Bertungku.. bukan semasa dalam pantang sahaja

Assalammualaikum.... u ols semua...


Lama kan tak berceloteh panjang kat sini...Kak Jah mesti rindu sangat  nak baca cerita2 Sally.. Semalam Sally ada birthday party... Kak Nina and Arissa enjoy betul berGymboree kat Bangsar Village... Weekend bawak anak2 enjoy... coz weekdays mama busy berbisnes... huhuuu..

Ok.. arini nak citer pasal tungku... Sajer nak share dgn u ols... Best pulak bertungku time hujan2 ni.. Kat luar sana (Ampang Jaya)... mmg tgh hujan lebat.. sajer ler nak try Tungku Herba keluaran Moden Tradisional Seri Dewi Malam (MT-SDM). 

Kalau sebut tungku jer... org ingat masa dalam pantang jer kita bertungku kan.... sebenar nyer tidak u ols... Sally mmg bertungku sejak zaman anak dara lagi... Maklum ler org kampung.. tapi masa tu mama rajin jer... anak bongsu katakan... time2 period sakit perut tu.. mama rajin tungku2 perut kita sbb nak buang segala angin dan darah kotor serta lancarkan pengaliran darah dalam rahim... So, Sally dah biasa ler bertungku... best plak masa tu... lagi2 mama yang tungkukan... Masa tu pun makan jamu gak... arwah nenek nyer resipi.. tapi sayang kan tak diwarisi oleh sesiapa pun.. mama pandai jugak ler.. tapi tak komersialkan pun... Mama pun busy dgn bisnes restaurant dia.. takder masa nak bikin jamu bagai.... Dan.. Sally mmg tlh diajar dan dah biasa dgn jamu2 bagai ni.. sebab tu akak sihat dan cergas sepanjang hari... awet muda... hihii.... janji dlman sihat and hubby bagi Thumbs Up sokmo... u ols dapat thumbs up tak??? hahahaa

Ok.. berbalik pada cerita tungku tadi kan.... Kalau dalam masa tempoh berpantang.... salah satu sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugat kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. 

Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi (tungku besi) or batu sungai or anak lesung.. tungku herba jugak terbaikk... Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya, tetapi tahap kepanasan yang dapat meresap hingga ke dalam tubuh. Bagi Sally.. tungku herba adalah paling praktikal... Skrg ni nak cari batu sungai pun susah okay... Tungku besi plak... nak kena pandai baru leh pakai... mau terbakar dan melecur perut if tak balut betul2... Sally pernah dengar cerita Mak Bidan KL ni yang dtg urut Sally kat umah.. dia citer.. dia pernah gi tungku sorang pelanggan... suami pelanggan tu bagi tungku besi yang dah dipanaskan.. mak bidan tu pun lupa nak cek dulu... ingat dah balut baik punyer... rupanya alas dgn kain batik jer... Mak Bidan yang mmg byk cakap tu agaknya sibuk berborak.. ambik terus je tekan kat perut.. melecur kau... huhuuu... careless betul mak bidan tu... lepas dia citer pasal tu... Sally dah tak panggil dia lagi dah.. takut aku.. buat nyer dia tekan perut aku suka hati dia jer... huhuu... mula meragui kebidanannya... hahaha

Ok.. tungku batu dan tungku besi ni biasanya bagi yang ada mak bidan bantu... nak buat sendiri sgt ler tidak digalakkan... klu mmg dah tahu selok belok bertungku boleh ler... tapi kebykan ibu muda.. dan wanita moden skrg ni... tak tahu sgt... tungku herba adalah yang terbaik.. tak merbahaya dan rasa pun best sgt... Kesan panas daripada tungku dgn adunan daun-daun akan terus meresap masuk ke dalam kulit sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku.

Proses bertungku boleh dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari (bawah pusat dan di atas perut iaitu bawah payudara). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku. Bertungku ni penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.

Untuk yang dalam pantang, bertungku ada kalanya diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku, ia boleh diteruskan hingga habis pantang.

Bagi wanita lain yang dah selesai berpantang... atau masa pantang tak tungku sangat... or tak bertungku langsung... wanita yg belum kahwin pun... boleh jer gunakan tungku herba ni... Tapi kena rajin ler... Sambil baring2 pun leh tungku... Aper yang best nyer???

Bertungku juga dipercayai dapat:

  • memecahkan lemak;
  • mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
  • mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
  • Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua. 

Bahagian badan lain yang perlu di tungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat. 

Tungku juga di bahagian buah dada, bertungku di sekitar buah akan melancarkan pengaliran darah. Bertungku baik dilakukan ketika berbaring. 

PERINGATAN : Jangan letak tungku di tengah perut.

Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang. Yang nak perut slim tu.. bleh ler amalkan tungku di bahagian perut.. klu dah rasa perut tu bertingkat2 mengalahkan rumah flat... hihihihii

Kaedah Bertungku dengan Tungku Herba 
Kaedah pertama :
• Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.
• Letakkan 1 bungkus pek Tungku Herba diatas pengukus tersebut.Biarkan antara 10-15 minit ( mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki ).
• Keluarkan Tungku Herba. pek Tungku Herba yang sedang panas tadi dilap dgn tuala bagi mengurangkan basah wap, Kemudian dituam secara cepat diperut.
• Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama di bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
• Setelah Tungku Herba Sejuk ulang cara bertungku yg sama.
• Rawatab bertungku disyorkan dilakukan pada waktu pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga habis tempoh berpantang.

Kaedah Kedua ;

Tungku Herba boleh juga dipanaskan mengunakan seterika dengan menekap permukaan Tungku Herba dibahagian permukaan seterika.Apabila cukup panas (mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki), Tuam pada bahagian perut. Keringkan dan simpan didalam peti sejuk untuk ketahanan jangka panjang.Boleh digunakan untuk tempoh yang lama...

Cara Bertungku Bagi Mengurangkan Sakit-sakit Badan dan Lenguh Badan  

Tungku di bahagian ulu hati: 
Tujuannya untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.


Di bahagian Tengkuk:
Letakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher. Letakkan di titik bekam kaahil dan akhda'ain.

Di bahagian bawah pinggang pula:
Anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki, tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Lebihkan masa pada bahagian paha sebelah luar kiri dan kanan kaki. ini kerana di situlah terletaknya urat utama untuk darah mengalir ke kaki. Kalau block darah di situ, akibatnya kaki cepat lenguh.

Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki : 
kaki di rapatkan menjadi satu kemudian di gerakkan ke hadapan dan kebelakang. Jika tungku anda berbentuk bulat, golek-golekkan tungku ke depan dan ke belakang. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
Bertungku memerlukan kerajinan bagi mendapatkan kesan yang optimal.

Sally mmg suggest tungku herba ni sebab aper???

  • faktor masa - tungku herba ni sangat cepat disediakan dan mudah jer nak guna
  • tenaga serta kos yang mahal untuk mengupah orang terutama bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar... dengan tungku herba u ols leh tungku sendiri...
  • meringankan beban ketika di dalam pantang.

Pagi tadi... Sally memanaskan air kukusan dan mengukus tungku herbal itu selama lebih kurang 15-20 minit. Jika telah mendapat kepanasan yang dikehendaki bolehlah mula bertungku. Semasa tungku herbal itu di kukus ia akan mengeluarkan aroma serta bau akar-akar kayu yang sangat harum sekali kerana tungku herba ini dirumus herba-herba terpilih. Adelina pun cakap... "Smell so nice mama.. Are you baking a cake for me??" hahah... cian plak anak mama ingat mama buat cake...

Antara khasiat Tungku Herba ni adalah untuk :


  • Membantu aliran darah dengan sempurna juga turut membantu masalah kebas anggota badan akibat aliran darah yang tidak lancar.
  • Membantu mengendurkan saraf dan otot yang tegang dalam badan.
  • Mempercepatkan keringnya darah nifas dengan mencairkan ketulan darah.
  • Membantu mengembalikan semula kedudukan tulang pinggul ketempat asal. (akibat pembukaan ketika melahirkan anak)
  • Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf serta sakit otot.
  • Membantu masalah lebam dan kesakitan serta bengkak kecil akibat bersukan atau cara hidup yang aktif.
  • Membantu mengempiskan perut selepas bersalin.
  • Membantu membuang angin dalam perut.
  • Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Bagi yang menjalani pembedahan pula, ia baik untuk membantu dalam mengecutkan luka jahitan, mengeluarkan darah kotor serta menghilangkan sakit-sakit badan yang tidak boleh diurut kerana pembedahan.

Tungku herbal ini juga, tidak dikhaskan hanya kepada ibu-ibu yang bersalin sahaja tau... ianya juga boleh digunakan oleh semua golongan termasuk mereka yang belum berkahwin dan menghadapi masalah segugut begitu juga dengan orang-orang tua yang mengalami sakit badan, sendi, sengal-sengal badan, sejuk dan banyak angin dalam badan.... 

Tungku herba ini juga boleh digunakan beberapa kali sehingga hilang bau akar-akar kayu itu tergantung kepada kekerapan  ianya digunakan. Selepas menggunakan tungku tesebut,  ia harus disimpan di dalam peti sejuk. Ianya bertujuan untuk memberikan ketahanan jangka panjang bagi tungku tersebut. Ia juga boleh digunakan semula dengan mengulangi proses yang sama seperti Sally terangkan kat atas tadi.

Alhamdulillah Sally sangat berpuas hati dengan tungku herba ini ...

If u ols nak try... calling2 ler... best sgt2... Call Sally 0192107881.

Meh Sally bg testimoni lain gak...







U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


4 comments:

  1. Anonymous said...:

    Saya suka bertungku..tq kerana berkongsi info yang sangat best...

  1. Bertungku memang buat badan rasa lebih fresh. Kulit yang kendur pun jadi makin tegang dan kembali sihat berseri. Tq for sharing!

  1. Unknown said...:

    klu sy bertungku. tp guna porch yg boleh isi air panas tu. boleh juga ke...sy ada masalah endometriosis. jadi sy guna tisu letak castor oil dan sy tuamkan guna porch air panas ni. berkesan jugak ke klu mcmni?

  1. Fazlini said...:

    macam mana nk order tungku ni,pls call me at 0126507679

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops