Perasaan seorang mama

Jam 5 pagi, kalau di zaman dahulu jam berdering kuat dan kita tergapai-gapai mencari punat untuk mematikan deringan itu tapi kini ia diganti dengan telefon pintar yang saban hari melekat dengan kita. Berpisah tiada. Deringan diganti dengan bunyian burung dan unggas tanda waktu untuk bangun sudah tiba. Itulah deringan alarm bangun pagi telefon pintar Sally. Tangan dikeluarkan dari dalam selimut perbaringan dan menggapai telefon pintar di meja sisi sebelah kanan katil. Jari telunjuk menyentuh permukaan telefon dan tiada lagi bunyi burung dan unggas yang tinggal hanyalah dengkuran teman di sisi.

Keletihan semalam masih terasa. Bukan letih apa... letih makan dan bergelak ketawa. Bahagia rasa bila lama tak berjumpa. Tetamu pulang dengan senyuman terukir dibibir dan mengusung perut yang kekenyangan membuatkan tuan rumah gembira bahagia. Walaupun kepenatan, otak terus berfikir dan menyusun jadual hari ini. Secara automatik bagaikan robot yang diprogramkan, kaki menjalar menuruni tempat peraduan dan melangkah terus ke kamar mandi. Sally perlu bersiap dahulu. Selesaikan perkara perkara yang sepatutnya diberesi sebelum mengejut puteri puteri dan menyiapkan dua orang buah hati untuk ke sekolah. Hari ini Kak Nina requested nak kue teow sup. Jadinya selepas kedua-dua puteri sudah bangun dan mandi, mama terus masuk dapur. Keluarkan kue teow dari dalam peti ais dan membelek bahan-bahan lain yang hendak dicampakkan didalam periuk bersama-sama dengan kue teow tadi. Hubby tak berapa gemar sup di pagi hari jadinya, kue teow goreng letak kucai dan telur sahaja buat suami. 5 minit berlalu, 2 hidangan siap untuk anak dan suami. Ke dua-dia belah dapur terus naik sekali harung. Jimat masa. 

Adelina tolong siapkan meja. Mangkuk, pinggan dan sudu disusun sempurna. Sally angkat juadah ke meja makan dan diletakkan di tengah-tengah bahagian meja. Kami duduk dan menikmati makan pagi bersama. Sally bingkas bangun dan mengambil 2 food container. Bekal anak-anak dipersiapkan beserta sekotak susu Dutch Lady Strawberry untuk puteri-puteri mama.

Usai makan, kedua-duanya ke bahagian depan. Menyarungkan kasut sekolah. Bibik awal-awal lagi sudah persiapkan kasut sekolah di kerusi dan beg-beg sekolah dan bekal siap masuk di dalam kereta. 

Seorang demi seorang puteri datang merapati dan menyalami mama. Kucupan pipi kiri, pipi kanan, dahi dan hidung. Diakhiri dengan big hug tanda cinta dan kasih kami antara satu sama lain bak sepasang kekasih yang tidak sanggup berpisah. Kami selalu ucapkan kata-kata cinta. “Kakak sayang mama sampai syurga.” “Adik akan rindu mama kat sekolah nanti.” “you are the best mom in the whole wide world” Itulah antara kata-kata cinta kami setiap pagi. 

Sally renung ke dalam mata mereka. Dari atas ke bawah. Berpakaian rapi, rambut kemas bersisir dan reben rambut tidak lupa. Wangian berry dari jenama Body Shop disembur kepada ke dua-dua puteri. Meliang lintok anak anak saat disembur pewangi dan mereka tampil segak segar dan penuh gaya. Kalau dulu tangisan memenuhi ruang rumah tapi kini anak anak mama sudah besar. Sudah pandai menyesuaikan diri. Sudah tahu tanggungjawab setiap hari. Walaupun Sally rasa lebih senang tapi untuk menerima hakikat anak-anak sudah besar, tiba-tiba Sally rasa sendu. Terimbas kembali dialog percakapan Sally bersama mama semalam.

"8 hari lagi adik nak balik”
Sudah ku agak. Insan itu menghitung hari. Kak Da yang mendengar tergelak mengusik mama.
“Mentang-mentang anak bongsu dia nak balik, hitung hari.”
Mama tersenyum. Terukir kebahagiaan di wajah itu.
"Mama nak cium, nak pegang adik"
Sebak Sally mendengarnya. InshaAllah akan ku terbang menemui bonda. 

Bila Sally terkenangkan saat itu, Sally terfikir adakah saat yang sama akan terjadi kepada ku suatu hari nanti. Bila saat Sally memerlukan pelukan anak-anak tapi anak-anak sibuk dengan urusan dan keluarga dan Sally akan menahan dendam rindu di dalam jiwa. Anak-anak sudah besar. Makin besar. Dan lama kelamaan Sally akan hidup bersama hubby sahaja. Dan menunggu saat anak-anak pulang dan memeluk mama penuh erat. Seperti pelukan kami pagi tadi dan disetiap pagi sebelum ke sekolah.

Pagi ini dan pagi pagi sebelumnya dan pagi pagi seterusnya, mama akan peluk anak-anak mama dan mempraktikkan kata-kata luahan cinta antara kami. Sesibuk mana pun mama, harta mama adalah kalian berdua. 

Semakin sibuk kita mengejar dunia, pandang juga orang disekeliling kita.

Nukilan jari jemari menari di papan kunci,

Pn Sally
Pengasas Eliss.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops