Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Bibik is our helper

Kebelakangan ini rasa keletihan yang amat sangat. Walaupun nampak 2 bulan tak masuk ofis, cuti berpantang, 3 projek besar ongoing sampai terhasilnya produk Amina Secret by Eliss.
.
Sekembalinya dari kampung, sibuk pula dengan packing dan unpack serta berpindah randah. Sampai ke hari ini belum siap kemas lagi. Dengan karenah kontraktor dan ID yang belum siap sepenuhnya lagi, Sally just bertabah and go with the flow. Tak nak marah-marah. Hanya bersabar sahaja. Bahagian kolam ikan dan ruang depan rumah belum siap sepenuhnya lagi. And waiting for my ID to deco living area nicely.
.
Last week berseminar untuk warga ELISS, and now focus on Fb Ads and Sales Team. Seorang staff baru masuk 2 hari lepas and we will recruit another 4. HQ juga dalam proses nak berpindah ke Melawati. Masih mencari lokasi yang sesuai since Sally memang nak opis sebelah rumah jer. Hihihi.. 15-20 minit ke opis ni dari rumah baru rasa jauh pula. kalau boleh nak yang 5 minit jer. Kahkahkah
.
Dalam pada Sally duk busy di opis, knowing me... I am perfectionist. Rasa tak senang duduk selagi rumah tak siap. Waktu pagi, curi masa kemas rumah sebelum ke opis, balik petang sampai malam mengadap rumah lagi. Anak-anak kena adjust balik masa untuk we spend time together. Sabar yer anak-anak, lepas mama siapkan dan kemas segala, we will back to schedule. Study, reading, solat together and bedtime story. Sure they missed all the precious time. Memandangkan nak cuti sekolah dah ni, mama janji lepas cuti kita back to our schedule again.
.
Bibik pun sama macam Sally, dia pun rasa serabut dengan keadaan rumah yang tak siap berkemas lagi. Kekangan waktu apabila Mek Bulat si Amina tak nak duduk sangat. Nak dukung jer. So, bibik berkemas malam. Malam tadi pun sampai pukul 1pagi iron baju. Sebab apa? Dia tak suka nampak baju berlonggok-longgok. Dia nak siapkan cepat. Sebab Sally ckp, bibik jaga anak jer. Tak yah kemas-kemas tau kalau Amina tak nak duduk.
.
As at now, bibik handle baju, sapu dan mop lantai. Barang-barang semua Sally yang kemas. Sally sejenis yang tak boleh orang susun tak ikut rules dan kehendak Sally. Semuanya nak kena seragam, tersusun, yang mana sama tinggi, kena letak ikut group, ikut kaler. Bibik kata, "puan susun semua dulu. Nanti bibik ikut." Perkara macam ni ler buatkan Sally kepenatan. Sebab semua nak buat sendiri. Bila bibik buat, Sally tak puas hati. Sally sejenis yang nak rumah perfect. Bisnes perfect. Orang kata we cannot have both. Tapi kata Sally, "kau akan dapat apa kau nak selagi kau tak MALAS.". .
.
Tadi pagi, Sally turun masak di dapur. Nampak cermin cabinet ada kesan jari dan berhabuk sikit. Walaupun Sally dah nampak bibik lap dan kemas malam tadi. Sally capai hujung baju yang kupakai dan lap cermin kabinet tu. Cepat-cepat jer lap takut bibik nampak nanti dia terasa hati pula. Bila buka almari cawan, nampak ada gelas kat situ. Aisshhh.. nape letak gelas kat tempat cawan ni?? Hmmm... 
.
Kalau semua nak buat sendiri, kenapa perlu ada bibik? Walaupun Sally rasa boleh buat semua, tapi kalau takde bibik mau pengsan juga. Bibik is helper. Bukan ada bibik kau boleh goyang kaki. Lepas semua urusan rumah tangga. Lagi satu Sally ni jenis yang nak kena ada "Me Time." Kadang-kadang nak keluar dating berdua dengan hubby jer. Nak dimanja dan dibelai juga. Nak keluar shopping, nak buat apa yang Sally suka. Tanpa ada gangguan-gangguan lain. Kalau Sally serabut, I cannot function properly. So, masa ni ler Sally sangat2 perlukan bibik. Sebab tu Sally salute suri rumah tangga yang boleh hadap semua tu 24 hours 7. Not for me. Sebab Sally nak buat semua benda dengan fokus dan kualiti. Shopping yang focus. Tengok wayang yang focus. Bila dengan anak-anak, kita focus and have quality time together. 
.
Sebab itu, bila orang tanya kenapa tak bawa anak-anak pergi umrah? Sally ada pendirian sendiri. Anak-anak kecik lagi. Sally nak pergi umrah. Fokus beribadah padaNya. Kita kena tahu apa yang kita nak. Sally nak cukup solat berjemaah di masjidilharam. Anak-anak bila dah besar sikit, dah memahami inshaAllah ada rezeki kita bawak semuanya sekali.
.
Bibik dah setahun lebih. Tetiba rasa gundah gulana di dalam hati. 2 tahun cukup kontrak. Hope dia nak sambung lagi. Hanya orang yang pernah berhadapan dengan isu bibik tahu perasaan ini.
.
#PenatSangat
#NeedsVacationButDontHaveTime


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Pelancaran Buku Diari Umrah Pertamaku



Tidak pernah terlintas difikiran ini, hasil penulisanku dibukukan dan diletakkan dirak buku “bookstore” hebat di Malaysia, MPH.

Tidak pernah terlintas difikiran ini, hasil nukilan dari hati mampu menyentuh hati yang lain.

Tidak pernah terlintas difikiran ini, tulisan yang dibukukan mendapat sambutan hebat para netizen. 

Tapi, itu semua memang satu impian. Impian untuk menjadi seorang penulis satu masa nanti. Cumanya kurniaan yang Allah bagi secara tiba-tiba ini adalah sesuatu anugerah yang hebat yang tidak terucap dengan kata-kata, membuatkan aku tunduk sujud ke tikar sejadah dan berkata Ya Syukur Ya Syukur Ya Syukur. Alhamdulillah. Sungguh indah percaturanMu anugerahMu Ya Allah pada insan yang jahil serba serbi dahulunya ini.

Terimbas kembali saat aku membaca satu artikel ringkas kira-kira lebih 20 tahun yang lalu. Ya. 20 tahun tapi ia masih segar dalam kotak memori ku. Bila seorang penulis dipersoalkan di hari keadilan. Dari sebatang pensil, dari sebuah typewriter, dari sehelai kertas, semuanya dipersoalkan. Adakah yang terhasil dari seorang penulis adalah kalam indah nukilan ikhlas yang mempu memberikan manfaat pada orang lain, yang mampu berdakwah secara halus untuk memperluaskan ilmu Allah, yang mampu menjentik hati manusia untuk dekat denganNya? Adakah itu yang disampaikan? Atau sekadar hiburan jari, mata dan kepala. Yang boleh membolak balikkan hati manusia. 

Pada hari ini, semua yang terjadi adalah aturan Ilahi. Bila si pembaca menitis air mata kerana rindu pada Ilahi. Rindu pada Tanah Suci. Rindu pada Rasulullah saw. Hasil dari nukilan jari ini. Aku bersyukur. Setidak-tidaknya ada juga kertas, dakwat, computer walaupun bukan lagi typewriter seperti penulis dulu yang akan menjadi saksi di akhirat nanti, bahawa diri ini pernah memberikan sesuatu untuk saudara seIslamku dalam khilaf dan kekuranganku dapat juga aku coretkan Diari Umrah Pertamaku.

Nukilan jari jemari menari di papan kunci
Penulis Buku.


Nak dapatkan online : Klik sini. DAPATKAN BUKU DIARI UMRAH PERTAMAKU


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Monolog pagi Sabtu

Rindu dari jauh. Terjaga di malam kelam, memang ku rayu, memang ku pinta. Jika tidak terjaga terasa Allah tidak mahu berjumpa denganku, tidak mahu mendengar rintihan hambanya ini. Selalunya selesai urusan berdua denganNya, aku menarik selimut dan beradu kembali. Saat itu nyanyian dengkuran si suami selalu membatalkan hajat untuk tidur lagi. Tapi malam ini, kedinginan malam yang mendetikkan kerinduan pada insan yang bergelar suami. Biasa orang kata bila dekat rindu tak kuat tapi bila jauh dan tiada di depan mata rindu selalu datang menerjah kamar hati.

Telefon menyanyi pukul 3 pagi tadi. Di sepertiga malam bukanlah panggilan rindu si suami. Tapi nyanyian rindu untuk bangkit mengadap Ilahi. Sesi bercakap dengan Tuhan adalah terapi diri. Kerana tiada seorang pun insan di dunia ini yang boleh membantu meleraikan kekusutan hati kecuali Dia Maha Kuasa ke atas segalanya. 

Seperti biasa, bila mata tidak boleh lelap, aku melangkah ke working table di hujung kamar utama rumah ini. Ku buka tirai dan diluar masih kelam. Yang kelihatan hanyalah bayang-bayang pokok yang dipanah sinar lampu jalan. Tidak ada manusia yang lalu lalang. Hati kecil ini mula nakal. Membisikkan kata-kata yang mengecutkan hati. Bayang-bayang pokok sebolehnya diubah dan digambarkan sesuatu yang ngeri. Oh hati, malam ini pula kau nak bergurau. Ku tutup kembali langsir silver yang dipasang 5 tahun lalu. Ya, sudah 5 tahun langsir bilik ini tidak berganti. Huhuhu.. 

Lantas tangan laju memegang tetikus laptop dan digerak-gerakkan. Skrin yang hitam bertukar cerah, bergambar dan wall facebook ku jelajahi. Yaaa.. dinding inilah tempat berkongsi rasa. Sungguh bijak idea Mat Jubek sehingga mampu membuatkan semua orang menggunakan medium ini. Bagi aku pula bukan sekadar tempat berkongsi dan meluah rasa malah inilah juga medium yang memudahkan urusan mencari rezeki dan membantu insan lain. Pokok pangkal adalah bagaimana kita memanfaatkannya.

Malam ini aku bermonolog sendiri. Muhasabah diri. Mencari punca segalanya yang terjadi. Mengkaji dan bertanya pada Tuhan kenapa perkara yang sama berulang kembali. Dalam selang masa yang sama, Allah berikan aku bahagia, dilimpahkan rezekiNya, dan rupanya dia sentiasa mahu menguji. Ujian untuk membuatkan aku lebih redha, lebih kuat dan mendekatkan aku dengan manusia-manusia ikhlas disekelilingku. Ternyata, Dia tidak lupa, setelah diberi rezeki segalanya, Dia uji pula. Untuk tidak membiarkan aku hanyut mendabik dada di atas segala kemewahannya. Kerana setiap hari ku pinta, janganlah pemberian Mu ini adalah pemberian istidraj. Yang menjauhkan aku dari jalanMu Ya Allah.

Ku lihat sekeliling. Anakanda berdua sedang lena dibuai mimpi. Hati ini tetiba rindu akan bonda. Wajah bonda berlegar diruang mata. Semalam kami berborak. Aku merayu bonda untuk datang ke sini. Ada satu pusat terapi yang akan aku bawa bonda ke sana. Tangan kirinya masih tidak boleh angkat dengan sempurna. Aku rayu bonda datang dan tinggal barang sebulan dua bersama. Aku mahu yang terbaik untuknya. Dia ibuku. Akan ku ikhtiar untuk kesembuhannya. Ya Allah sembuhkanlah ibuku sepenuhnya. Aura kekuatan bonda yang ku kagumi. Dugaannya lebih berat tapi dia cekal menghadapi. Sepanjang hayatnya susah senang direnangi. Dan dihayat ini, ujian berat diberikan namun dia terus bangkit memperkuatkan diri. Aku mahu sehebatnya. Kenapa aku tidak boleh sekuatnya? Kenapa aku harus lemah dengan dugaan sekecil ini?

Sekali lagi wajah 2 puteri ku amati. Sedalamnya. Aku mahu dilihat kuat di mata mereka. Tiba tiba aku rindu. Rindu pada usapan dikepala. Usapan dari seorang suami. Saat begini, jika dalan kemurungan ada seorang insan yang setia. Setia mendengar setiap keluh rasa. Insan yang memahami dan membuatkan aku rasa tidak bersendiri. Betul kata orang bila jauh dihargai. Bila tiada dicari. Seorang isteri yang rindu dan sangat memerlukan sokongan dan bimbingan seorang suami. 

Suhaili bermaksud kemudahanku. Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah. Kerana niatku satu. Membahagiakan orang sekelilingku dan menjadi insan yang bermanfaat pada orang lain juga.

Salam sayang...
Rintihan seorang anak, isteri dan ibu
Hamba yang banyak khilafnya,
Sally Sabri 😍


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Urusan Tabung Haji di Maybank2u

Part 2: Pemindahah wang / semakan baki dari Maybank2u ke Tabung Haji


Ramai yang bertanyakan Sally bagaimana nak masukkan duit dari M2U atau tengok baki Tabung Haji melalui m2u. Hari ini Sally kongsi dengan anda semua.


Semalam kita dah daftar akaun TH di ATM Maybank kan? Bagi yang terlepas posting semalam, boleh le KLIK SINI


Sebaik anda selesai mendaftar di mesin ATM, anda boleh le membuka laman web Maybank2u. di www.maybank2u.com.my . Login seperti biasa dan mulakan transaksi Tabung Haji di laman web tersebut.


Boleh rujuk gambar untuk langkah-langkahnya. Sally terangkan satu per satu. Semoga bermanfaat untuk semua. Jom kita menyimpan. Mudah-mudahan ia mempercepatkan proses Haji kita ataupun untuk masa hadapan kita.


Tapi kan, kalau transfer dr Maybank2u ke akaun TH ada caj RM1 + GST. Kalau anda ada akaun BSN, anda boleh transfer dari MyBSN ke akaun TH percuma sahaja. Tapi MyBSN tak boleh tengok baki akaun TH. huhuhu.. 

Selepas anda login ke laman web Maybank, anda akan melihat screen ini. Tekan Accounts & Banking.

Skrin akan memaparkan All Accounts info.

Anda klik menu Transfers di belah kiri skrin seperti anak panah merah yang saya tunjukkan itu.

Kemudian anda akan nampak menu Tabung Haji. Lihat anak panah merah itu. Klik menu Tabungn Haji tersebut.

Di skrin ini, anda boleh nampak ada sub menu Balance Inquiry untuk melihat baki akaun TH anda, Fund Transfer untuk memindahkan duit dari dan ke TH dan juga Pendaftaran Haji. wowwww

Klik Balance Inquiry untuk melihat baki akaun TH anda.

Kemudian anda pilihlah akaun TH yang berdaftar atas nama anda. Jika anak-anak anda pun berdaftar atas nama anda dalam erti kata lain, andalah pemegang amanah akaun tersebut, anda boleh melihat akaun-akaun anak anda di sini juga.

Pilih sahaja akaun mana yang anda nak lihat. Dan paparan baki akan dikeluarkan.

Jika anda lihat, ini adalah paparan baki akaun TH Primary. Maknanya saya punya iaitu induk. Senang nak tahu duit ada banyak atau sikit. Kann... kalau banyak.. bak sini sikit... hihihi


Skrin ini pula, Sally memilih akaun Adelina iaitu anak sulung saya. So paparan menunjukkan baki akaun TH Adelina dan jenis Secondary di mana pemegang induk akaun ini adalah saya ler... hahaha

Boleh tekan menu Fund Transfer untuk memindahkan duit dari Maybank2u ke TH. So, senanglah kita nak top up duit ke akaun TH kita. Tak payah pergi ke kaunter TH dah. Transfer sahaja. 

Kalau rasa nak keluarkan duit dari TH pun boleh juga. Pindahkan dari akauan TH ke MBB dan kena ler ke ATM untuk keluarkan duit tersebut sebab kat PC / Phone anda takde lubang boleh keluar duit kat situ. Hihihi.

Anda juga boleh transfer dari MBB anda ke akaun TH orang lain. Nak bagi kat emak ke... kat Sally ke.. pun boleh. Dialu-alukan. Pm tepi yer untuk no akaun TH saya. haha


Ini paparan untuk transfer dari Akaun MBB ke TH. Hanya pilih dari akaun MBB yang mana ke akaun TH berdaftar yang mana satu. Masukkan amount... DONE.

Ini pula paparan untuk transfer dari akaun MBB kita ke akaun TH orang lain. Mudah jer. kan kann? Anda hanya perlukan no akaun TH mereka dan juga IC Number.

Alhamdulillah. Terima kasih pada teknologi. Terima kasih pada Maybank dan TH yang memudahkan urusan kami.

Tapi kan, kalau transfer dr Maybank2u ke akaun TH ada caj RM1 + GST. Kalau anda ada akaun BSN, anda boleh transfer dari MyBSN ke akaun TH percuma sahaja. Tapi MyBSN tak boleh tengok baki akaun TH. huhuhu

Ada pro and cont.
So, selamat menyimpan buat semua.


Salam sayang,
Puan Sally,
Shopping-shopping juga, duit simpanan WAJIB ada.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Cara daftar Tabung Haji di Maybank2u.

Part 1: Tabung Haji melalui Maybank2u
.
Dalam kesibukan mencari duit, jangan lupa menyimpan duit juga. Ramai di antara kita hari ini yang boleh membuat duit dengan banyaknya. Jualan online meningkat dan kita bijak mengambil peluang yang ada. Bukankah lebih elok jika duit yang banyak kita dapat itu,kita simpan juga untuk bekalan di kemudian harinya.
.
Bagi warga ELISS sendiri, Sally sangat menyarankan mereka membuat simpanan. Ilmu menyimpan, ilmu tabungan, ilmu investment, sedikit sebanyak yang Sally tahu, Sally akan curahkan pada mereka juga. Tabungan A, B dan C yang wajib diketahui oleh semua peniaga online khususnya. Kita cerita hari lain ok bab tabung ini.
.
Selain daripada simpanan biasa, masing-masing memasang impian untuk memenuhkan ASB, berjinak dengan FD, property investment maybe, menyimpan di Tabung Haji dan sebagainya. Yang belum daftar haji, sangat-sangat disarankan anda mendaftar Haji. Semoga ALlah permudahkan urusakan kita untuk menunaikan rukun yang satu itu. Yang WAJIB bagi mereka yang mampu. Pokok pangkal HUTANG wajib dilunaskan dulu supaya rezeki yang mengalir tiada batas dan sekatan ke atas kita. ZERO HUTANG adalah impian WAJIB bagi warga ELISS dan pastinya buat semua anda di luar sana juga.
.
Apa yang Sally nak kongsi hari ini bukanlah ilmu atau sifir menabung, simpanan dan sebagainya. Biasanya Sally membebel pada ahli keluarga ELISS sahaja. Hari ini Sally nak kongsi macam mana kita nak memudahkan urusan menyimpan di Tabung Haji melalui Maybank. 
.
Hari ini Sally ke Bank dan banyak urusan perbankan dapat disiapkan. FD 3 bulan dah habis promo, tinggal 5 bulan sahaja dengan dividend sebanyak 4.06% di Maybank. Saya bukan staff Maybank promote FD yer. hihihi. Ops.. tak nak cerita pasal FD hari ini. Fokus pada Tabung Haji ok. Khas bagi mereka yang belum tahu lagi. Sally rasa nak berkongsi dengan anda semua.
.
Sebelum menggunakan kemudahan simpanan Tabung Haji melalui Maybank, terlebih dahulu kita dikehendaki mendaftar di mesin ATM. Kemudian segala urusan transfer, cek baki dan sebagainya boleh dilakukan melalui Maybank2u sahaja.
.
Cara-caranya, anda tengok gambar yer. Sally sudah jelaskan satu per satu. Ini semasa my hubby baru daftar akaun Tabung Haji dia di ATM tadi. 
.
Semoga bermanfaat untuk semua. Dan semoga kita istiqamah menyimpan untuk masa depan.
.
Nanti Sally tunjuk pulak macam mana nak transfer dan cek baki di Maybank2U yer... Sabar jap. Buat yang ini dulu baru boleh tengok kat Maybank2u.
.
Puan Sally,
Ratu SHOPPING tapi Bijak MENYIMPAN
.


Masukkan kad ATM anda macam biasa di mesin ATM Maybank. Masukkan ikut lubang CARD tu. Jangan salah lubang tau.


Tekan no PIN anda. Jangan tekna no PIN orang lain pula. Nanti tak pasal-pasal kad kena telan. hihihi



Tekan menu Tabung Haji (TH) seperti yang tertera di gambar tu.


Tekan Daftar Akaun TH ke ATM Kad


Masukkan no akaun Tabung Haji anda. Tengok kat buku tabung haji tu. Gambar di bawah Sally tunjukkan mana nak tengok Akaun No TH.


Dekat Buku Tabung Haji, ada No Akaun TH anda. Masukkan nombor tu kat ATM tau.


Dia akan keluar paparan Urusniaga sedang diproses. Harap bersabar ye. Tunggu je kat situ. Tak lama pun.


Kemudian dia suruh masukkan No Siri Buku TH. No Siri ini terdapat di belakang buku TH anda. Seeloknya anda bawalah buku tu bersama semasa pendaftaran di ATM. Gambar sebelah Sally tunjukkan di mana No Siri ni berada.


Ni kat muka surat belakang sekali. Ada No Siri Buku.. Kat bahagian yang Sally kaler pink tu, kat situ le ada no siri. Sally tutup ler no siri Sally for security. Kannnn


Tunngu lagi dan sabar.


Paparan skrin No Akaun TH dan No Siri akan ditunjukkan. Anda boleh ler menyemak lagi sekali. Kalau betul, boleh ler tekan YA. Pasti sangattt


Dan last sekali, dia akan tunjukkan Akuan TH anda telah berjaya didaftarkan. Yeaaayyy... Alhamdulillahhh.

Nanti Sally tunjuk pulak macam mana nak transfer dan cek baki di Maybank2U yer... Sabar jap.


 Kalau nak daftar untuk anak-anak yang dibawah penama kita, pun boleh juga di ATM. PIlih menu Daftar Akuan Kanak-Kanak TH ke Akaun ATM. 

Selepas tu ikut arahan dia macam biasa. Untuk kanak-kanak ni, dia akan minta no IC/Mykid anak kita. So, masukkanlah.

Dah selesai.

Senang nak manage akaun TH kita dan anak-anak lepas ni. Kannnn...





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Perasaan seorang mama

Jam 5 pagi, kalau di zaman dahulu jam berdering kuat dan kita tergapai-gapai mencari punat untuk mematikan deringan itu tapi kini ia diganti dengan telefon pintar yang saban hari melekat dengan kita. Berpisah tiada. Deringan diganti dengan bunyian burung dan unggas tanda waktu untuk bangun sudah tiba. Itulah deringan alarm bangun pagi telefon pintar Sally. Tangan dikeluarkan dari dalam selimut perbaringan dan menggapai telefon pintar di meja sisi sebelah kanan katil. Jari telunjuk menyentuh permukaan telefon dan tiada lagi bunyi burung dan unggas yang tinggal hanyalah dengkuran teman di sisi.

Keletihan semalam masih terasa. Bukan letih apa... letih makan dan bergelak ketawa. Bahagia rasa bila lama tak berjumpa. Tetamu pulang dengan senyuman terukir dibibir dan mengusung perut yang kekenyangan membuatkan tuan rumah gembira bahagia. Walaupun kepenatan, otak terus berfikir dan menyusun jadual hari ini. Secara automatik bagaikan robot yang diprogramkan, kaki menjalar menuruni tempat peraduan dan melangkah terus ke kamar mandi. Sally perlu bersiap dahulu. Selesaikan perkara perkara yang sepatutnya diberesi sebelum mengejut puteri puteri dan menyiapkan dua orang buah hati untuk ke sekolah. Hari ini Kak Nina requested nak kue teow sup. Jadinya selepas kedua-dua puteri sudah bangun dan mandi, mama terus masuk dapur. Keluarkan kue teow dari dalam peti ais dan membelek bahan-bahan lain yang hendak dicampakkan didalam periuk bersama-sama dengan kue teow tadi. Hubby tak berapa gemar sup di pagi hari jadinya, kue teow goreng letak kucai dan telur sahaja buat suami. 5 minit berlalu, 2 hidangan siap untuk anak dan suami. Ke dua-dia belah dapur terus naik sekali harung. Jimat masa. 

Adelina tolong siapkan meja. Mangkuk, pinggan dan sudu disusun sempurna. Sally angkat juadah ke meja makan dan diletakkan di tengah-tengah bahagian meja. Kami duduk dan menikmati makan pagi bersama. Sally bingkas bangun dan mengambil 2 food container. Bekal anak-anak dipersiapkan beserta sekotak susu Dutch Lady Strawberry untuk puteri-puteri mama.

Usai makan, kedua-duanya ke bahagian depan. Menyarungkan kasut sekolah. Bibik awal-awal lagi sudah persiapkan kasut sekolah di kerusi dan beg-beg sekolah dan bekal siap masuk di dalam kereta. 

Seorang demi seorang puteri datang merapati dan menyalami mama. Kucupan pipi kiri, pipi kanan, dahi dan hidung. Diakhiri dengan big hug tanda cinta dan kasih kami antara satu sama lain bak sepasang kekasih yang tidak sanggup berpisah. Kami selalu ucapkan kata-kata cinta. “Kakak sayang mama sampai syurga.” “Adik akan rindu mama kat sekolah nanti.” “you are the best mom in the whole wide world” Itulah antara kata-kata cinta kami setiap pagi. 

Sally renung ke dalam mata mereka. Dari atas ke bawah. Berpakaian rapi, rambut kemas bersisir dan reben rambut tidak lupa. Wangian berry dari jenama Body Shop disembur kepada ke dua-dua puteri. Meliang lintok anak anak saat disembur pewangi dan mereka tampil segak segar dan penuh gaya. Kalau dulu tangisan memenuhi ruang rumah tapi kini anak anak mama sudah besar. Sudah pandai menyesuaikan diri. Sudah tahu tanggungjawab setiap hari. Walaupun Sally rasa lebih senang tapi untuk menerima hakikat anak-anak sudah besar, tiba-tiba Sally rasa sendu. Terimbas kembali dialog percakapan Sally bersama mama semalam.

"8 hari lagi adik nak balik”
Sudah ku agak. Insan itu menghitung hari. Kak Da yang mendengar tergelak mengusik mama.
“Mentang-mentang anak bongsu dia nak balik, hitung hari.”
Mama tersenyum. Terukir kebahagiaan di wajah itu.
"Mama nak cium, nak pegang adik"
Sebak Sally mendengarnya. InshaAllah akan ku terbang menemui bonda. 

Bila Sally terkenangkan saat itu, Sally terfikir adakah saat yang sama akan terjadi kepada ku suatu hari nanti. Bila saat Sally memerlukan pelukan anak-anak tapi anak-anak sibuk dengan urusan dan keluarga dan Sally akan menahan dendam rindu di dalam jiwa. Anak-anak sudah besar. Makin besar. Dan lama kelamaan Sally akan hidup bersama hubby sahaja. Dan menunggu saat anak-anak pulang dan memeluk mama penuh erat. Seperti pelukan kami pagi tadi dan disetiap pagi sebelum ke sekolah.

Pagi ini dan pagi pagi sebelumnya dan pagi pagi seterusnya, mama akan peluk anak-anak mama dan mempraktikkan kata-kata luahan cinta antara kami. Sesibuk mana pun mama, harta mama adalah kalian berdua. 

Semakin sibuk kita mengejar dunia, pandang juga orang disekeliling kita.

Nukilan jari jemari menari di papan kunci,

Pn Sally
Pengasas Eliss.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Pengalaman Lasik / ReLEx-SMILE bersama Prof Dr Muhaya. Selamat tinggal Contact Lens

Assalamualaikum...
Sepatutnya posting ni dah lama Sally buat, tetapi atas kekangan masa, hari ni baru boleh publish. Tak siap-siap asyik bertangguh jer. Kesian kawan-kawan yang nak tahu pengalaman Sally buat rawatan mata dengan Prof Dr Muhaya.
.
So, Sally tak payah nak berceloteh panjang. Sally terus ke ke perkara pokok ok.
.
Mula-mula, Sally google dulu. Setahu Sally nak lasik jer. Dan Sally tak pernah tahu kewujudan ReLEx-SMILE ni. Sally google ler a few pusat lasik. Ada yang jauh lebih murah dari service Prof Dr Muhaya. Ada di beberapa tempat di Petaling Jaya yang hanya menelan belanja sekitar RM2K-RM3K sahaja dan KPJ juga menawarkan dengan harga sekitar RM6K. Tapi, hati ini kuat mengatakan Sally nak buat bersama Prof Dr Muhaya. Bukan kerana dia famous dan hendakkan nama tapi its proven dan well known. Kita kan nak rawat mata. Bukan benda main-main ni. Jika berkemampuan dan ada rezeki untuk membuatnya, apakah salahnya Sally terus mendapat perkhidamatan pakar dan rasa yakin dengan resultnya.
.
Selepas duk google tu, Sally pun dengan confidentnya call Prince Court. Tak ternampak mula di google bahawa Prof Dr Muhaya dah mempunyai hospital matanya sendiri. Maybe sebab Sally google pengalaman mereka kan. So, customer service Prince Court pun berikan Sally alamat dan no telefon hospital Prof Dr Muhaya. Sally pun call untuk mendapatkan maklumat lanjut.
.
Semasa Sally call tu dia bertanya kondisi mata Sally, dan pilihan yang ada iaitu nak buat Lasik atau ReLEx-SMILE. Sally pun kebingungan ler. Dan bertanya lagi. Ni Sally summary kan buat anda:
.
LASIK
- Kena datang untuk cek mata.
Seminggu selepas itu baru datang untuk procedure laser mata.
- Tempoh pembaikan dalam masa seminggu.
- Lebih murah. Charges mengikut umur. 35 tahun ke atas lebih mahal. Nasib ler Sally pergi umur 36 tahun, so kos untuk mata Sally dan umur Sally untuk buat lasik adalah RM8,500.
.
ReLEx-SMILE
- Sally boleh dapat appoinment dan datang cek mata pagi. Terus boleh buat procedur mata hari yang sama.
- Tempoh pembaikan boleh dikatakan serta merta iaitu hari yang sama juga.
- Mahal sikit. Charges juga mengikut umur. Umur Sally 36 tahun dan dengan keadaan mata Sally, kosnya adalah RM12,600.
.
Haa... banyak juga bezanya tu kan. Oleh kerana kekangan masa, dan Sally malas nak berulang alik ke Kajang nunnn sana hospital Prof Dr Muhaya dan juga jangkamasa pemulihan yang serta merta itu, Sally memilih untuk membuat ReLEx-SMILE.
.
Pada pagi temujanji tu, seawal 8.30 pagi kami dah sampai ke Kajang. Alamat hospital Prof adalah: 
PROF MUHAYA EYE AND LASIK CENTRE,
S 29, GROUND FLOOR PEARL AVENUE,
JALAN PASIR EMAS, SG. CHUA,
43000 KAJANG, SELANGOR
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-87410046/017-2682300.
.

Masa kami sampai tu, hospital tak buka lagi. So kami menikmati sarapan di Old Town White Coffee dulu. Tapi hati ni duk berdebar la. Tak leh nak cakap kat orang. Takut ler jugak. Nak makan pun tak selera. Oh yer, jangan datang seorang tau, kena ada driver since lepas operate tu kita tak tahu condition kita macam mana.
.



So, pukul 8,30 pagi, Sally yang ditemani hubby masuk dan membuat pendaftaran. Orang tak ramai sangat lagi. Sally pun isi borang pendaftaran semua. Dan tunggu giliran. Ada beberapa pemeriksaan dilakukan seperti:
- Cek cekung/cembung mata
- Saiz anak mata. Yang ni mmg Sally kena buat 3 kali sebab mataku sepet. Mereka tak boleh nak ukur dimension anak mata dengan betul. So dah 3 kali baru Ok.
- Cek rabun.
macam-macam lagi ler cek. Ada la dalam 6 mesin kut.
.
Semua ujian ni di buat dalam satu bilik gelap. Mesin semua ada dalam tu dan ujian dibuat bersama-sama dengan pesakit lain juga. Selepas satu ujian, kita keluar lepas tu panggil balik masuk, berulang-ulang sehingga habis prosedur. Last sekali mereka berikan ubat titis ke dalam mata untuk besarkan anak mata. Lupa lak nak ambil gambar masa ni. Sebab mata masa ni cute besar macam mata beruang panda. Hahahhaa.
.
Oh ya, masa nak buat ReLEx-SMILE ni, Sally dah off contact lens selama seminggu. Pakai spek je supaya mata tak kering. Dan masa pergi buat prosedur ni, jangan pakai apa-apa make up. Bedak pun Sally tak pakai. Biar muka clean dan bogel jer. Muka bogel tau.. jangan lak u ols datang berbogel. Hahhaa... Kut serbuk-serbuk bedak tu mengganggu proses laser atau masuk ke dalam mata. Walaupun nanti mereka akan lap juga disekeliling mata.
.
Prof Dr Muhaya akan sampai sekitar 10 pagi macam tu. Masa tu orang dah mula ramai. Ramai juga orang yang nak buat lasik dan cek mata. Makcik- pakcik tua pun ramai. Masa menunggu ni, Sally dah beberapa kali ke toilet. Berdebar sangat. Muka pucat takut. Hihihi.


Kat dinding hospital ni banyak artikel mengenai Prof dan kata-kata motivasi
.
Cool Hubby

Takutnya

Duk titik-titik ubat besarkan anak mata tu, tetiba  Prof Dr Muhaya sampai. Ya Allah, baiknya dia. Dia akan bersalaman dan bertegur sapa dengan semua patient dulu sebelum masuk ke dalam bilik. Sempatlah Sally LIVE bersama beliau dan bergambar sambil peluk-peluk lagi. Sungguh motherly. Aura dia sungguh kuat. MashaAllah.
.
Sebelum Sally dipanggil ke bilik  Prof Dr Muhaya, bahagian akaun akan panggil kita dulu. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum prosedur mata dijalankan. So, Sally guna fund transfer online sahaja. Resit diprint dan term & condition form di tandatangan, so bermulalah prosedurnya.
.




Sally masuk ke dalam bilik Prof dan ujian rabun dibuat. Ala yang baca abjad besar ke kecik tu. Dan ada la dia cek few things. Hubby pun masuk sekali. Dalam Prof duk buat test tu, dia berborak-borak ler dengan kami. Tanya kami buat apa, kerja apa, duk kat mana semua. Ada nasihat-nasihat juga dia berikan sebagai isteri, ibu, khalifah Allah. Uhhh... sejuk dan tenteram je hati mendengarnya.
.


Kemudian Sally diminta untuk masuk ke bilik sebelah. Hubby pula diarahkan ke bilik kaca yang lain di mana dia dapat melihat keseluruhan prosedur. Hubby sempat rakam video mata Sally. Tengok video kat bawah tau.
.
Sebelum masuk ke dalam bilik tu, of coz pakai baju macam bilik bedah tu, pakai selipar dia, dan masuk. Buka spek letak atas almari, lagi sekali ubat mata dititik. Sally duduk kat bangku berhadapan dengan mesin laser tu. Masa tu ada 2 orang turut bersama. Sally no 3. So, Sally boleh melihat 2 orang tu buat dulu. Lebih kurang 12 minit macam tu setiap seorang, kedua-duanya selamat menjalani rawatan ReLEx-SMILE. Kini tibalah masa Sally.
.
Sejuk kaki tangan. Sally berbaring di katil yang attached to the machine. Mesin dirapatkan ke muka. Kepala diam, badan lurus, Sally hanya focus pada satu titik sahaja dan jangan larikan anak mata. Di dalam bilik itu, alunan bacaan alQuran menemani, membuatkan kita rasa calm sangat. Prof pun bacakan doa. Dia tanya Sally dah ready, dia minta Sally pandang hubby yang berada di bilik cermin sebelah dan angkat tangan tanda Good. Hihihi.. sempat lagi. Semasa pembedahan dibuat, Prof tak habis-habis baca doa dan ungkapan beliau sangat menyentuh hati Sally. Kembalikan penglihatan yang jelas, jadikanlah Suhaili dalam golongan Khusnul khatimah, isteri dan anak yang solehah, ibu mithali dan jadikanlah penglihatan ini pancaindera yang melihat kalamMu al_Quran, benda-benda kebaikan dan banyak lagi doa-doa yang mampu meruntun hati ini. Aura Prof sangat kuat. Rasa sangat best dan nak dengar lagi dan lagi setiap tutur kata beliau. Sampai Sally tak sedar prosedur dah siap. Dari satu mata berpindah ke mata yang lain.
.
Takutnya masa ni. Berdebar-debar tau.



U ols perasan tak, katil ni dari sisi 180 darjah ditolak ke 90 darjah betul-betul di bawah mesin laser tu.



Assistant Prof tengah siap sediakan dia. 

Ni TV untuk hubby tengok prosedur dalam jarak dekat. Tu mata Sally
Selepas siap, Sally buka mata perlahan-lahan. Banyak ayat-ayat alQuran di dinding bilik lasik itu. Sally buka mata dan tengok perkataan Allah. Dan Sally mencari hubbyku. Sally nampak jelas muka suamiku. Syukur Ya Allah. Prof ajak Sally rapat ke cermin. Kami smile dan hubby snap gambar. Sempat berselfie juga.
.
Dah siap dah masa ni.

Prof suruh tengok hubby kat bilik cermin

Prof yang suruh buat tanda Good tu kat hubby

Prof bantu Sally bangun. Dia takut pening. Tapi tak pening pun.


Masih takut-takut nak buka mata



Smile... Dan nampak jelas.

Hubby pun nak wefie juga

Alhamdulillahhh... Mata saya dah JELAS. TQ Prof. Thanks Allah. Alhamdulillah

Ya Allah sungguh jelas pemandangan. Tiada rasa sakit langsung. Dan amazingly, Sally dah nampak jelas tanpa spek. Kadang-kadang rasa juga perit dan sakit. Sally dibekalkan dengan 4 jenis ubat titis. Oh ya, staff dia pesan bawa spek mata hitam. Jauhkan dulu dari pancaran matahari secara terus. Selepas rawatan, Sally pakai spek hitam. 
.
Hari tu hari Jumaat. Lelaki semua ke masjid untuk solat jumaat. Wanita boleh solat berjemaah di sana. Bagusnya. Selepas dah setel semua, kami lagi sekali masuk ke bilik Prof dan Prof menerangkan prosedur yang dah dibuat dan bagi tips serba sedikit penjagaan mata.
.
Sebelum balik, ambil ubat dan sepatutnya Sally kena ke sana dalam masa sebulan untuk semakan mata ke dua. Tapi sampai sekarang Sally tak pergi. Hihihi... Balilk tu, Sally titiskan je ubat dan ada satu jenis ubat yang dipanggil air mata palsu. Ubat ni paling banyak Sally guna jika mata kering. Sally titis jer. Sally bergantung dengan ubat dalam 3-4 hari jer. Kemudian dah tak titis dah. Balik tu, Memang Sally tidur jer. Off handphone semua dan relax jer... Esoknya, seperti dapat kehidupan baru pula. Semuanya jelas di depan mata, tanpa spek lagi. Syukur Ya Allah, Kau berikan aku peluang ke dua untuk lihat dengan jelas kembali.
.
Bila mata dah OK, inshaAllah kalau kita jaga mata kita dengan baik, mata kita akan sihat dan tak kembali rabun. Dah buat siap-siap prevention untuk rabun dekat untuk faktor usia. Kalau nak tahu, mata kita dah meningkat usia nanti kita akan rabun dekat. Kalau kita perhatikan ramai yang dah tua, nak baca buku/suratkhabar ambik spek kan... Haa.. tu rabun faktor usia.. InshaAllah, Sally akan jaga mata dengan peluang ke dua ini. Hope dah tak rabun lagi. So, prosedur ni sekali seumur hidup sahaja.

Air mata palsu yang banyak digunakan sepanjang hari








Dap siap. Nak balik dah...


Jom saksikan video di sepanjang prosedur pemulihan mata Sally
ReLEx-SMILE bersama Prof Dr Muhaya

PART 1

PART 2



Sedikit info dari UTUSAN MALAYSIA:


“ReLEx-SMILE dan Lasik merupakan kaedah rawatan laser yang digunakan untuk menyembuhkan rabun dekat (myopia), rabun jauh (hypermetropia) dan astigmatism. Kaedah ini membentuk semula kornea untuk membolehkan cahaya memasuki mata dengan betul supaya memberi fokus ke retina untuk penglihatan yang lebih jelas.

“Kaedah ini mempunyai kebaikan seperti meningkatkan tahap penglihatan, penyelesaian untuk jangka masa panjang, keputusan dan kadar penyembuhan yang cepat iaitu selepas satu hari pembedahan, tiada lagi penggunaan cermin mata dan kanta lekap,” jelasnya.

ReLEx-SMILE merupakan teknologi baharu yang terdapat di Pusat Mata dan Lasik Prof. Muhaya. Rawatan ini sesuai bagi mereka yang berumur 20 tahun ke atas, mengalami rabun mata melebihi 75++@0.75 hingga 1000@10.00 dan silau hingga 500. Teknologi ReLEx-SMILE menggunakan laser femtosecond dengan invasif paling minimum. Kebaikan rawatan ini ialah pesakit dapat melakukan prosedur pembedahan pada hari yang sama dengan pemeriksaan mata. Selain itu, prosedur ini bercirikan tiada bukaan lapisan kornea mata, lebih cepat, selesa dan hanya memerlukan satu langkah sahaja (satu mesin pembedahan sahaja).

Selain Relex Smile, bagi mereka yang berumur bawah 35 tahun boleh memilih pembedahan Premium Lasik dan bagi yang berumur lebih 35 tahun, boleh mencuba Presbyond (Blended). Kedua-dua pembedahan ini sesuai untuk mereka yang mengalami rabun jauh, rabun dekat dan silau, beranggaran 75++@75 ke atas hingga 1400@14.00. Selain itu, prosedur ini membuka lapisan kornea mata dan membuang lapisan rabun dengan laser excimer.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/tawar-rawatan-relex-smile-1.14419#ixzz4xL5NNzPf 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops