Dah berhari2 tinggal blog... sally gabungkan kesemuanya dalam satu blog.. aper yg terjadi????
25 May 2010
Penat ke PD tak hilang lagi, malam tadi Sally dah kemas untuk ke Beijing. Pack brg yg mana patut. Bag bawak 3, baju nya separuh bag jer.. 2 bag kosong disediakan. Duit Yuan baru jer tukar tadi. Mak cik kayo… RMB 4000 di bawa sebagai bekalan shopping disana. RM2000 jer laa… Senang nak kira duit yuan ni… tak kompius cam gi Bandung coz duit nya 2 kali ganda duit kita jer… List barang2 nak beli semua dah dibuat. Tak sabar nak pergi mlm ni. Hubby yang akan hantar ke airport.
Day 1: 26 May 2010
Tepat jam 12.20 pagi, we all bertolak ke Beijing bersama penerbangan MAS MH 370. Perjalanan memakan masa selama 6 jam. Berada di dlm flight.. mcm biasa.. boring.. kematu.. sakit pinggang… semua ada. Sally duduk bersebelahan Kak Yu. Berborak-borak, bertukar-tukar cerita.. mengumpat.. semua ada.. tapi 6 jam masih terasa begitu lama. Hidangan Pertama dr MAS adalah sandwish.. Tak bleh nak telan babe.. Not my taste.. Minum fresh orange jer laa… Then.. sambung borak lagi.. Bertukar-tukar cerita branch N.9 dan HQ.. Sampai satu tahap.. mata pun pejam… Sally dikejutkan oleh steward utk hidangan ke dua. Sally memilih untuk makan sosej + omelet. Boleh tahan ler.. Habis sepinggan. Jam 4am, suasana di luar fligh dan terang benderang. Ibarat pukul 8 pagi.
Tepat jam 6.35 pagi, flight mendarat di Airport Capital Beijing. Beijing mempunyai 3 terminal besar. Dan kami tiba di Terminal 2. Sampai jer di airport, sally nak terkucil. Masuk toilet.. alamak.. tak der hose babe.. cam no nak cebok ni… Toilet mmg bersih.. berkilat.. tapi cebok tak der.. Terpaksa ler aku keluar balik dan dptkan mineral water kat bag. Isi air dan baru ler bleh sambung hajat.. Nasib baik hajat kecik jer.. kalau hajat besar… mana cukup air mineral water kecik tu … hu..hu…
Hampir 1 jam urusan di airport, kami dijemput oleh wakil tour agent di Beijing. Terry merupakan wakil tour agent (Halal Tour). Terry fasih berbahasa Indonesia manakala driver mmg sepatah perkataan Melayu pun tak tahu. Kami dibawa menaiki bas. Seramai 25 org menyertai rombongan kali ni.
Kami terus dibawa ke hotel. Kami menginap di hotel Shenfeng (3 star hotel). Perjalanan ke hotel memakan masa ½ jam dari airport. Sepanjang perjalanan ke hotel, Terry menerangan serba sedikit mengenai Beijing. Sekarang Beijing adalah musim bunga. Penghujung musim bunga. Cuaca agak sejuk dan berangin. Seperti di Cameron Highland. Kiri Kanan penuh dengan bunga. Cantik sangat. Cuaca 25 – 30oC. Just nice untuk Jalan-jalan. Tak der ler berpeluh ketiak… J Beijing is a wonderful city. It is much cleaner and modern (while maintaining its historic sites) than I had anticipated.
Keadaan di kota Beijing agak sibuk. Banyak kereta dan keadaan di sana sama seperti KL. Pick hour memang jam jugak. Tapi yang best nyer, jalan raya nyer agak besar. Sampai 6 lanes. Bandar Beijing dikelilingi oleh tasik buatan. Mmg cantik tapi air nyer tak ler bersih sgt.. Ada satu part tu, we all tgk siap ada org mandi lagi kat tgh2 bandar tu. Menurut Terry, mmg ler salah mandi kat situ, kalau nmpk dek polis, mmg kena tangkap, tapi ada gak yang mandi. Coz susah dpt air kat Beijing. Sampai jer di hotel.. urusan check in dsb… sally satu bilik ngan Kak Baeiah.. Bilik hotel ok.. 1 queen bed dan 1 single bed. Kak Baeiah volunteer nak single bed.. aku apa lagi.. mengiyakan jer laa… boleh ler berguling2 kat queen bed sorang2. Bilik air pun ok… pendek kata condition ok ler. Kami diberi masa 3 jam untuk tidur, mandi2.. bersiap untuk meneruskan 1st day trip di kota Beijing. We all tak tidur pun.. duk borak2.. pastu terus bersiap dan turun tunggu kengkawan lain kat lobby.
Destinasi Pertama adalah makan tengahari. Kami dibawa ke satu restaurant halal. Restaurant halal di Beijing mesti kaler hijau. Tulisan arab mmg ler nak kena ada. Makanan memang sedap. 1st day we all dihidangkan hampir 8 lauk pauk. Tapi pinggan yang dibagi kecik yg amat.. Bukan pinggan… piring.. So.. makan sekadarnya.. Nasi cam biasa.. sikit jerk.. makan lauk pauk yg byk… burppp…
Setelah perut di isi.. kami dibawa ke Masjid Nan Dou Ya…
We all berpeluang untuk menunaikan sembahyang Zohor di masjid ini. After sembahyang, we proceed to Forbidden City. Forbidden City ni merupakan kediaman lama Empayar Cina..The palace was built between 1406 and 1420, but was burnt down, rebuilt, sacked and renovated countless times, so most of the architecture you can see today dates from the 1700’s and on wards. The Forbidden City was the seat of Imperial power for 500 years, and is now a major tourist attraction in China. Melawat Forbidden City is like you were walking into a history textbook with all of the spectacular architecture and statues. Kami mengambil masa lebih kurang 2 jam ½ dari pintu Selatan ke pintu Utara. Before masuk pun Terry dah bgtau.. saper2 yang tak larat.. boleh terus naik bas.. dan tunggu di pintu Utara…coz.. perjalanan agak jauh.. Tapi.. once u dah sampai China…agak rugi ler kalau tak melawat.. kan..kan… Forbidden City mempunyai 3000 bilik gundik.. bayangkan… byk nyer gundik maharaja… we all jugak melawat bilik pemilihan gundi… Hari2 ada pemilihan gundik.. so.. pendek kata Maharaja dpt yg baru jer laa….huu…huu..
After that… we proceed to Tian An men Square.. Ada screen besar kat sini…Our tour guide had a photographer take a picture of our whole group in front of the gate. That evening, Terry took orders for the picture and a Tian An men Square book for 100 yuan bersamaan RM50.. hu..hu.. mahal suit… sally tak beli pun… ada gak makcik2 yg beli.. kenangan…
Lepas tu.. we all proceed ke Fresh Water Pearl Center. Kat sini bermulalah episode membeli belah… Sally blum start lagi.. Sally rasa pearlnya agak mahal dan tak ler berkualiti sgt… Kata org kat Sabah lagi lawa… Promoter kat situ ada gak tunjuk.. dia bukak satu oyster... ada lebih 50 biji pearl dlm satu fresh water oyster yang berumur lebih kurang 4 tahun.. lagi tua… lagi besar pearl tu..dan lagi mahal…
Lepas shopping pearl.. we all pergi makan malam.. after that we all di bawa ke Pertunjukan akrobatik cina… pergh… memang mengagumkan… Kat sini baru la Sally berkesempatan untuk beli no phone China dan bleh call back to Malaysia… Tak update status lagi kat my hubby… hu..hu.. Asal Sally tak roaming??? Ntah ler.. sally lebih suka beli no Negara lain kalau melancong drp roaming coz org kata roaming ni lagi mahal… both side kena caj.. Tapi starter pack China agak mahal jugak 150 yuan yg bersamaan RM75… tapi air time Cuma bernilai RM20 jer… mahal giler.. berbanding di Bandung…
Lepas pertunjukan acrobatic.. we all pun balik hotel dan tido….
Day 2: 27 May 2010
After breakfast..(Scary breakfast at hotel cafĂ©).. yark….tak ader aper yg boleh ditelan selain roti dan telur… dan satu lagi yg boleh dimakan adalah ubi rebus.. the rest… mmg kembang pipi nak telan.. Sally pun tak faham kenapa diaorg tak sediakan menu yg boleh ditelan oleh kita rakyat Malaysia coz majority yg menginap kat situ adalah Malaysian… Patutnya blajar ler bahasa melayu ke.. English ke… ni satu patah haram pun tak tahu…nasi goreng yg dia hidang pun lembik dan tawar… kubis jeruk mmg sentiasa ada.. eee.. nak muntah sally…Roti pulak.. sejuk.. terus dr peti sejuk dan tak der toaster.. pakai majerin biasa plak tu.. majerin timbang ler… goreng telur plak dah mcm bleh buat kuah minyak nyer… aper2 pun telan jer laaa…..
Lepas breakfast.. we all memulakan perjalanan.. Naik bas lagi.. Bas tak kan pasang air cond kalau tak Jalan.. walaupun penuh org kat dalam.. mmg jimat betul.. 1st destination for 2nd day is Jade Center.. We all di bawa ke Jade Museum.. Memandangkan Jade Museum ni di bawah government dan kononnya dijamin ketulenannya.. Sally dah terpengaruh untuk membeli satu set Jade… Subang + Cincin + Rantai dan Loket Jade.. design dia lawa sangat.. Harganya??? Mmm… 1800 yuan.. kopak den.. tapi tak per puas hati… then 1 subang 780 yuan untuk my lovely mother in law…
Lepas jade… we all ke kilang Kristal pulak.. Kat sini lagi satu tmpt gilaa…. Gila shopping.. Mcm2 kristal.. padahal kat Malaysia pun bleh dpt.. tapi dah rambang mata.. semua makcik-makcik termasuk sally sekali… shopping Kristal gak.. Sally beli 3 bentuk cincin Kristal yang bernilai 140 yuan setiap satu setelah di bargain...biasanya dia akan bagi up to 20% discount…sally beli satu untuk mama, satu untuk sally dan satu lagi utk kak da… Dan satu bentuk cincin Kristal 500 yuan untuk my lovely hubby.
Then.. we all dibawa melawat ke Medical Cream Center. Kat sini, ramai makcik-pakcik yg terpengaruh dan spend beratus2 untuk beli ubat, gelas, gelang, bantal.. yg kononnya dapat membantu peredaran darah dsb. Tak siapa tahu akan keberkesanannya.. Harap2 ok la… klu tak cian makcik-pakcik yg berhabis kat situ… Ada satu cream tu.. lupa dah nama dia.. diaorg buat demo. Wanita cina ni pegang besi panas smpi melecur tgn dia… pastu sapu that cream.. Tak smpi 15 minit.. tgn dia dah licin spt biasa tanpa meninggalkan sebrg parut… fuuuyoo…. Ramai yg beli cream tu…RM180 klu tak silap sally.. pastu Cangkir batu smpi RM400 babe.. hu..hu.. cangkir tu diperbuat drp batu yg dikatakan mmg ada power untuk membantu peredaran darah dan membuang toksik dlm badan… ramai gak yg beli…sally tak melabur pun kat sini…
Kemudian.. kami bertolak untuk makan tengahari di salah satu restaurant muslim terkenal di Beijing. Xin Jiang Muslim Restaurant. Tmpt makan dia luas sgt.. kat tingkat atas… Kat tingkat bawah ada kedai souvenir dan juga kilang membuat pasu dan tembikar cina…. Tapi brg souvenir kat sini mmg mahal gila… klu u ols pergi.. duit tu tak yah membazir kat sini.. tgu shopping kat pasar… biasanya hari last baru diorg bawak gi pasar…
Then, our second day of touring included the Great Wall at Badaling. After shopping Jade & Crystal..makan2.. perut dah kenyang then we proceed to Great Wall of China…Climbing the Great Wall is something I will never forget. It definitely wasn't easy especially considering how cold and windy it was dan hujan renyai-renyai, but we still enjoyed everything about it. The other people in our tour group helped make things even more interesting. It's fun going with a group because we can create new memory with new people..and enjoy together in a new country.. Bergambar dan mendaki tiap-tiap anak tangga di Great Wall tu seakan memberitahu pada diri Sally sendiri.. oohh… macam mimpi Sally dah sampai ke salah satu antara 7 keajaiban dunia….Alhamdulillah… Tapi bila melepasi 1st station kat great wall tu… lutut dah rasa ketaq… gerun pun ada.. terniat gak dalam hati.. kalau aku mati tergolek kat sini mcm mana agaknya.. Tapi.. butir-butir zikir tak lepas dari bibir munggil ini… takut tau… buat licin ke aper ker… dah ler hujan renyai-renyai… tapi sally gagahkan diri.. untuk sampai ke 2nd station.. Cukup ler smpi situ sahaja… Takut babe.. curamnya.. licinnya.. hanya yang dah pergi boleh merasakannya.. Tapi Sally salute kat Kak Aisyah.. salah seorg peserta rombongan.. umurnya dah menjagkau 50an++.. dah nak pencen pun.. tapi dia boleh sampai ke 2nd station mcm sally.. Sungguh kuat stamina Kak Aisyah…
Lepas dah penat mendaki.. we all dinner kat satu lagi restaurant muslim di Beijing.. Masa ni dah tak boleh nak telan dah… Makan nasi putih & sayur je byk.. lain2 dah tak boleh masuk dah… rasa nak muntah pun ada.. lauk pauk dia seakan sama saja kat semua kedai.. dan mmg berminyak… Sally dah tak selera nak makan…
Then.. we all balik dgn membawa seribu kenangan dan kepenatan setelah mendaki Great Wall of China…
Day 3: 28 May 2010
After breakfast at hotel, we proceed to our next destination… Summer Palace. The Summer Palace was a place I had not known of previously. It was nice enough but probably would be the most beautiful during the summer time. The Summer Palace was originally a royal garden and a temporary dwelling palace for emperors of Qing Dynasty. Basically.. bila summer.. maharaja akan ke Summer Palace coz cuaca kat sini mmg sentiasa sejuk dan nyaman…
The Summer Palace in northwest sub urban Beijing is the largest and most complete imperial garden existing in China. Just a note: one can walk or take a dragon boat across Kunming Lake. The boat ride was not included as part of the tour.
Bergambar bagai… berposing bagai… we all proceed to the next destination which is Pusat Sutera… Tempat yg ditunggu-tunggu… Sesampai jer.. we all diberi penerangan tentang sutera.. ulat sutera…etc… Sally tak berminat pun nak dgr… Tgk sekeliling.. tetiba terpandang gambar Tun Mahathir berpakaian tradisi China… ooo… Tun pun pernah ke sini…
Tingkat bawah dipenuhi dengan comforter set.. semua silk… fuhhh… kalau dpt beli satu.. alangkah best nyer tido… Coz.. x berkemampuan lagi.. sally batalkan niat nak beli set cadar + comforter yg diperbuat drp silk.. Tak payah basuh… baunya sentiasa wangi.. lembut plak tu… tapi.. apakan daya.. harga satu paling murah pun 1800 yuan.. hu..hu.. Sally proceed ke tingkat atas.. Di atas.. ada bermacam kain sutera.. design nyer tak ler lawa sgt.. tapi suteranya mmg berkualiti.. lembut sangat.. lain dengan sutera yg dibeli di Kelantan or Terengganu…Sally beli 3 pasang untuk diri sendiri.. sepsg untuk mama, sepsg utk kak da dan sepsg untuk mak cik dah.. harganya dari 240 yuan hingga beribu-ribu yuan..
Lepas dah berhabis duit shopping sutera, we all proceed to Pusat Perubatan Tradisional Cina… Kat sini, we all dah diberi peringatan supaya tidak byk terpengaruh dengan promosi diaorg… We all diberikan urutan kaki secara percuma.. Firstly.. dia mintak rendam kaki dulu.. air suam dicampur dengan uncang herba.. mmm.. sungguh relax rasanya.. hilang kepenatan mendaki great wall semlm.. setiap org dilayan oleh pelatih2 kat situ.. lepas rendam.. kaki di lap dan diurut.. best nyaa….. Masa kita diurut tu.. diorg promote ler brg2 dan Khidmat nasihat doctor… so.. tak payah beli.. tak payah dgr Khidmat nasihat doctor.. duk.. dan bgtau.. we just want the free massage only… hee..hee.. coz ubat2 dia tu mmg mahal. Tapi, ada jugak makcik-makcik yg beli… hu..hu..
Lepas urut2.. we all dibawa ke Sunny Gold Street.. Tempt ni agak sunyi.. org tak ramai dan tingkat 2 masih dlm renovation.. Boleh bargain gila2 kat sini… Harga yg dia letak pun tak masuk akal.. u guys boleh bargain sampai 80%... mmg giler… Masa byk habis kat bargain jer.. kena main tarik tali lagi.. sekali nak pergi.. sekali turun harga.. pastu dia tarik kita.. then.. kita olok2 nak blah.. dia turun harga lagi.. smpi ler kita puas hati dgn harga.. best gak.. tapi tak syok nya.. klu kita x pandai bargain.. org beli RM5 kita beli d same thing RM50… huu…huu…
Lepas tu well balik ke hotel dan tido
Day 4 : 29 May 2010
Cam semlm gak.. bgn pagi.. breakfast yang tidak memberahikan… then for today our 1st destination Stadium Olimpik sarang burung… Tgk dr luar jer. Bleh bergambar dan sebagainya… Kawasannya mmg besar.. bersih dan cantik sgt dipenuhi bunga-bunga.
Then, we all dibawa ke kilang Mr Tea. Jual Teh ler plak…berbagai2 jenis the ditunjukkan kat well.. bleh rasa gak… Harga tak yah citer ler.. mahal luar biasa.. kononya special the ler… Tapi tak faham nyer ramai gak yang beli… Sampai 140 yuan satu tin.. ada gak sampai 500 yuan satu tin.. Ada yg beli… huhhuuu.. Sally apa lagi.. ambil kesempatan ni utk collect cash in Yuan coz cash sally dah abis.. Bila org nak beli teh jer, I pay with my credit card.. then they give me cash.. Prepare nak gi shopping kat pasar pulak… Kat pasar tak bleh pakai credit card.. Duit plak dah habis… huhuhuu.. brg byk lagi tak beli… teruk nyer sally…
Lepas kembong perut dgn teh, we all di bawa ke Ya Show Market. 2 jam jer dia bg masa kat 5 tingkat market ni.. Mmg tak cukup… Bab shopping, masa mmgtak cukup diberi.. Mcm waste jer trip ke Beijing ni… coz byk spend masa kat tmpt2 yg tak sepatutnya… kedai ubat ler.. sampai 2, 3 kedai ubat dibawa nyer.. kedai teh ler.. membazir masa… Kat sini, sally beli handbag smpi 7. Coz utk sally, my mum, my mother in law.. sist in law etc..etc.. Kengkadang pikir klu gi travel ni mmg byk abis duit beli brg kat org… Baju Adelina pun byk gak dibeli.. tapi material dia tak ler bagus sgt.. Kat Bandung lg best.. Lepas tu market2 lain yg we all pergi ialah Silk Market… Borong sakan ler jugak.. Byk masa dihabiskan utk bargain.. Coz harga yg diaorg letak tu mmg harga gila..
Pastu.. pergi makan malam then balik tido.. letih nyer..
Day 5: 30 May 2010
Sebelum balik we all ada masa lagi… Kali ni we all dibawa ke Pearl Market. Sally rasa barang kat sini lagi best dan harga pun murah. Kenapa ler last minit baru bawa sini.. Sempat gak shopping dan habiskan duit yg ada sebelum bertolak balik. We all balik ke Malaysia dengan membawa seribu kenangan manis yg tidak dapat dilupakan… dari 3 bag dah beranak jadi 4 bag.. huhu… mmg byk giler. Dah mcm org nak berniaga… huhuuu.. harap next time sally bleh control sikit shopping… Giler.. Bukan slalu pergi kan….. J
Sampai KL, sally dijemput oleh my mother in law coz my hubby outstation.. huuhuuu.. rindu Adelina… my lovely doter.. tapi brg Adelina ler paling byk mama beli.
Gambar2 we ols kat sana...
Sally... muka sebelum ke beijing... ingat byk tu cukup ke shopping???? jauh panggang dr api.. sib baik ada kredit kad... hu...hu...
Capital Airport Beijing. Baru sampai ni.. Kat Terminal 2
Tasik buatan di tgh bandar Beijing
Terry... tour Guide yang berbahasa Indon..
Carrefour pun ada... tak masuk pun.. just lalu kat luar jer..
Masjid Nan Dou Ya... tak ingat dah brapa umur masjid ni... 500 tahun rasanya..
Forbidden City..
Salah satu bilik gundik.. ada 3000 bilik gundik... dan jumlah 9999 bilik kesemuanya di Forbidden city
Forbidden City.. Perantaraan Kawasan Maharaja bekerja dan kawasan family..
Forbidden City mmg luas.. 3 jam we ols jalan... tu pun tak habis tempat.. Ni tempat shooting Film The Last Emperor..
Tian An Men Square - Bandar segi empat terbesar di dunia
Jade museum... a set jade worth 1800 yuan for me and subang jade wortk 900 yuan for my mother in law... kopak jap..
Jade museum.. amoi ni ler yg berjaya menawan hati aku utk beli jade
Fresh water pearl center... amoi ni tgh tunjuk ada lebih 50 biji pearl kat dlm satu oyster
Acrobatic show...mmg mengagumkan..
Nyonya ni jual buah tepi jalan.. tapi mahal giler.. apple sebijik sampai 10 yuan.. giler aper.. balik beli kat Malaysia ler..
roti pita.. kat tgh2 ada sosej dan sayur... nmpk sedap.. halal belum tentu
kat silk center... kat sini pun sally gila jap.. habis ler 2980 yuan....
giler betul ler...
tgh pilih cincin.. kopak lagi... swipe jer laa.. kat sini sally beli 3 cincin untuk Sally, Kak Da & Ma.. dan 1 cincin untuk Mr Hubby... lebih kurang 180 yuan untuk satu... Hubby punya mahal sket... u ols... tak yah ler masuk sini... mesti gile nak beli...
hidangan lunch di beijing.... 2 hari mmg sedap ler.. klu dah 5 hari menu seakan-akan jer... nak muntah rasa..sib baik ada kakak bawak Brahim
Mendaki Great Wall... hujan renyai2 plak tu...
Bukan calang-calang org bleh naik tau...
Dah sampai 2nd station.. ketar lutut den... huhuuu
summer palace ni tmpt maharaja dtg bila summer.. coz kat sini sejuk jer cuaca nyer... forbidden city hangat ler sikit bila summer...
Summer Palace
Di Stadium sarang burung... Stadium Olimpik Beijing..
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment