Alhamdulillah Sally sambung lagi bacaan buku ini hari ni. Makin lama makin tak sabar nak baca dan baca. Suka juga untuk Sally berkongsi dengan anda semua wahai follower tersayang.
Seperti yang kita tahu Nabi Muhammad SAW lahir dalam keadaan yatim kerana ayah Baginda SAW meninggal masa Baginda SAW di dalam kandungan 2 bulan. Selepas lahir, Baginda SAW dibawa ke pedalaman Bani Sa'ad untuk disusukan oleh Halimah binti Abu Dzu'aib.
.
4 tahun Baginda SAW terpisah dengan ibunya Aminah Binti Wahab, dan kemudiannya dikembalikan semula semasa Baginda SAW berumur 4 tahun. 2 tahun selepas itu, ibunya wafat. Yatim piatulah Baginda SAW. Kemudian Baginda SAW diasuh oleh datuknya Abdul Mutalib.
.
Abdul Mutalib ni penghulu kaum Quraisy. Datuknya ini sangat sayang akan Baginda SAW dan telah meramalkan bahawa cucunya itu akan menjadi pemimpin besar.
.
Usia baginda 8 tahun, iaitu 2 tahun sahaja Baginda SAW bersama datuknya, datuknya pula meninggal dunia. Kemudian Baginda SAW diasuh pula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Bapa saudaranya ini sangat sayangkan Baginda SAW seperti anaknya sendiri. Dan membesarlah Baginda SAW di rumah Abu Talib sehingga usia remaja.
.
Bila dah remaja, Baginda SAW berusaha mencari rezeki dengan menggembala kambing. Semasa usia muda Allah SWT telah memelihara Baginda SAW daripada perbuatan yang biasanya dilakukan oleh remaja sebayanya.
.
Pernah satu ketika, Baginda SAW meminta temannya menjaga kambing dan Baginda SAW ingin berjalan-jalan di kota Mekah. Sampai rumah pertama, Baginda SAW mendengar nyanyian. Lalu Baginda SAW duduk mendengarnya tetapi Allah SWT menutup telinga Baginda SAW lalu tertidur dan hanya tersedar the next day. Pada malam berikutnya, Baginda SAW nak ulangi lagi tapi perkara yang sama juga terjadi. Sejak itu Baginda SAW tidak pernah menginginkannya lagi.
.
Nabi Muhammad SAW sangat dikenali dengan kejujuran, sopan santun dan gemar menolong orang. Semua penduduk Mekah mengenalinya dengan sifat yang terpuji itu dan membuatkan bangsa Arab kagum dengan Baginda SAW khususnya kaum Quraisy di Mekah.
.
Pada usia 25 tahun, Abu Talib, bapa saudara Baginda SAW telah mencadangkan kepada Khadijah Binti Khuwailid, wanita kaya di Kota Mekah yang sangat disegani unutk mengambil Muhammad SAW sebagai orang yang dipercayai dalam perniagaannya. Cadangan itu diterima maka Baginda SAW memulakan perjalanan ke Syam membawa barang dagangan milik Khadijah.
.
Khadijah mengirimkan Maisarah orang suruhannya untuk membantu Baginda SAW. Dari cerita Maisarah kepada Khadijah,Muhammad SAW terlalu jujur orangnya dan cerdik dalam mengendalikan perniagaan sehingga membawa keuntungan yang besar.
.
Baginda SAW gemar menyendiri. Baginda SAW tidak suka akan kehidupan yang mengejar kesenangan dunia. Baginda SAW suka ke Gua Hira' duduk menyendiri, beribadah pada Allah SWT.
.
Sehingga Baginda SAW berumur 40 tahun, Baginda SAW menerima ayat pertama yang diturunkan Allah SWT iaitu IQRA'. Ia ayat pertama yang diturunkan sebagai tanda kenabiannya.
.
InshaAllah Sally akan berkongsi lagi sambungannya lain kali. Semoga kita lebih mengenali kekasih Allah SWT ini dan sama-sama kita kita semai rasa kasih dan tidak satu hari pun berlalu tanpa kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
.
Wallahualam. Saya berkongsi atas pemahaman yang dikongsi dari buku Biografi Agung Rasulullah SAW.
.
Salam sayang,
Puan Sally
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment