Melepaskan buaya tersepit

Tajuk hari ni adalah Sang Kerbau dan Buaya... yer adik-adik.. kakak-kakak semua... Dalam hikayat Sang Kancil, ada terselit nyer cerita ni. Ramai yang lupa kisah teladan yang satu ketika dulu femes gak ler kan.. So, arini Sally nak cerita balik pasal Sang Kerbau dan Buaya.. Cerita yang akhirnya menjadi kenyataan dalam kamus hidup Sally. Patutnya dah lama Sally post cerita ni.. tapi kerana busy sgt.. tak sempat nak update blog.. So, pagi yang hening ni... terbuka pintu hati Sally untuk sama-sama berkongsi cerita dan mengambil iktibar daripada kisah ini. 

Kalau kita ikuti kisah Sang Kerbau dan Buaya ni... diaorg tak der ler ber'bespren' sangat. Al-kisahnya Kerbau yang lurus bendul dan atas dasar perikemanusiaan dan baik hati tu telah menolong melepaskan buaya yang sedang tersepit kat sebatang kayu yang jatuh menghempap. Buaya gemuk yang memang tak kenang budi dan pentingkan diri sendiri tu akhirnya menggigit kaki si Kerbau. Nasib baik ada Sang Kancil yang datang membantu. Ingat tak kisah ni? Meh sini Sally paste gambar sket.. so, yang tak ingat tu bleh refresh sket memori u ols.




Tak ingat lagi.... Jom layan video laks... tetiba jumpa kat youtube... layan...


Layan gak kan... so, berbalik kepada cerita realitinyer... kalau si kerbau menolong si buaya kerana keperihatinan nyer... Sally plak kerana sayang, kerana persaudaraan yang terjalin sekian lama dan atas dasar kepercayaan antara satu sama lain. Tak terfikir ia berakhir begitu sahaja.

Nak tau citer? Sally cerita kat sini bukan ler niat nak membuka pekung di dada atau atas dasar tidak puas hati semata-mata.. wpun hakikatnya hati dah lama pecah berderai dek kepercayaan dan kasih sayang yang dicurahkan dikhianati. Malang sungguh rasa diri ini bila sayang salah orang dan perkenalan dengannya membawa musibah semata-mata.

We ols dah kenal hampir 5 tahun. Persahabatan yang terjalin ibarat adik beradik yang kongsi suka duka satu ketika dahulu. Sally hormat dia sebagai seorang kakak dan Sally syg dan percaya dia sepenuh hati. Wpun Sally tak tahu anggapan dia terhadap Sally seperti itu juga atau sebalik nyer.

al-kisahnyer.. Sally cuba untuk memperbaiki keadaan dirinya dan pihak BW. Sally simpati atas nasibnya, keadaan dia ketika itu dan Sally rasa dia patut diberi peluang untuk menjernihkan keadaan antara dia dan pihak BW. Tiada pun sekelumit rasa untuk mempelaga-lagakan apatah lagi memburuk-burukkan mana-mana pihak. Apa yang Sally dapat? Tiada kepentingan langsung untuk diri ini. Semuanya adalah untuk kebaikan seorang kakak. Di waktu susahnya, Sally tidak lupa memanjat doa kepada Allah untuk memberikan yang terbaik kepada dia dan keluarganya. Wpun terpisah.. tapi doa ini tidak pernah putus. Kadang2 Sally tiupkan kata-kata semangat untuk dirinya walaupun Sally tidak pasti penerimaannya. Dan Sally rasa, Sally bukanlah jenis kawan di ketika senang sahaja.. bila susah Sally mahu jadi bahu yang boleh bersandar, telinga yang mendengar luahan dan Sally sedia bila-bila masa untuk menjadi peniup semangat dan sekiranya doa ini dipilih Allah, Sally mahu jadi orang pertama yang memohon doa kepadaNya untuk kesejahteraan dirinya dan keluarga.

Apa yang Sally buat, Sally tidak mengharapkan apa-apa balasan.. buruk atau baik.. tapi, apa yang Sally dapat.. balasan yang tidak sepatutnya Sally rasakan. Nama Sally yang nampak buruk pada pihak BW. Sally yang menjadi orang kepercayaan BW telah hilang kepercayaan itu kerana cuba menyelamatkan seorang kakak yang Sally sayang. Sally memang malu di atas apa yang terjadi dan Sally mengaku memang salah Sally kerana meruntuhkan kepercayaan yang BW berikan. Sally memohon berbanyak kemaafan daripada pihak BW. Sally menjadi pilihan BW untuk meluahkan segalanya. Biasanya Sally hanya mendengar sahaja dan tidak pernah terlintas untuk memaklumkan kepada sesiapa. Sehinggalah pada satu saat, Sally rasa satu hal ini sepatutnya dimaklumkan untuk kebaikan dirinya.. kebaikan seorang kakak. Perbaiki diri.. perbaiki keadaan bukan nyer mempergunakan Sally untuk menjernihkan keadaan dirinya dan BW.

Sally tahu agak sukar untuk BW memaafkan Sally dan Sally tidak memaksa BW untuk berbuat demikian. Sally faham perasaan bila kepercayaan yang diberikan dikhianati. Dalam kes ini memang Sally rasa Sallylah pengkhianat kepada amanat dan kepercayaan yang diberikan oleh BW. Sally berterima kasih di atas segala peluang dan juga kepercayaan yang diberikan dahulu. Sally sangat menghargainya.

Seperti yang Sally maklumkan, niat Sally adalah untuk membantu seorang kakak/kawan yang Sally sayang sepenuh hati. Tapi niat baik Sally dikhianati. Sally percaya dia, seperti BW percayakan Sally. Tapi, Sally tidak sangka dia akan memberitahu kepada orang lain yang akhirnya sampai ke telinga BW juga. Sally tidak pasti sama ada orang lain yang sampaikan atau dia sendiri yang sampaikan kepada BW. Kalau orang lain yang maklumkan.. Pikirkan lah.. siapa pengkhianat? Siapa penyebar berita? Siapa yang mulut tempayan? Sally sungguh menyesal memberitahunya. Demi Allah Sally memang menyesal dan Sally memohon maaf seikhlas hati kepada BW. Ampun dan maafkan Sally. Sally diibaratkan melepaskan buaya yang tersepit tapi akhirnya buaya tersebut menggigit kaki Sally sendiri. Sally salah pilih kawan dan Sally sayang salah orang. Sally tidak sepatut memberitahunya.

Semoga Allah ampunkan dosa Sally terhadap BW dan ini adalah pengajaran paling besar dalam hidup Sally. Kata orang dah terantuk baru terngadah. Menyesal kemudian tiada gunanya.



Apa yang Sally nak pesan kat kawan-kawan semua:
  1. Jangan mudah sayang seseorang. 
  2. Pandai2lah memilih kawan dan sahabat.
  3. Kerpercayaan yang diberikan jangan dikhianati lagi-lagi untuk kebaikan orang lain.
  4. Di zaman moden ni, tak payah nak baik sangat. Tak perlu menjadi penyelamat keaadaan.
  5. Lebih baik diam dari bercakap.
  6. Wpun se'laser-laser' mulut Sally.. biar laser dimulut tapi hati kita baik.
  7. Orang yang diam ini.. diam-diam ubi berisi.. Berisi yang baik takper.. jangan berisi hati busuk.
  8. Jangan hypocrite.. depan pijak semut tak mati.. tapi belakang.. gajah nampak pun lari... At least Sally tak pandai berlakon depan baik tapi belakang sebaliknya.. 
  9. Sally tak suka.. Sally ckp.. orang tak suka aku.. ada aku kisah... yang berlakon ni lagi bahaya... hati-hati kengkawan.
  10. Jauhkan lah diri dari orang-orang seperti ini.. coz kalau terkena batang hidung sendiri... sakitnya memang dalam...
Bagi kawan-kawan yang menerima apa-apa pemakluman daripada pihak lain:
  1. Fikir dulu sebelum bertindak
  2. Apa motif orang yang beritahu tu?
  3. Apa natijahnya jika apa yang dimaklumkan disebarkan kepada pihak lagi satu?
  4. Jangan pentingkan diri sendiri sajer. Nak bersihkan tahi dipunggung sendiri, dicalitkan tahi ke muka kawan sendiri.

Apa yang berlaku pada diri ini, Sally anggap sebagai satu dugaan Allah dan pengajaran yang paling bermakna.. membuatkan Sally lebih berhati-hati di masa akan datang. Sally memang seorang pendendam.. tapi dendam Sally, biar Allah sahaja yang membalasnya. Jika terlintas wajahnya atau namanya, hanya satu Sally boleh katakan.. tiada sekelumit doa terbaik buatnya... hanya keburukan paling buruk di dunia ini untuk dia dan keluarganya. Doa orang teraniaya dimakbulkan Allah. Jahat kan Sally??? Tapi, sakit hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tidak pernah seumur hidup Sally merasakan perasaan sebegini.

Bukan niat nak putuskan persaudaraan sesama Islam... Tapi Sally hanya berdoa, tidak dipertemukan dengan dirinya.. selisih bahu pun minta dijauhkan... 

 

 

 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


1 comments:

  1. Unknown said...:

    sy lalui nya....sgt pahit....luah mati mak,telan mati bapak.....

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops