10 CARA BUNUH "SIPUT BABI" DALAM DIRI


Pagi ni Sally nak bercakap pasal SIPUT BABI. Cuba ambik masa 2 saat dan gambarkan seekor siput babi, rupa dia, tindakan dia dan cara dia bergerak.
.
Dalam mencapai kejayaan "SIPUT BABI" dalam diri hendaklah dibunuh terlebih dahulu. Apa yang dikatakan dengan "SIPUT BABI" dalam diri?? Bila anda sentiasa ada sifat "Nanti Dulu", "Tunggu dan Lihat", "Sentiasa ada hari esok untuk bermula" dan lain2 lagi 1001 alasan yang diberikan.
.
Org yang berjaya itu diukur sepantas mana mereka bertindak. Fast Action Fast Result.
.
So, camana nak bunuh "SIPUT BABI" dalam diri kita?
.
1) Berani Mencuba
Sesuatu yang dibuat diluar kebiasaan pasti memberikan hasil yang lain drp biasa. Jika kita dah slalu buat dgn cara A, dan result yg kita dapat adalah secawan kejayaan, apa kata kita mencuba cara B. Ada 2 probability akan terjadi. Sama ada resultnya adalah setgh cawan kejayaan atau pun 2-10 cawan kejayaan. Jika kita sentiasa membuat tindakan dgn cara A, dan rasa selesa dengan cara A sahaja, maka tiada perubahan yang akan berlaku dlm hidup kita.
.
2) Berani menempuhi kegagalan
.
Setgh cawan kejayaan tadi bukanlah bermaksud kita gagal sepenuhnya. Gagal sekali bukanlah bermaksud gagal selamanya. Daripada kegagalan itu, akan membuahkan inspirasi untuk bertindak lebih baik dari sebelumnya. Dan kegagalan itu akan memberikan pengalaman hebat yang kita tidak boleh dibeli di mana2.
.
3) Hargai Masa
.
Masa adalah sesuatu yang sangat berharga. org yg berjaya tidak pernah ada satu saat pun berlalu dengan sia2. Sebab itu jadual kehidupan penting. Kita tetapkan priority kehidupan supaya kita tahu yang mana wajib dibuat dahulu, dan yang mana kemudian. Dengan cara ini, result projection pun dapat kita anggarkan. Dan yang paling penting jangan bertangguh masa. Masa yg berlalu tidak akan berulang lagi. "Nantilah.. esok ler buat.." Andai tiada lagi hari esok buat kita...??? "Kalaulah aku buat sama2 dengan kau dulu, mesti aku dah berjaya macam kau jugak.." KALAU itu hanya digunakan bagi orang yang suka bertangguh kerja. Dan kita ready utk melihat kejayaan org lain di depan mata, sedangkan kita masih lagi berada di takuk lama..
.
lagi 7??? Sally sambung next entry.
.
Salam Kearah Kejayaan.
.
Pn Sally,
#PengasasEliss


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops