RAHSIA SAYA KEKAL BERTENAGA - MARGNA


Saya amalkan 1 sacet setiap pagi.
Ramuan campuran kunyit, halia, delima, madu, manjakani, asam jawa ni sangat bagus untuk DALAMAN WANITA.
.
Rasa sedap. Pengambilan yang mudah.
Koyak sacet dan hisap jer.
Menjadikan MARGNA adalah minuman moden tradisional pilihan wanita masa kini.
.
Dalaman sihat Luaran berseri.
Awet muda Hubby pun suka.
Kita yang minum Dia yang gembira.
Wah gitu.
.
Nak cuba?
Beli 3 botol dengan harga RM150 sahaja.
Awesome tak hengatttt.
.




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bagaimana saya mulakan bisnes online


Begini 5 tahun yang lalu.. bagaimana ia bermula.
.
Dari dulu lagi minat Sally memang menjual. Menjual adalah hobi saya. Untung sikit banyak belakang cerita. Janji produk di tangan terjual.
.
SF Beauty adalah produk pertama yang Sally jual secara serious. Walaupun banyak lagi produk lain, tapi permintaan SF Beauty sangat menggila waktu tu. Tak de FB Ads, melalui blog sahaja.
.
Kemudian Sally mula mencari produk yang digilai ramai. Felinna, Dherbs, banyak lagi yang lain dan akhirnya SDM. Dari pendapatan geli geli RM100 sehari, waktu tu Sally boleh capai sehingga RM5 - RM7k sebulan. Bayangkan hanya melalui blog.
.
Kemudian, beberapa kali Sally rasa kecewa bila pelanggan yang dilayan akhirnya membeli di kedai jamu sahaja. Kita yang penat melayan, tapi ke kedai jamu juga dia dapatkan produk. Selepas beli, dia datang balik bertanya cara guna dan sebagainya. Kadang kadang hati membengkak juga. Tapi dilayan dalam mood paksa rela. Tapi difikirkan balik, lagi lagi produk jamu SDM, bila ada pelanggan bagi feedback walaupun dia beli di kedai jamu, tapi perubahan yang terjadi pada dirinya, hati rasa bahagia. Kita dah bantu orang.
.
Sally pernah dapat sebiji cake secret recipe dari customer apabila hubungan dia dan suami kembali pulih apabila masalah dalaman dia selesai. Mereka hampir bercerai waktu itu. Tetiba tak jadi cerai, suami berbaik balik, siap hantar bunga. Esoknya, dia kirimkan cake untuk Sally tanda terima kasih. Saat itu, Sally mula rasa seronok dan bahagia dan memutuskan untuk fokus pada satu produk sahaja. Biar saya menjadi pakar dalam rujukan produk tersebut. Sampai Sally boleh come out dengan skrip dan list of FAQ. Kakau Sally bagi skrip tu kat sapa sapa je pun boleh close deal. Sampai ke level itu Sally kuasai ilmu produk yang dijual.
.
Sampai satu tahap, Sally menuntut ilmu dengan seorang sifu. Belajar Fb Ads. Tak ramai lagi yang buat fb ads masa tu. zaman orang set bajet RM5. Tapi Sally dah letak RM30 sehari. Woww.. kira banyak dah masa tu. Sally buat untuk produk SDM. Sales mencanak naik. Satu iklan set RM30 sehari tidak pernah tutup selama setahun lebih bertahan. Dan hasilnya, profit bersih rm13k-rm15k sebulan. Masa itu ye. Bukan sekarang. Sekarang set rm30 belum tentu gerak. Huhu
.
Dalam pada sibuk menjual jamu, kumpul ilmu business online, lakarkan business plan dan strategi, Sally come out dengan satu produk dgn satu brand tetapi ia lebih kepada partnership. Dalam partnership tak semuanya indah. Banyak yang pahit dari yang manis. Kapal pecah dan kami bina kapal sendiri. Akhirnya wujudlah Eliss. Pada masa yang sama Sally masih kekal sebagai Stokis SDM. Lama kelamaan, Sally tahu sangat susah nak fokus 2 benda. 2 brand berbeza. Sally let go SDM dan fokus pada Eliss. Hasilnya berganda ganda. Bila kita focus, usaha yang diberikan tertumpu dan hasilnya berganda. Rather than nak fikir strategi kepada banyak benda. Sakit kepala pun kurang sikit.
.
Pada mulanya, selepas Sally buat testing jualan persendirian, Sally comeout dengan skrip jawab pm, teknik teknik gambar, copywriting. Benda ni yang Sally tak dapat bila jual produk orang lain. I try to simplify dan bagi yang terbaik untuk warga Eliss. Bila semua dah lengkap, dan Sally dah test benda dah jalan cantik, masa tu terbuka hati untuk berkongsi dengan kawan kawan terdekat yang tak putus putus support Sally. Alhamdulillahh its work. Syukur sangat masa tu. Sally tak keseorangan lagi. Untuk membina empayar tak boleh sorang sorang. Momentum dia pergi tak jauh sangat. Nak daki gunung kena daki ramai ramai baru seronok. Kalau sampai ke puncak pun ada orang tolong ambik gambar dan boleh wefie ramai ramai. Rather than selfie sorang sorang. Tak gitu?
.
Dan kini, Sally masih kuatkan semangat dan kadang kadang terimbas juga saat dulu dulu macam mana Sally bermula. Supaya perkataan syukur itu sentiasa terucap di dalam hati. Orang orang yang terlibat sama ada memberikan pengalaman manis atau pahit, kita sepatutnya mengucapkan terima kasih pada mereka. Kerana mereka, kita kuat. Kerana mereka, kita belajar banyak benda. Dan pengalaman menjadikan kita MATANG dalam kehidupan dan yang pasti satu perubahan yang Sally alami, bila kita tahu nak memberikan reaksi yang bagaimana jika sesuatu perkara itu berlaku kerana pengalaman telah mengajarku.
.
Keep on moving.
Keep on going.
Keep on smiling.
The world will give you exactly what you ask for it.
.
Nukilan jari menari di papan kunci.
Puan Sally (Suhaili Mohd Zain)
Pengasas Eliss.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Impian dan Angan Angan



Tajuk petang ini yang ingin Sally kupas dan kita sama sama fikirkan. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat pada anda semua.

Manusia seringkali berimpian. Impian adalah sesuatu sasaran yang kita ingin perolehi. Dan kita bergerak ke arah impian tersebut. Segala yang kita lakukan adalah menjurus kepada impian yang kita bina. Segala tindak tanduk adalah jelas dan doa yang kita panjatkan juga hendaklah selari dengan impian yang kita lakarkan sehinggalah kita capai apa yang diinginkan dan kita sujud syukur padaNya.

Angan angan pula adalah sesuatu yang kita inginkan tetapi ia menjurus kepada ingin sahaja. Hanya berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu tetapi tiada usaha yang dilakukan untuk mendapatkannya. Kita hanya berkhayal, termenung panjang dan angan angan akan kekal angan angan dan akan luput ditenggelam zaman. Tiada apa yang berubah. Orang lain ke depan dan kita masih leka dengan angan angan kita.

Untuk membina satu impian, ia bukanlah hanya berada di minda, tapi dihati juga. Dan zahirkan di atas kertas supaya ianya lebih jelas.

Apa yang Sally kongsi dengan staff hari ini adalah sesuatu yang Sally nak mereka nampak macam mana Sally mula mula mencipta impian dan satu persatu Sally mula mendapatkannya.

Contohnya jika berimpian ingin mendapatkan RUMAH. Apa yang perlu kita buat?
1) Mentor saya berpesan, kena pergi tengok dulu. Gambarkan dulu dalam kotak fikiran. Supaya apabila kita dapat visualize secara jelas, mudah untuk kita berdoa dan semangat untuk mendapatkannya inshAllah tidak pudar. Sebab ia asyik terbayang bayang di depan mata. Minta dengan Allah. Aku nak rumah itu, gambarkan dlm minda, kedudukannya, tempat nya, warnanya, segala gala tentang nya. Supaya ia jelas. Bila Allah bagi, kita tahu itu yang kita minta.
.
2) Impian membeli rumah sudah pasti melibatkan kewangan. Impian sahaja tapi tiada duit, tiada simpanan, tidak tahu macam mana jalan untuk mendapatkannya, sekali lagi impian tersebut hanya menjadi sekadar angan angan sahaja. So, Buat kira kira. Jika rumah yang nak dimiliki berharga RM300,000 bagi sebiji apartment. Sekurang kurangnya anda hendaklah mempunyai 10% down payment. Which is nak kena ada cash RM30K.
.
3) Katakan masa yang disasarkan untuk membeli rumah adalah bulan Dec 2017. Anda hanya mempunyai 10 bulan lagi untuk mendapatkan RM30K. Maknanya sebulan anda hendaklah membuat simpanan sebanyak RM3K.
.
4) Sekiranya anda seorang pekerja di mana mana syarikat, mulalah berfikir bagaimana hendak mendapatkan wang RM30K itu dalam masa 10 bulan sahaja. Sekiranya anda seorang warga ELISS dan focus kepada jualan Leptos. Andaikan anda seorang agen sahaja. Pengiraan nya begini.
RM3000 sebulan yang anda inginkan untuk dijadikan simpanan bulanan selama 10 bulan itu dibahagikan selama 30 hari. Maknanya anda hanya memerlukan RM100 untung bersih sehari. 1 customer biasanya membeli 2 botol Leptos.
2 botol Leptos anda untung RM100. Haa... dah dapat dah RM100 yang anda perlukan sebagai simpanan harian. Jika anda dapat lebih customer, maka lebih cepatlah simpanan anda cukup.
.
1 customer UNTUNG RM100
Rm100 x 30 hari = Rm3000 sebulan
Rm3000 sebulan x 10 bulan = RM30,000 duit down payment rumah anda.
.
5) Nampak jelas tak impian yang diambil tindakan sewajarnya dan dizahirkan dengan pengiraan yang lengkap di atas kertas dan set sasaran anda.
.
Impian kena ada target sasaran bila ia hendak dicapai. Ada timeline gitu. Dan jika ia melibatkan kewangan, kena ada kira kira.
.
Impian yang hanya bermimpi tapi tiada tindakan yang dibuat, ia hanya dipanggil angan angan sahaja.
.
Jelaskan impian anda dan bertindaklah SEGERA.
Sharing is caring
.
Hasil nukilan jari menaip di papan kunci
Pn Sally.
Pengasas ELISS


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Masalah Bau Badan / Miss V Berbau


Bau badan, hiiyaiii... jangan sampai Ladies sekalian mengalami hal yang satu ini. Bau badan bukan sahaja akan membutakan kita hilang kepercayaan diri, malah ia juga boleh menimpulkan gosip di antara kawan-kawan dan orang sekeliling. Kadang-kadang kita tak sedar jika kita mempunyai masalah bau badan. Ada kawan yang jujur, mereka akan memberitahu kita. Tapi ramai yang tidak tergamak untuk memberitahu dan sudahnya mereka menjauhi atau pun mengata di belakang kita.

Kadang kadang memakai deodoran saja tidak cukup untuk menghilangkan bau badan, terlebih aktiviti vergas, cuaca panas membuatkan proses perpeluahan menjadi jadi.

Salah satu perawatan dari dalam yang efektif untuk menjaga bau badan agar tetap segar meski banyak berpeluh adalah dengan mengamalkan meminum jus kunyit dan asam jawa.

CARA MEMBUAT JUS KUNYIT
========================
Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam jawa + sedikit gula melaka ketul atau madu. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi bersama selawat + Al Fatihah.

Cara yang paling senang adalah dengan mengamalkan marGna. Gabungan cukup lengkap, bukan sahaja untuk bau badan, malah untuk kesihatan rahim dan juga peranakan.

Selamat mencuba. Untuk dapatkan marGna, boleh membuat belian online di sini


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


MarGna atasi KENTUT VAGINA




Maafkan saya kerana tidak berkongsi dari awal. Penggunaan 1 sacet marGna mampu membuatkan seorang ibu tersenyum dan berterima kasih. Ini semua gara gara promosi Chinese New Year. Ramai dikalangan eanita yang mengalami Kentut Vagina.

Jom Sally kongsi bagaimana ia terjadi. Istilah VAGINAL FLATULENCE apakah yang di maksudkan dengan istilah ini dari sudut saintifik?

- vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Namun Vaginal Flatulence ini sebenarnya masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj. Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj. Lebih memburukkan keadaan apabila wanita berkenaan mengangkat hadas iaitu membasuh bahagian kemaluan mereka. Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut.


Kaedah untuk mengatasi Kentut Vagina
============================
Kaedah Asas (Permulaan)
Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba.
Tahan dan kira sehingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.
Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.

Untuk Pastikan Kaedah Anda Betul
=========================
Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.
Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.

Senaman Yang Sempurna
===================
Setelah kaedah anda betul, lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.

Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya.
Jangan menahan nafas ketika melakukannya.

Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam).Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor untuk mendapatkan panduan.

Rawatan Tradisional - Bertangas
=======================
Bertangas sangat bagus untuk mereka yang alami masalah kentut vagina kerana dengan bertangas dapat merawat dalaman, mengecutkan saluran sulit & longgar dan mengatasi masalah sakit puan.

Amalan Herba 
==========
Memakan herba juga penting bagi mengelakkan angin dari dalam badan,merapat seterusnya memberi kesihatan & tenaga kepada wanita di luar sana. Manjakani bersifat uterotonic (menguatkan otot rahim). apabila otot di bahagian rahim menjadi kuat masalah peranakan jatuh, kegagalan menahan kencing, masalah faraj longgar & sebagainya dapat di atasi.

Jadi jangan ragu-ragu untuk amalkan marGna gabungan KUNYIT, MANJAKANI, HALIA, DELIMA kerana ia mampu:
- merapat 
- merawat keputihan 
- merawat senggugut
- mengecutkan rahim
- memulih luka selepas bersalin
- melancarkan haid & nifas
- mengawal lendiran di faraj
- merawat buasir
- buang angin dlm badan
- lawaskan buang air besar
- atasi kencing tak puas/kencing kotor
- menjaga dalaman wanita
- untuk kecergasan badan
- atasi gastrik
- kurap/kayap
- redakan sakit gigi & gusi
- merawat peranakan jatuh
- mencegah asma
- mengurangkan masalah bau badan

Mudah untuk diamalkan.
Koyat sacet hisap sahaja.
Rasa sedap masam manis.

Retail RM60.
Promo 3 botol RM150 sahaja.

Boleh dapatkan secara online di sini


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops