Showing posts with label Adelina my doter. Show all posts
Showing posts with label Adelina my doter. Show all posts

Perasaan seorang mama

Jam 5 pagi, kalau di zaman dahulu jam berdering kuat dan kita tergapai-gapai mencari punat untuk mematikan deringan itu tapi kini ia diganti dengan telefon pintar yang saban hari melekat dengan kita. Berpisah tiada. Deringan diganti dengan bunyian burung dan unggas tanda waktu untuk bangun sudah tiba. Itulah deringan alarm bangun pagi telefon pintar Sally. Tangan dikeluarkan dari dalam selimut perbaringan dan menggapai telefon pintar di meja sisi sebelah kanan katil. Jari telunjuk menyentuh permukaan telefon dan tiada lagi bunyi burung dan unggas yang tinggal hanyalah dengkuran teman di sisi.

Keletihan semalam masih terasa. Bukan letih apa... letih makan dan bergelak ketawa. Bahagia rasa bila lama tak berjumpa. Tetamu pulang dengan senyuman terukir dibibir dan mengusung perut yang kekenyangan membuatkan tuan rumah gembira bahagia. Walaupun kepenatan, otak terus berfikir dan menyusun jadual hari ini. Secara automatik bagaikan robot yang diprogramkan, kaki menjalar menuruni tempat peraduan dan melangkah terus ke kamar mandi. Sally perlu bersiap dahulu. Selesaikan perkara perkara yang sepatutnya diberesi sebelum mengejut puteri puteri dan menyiapkan dua orang buah hati untuk ke sekolah. Hari ini Kak Nina requested nak kue teow sup. Jadinya selepas kedua-dua puteri sudah bangun dan mandi, mama terus masuk dapur. Keluarkan kue teow dari dalam peti ais dan membelek bahan-bahan lain yang hendak dicampakkan didalam periuk bersama-sama dengan kue teow tadi. Hubby tak berapa gemar sup di pagi hari jadinya, kue teow goreng letak kucai dan telur sahaja buat suami. 5 minit berlalu, 2 hidangan siap untuk anak dan suami. Ke dua-dia belah dapur terus naik sekali harung. Jimat masa. 

Adelina tolong siapkan meja. Mangkuk, pinggan dan sudu disusun sempurna. Sally angkat juadah ke meja makan dan diletakkan di tengah-tengah bahagian meja. Kami duduk dan menikmati makan pagi bersama. Sally bingkas bangun dan mengambil 2 food container. Bekal anak-anak dipersiapkan beserta sekotak susu Dutch Lady Strawberry untuk puteri-puteri mama.

Usai makan, kedua-duanya ke bahagian depan. Menyarungkan kasut sekolah. Bibik awal-awal lagi sudah persiapkan kasut sekolah di kerusi dan beg-beg sekolah dan bekal siap masuk di dalam kereta. 

Seorang demi seorang puteri datang merapati dan menyalami mama. Kucupan pipi kiri, pipi kanan, dahi dan hidung. Diakhiri dengan big hug tanda cinta dan kasih kami antara satu sama lain bak sepasang kekasih yang tidak sanggup berpisah. Kami selalu ucapkan kata-kata cinta. “Kakak sayang mama sampai syurga.” “Adik akan rindu mama kat sekolah nanti.” “you are the best mom in the whole wide world” Itulah antara kata-kata cinta kami setiap pagi. 

Sally renung ke dalam mata mereka. Dari atas ke bawah. Berpakaian rapi, rambut kemas bersisir dan reben rambut tidak lupa. Wangian berry dari jenama Body Shop disembur kepada ke dua-dua puteri. Meliang lintok anak anak saat disembur pewangi dan mereka tampil segak segar dan penuh gaya. Kalau dulu tangisan memenuhi ruang rumah tapi kini anak anak mama sudah besar. Sudah pandai menyesuaikan diri. Sudah tahu tanggungjawab setiap hari. Walaupun Sally rasa lebih senang tapi untuk menerima hakikat anak-anak sudah besar, tiba-tiba Sally rasa sendu. Terimbas kembali dialog percakapan Sally bersama mama semalam.

"8 hari lagi adik nak balik”
Sudah ku agak. Insan itu menghitung hari. Kak Da yang mendengar tergelak mengusik mama.
“Mentang-mentang anak bongsu dia nak balik, hitung hari.”
Mama tersenyum. Terukir kebahagiaan di wajah itu.
"Mama nak cium, nak pegang adik"
Sebak Sally mendengarnya. InshaAllah akan ku terbang menemui bonda. 

Bila Sally terkenangkan saat itu, Sally terfikir adakah saat yang sama akan terjadi kepada ku suatu hari nanti. Bila saat Sally memerlukan pelukan anak-anak tapi anak-anak sibuk dengan urusan dan keluarga dan Sally akan menahan dendam rindu di dalam jiwa. Anak-anak sudah besar. Makin besar. Dan lama kelamaan Sally akan hidup bersama hubby sahaja. Dan menunggu saat anak-anak pulang dan memeluk mama penuh erat. Seperti pelukan kami pagi tadi dan disetiap pagi sebelum ke sekolah.

Pagi ini dan pagi pagi sebelumnya dan pagi pagi seterusnya, mama akan peluk anak-anak mama dan mempraktikkan kata-kata luahan cinta antara kami. Sesibuk mana pun mama, harta mama adalah kalian berdua. 

Semakin sibuk kita mengejar dunia, pandang juga orang disekeliling kita.

Nukilan jari jemari menari di papan kunci,

Pn Sally
Pengasas Eliss.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Roti Jala Untuk Anak Mama

Dingin sungguh pagi ni. Bila alarm jam berbunyi pukul 5 pagi, terdetik di hati, "tidur 10 minit lagi". 
.
Dalam masa yang sama hati kecil bersuara, "Jangan. Bangun cepat. nanti lambat nak siapkan sarapan anak-anak".
.
"Alaa. 10 minit jer. Sempat lagi." ku tarik selimut tebal sehingga ke pangkal leher.
.
Ahhh.. alangkah bestnya hari ini hari Ahad lagi. 
"Bangun. Ini selimut syaitan. Yang memang akan ulit kau tidur lena sehingga pukul 7 pagi. Kita kena bangun tunggu Subuh bukan Subuh tunggu kita."
.
"Ok. ok. Aku bangun." Entah kenapa, suara hati kecil itu sangat kuat sehinggakan bagai mempunyai remote control, aku bingkas bangun dan menuju ke toilet.
.
Ops. Tak minum air lagi. Ku capai botol air masak, segelas air dituang. Basahkan tekak sikit. Ku capai Eliss Tropical Collagen. Tuang sikit2 dalam mulut. Dan kemam sambil mata pejam. Minum habis 2 gelas air masak dan aku sambungkan langkah ke bilik air.
.
Selesai mandi, ku sarungkan telekung baru. Baru basuh. Setiap minggu bibik akan gantikan telekung baru. Hmmm.. wangi bau haruman dari pelembut Downi. Ya Allah, jika aku berdamping dengan suami dan orang sekeliling, aku inginkan tampil berseri dan wangi, inikan pula untuk mengadapMu Ya Allah. Aku akan pastikan telekung bersih dan wangi dan aku sentiasa berdoa, pakaian terakhir ku mengadapMu nanti adalah kapan yang putih bersih dan suci dari noda dan dosa, dan kau bersihkan lah hati ku sebagaimana kain kapan itu. Amin.
.
Selesai bersolat. Ku lipat sejadah dan telekung dan disangkut di ampaian kayu di sebelah dressing table. Di bawah ampaian itu terdapat penimbang berat badan yang saban hari kompius tuannya akan naik menimbang berat saban pagi tanpa jemu. Ku rapatkan kedua tapak kaki ke atas penimbang digital itu yang aku dapat percuma hasil daripada tukar point kredit kad BSN. Ohhh... naik 200 gram dari pagi semalam. Ini mesti gara-gara makan terlebih di rumah Tun Putih dan juga Tokey Sate KL semalam. Hmmm.. takperlah. Kita diet seminggu untuk kembali langsing menjelang open house Eliss hujung minggu ini.
.
Setelah siap merapikan diri, aku kejutkan anak pertamaku. Bisikan salam assalamualaikum ditelinga anak gadis itu disambut dengan kumat kamit menjawab salam dengan mata tertutup. 
"Kakak, bangun. Hari ni mama buat roti jala your favorite breakfast." Terus kelopak mata terbuka. 
"You can help me in the kitchen." Bingkas bangun terus anak itu. Ke bilik air dan mandi. Dia selalu excited kalau suruh menolong di dapur.
.
Aku berpindah ke katil Mek Megi pula. Bagi salam dan respondnya: anak kecil itu menarik selimut dan menyelimuti kepalanya. "Adik, bangun sayang. Hari ni skul." 
"Ok. Give me 1 minute ok mama." Ada sahaja alasan si kenit ini. 
"Nanti lepas kakak mandi, adik mandi ok." Senyap dan tiada jawapan dari bibir murai itu. 
"Sayang... bangun tau. lepas kakak mandi your turn pulak. Sayang mama tak?" 
"Sayang.." jawabnya ringkas dengan mata pejam. membiarkan bibik mengambil alih tugasannya.
.
Aku terus ke bawah dan memasuki ruangan dapur. 
Ku gapai blander di dalam almari.
Masukkan secawan tepung, secawan air, secubit garam, sebiji telur ayam dan sedikit pewarna kuning. Semuanya dikisar sekali. Ditapis bancuhan tadi. Alhamdulillahh.. cantik sebati bancuhannya. Ku gapai acuan tembaga roti jala yang dibeli di pasar payang Terengganu dan aku mula menjala.
.
Adelina tetiba merapatiku. "good morning mama. can i help you?"
"morning sayang. sure. Kakak ingat lagi tak nak lipat roti jala?"
"ingat mama."
Dia mula melipat dengan teliti.
Kakak anak yang baik. Anak yang polos dan berhati tulus. Dia anak autism ku. Jika moodnya baik, segalanya akan berjalan lancar dan baik. Perasaannya wajib dijaga. Jika pagi moodnya ke laut... seharian semua yang dibuat tidak kena. 
.
Roti jala pagi ini adalah hadiah mama kerana marah kakak semalam. She was grounded for the whole night. Dari balik from open house pukul 6 petang sampai le pagi tadi tidak dibenarkan keluar bilik. Mama rasa sangat bersalah sebab marah kakak. Tapi mama cuba buat yang terbaik untuk kebaikan kakak di kemudian hari.
.
Selepas selesai menjala, aku buka almari makanan untuk mencari tin kari ayam ready made. Alamak, dah habis. Hmmmm.. ada kurma ayam Yeos. Oklah. Kurma pun boleh. Sally panaskan kurma ayam dalam tin untuk penjadi pelengkap roti jala. Segelas Jus apple + celery untuk suami setiap pagi bersama roti jala kurma ayam breakfast kami di pagi hari Isnin. Semoga banyak benda yang kami boleh setelkan minggu ini dan semuanya berjalan lancar. Amin
.
Coretan jari jemari menari di papan kunci,
Pn Sally, FB: https://www.facebook.com/sallymzain 
Pengasas Eliss.
.





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Tips pindahkan bilik anak-anak - Hormati Kesukaan Anak




Tengah hari ni Sally nak kongsi pengalaman Sally dalam merekacipta, mendesign dan menentukan susun atur bilik anak2.
.
Ianya berdasarkan pada pengalaman Sally sendiri dan tidak ada kena mengena dengan orang lain. Lain org lain pendapat, lain caranya.
.
Pada mula2 kami buat design utk rumah, sally dah tetapkan 1 bilik utk Adelina, my one and only doter yg I ada masa tu. Dan satu lagi guest room. Susun atur yg dibuat dengan memilik warna pink utk girl dan rekabentuk wardrobe yang ke arah ke dewasaan/remaja dengan menggambarkan "kita set terus ler.. senang anak leh guna smpi besar.." Katil pun kami beli queen size. Kalau dpt girls dua2 bleh ler mereka tidur berdua... dan klu lelaki pun, kak nina dah besar leh guna katil tu smpi besar.. Itulah tanggapan Sally pada awalnya. So, kami pun design ler bilik ala-ala princess utk Kak Nina.. Pada umur dia 3 tahun, kami dah cuba bagi dia tidur kat bilik sendiri. Sudahnya mama yg tidur sama2 dia. Dulu ada baby cot. Kak Nina tidur kat baby cot dlm bilik kami smpi umur 3 tahun. Baby cot tu agak besar.. dan bila dah siap bilik dia, dia pun tidur ler kat bilik tu skali dengan mama.. Tidurkan anak, dgn mama skali tidur sama..
.
Dan bila adanya mek megi, Kak Nina dah jeles. Mek Megi bleh tidur sama mama, dia pun nak tidur dengan mama jugak. Mek Megi mmg dr kecik tak nak tidur baby cot. Letak jer nangis.. So, tidur ler dia kat katil mama. Skali dgn kak nina dan babah. Dah cuba pindahkan mereka berdua ni kat bilik Kak Nina, tapi tak jalan jugak... Sampai ler mama baca satu blog. Lupa dah nama blog dia apa.. Dia menceritakan ttg pembesaran anak dan suasana bilik. (Ni bg yg berkemampuan utk membuat perubahan yer) Sbb ada jer komen2 kat blog tu yg macam "ko mampu buat boleh ler.." huhuhu... So, dari situ, Sally come out dgn idea terhasil ler bilik yang menjadi idaman anak2.. dan bersesuaian dengan umur. Bagi parents yang mampu dan ada niat nak design bilik, dan nak buat skali design terus bleh guna smpi ler anak2 dewasa.. its not worked actually. Sudahnya, Guest room mama tukar pada bilik mereka berdua.. dan bilik kak nina yg asal masih sama seperti dulu, penuh dgn mainan dan sebagainya.. maintain macam tu jer sbb dah berhabis byk kat situ kan... So, anda yang rasa nak sediakan bilik anak2, boleh ler pilih design/theme yg sesuai dgn umur anak.. baru ler anak2 nak berada dalam bilik tersebut. Klu buat habis byk2, anak2 still nak tidur dgn mak jugak mmg membazir juga... Jgn ingat dah beli katil kanak2 nnt nak tukar ke katil dewasa bila dah besar nnt itu satu pembaziran, sedangkan kita tak nak pembaziran lain yg diluar kawalan kita. Katil2 yg nak ditukar boleh je sedekah kat org ataupun jual second hand.
.
Itu jer yang Sally nk kongsi. Sbb ramai kawan2 yang baru beli rumah dan tgh renovate skrg kan.. i just give my opinion jer... Sbb sy dah melaluinya.. Rasulullah SAW pun menganjurkanuntuk menjaga keharmonian dan maruah ahli keluarga. Dengan mengasingkan bilik antara anak lelaki dan anak perempuan dan wajarlah juga mereka dipisahkan dari tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik lelaki dan perempuan lebih awal daripada usia 10 tahun.
.
Tips yang Sally nak kongsi utk mudah ajar anak tidur di bilik sendiri:

1. Beri peluang anak2 pilih tema dan apa yg dia suka

Semasa nak sediakan bilik tidur untuk mereka, Sally tanyakan pada dia wallpaper mcm mana dia nak, cadar apa yang dia suka, nak lampu tidur mcm mana.. So, bila dapat cadar dgn tema masing2, Kak Nina pilih Shopkins dan Arissa pilih Barbie.. (Sally dapati dr Spotlight sbb material diaorg anti dust dan mmg best.. Tebal dan tidak panas... dah dapat tu.. mereka xcited sgt nak tidur.


2. Teman anak2 if mereka belum berani lagi

Sally teman dulu diaorg tidur. Smpi dah tidur baru Sally tinggalkan mereka. Ni kdg2 mak pun tertidur skali.

3. Jangan paksa. Biar mereka ready

Sebelum Sally buat bilik tu, Sally dah cerita dulu ke BEST an bila ada bilik sendiri. Cerita yg best2... dan biar mereka teruja... Dan dah siap2 bgtau.. klu dah siap bilik nnt, adik tidur sana tau.. kakak ada akan teman... u ols bleh buat ni.. bleh buat tu... bla bla blaaa.... so bg gambaran awal kat diaorg ni...

4. Pujian

Setiap kali bangun pagi... Sally akan tanya.. camana?? best tak tidur?? soft tak pillow.. "U r great".. berani adik tidur... good girl tidur kat biik sendiri.. bla bla blaa.... teknik beli jiwa mama pakai.. hihihi... 🙂

So, anda semua... masih ramai yg anak2 tidur sama kan??? Jom cuba tips Sally... Semoga berjaya mommies semua..
.
Sally share sikit gmbr Guest Room yg kami ubah menjadi bilik puteri2 kami... Dan bilik Kak Nina asal yg masih maintain lagi... Guest nnt dtg tidur dlm bilik pink asal Kak Nina.. hihhihihi


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Nickelodeon Lost Lagoon - Sunway Lagoon

Salam... selamat bercuti semua... Lately ni dtg mood nak berBlog... so kita buat posting... xde mood kita diam... hihihi..
.
Bila org duk busy dgn cuti Labour Day... akk busy ke lain... byk sgt kerja.. turun naik flight ulang alik KL - KB, urusan2 ELISS, meeting sana meeting sini, bday hubby bagai... so lupa ler akan perancangan cuti Labour Day... which is sekolah cuti 3 hari... Kesian plak anak2 klu tak  ke mana... wpun Adelina tuition class, swimming class ON.. tapi mama cutikan dia dr semua...
.
Nak booking bilik last minit mmg ikut nasib... kdg2 ada.. kdg2 ke laut.. Dan kali ni ke laut.. Niat nak ke Tambun.. wpun Executive suite pun dah sold out... So.. u knw what.. money cant but everything... huhuhu... Melaka Full, PD Full, Selangor (carey Island and Sepang) pun full... bagus betul org Malaysia ni... bercuti WAJIB. Family time itu penting...
.
Ok... last skali usha2.. ternampak Nickelodeon Lost Lagoon kat Sunway Lagoon... Haaa... ni tak pergi lagi.... wpun baru je last year kami ke Sunway Lagoon.. tapi masa tu Nickelodeon Lost Lagoon (NLL) tak buka lagi... So, kami decide nak ke sana... Tgk gmbr sketttt.... Gmbr bawah tu akak cilok kat internet... sbb akk xde masa nak g snap dan bg nmpk keseluruhan lagoon tu.. huhuhu.. Tapi mmg kepala Spongebob tu terpacak kat puncak NLL ni..


.
For your info, wpun target kami hanya ke NLL, tapi tiket nak masuk still byr for the all park... bijak sungguh Sunway ni. NLL ni dalam Sunway Lagoon jugak yer... Sunway Lagoon ni ada 6 park kesemuanya... dan mmg terberak ler kau klu nak abiskan semua park tu.... hahahaa.... Ok.. meh nak kai tips jimat nak beli tiket utk u ols...:
.
Harga tiket RM150 (adult), RM120 (child). 
Tapi kalau u ols beli online RM120 (adult), RM96 (child) jer... 
Then kalau beli kat kaunter kat sana.. tunjuk mykad dan mykid... tapi korang kena beratur ler.. harga sama macam online.
.
Dan nak lagi jimat.... utk beli kat kaunter jer ni xleh online...
Korang pakai AEON card.. tu pun klu korang member ler... dapat harga:

Adult: RM89
Child: RM67
Validity : 1 Jan – 30 June 2016 

Tapi..... ada tapi... boleh beli sehingga 4 tiket jer... dan tak boleh pada public holiday.. sbb tu kami pergi semlm.. klu arini (1 Mei 2016) tak bleh pakai promo ni... hihihi.. dan.. u ols plan ler... klu ramai2 tu... let say ada 5 orang... sorang g beli 3 tiket pakai AEON card... pastu sorang lagi beratur beli 2 tiket pakai AEON card jugak.. Just tunjuk jer.. dia org tak teliti sgt pun... best kannn.. jimat berganda. Sally pakai Aeon card ni... 
.
Ada lagi penjimatan lain... Yang ni validity sampai end of this year 31 Dec 2016... 
30% from normal price RM150 (adult), RM120 (child).
which is adult (RM105) dan child (RM84)
kalau korang pakai Maybank card, Public bank, Citi bank, Parksons member, Plusmiles member, Tesco, Popular.
Tapi.... ada tapi jugak.. TnC ler... Korang kena beli min 2 tiket dan max 6 tiket. pun tak bleh pada public holiday.
.
Nak lagi jimat... plan awal... dan kena ambik cuti ler... ngeh3... Korang pergi setiap SELASA Awal Bulan. Beli tiket online siap2... dan pergi ler beramai2... Harga RM50 jer per ticket... Adult/Child harga sama... Tarikh nya: 
SELECTED TUESDAYS:
12 JAN / 16 FEB / 1 MAR / 5 APR / 3 MAY / 14 JUNE / 12 JULY / 2 AUG / 6 SEPT / 4 OCT / 1 NOV
Best dok???? kihkihkihhh.... apply cuti skrg.. kikiki.
.
Dan lagi.... cewahhh... semangat ni... dah macam ambassador Sunway Lagoon plok.... korang bawak ler mak bapak skali.. klu umur 60 above, masuk FREE sampai hujung tahun ni... Ni namanya Promo Jangan Lupa Orang Tua. Dulu mok mu bawak mu jale... lonim mu plok bawok mok mu.
.
.
Okeh... mai nak citer kisah we ols plak semlm...
Hubby drop Sally kat tiket kaunter dan diaorg semua g parking kete. 
Kami ni dah mmg aimed nak ke NLL jer.. park2 lain tak nak pergi.. Sbb Sally tahu anak2 mmg tak nak main2 bagai.. kami pun penakut dan gayat.. jgn harap nak naik roller coster ke aper2 yg berpusing... huhuhu... So, kami kuar rumah pun dah pukul 11.30pagi.. sampai dalam kul 12tghari ler... Masa ni semua makhluk dah masuk dan enjoy kat dalam... so tak der ler kena beratur pun.. Sally terus je ke kaunter... beli tiket dgn aman damai... tapi kalau u ols mmg nak g bermain sepuas2nya.. dan niat nak pergi semua park... yer la kannn .. dah byr mahal.. rasa rugi tak pergi kan.. so, u ols g ler awal2 pagi... dan balik bila Sunway tu tutup.. hihihi.
.
OPERATING HOURS
Mon – Fri: 0700 – 2130
Sat, Sun & Public Holidays: 0900 – 2130
.
Layan gambar anak mama tak sabar nak ke Water Park.


Lepas dah beli tiket, kami g makan tghari dulu kat Sunway Piramid.. Restaurant Pilihan adalah Miami Grill.... dekat jer dgn pintu nak kuar ke Sunway Lagoon tu... Layan gambar dulu seblm Sally komen mknan dan harga dia.













Amboi... melentok2 anak mama posing... Lupa nak ambik gambar menu anak2 dan maid... as diaorang makan chicken grill dan spaghetti carbonara jer... which is my maid cakap dia buat lagi best... huhuhu.... harga setiap satu RM18.90 dpt free ice cream 1 scoop utk anak2. Kami makan burger. Burger tu RM38 seketul dapat free 1 air sirap dgn telur katak... hahhaa... Wpun harga dia kababoommm.. tapi rasa dia pun kababoom jugak.. Seriously sedap.. so, rasa berbaloi ler jugak.. cuma burger yg bawah tu kureng sket.. lupa nama dia.. tapi yg atas tu sedap ler.. roti dia nmpk cam bodoh2 gitu jer.. tp ada pecan, sunflower seeds... dan highly recommended. Kalau double daging tambah RM10, As Sally tak habis klu double... ambik single jer laaa...
.
So, lepas makan.. kami pun masuk ler ke SL. Tak ambik gmbr pun kat luar... xde mood.. dah byk kali dtg.. so kita focus pada tujuan kita yg utama iaitu ke NLL.
.
Masuk jer kat Amusement Park tu... Adelina nak naik Carousel. Arissa si penakut tu tak naik.. dia lepak kat playground kecik tepi Carousel tu. huhuhu.... So, kami pun tunggu ler kak nina berpusing2 kat situ... huhu... 






Lepas turun jer Carousel... Adeer plak 3-4 ekor hantu kat depan Scream Park tu... histeria ler jap Kak Nina... huhuhu... Mama terpaksa peluk dia dan bg dia calm down... jalan sambil peluk mama... Tapi, mata menjeling jugak nak tgk... Dalam hati mama.. jgn ler si hantu tu dtg dekat dia.. kan hilang mood anak mama.. huhu.. Arissa slamber jer.. jln pegang tangan babah... Kami tak menyinggah mana2 pun... terus manapak mengikut tujuan asal....
.
sampai kat changing room depan A&W tu.. my maid cam konpiden jer nak masuk situ.. sbb dia kan dah datang, kali ke 2 ni.... so dah macam tahu ler...  hikhiikk.. lawak plak.. Sally ckp.. kita tak masuk sini... masuk depan lagi... As kat sini mmg crowded dan ramai org... So, boleh ler ke changing room depan lagoon berpasir di depan sana.... Kat sana pun ada jugak locker nyer... jgn terburu2 bersesak di situ yer... mmg ramai org... So, kami menapak lagi.. smpi ler kat depan lagoon berpasir tu.. tepi Burger King. Ok... bertukar pakaian di situ... then nak ler sewa bg locker as Sally slalu bawak brg 1 rumah nak g picnic.. huhu... tapi locker besar dah penuh kat sini... dia kata kat NLL ada lagi locker... oklahh.... oh yer... lupa nak citer.. sally gak seludup masuk my homemade chicken n fish fingers... goreng2 dan bungkus dlm plastik.. buat beberapa pack ler... dan masukkan dlm towel tebal letak kat bawah2... beg kasi ketat.. sbb dia pun malas nak bukak dan kemas balik time checking point kat pintu depan nak masuk tu.. Air mineral dlm personal botol anak2 bleh jer bwk.. lain2 air tak leh bawak.. sbb dia suruh korang perabih duit kat dalam... So, time checking tadi.. mkanan kami selamat... yerlaa.. budak2 dah main air.. lapar tau... mak bapak budak pun lapar jugak... setakat nuget dan air set.. nuget ciput 4 ketul tu dgn air coke.. RM16 u olss... klu mknan2 lain u ols pikir ler sendiri.. tapi klu nak bercuti tak leh berkira yer dok... tapi sbb anak2 mama ni.. lebih elok mkn nuget mama buat jer...
.
sementara tunggu Putera Babah tukar pakaian... anak2 layan main pasir dulu... Nasib baik anak2 tak histeria nak terus ke waterpark sepanjang perjalanan kami tu... sbb semua CEKAL dgn misi ke NLL.








Lepas tu kami menapak lagi menuju ke NLL. Jauh nunnn ke belakang... Wpun dah beberapa kali ke Sunway Lagoon.... ke bhgian blkg2 ni tak pernah nyer kami jejak... Byk jugak xtvt lain.. Ada ATV bagai... So, kita akan melalui extreme park dulu... ada jer shuttle train.. sbb lambat sgt nak tgu.. so, kami menapak jer... Tersergam 2 ekor gajah batu menyambut kedatangan kami.. Arissa nyanyi lagu Elephant versi Barney... hihih... mak aiiii.. besar nyer NLL ler.. seharian kat sini pun dah puas rasanya.... huhuhu... Byk jer xtvt air.. tapi kami tak berselera nak pergi.. so.. terus je kat tempat best utk anak2... Sesuai dgn 2 orang princesses kami ni... Nunnnn... di puncak lagi... naik punya naikkk.. smpai nampak ler Bapak Spongebob...
.
Woww... ini mmg best... Sally mmg rekomen bg yg ada anak sekolah rendah kat sini... Senang nak jaga... Tempat pun agak redup as byk pokok2... Anak2 sek menengah bleh ler discover xtxvt slide yg xtreme sikit.. pun ada kat NLL ni... 
.
Dan... kat sini.. tak ramai sgt org.. maybe yg baru dtg ke SL, teruja dgn waterpark tadi tu... so, bg yang dah dtg elok ler melepak kat NLL... Sangat aman damai.. dan lagi.. x yah sewa locker pun... hihi... ada meja kerusi yg korang leh letak jer barang kat sini.. kalau tak penuh ler.. tapi masa Sally dtg tu.. mmg byk jer lagi kosong... dan kawasan agak luas... bwh2 pokok pun ada meja kerusi port melepak dan parents tgu anak2 mandi... Kawasan agak selamat... anak2 mandi kat kawasan yg mudah utk dipantau... mak n bapak leh lepak jap... tapi.. anak2 kena awasi jer... kami ada Super Maid.. so.. super maid ler yg awasi... sementara mama dan babah berhenti ambil angin berselfie... ngeh3...



























Actually byk sgt xtvt kat NLL ni... mmg seharian kat sini pun dah mencukupi... huhuhu... Tu pun kami hadkan masa kejap jer.. masuk around 1pm.. kul 5pm dah kuar dah... tak leh lama2... nnt demam plak princesses mama.. turun ke Lagoon berpasir tu kejap.. berendam kejap jer dah hujan.. so, kami tukar baju.. packing2... ke makan kat Sunway Pyramid lagi... Kak Nina si hantu udang... nak udang plak.. so, cari2 kedai yang jugal udang.. makan2 dan balik.. anak2 tido kepenatan dlm kete... mama pun sama. ngeh3...

oh yer lupa nak bgtau.... semlm Sally tak pakai sunblock bagai... sapu Eliss DiamondShine Foundation 2 layer... muka tak burn pun... dan nmpk lebih cerah dan shining.. uihhh perasan plak... dan u ols... kita dah xde isi lebih kat jaw tu... Tq Leptos...

ok.. abis ler percuti sehari kami semlm... Arini nak g mana plak ni??? hahha...



Iklan sikit.... 
Eliss Diamond Shine Foundation... 
RM80 (SM) RM90 (SS). 15ml.



Dan.. bagi yang follow blog Sally... mesti u ols tahu pipi pau Sally dulu camana kan....
Skrg tidak lagi.... hihihi....

Tq Leptos.
Leptos RM180 (SM) RM190 (SS) - 1botol ada 90 biji
Beli 2 botol dgn harga RM300 shj.

 


Tadaaaaa..... tu diaaa... 










U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops