Kak Jah tak sabar-sabar tau suh Sally post pasal Ho Chi Minh (HCM). Aku penat giler lagi... Banyak plak benda dalam kepala otak ni.. Dia tak abis-abis ber'message'han suh update pasal HCM. Ingat aku tak der kerja lain ker.. dah ler balik-balik dr HCM jer terus berkursus 3 hari... huhuu.. sakit pinggang mak buyung. Kesihatan plak tak memberangsangkan. Selsema memanjang.. diselang seli dengan batuk2 manja.. huhuuu...
So, pada pagi Sabtu ni.. ada ler masa sket nak update blog ni.. Nak bagi review sket pasal HCM.. yo laa... dah orang tu paksa-paksa kita kan.. almaklumla dia pun nak pergi next week.. Sibuk nak tau citer.. nak tau apa benda aku shopping.. brapa aku beli.. mana aku pergi... huhuuuu... So, layan ler Jah oi.. puaskanlah hati ko tu..
Sebelum pergi, cam biasa.. ada ler persediaan2 yang perlu dibuat. Sally slalu gak google2 tgk review orang dan juga baca blog2 untuk dapatkan info.. Takder ler zero knowledge nak g negara orang kan.
So, sedikit info untuk di share bersama:
Masa?
Vietnam lewat 1 jam daripada Malaysia. Kita kul 9 dia baru kul 8.
Cuaca?
Ala-ala Malaysia jer
Matawang?
Dong. (VND) Lebih kurang macam ni ler RM15 = 100,000 VND. Sally slalu bawak jadual anggaran pertukarang wang ni, so that senang nak tahu harga sebenar sesuatu barang tu berapa. U ols leh gak sediakan benda ni.. Mmg senang. Print kat atas hard paper. Standby ler sekeping sehari.. kut lunyai.
Nak tukar duit kat mana best?
Setelah di survey beberapa tempat, Sally mmg suka tukar di Ampang Park. Kedai belakang deretan Supermarket TC Permata. Kedai dia hujung skali sebelah kedai runcit Mamak. Rate dia mmg terbaekk. Sally dapat RM157 untuk 1,000,000 VND.
So, untuk HCM ni, Sally tak tukar banyak sangat. Tukar RM1,004.80 dapat 6,400,000 VND.
Credit Card?
Kat sana, tak banyak tempat leh guna CC. Kalau ke shopping complex besar2 dan juga Hard Rock Cafe jer bleh swipe.. Kat kedai lain jangan harap.
Mata Wang aper yang sesuai dibawa?
Bawak DONG pun ok.. Bawak RM pun boleh gak.. Byk tempat yang kita pergi diaorg accept RM. Diaorg paling suka USD ler. Kalau u ols nak tukar USD pun boleh. Biasa diaorang akan bg harga dalam USD, dan u ols akan tanya dalam DONG berapa.. Nak ngap orang jer kerjanya org kat sana.. Lagi2 tahu kita org Malaysia... dia dah tahu dtg nak shopping.. Jangan terkejut, ramai gak yang tahu cakap Malaysia. Kat sana Sally rasa macam pergi Golok, Thailand plak... huhuuu
Payung/Baju Hujan?
Keadaan tak menentu. Waktu we ols pergi tu mmg hujan je kalau petang, So, u ols standby ler Baju Hujan yang dibeli kat Guardian tu ker.. payung lipat ke.. Senang nak bergerak. Sally prefer Baju Hujan.. Shopping bebas walaupun hujan.. lagi2 bila malam nak ke Pasar Malam area BenThant Market. Beli kat sana Baju Hujan dlm RM1.50 jer satu.
Ubat-ubatan?
Amat diperlukan... bagi Sally ler.. orang lain tak tahu ler plak. Kalau travel, Sally takkan lupakan Salonplus. Balik malam sebelum tido, Sally akan tampal kedua belah tapak kaki dan betis. Hilang ler lenguh2 berjalan2 seharian. Minyak cap kapak kut pening kepala ke aper... Panadol Active Fast. Bg yg ada kencing manis, darah tinggi.. jgn lupa bawa bekalan ubatan u ols..
Luggage?
Huhuuu.. yang ni bab sedih.. masa beli tu tak hengat kan... So, bagi yang naik AA, bleh ler beli extra luggage awal2. Sally rasa tmpt2 cam gini mmg patut naik AA. Coz dpt beli extra luggage awal2 dgn harga murah. Kalau naik MAS, mmg selamat ler... standby jer la bayar kat kuanter tu. 20kg jer tau. 7kg hand carry. 1kg lebih dia caj 6USD. huhuu.. hambik ler ko kira sendiri Jah. Sebelum check in tu, buat2 ler g timbang beg tu dulu. Klu tak duit melayang..
So, berbalik kepada percutian we ols:
29 Jun 2012, pukul 11:00 pagi, we ols berkumpul di Wisma BSN. Naik bas BSN ke KLIA. Setelah semua dah sampai, pukul 11:15 pagi we ols bertolak ke KLIA. Semua orang mmg bagus... punctual... bagus betul..
12:15 pagi, we ols dah sampai di KLIA. Kak Nor, wakil daripada Asian Overland dah tunggu we ols. Dia selaku wakil agent yang akan menemani trip we ols kali ni menguruskan segala urusan check in.. Nmpk nya semua bag2 besar.. dan masih ringan tidak berisi. Lepas checkin, sementara menunggu waktu boarding, Sally menjamu selera di Old Town dulu. Coz ada tunggu lagi 2 orang yang lambat sampai daripada BSN Negeri Sembilan. So, bergambar dulu kat KLIA sebelum bertolak.
Pukul 2:00ptg terus ke gate G10 untuk bersedia ke HCM.
Pukul 2:45ptg - take off. Dalam flight, we ols dihidangkan dengan Nasi Goreng Satay ayam. Sally tak bleh nak telan sgt coz dah melantak nasi lemak kat Old Town tadi.
Tepat pukul 4:25 petang atau 3:25ptg waktu HCM, we ols landing kat Airport. Cuaca pada suhu 30C. Agak mendung dan macam baru lepas hujan coz dataran Airport cam basah jer. Dari atas tadi pun Sally tgk keadaan HCM bandar yang dikelilingi sungai tu.. air sungai nyer keruh betul.. menandakan hujan membasahi bumi HCM sejak berhari2.
Lepas je we ols check out imigresen, we ols telah dijemput oleh Mr Sam, wakil daripada agent di HCM. Yang tak tahan nyer ada nama Sally kat signboard dia.. hehehee
Oleh kerana keadaan yang hujan renyai2, we ols terus menuju ke hotel Kelly. Hotel Kelly ni best and highly recommended bagi kengkawan yang nak ke HCM. Keadaan hotel yang selesa dan lokasi yang berdekatan dengan Ben Thant Market. 5 minit jer jalan dah sampai. Turun dari hotel pun dah bleh nampak Ben Thant Market ni. Kat bawah hotel tu pun ada Salon dan juga perkhidmatan urut-mengurut.. Murah lak tu.. berbaloi...
Sally share dgn u ols keadaan bilik hotel dan juga beberapa gmbr di kawasan sekeliling hotel.
Lepas dah check in hotel, rehat2 kan badan, pukul 7pm we ols ke Saigon Seri Penang untuk menikmati makan malam. Makanan boleh tahan.. Sodap.. Siap pasang lagu mawi lagi.. Cam biasa, klu dah ikut pakej, agent kasi air masak jer la.. Sally order air Kedondong Asam Boi kat sini dengan harga RM6 atau 35,000 DONG segelas. memang sedap. berbaloi u ols.. try ler klu u ols pergi ke sini. Dah lapar sgt, lupa lak nak snap gmbr... huhuuu...
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment