Tips pindahkan bilik anak-anak - Hormati Kesukaan Anak




Tengah hari ni Sally nak kongsi pengalaman Sally dalam merekacipta, mendesign dan menentukan susun atur bilik anak2.
.
Ianya berdasarkan pada pengalaman Sally sendiri dan tidak ada kena mengena dengan orang lain. Lain org lain pendapat, lain caranya.
.
Pada mula2 kami buat design utk rumah, sally dah tetapkan 1 bilik utk Adelina, my one and only doter yg I ada masa tu. Dan satu lagi guest room. Susun atur yg dibuat dengan memilik warna pink utk girl dan rekabentuk wardrobe yang ke arah ke dewasaan/remaja dengan menggambarkan "kita set terus ler.. senang anak leh guna smpi besar.." Katil pun kami beli queen size. Kalau dpt girls dua2 bleh ler mereka tidur berdua... dan klu lelaki pun, kak nina dah besar leh guna katil tu smpi besar.. Itulah tanggapan Sally pada awalnya. So, kami pun design ler bilik ala-ala princess utk Kak Nina.. Pada umur dia 3 tahun, kami dah cuba bagi dia tidur kat bilik sendiri. Sudahnya mama yg tidur sama2 dia. Dulu ada baby cot. Kak Nina tidur kat baby cot dlm bilik kami smpi umur 3 tahun. Baby cot tu agak besar.. dan bila dah siap bilik dia, dia pun tidur ler kat bilik tu skali dengan mama.. Tidurkan anak, dgn mama skali tidur sama..
.
Dan bila adanya mek megi, Kak Nina dah jeles. Mek Megi bleh tidur sama mama, dia pun nak tidur dengan mama jugak. Mek Megi mmg dr kecik tak nak tidur baby cot. Letak jer nangis.. So, tidur ler dia kat katil mama. Skali dgn kak nina dan babah. Dah cuba pindahkan mereka berdua ni kat bilik Kak Nina, tapi tak jalan jugak... Sampai ler mama baca satu blog. Lupa dah nama blog dia apa.. Dia menceritakan ttg pembesaran anak dan suasana bilik. (Ni bg yg berkemampuan utk membuat perubahan yer) Sbb ada jer komen2 kat blog tu yg macam "ko mampu buat boleh ler.." huhuhu... So, dari situ, Sally come out dgn idea terhasil ler bilik yang menjadi idaman anak2.. dan bersesuaian dengan umur. Bagi parents yang mampu dan ada niat nak design bilik, dan nak buat skali design terus bleh guna smpi ler anak2 dewasa.. its not worked actually. Sudahnya, Guest room mama tukar pada bilik mereka berdua.. dan bilik kak nina yg asal masih sama seperti dulu, penuh dgn mainan dan sebagainya.. maintain macam tu jer sbb dah berhabis byk kat situ kan... So, anda yang rasa nak sediakan bilik anak2, boleh ler pilih design/theme yg sesuai dgn umur anak.. baru ler anak2 nak berada dalam bilik tersebut. Klu buat habis byk2, anak2 still nak tidur dgn mak jugak mmg membazir juga... Jgn ingat dah beli katil kanak2 nnt nak tukar ke katil dewasa bila dah besar nnt itu satu pembaziran, sedangkan kita tak nak pembaziran lain yg diluar kawalan kita. Katil2 yg nak ditukar boleh je sedekah kat org ataupun jual second hand.
.
Itu jer yang Sally nk kongsi. Sbb ramai kawan2 yang baru beli rumah dan tgh renovate skrg kan.. i just give my opinion jer... Sbb sy dah melaluinya.. Rasulullah SAW pun menganjurkanuntuk menjaga keharmonian dan maruah ahli keluarga. Dengan mengasingkan bilik antara anak lelaki dan anak perempuan dan wajarlah juga mereka dipisahkan dari tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik lelaki dan perempuan lebih awal daripada usia 10 tahun.
.
Tips yang Sally nak kongsi utk mudah ajar anak tidur di bilik sendiri:

1. Beri peluang anak2 pilih tema dan apa yg dia suka

Semasa nak sediakan bilik tidur untuk mereka, Sally tanyakan pada dia wallpaper mcm mana dia nak, cadar apa yang dia suka, nak lampu tidur mcm mana.. So, bila dapat cadar dgn tema masing2, Kak Nina pilih Shopkins dan Arissa pilih Barbie.. (Sally dapati dr Spotlight sbb material diaorg anti dust dan mmg best.. Tebal dan tidak panas... dah dapat tu.. mereka xcited sgt nak tidur.


2. Teman anak2 if mereka belum berani lagi

Sally teman dulu diaorg tidur. Smpi dah tidur baru Sally tinggalkan mereka. Ni kdg2 mak pun tertidur skali.

3. Jangan paksa. Biar mereka ready

Sebelum Sally buat bilik tu, Sally dah cerita dulu ke BEST an bila ada bilik sendiri. Cerita yg best2... dan biar mereka teruja... Dan dah siap2 bgtau.. klu dah siap bilik nnt, adik tidur sana tau.. kakak ada akan teman... u ols bleh buat ni.. bleh buat tu... bla bla blaaa.... so bg gambaran awal kat diaorg ni...

4. Pujian

Setiap kali bangun pagi... Sally akan tanya.. camana?? best tak tidur?? soft tak pillow.. "U r great".. berani adik tidur... good girl tidur kat biik sendiri.. bla bla blaa.... teknik beli jiwa mama pakai.. hihihi... 🙂

So, anda semua... masih ramai yg anak2 tidur sama kan??? Jom cuba tips Sally... Semoga berjaya mommies semua..
.
Sally share sikit gmbr Guest Room yg kami ubah menjadi bilik puteri2 kami... Dan bilik Kak Nina asal yg masih maintain lagi... Guest nnt dtg tidur dlm bilik pink asal Kak Nina.. hihhihihi


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops