Camar Di Senja Semalam - Episod 4

Camar Di Senja Semalam
Penulis: Puan Sally
Episod 4

Suasana di kafe itu mulai tegang. Banyak mata memandang ke arah mereka. Zara Qisya dan Anas Zafran berdiri tegak memandang satu sama lain. 

Tidak ada sepatah kata yang keluar daripada mulut Anas Zafran. Mukanya biasa. Tidak marah. Tidak senyum. Kemeja putih yang dipakainya habis kotor dengan kuah spaghetti bolognese. Dia mengesat dengan tangan dan menanggalkan beberapa urat spaghetti yang melekat dibajunya. 
.
Anas Zafran kemudiannya melangkah menuju pintu kafe seterusnya keluar dari situ meninggalkan Zara Qisya yang terpinga-pinga memandang pemuda yang baru sahaja dilanggarnya tadi pergi berlalu. Dia perasan baju pemuda itu sudah kotor. 

Zara Qisya memandang sayu sehingga kelibat Anas Zafran tidak kelihatan lagi. Dia tunduk mengutip dulang dan makanan yang bersepai dilantai. Semua yang terjadi angkaranya. Tidak berhati-hati ketika bangkit dari kerusi sebentar tadi. 

“Takpe kak. Biar saya kemas,” pelayan kafe datang untuk membantu. Zara Qisya senyum dan memohon maaf atas kesilapannya.

“Qisya ok tak?” Firdaus yang dari tadi terkesima dengan apa yang terjadi bersuara.

“Qisya ok Abang Fir” balas Qisya selamba.

“Babe, apa hal mamat tu? Kau kenal ke? Tak cakap apa-apa. Bisu ke?” Bertalu-talu Nabila bertanya dan membuat andaian sendiri. Dia seolah tidak berpuas hati dengan lelaki yang baru sahaja dilanggar oleh kawannya itu. 

“Entahlah Bil. Memang salah aku pun. Kesian dia tak sempat breakfast. Baju dia pun kotor teruk tadi” Zara Qisya kesal dengan apa yang terjadi. Semua salah dirinya.

“Eleh. Muka je macho tapi cepat merajuk. Tak makan konon. Kalau dia ok tadi, boleh je kau belikan makanan baru untuk dia,” ngomel Nabila yang masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan Anas Zafran. 

“Aku basuh tangan dulu babe,” Zara Qisya bergerak ke sinki untuk mencuci tangannya yang melekit dan kini tambah kotor dengan kuah spaghetti bolognese. 

Fikiran Zara Qisya jauh melayang. Apa yang berlaku sebentar tadi bermain di fikirannya. Wajah Anas Zafran seolah sedang tersenyum di hadapannya. Dia pernah melihat pemuda itu. Tapi di mana? 

Anas Zafran membuka pintu BMW X5 miliknya. Dia mencapai beg Taylormade yang berada di tempat duduk belakang. Mujur sahaja beg itu tidak dibawa naik ke rumah semalam selepas sesi golf bersama papanya. Di dalam beg itu ada sehelai tshirt berkolar. Sebaik sahaja dia menemui tshirt itu, dia mengeluh lega. 

Anas Zafran masuk ke dalam kereta dan menukar baju yang kotor tadi. Dia tersenyum sendiri apabila mengingatkan muka cuak Zara Qisya apabila melanggarnya tadi. Wajah gadis itu yang sentiasa menghantuinya. Sudah lama dia menunggu waktu untuk bersua kembali dengan gadis itu. Dia masih ingat kejadian luggage gadis itu tergolek jatuh dari escalator KLIA dan merempuh kakinya sehingga dia jatuh ke lantai.

Usai menukar baju, Anas Zafran ingin kembali lagi ke kafe. Perutnya berbunyi minta diisi. Kalau tidak kerana insiden tadi sudah pasti dia sekarang sedang menikmati spaghetti bolognese yang menyelerakan. Dia melangkah keluar dari kereta dan melihat penampilannya di cermin tingkap kereta. Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang.

Bersambung.....

Hak Cipta Terpelihara
#CamarDiSenjaSemalam
#NovelBersiriPuanSally
#FBSuhailiMohdZain
#SetiapAhadMalam


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


1 comments:

  1. Etuza said...:

    teruskan usaha menulis berkarya ya

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops