom ler.. of coz pemandangan dia mmg cantik sgt... u ols google ler tgk gmbr dulu.. kihkihkih...
- Umeda Sky Building (Night view) - Ada floating garden kat sini. Kalau nak naik ada bayaran 700 yen. Macam wajib naik jer... Tapi kalau gayat jgn naik... Ada tempat kunci cinta juga kat sini... Dan ramai tunggu matahari terbenam...
Day 06 ( B )
- Nak balik dah.. huhu.. Flight kita kul 11 pagi...
Harap my future Japanese girl berpuas hati dgn bahan research dari akak ni yer... Oh yer... ada sedikit info lagi.. Hasil bacaan blog orang lain…. Ni kita kautim kat sana nanti.. Harap nyer travel agen kat sana sporting morting:
- Kita wajib pergi Tokyo Tower. Waktu malam. Tiket harga 820 Yen dalam RM28 seorang. Bleh jer bayar sendiri sbb pakej tak cover… Rugi plak klu tak pergi.. Pergi malam.
- Kalau u ols nak sacrifice mana2 destinasi.. bleh jer pergi Mount Fuji tu. Ada yang pergi smpi aras 5. Ramai cakap boring… ada jugak ckp best.. so.. x sure ler mcm mana.. huhu… Tapi pemandangan memang cantik. Setakat naik dan tengok pemandangan jer. Klu yang rasa tak kuat memang penat.. huhu.. kalau rasa ambik gmbr dr jauh pun dah nmpk mount fuji tu... kira ok ler.. xder benda sgt pun kat situ... wallahualam...
- Jumlah Hard Rock Cafe di Jepun ada 6 kesemuanya. Di Osaka je ada 2 iaitu di bandar Osaka dan di Osaka Citywalk. Di Tokyo pun ada 2 iaitu di Roppongi dan Ueno-Eki. Satu lagi HRC terletak di Yokohama. Baju HR, harga sehelai tu lebih kurang RM100.
- Disarankan beli magazine Jepun. Harga murah. Setiap magazine ada free gift yang mmg awesome.. handbag ler... dvd ler... baju ler... macam2 ler...
- Starbuck Mug pun cnatik jugak.... ngeh..ngeh...ngehhh...
- Japanese Cotton cantik dan harga murah.
- Daiso harga memang mampu beli. Walaupun kat Malaysia pun ada, tapi di sini harganya murah sikit. JPY100/items means RM3.25 untuk satu barang. Murah sikit ler dr Malaysia.. RM5 lum tambah GST... kikikii
Review pasal hotel kita tu nanti:
Sunroute Hotel Higashi Shinjuku
- Terletak berhampiran dengan Tempat Suci Hanazono, Gedung Membeli-belah Isetan Shinjuku dan Isetan Shinjuku. Juga terdapat berdekatan adalah Tempat Suci Meiji dan Taman Nasional Shinjuku Gyoen.
- Department Store Isetan dijangka hanya dalam waktu 15 minit jalan kaki dari hotel.
- Kalau rasa tak puas iSetan kat KLCC bleh ler jalan kaki ke iSetan Tokyo.. kiki
Sunroute Hotel Sakai
- Ni pedalaman sikit... So x byk review pasal hotel ni.. Cuma ada ckp equipment lama.. tapi good service.
Kalau google blogger lain.. byk menginap di apartment, rumah tumpangan dan motel2 kecil sbb hotel mahal kat Jepun.. Mak jemah semua nak duk hotel..
Itu jer kut.... kalau rajin google ler sendiri.. hihi
Mari belajar bahasa Jepun:
- Kore wa = ini
- ikura desu ka = berapa harga
- Ohayou Gozaimasu = Good Morning - Use before 10am
- Ohayou = Good MOrning - Informal
- Konnichiwa = Hello - After 10am , afternoon time, day time
- Konbanwa = Good evening - after 5pm selamat ptg/mlm
- Oyasumi nasai = Good Night
- Oyasumi = Good night - Informal
- Omedetougozaimas= Tahniah! ucapan ini boleh diucapkan untuk pengantin baru, calon peperiksaan dll.
- watashi wa nihonggoga wakarimasen = "i don't understand bahsa jepun"
- Onamae wa = "What is ur name ? "
- Watashi wa xxxxx desu ="My name is xxxxx."
- hajimemashite =how do u do ? - use on first time meet only
- hajimemashite , douzo yoroshiku = that is very nice to meet u - use on first time meet only
- Ogenki desuka ? = How are u ? / awk shat ke?
- hai, okagesamade = fine , thank you
- Kalau ya/ Yes = hai.
- Kalau tidak /no / not = iie
- Cara nak sebut iie = 'e' bunyi seperti 'yek'.
- Watashiwa sukoshi hanasemasu.= Saya boleh cakap sikit2.
- Sukoshi = Sikit
- chottomattekudasai-tggu sebentar
- doumo arigatou gozaimasu = thank you very much
- doumo arigatou = thank you
- doumo = thanks
- Arewa nangdeska. = Itu apa?
- Wakarimaska= faham tak?
- tabemasu=makan
- gohan o tabemasu=makan nasik
- sakana o tabemasu=makan ikan
- dou itashimashite = you are welcome
- moshi moshi = hello ---use only when over phone
- sumimasen = i am sorry, excuse me
Ok cukup untuk hari ini.... kita sambung lepas balik Jepun pulak yer..... babai
Pada kawan2 lain yang membaca.. sorry yer TAK BOLEH NAK KIRIM. MAK TAK SUKA BAWAK BARANG ORANG SEBAB MAK PUN BANYAK BARANG.... kiki... 1 pun tak boleh. wekkk..
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment