Ho Chi Minh Part 2: 2nd Day in Vietnam

OK.. arini nak samb citer semlm. Lupa lak nak bgtau, lepas balik makan2 dr Saigon Seri Penang tu, we ols tak terus tido tau.. we ols menapak ke Pasar Malam Ben Thant. Mak aiii.. byk sungguh benda yang nak dibeli. Teruja mak... Malam tu ajer Sally dah shopping fridge magnet yg akan diberikan kpd kengkawan kat opis.. Harga kat pasar malam ni, mmg dia akan letak melampau-lampau tau.. so, u ols pepandai ler bargain.. kenkadang tu bleh dpt 30% drp harga yang dia letak.. bayangkan ler... Kalau betul2 nak baru leh bargain tau.. nnt kena marah lak.. kalau mcm tak dpt nak bg tu.. ataupun bila u ols nak belah dia buat tak tau jer.. maknanya harga yg dia bg tu dah murah. Untuk fridge magnet sally beli 100,000 dong untuk 1 papan yang mempunyai 10 pcs. Ingat dah murah, tapi ada tmpt leh bg 70,000 dong shj. So, pepandai ler u ols bargain ok.. Untuk keychain lak, ada yg dpt 40,000 dong utk 10pcs. Pakat ler dgn kengkawan.. Beli byk, leh dpt harga lagi murah.

Mlm ni gak, Sally dah belikan bibik baju raya penuh bids kat dada, tangan dan kaki baju. Kain cotton mmg terbaekkk.. Hanya RM55 sahaja. Dia mmg bgtau harga dlm RM. Tapi Sally byr Dong. Dalam 370,000 Dong. Yg ni mmg harga mati, tak leh bargain dah... Kita nak bargain pun dia tak layan coz ramai giler org Malaysia ambik borong. Kita lak nak kena berebut dgn makcik-makcik dan pakcik-pakcik yg bawak guni untuk beli kain pasang. Diaorg ni bawak balik Malaysia dan jual dgn harga RM250 sepsg... Bayangkan ler... Bids yg dia jahit mmg byk dan kemas giler.. berbaloi tau.... Raya sakan bibik aku tahun ni.

Mlm tu Sally tak shopping byk sgt coz dah rasa sakit pinggang.. balik tido jer la...

Ok.. seterusnya 2nd day at HCM.

Pagi tu, seawal pukul 6 pagi waktu vietnam Sally dah bangun.. Awal ker... Hahaha subuh gajah dah... kul 7 waktu Malaysia. kekekkee.. Lepas bersiap, we ols turun untuk bfast kat hotel... Mmmm... byk yg x halal dr yg halal... so, we ols melantak buah jer la... pastu nasib baik ada bubur nasi kosong. Hentam bubur nasi kosong dan dicampur dgn serunding daging yg dibawa dan telur masin. Sedap jugak ler untuk alas perut sementara menunggu waktu lunch. sally gak ada bwk sup campbell yg cmpur air panas jer. Kak Ann lak pagi2 dah makan maggi.. hehhee.. Telur rebus disediakan.

Kawasan buffet Kelly Hotel
Bar Counter as hiasan jer ni
Minum susu Cik Yuh???
Dah dpt makna bubur.. senyum jer laaa...
Lepas dah melantak bfast, pukul 8:15pg we ols bertolak ke Chu Chi Tunnel yang terletak 75 km dari Bandar Ho Chi Minh. Dalam perjalanan, Sally tak lepaskan peluang untuk tgk suasana dan pemandangan disekeliling. Si Sam tu pun tak putus bercerita pasal vietnam. Sun gguh informative. Dispjg perjlnan, kita dpt lihat Hammock Cafe di tepi2 jalan. Ini untuk persinggahan penunggang2 motorsikal untuk berenti berehat dan minum2. Siap dpt berehat dlm hammock lagi.. Mmm.. mesti best jer kan.. baring2.. berangin bawah pokok... minum tea... huhuuuu... Mcm R&R ler kan.. Menurut Sam, Kat Saigon jer ada lebih kurang 6 juta motorsikal. perghhh.. wpun keadaan agak sibuk, tapi tak jam.. coz yg byk motorsikal.. bukan keter.. ramai sungguh penunggang motorsikal.


 

Dlm 1 jam setgh jugak ler perjalanan. We ols pun sampai ler kat Chu Chi tunnel. Terowong tersebut sepanjang 210 km yang digunakan sebagai kubu semasa perang Vietnam dulu.

Kaunter pembelian tiket nak masuk Chu Chi Tunnel.
Harga tiket dah termasuk dlm pakej we ols. 20,000 Dong shj.
Entrance. Ada 2 org yg akan cek tiket dan bg sticker utk setiap pelawat
Sticker yg ditampal di baju.
Kawasan tayangan video perang. Jap je we ols duk sini. Tak berapa berminat ler... hehehe
Apa yang menarik kat sini?? Kawasan yg agak dalam hutan tu... mmm.. mmg Sally tak berapa berminat.. tapi dah smpi kan.. tgk2 jer laa... Kat sini kita boleh lihat semua peralatan perang yang dibuat oleh orang vietnam untuk menentang orang Amerika, dari perangkap dan terowong bawah tanah. Terowong sangat kecil dan sampai tiga tingkat dibawah tanah. Amerika kalah kerana terowong ni hanya muat untuk saiz orang vietnam yang kecil molek. Tak der seorg pun drp we ols yg nak mencuba masuk dan merangkak dlm terowong tu.. Coz according tu Sam, kena jalan cam itik kat dlm tu.. huhu.. Sally tak dpt ler kan... yg2 lain pun tak nak kut comot... hehee.. we ols tak sabar nak abiskan session kat Chu Chi Tunnel ni nak g shopping sebenarnya... kekekkeee...

Sam memberikan penerangan
Si Sam ni keik, mmg ler muat masuk dlm lubang tu.
Position untuk menutup lubang dan mengecilkan badan
Nak try gak masuk BOSS kita ni.. tapi x muat... bravo BOSS..
Tgk ler.. betapa kecik nyer lubang.. huhuuuu
Bg yg suka menembak, anda diberi peluang untuk menembak... lupa lak bayarannyer baper.. kena byr sendiri tau... Sally tak lama duk area tu, coz takut baby terkejut2 je dlm perut mama... hehhee. Kat area menembak ni ada org jual jagung bakar... huhuu.. menusuk kalbu, tapi tak berani nak beli.. ntah minyak aper yg dia sapu kat jagung tu... huhuu.. telan liur jer la.. tu yg balik Malaysia terus cari jagung bakar.. kekeke.. Kat sini gak ada dijual pelbagai kapal terbang perang dan juga mcm2 kenderaan yg diperbuat drp tin minuman. Kreatif sungguh.

kapal terbang perang yg diperbuat drp tin minuman
Then, we ols dibawa untuk tgk orang buat lempeng tepung beras. Ala-ala cam kulit popia gitu. Diaorg makan benda ni jer.. Dr sekilo tepung beras, dpt ler beribu2 keping yang tahan selama bertahun.. untuk bekalan diaorg makan. Benda ni sempt we ols rasa masa kat Seri Penang restaurant. Kulit popia ni perlu disapu air untuk lembutkan dia, dan intinya kita letak laksa halus, 3 jenis daun (tak diketahui namanya) dan jua isi ikan goreng. Lepas digulung cicah dgn sambal yg disediakan. Best jugak ler.

 Buat kulit popia.

Kat Chu Chi tunnel ni jugak, we ols bleh tgk mcm mana diaorg buat slipper masa perang dulu. Slipper yg dibuat drp tayar getah tu ada keunikannya yang tersendiri. Bila dipakai, semasa perang, jika si A lari ke depan, tapak kaki nmpk macam dia ke arah yg bertentangan. So, ia dapat mengelirukan musuh yang cuba mengesan. Bijak jugak diaorg ni kan..

  Selipar getah yg mengelirukan musuh.

Perangkap tak yah citer ler.. berbagai2 jenis. Mmg kreatif dan klu terkena amat menyeksakan. Masa Sam berikan penerangan tu, Sally bleh bayangkan, mcm mana sakitnya tentera Amerika yang terkena perangkap2 diaorg ni.




 
Ada satu part yg Sally rasa kagum sgt bila diaorg masak. Asap tidak terus disalurkan dr tempat memasak, malah disalurkan ke sudut lain untuk mengelirukan musuh. Susdut yg keluar asap tu lak, asap dikeluarkan secara sedikit demi sedikit. Ini bertujuan suapaya musuh tidak dapat mengesan mereka. yer laaa kan.. klu dah nmpk asap tu, buatnya diaorg jatuhkan bom ke.. huhuuu... Sally gak berpeluang melihat kesan tanah yang telah terkena bomb.. Mak aiii... mmg besar dan dalam.

Then, w eols tgk kem membuat senjata dan bomb. Yg unik nyer, diaorg dah sediakan patunng2 yg bleh bergerak. Digerakkan oleh mesin menunjukkan cara-cara diaorg buat senjata. Hebat jugak kan...



Lepas dah penat melawat2 dalam hutan tu, we ols dihidangkan dengan ubi kayu rebus dicacah dgn garam+gula+kacang. Sedap jugak.. Maybe lapar kut we ols coz berjalan hamppir 2 jam setgh kat dlm hutan tu. Bersama-sama ubi dihidangkan air daun pandan. Kat sini, wpun mendung dilindungi pokok2 tapi tak der angin.. so berpeluh gak ler.. BAwak ler kipas kecik.. hehhee.. Baju tak yah pakai tebal sgt... Lengan pendek pun ok. Coz pokok2 menegak jer.. tak der ler tergeser kat badan kita. Tak der nyamuk tau. Tapi, for prevention Sally mmg sapu badan dgn lotion mosquito.



Jom layan beberapa gmbr lain disekitar Chu Chi Tunnel.





We ols bertolak balik ke HCM city pada pukul 11:20am. Jap lagi nak citer shopping lak... hehhee.... to be cont...

klik sini untuk part 3


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops