Showing posts with label my Abah. Show all posts
Showing posts with label my Abah. Show all posts

Bisikan Hati Kecil

Kebiasaannya, pagi aku lebih ceria dan slalunya aku tidak sabar untuk meneruskan rutin harian. Tapi berbeza dengan pagi ini. Walaupun sepatutnya ada 3 benda yang masih pending di pejabat. JV Agreement, branch opening model dan Digital Biz Plan & Training untuk warga ELISS masih dalam fasa pembangunan, 60% completed, tapi gelora ombak menggangu ketenangan lautan di hati. InshaAllah aku akan pastikan semuanya berjalan lancar dan siap sebelum target date yang telah ditetapkan.
.
Minda ini tidak pernah berhenti memikirkan pelbagai jalan untuk membantu dan meningkatkan lagi sales warga ELISS. Baik bagi yang mampu berFB ADs, mahupun yang Low Cost Marketing. Dan alhamdulillah, usaha yang kita buat, nampaknya telah membuka mata banyak pihak. Yang mana yang agak ketiduran, sudah mula mencelik mata, dan ada yang sudah mula beraksi. Syukur alhamdulillah. Hati manusia tidak boleh dipaksa, tapi jika sudah sampai masa dan ketika, mereka sendiri yang akan bangkit berusaha. Bahagian aku pula adalah iringinya dengan berdoa dan berdoa.
.
Pagi ni aku bukan mahu berceloteh mengenai bisnes. Ada perkara lain yang datang mengusik hati ini. Oleh itu, aku memutuskan untuk Dhuha terlebih dahulu sebelum jari ini lancar menekan papan kunci. Perasaan gundah yang menyinggah di hati seawal pagi membuatkan hati ini tidak tenteram. Aku rasa sebak, terharu dan keterujaan yang sukar hendak dikatakan. Aku membilang detik dan saat untuk hari esok. Esok mama akan datang. Datang ke rumah ku setelah hampir 2 tahun.
.
Aku akan menjemputnya di airport. Mama diiringi kakanda Suhada Mohd Zain dan Hj Sufizal Mohd Zain. Terimbas kembali 2 tahun yang lalu. Dec 2015 adalah kali terakhir mama bertandang ke rumah sebelum dugaan hebat menimpa dirinya. Lumpuh disebabkan stroke dan hilang ingatan selepas pembedahan di kepala. Syukur padaNya, kerana mama diberikan kesihatan dan kekuatan. Keajaiban yang Allah berikan pada insan yang kami sayangi. 
.
Mama datang untuk menghadiri dan menyaksikan sendiri Majlis Hari Raya Eliss. Jika tahun lepas, majlis raya Eliss disambut meriah tetapi hati ini agak sendu tanpa kehadiran mama yang waktu itu ingatannya masih lagi 50-50. Alangkah sedihnya hati ini bila berucap di hadapan semua dan memohon semua hadirin mendoakan kesihatan mama. Air jernih mudah sahaja bergenang dan melimpahi tubir mata. Kejayaan yang dicapai jika tidak dapat dikongsi dengan wanita idolaku itu adalah tidak bermakna.
.
Tapi tahun ini, pastinya ia adalah saat yang paling bahagia. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan majlis tersebut berjalan lancar.
.
Saat aku membuka almari baju dan memilih persalinan untuk hari ini, ku terpandang kemeja biru Abah. Aku memang memiliki sehelai kemeja Abah yang ku minta izin dara Mama untuk menyimpannya selepas hari pengebumian Abah 9 tahun yang lalu. Kemeja itu adalah baju terakhir yang aku nampak abah pakai sebelum dikhabarkan berita pemergiannya mengadap Ilahi. Abah, adalah satu-satunya lelaki yang berjiwa kental. Kami anak-anak tidak pernah melihat kesedihan di raut wajahnya walaupun beliau sendiri bertungkus lumus bekerja untuk keluarga. Sesusah mana pun dia, sesedih manapun dia, dialah Mr Clown di hati ini. Bicara lawaknya mampu menerbitkan bunga mekar di hati sesiapa sahaja. Senyuman terakhir Abah masih segar di layar mata ini. Abah, kau pergi tanpa sempat mengecapi sedikit kejayaan yang kucapai ini. Ku ingat lagi impiannya. Impian untuk melihat aku berjaya dan membina hotel di atas tanah pemberiannya. Jika diizinkanNya, inshaAllah Abah. Suatu hari nanti. InshaAllah. 
.
Ku capai Quran di atas meja sisi katil, dan bacaan ini adalah khas untukmu abah. Sesungguhnya aku merinduimu. Rindu yang paling dalam. Dan kerinduan ini kupadamkan dengan bacaan ayat suci alQuran semoga ia sampai kepadamu. 
.
Sesuatu kejayaan yang dicapai pasti ada sesuatu yang mendorongnya ke arah itu. Tetapkannya dan kuncikan ia di hati paling dalam supaya ia tidak goyah. Datanglah 1001 cabaran dan halangan kita mampu mengatasinya kerana aku tahu aku mewarisi sifat ibu dan ayahku. Kehidupan berlandaskan kepercayaan, kasih sayang dan kesetiaan. Mereke setia hingga hujung nyawa. 
.
Dan aku cukup yakin bahawa hanya CINTA dan KASIH SAYANG adalah landasan utama mencipta kejayaan. Dari cinta lahirnya keikhlasan dan dari keikhlasan lahirnya kejujuran. Dan.... aku masih tetap aku. Wanita degil ini. "Aku tidak BERHENTI pada satu KEJAYAAN"
.
Nukilan jari jemari di papan kunci,
Pn Sally,
Pengasas ELISS.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


1st April - My late father birthday

I'm thinking about my father last night, because today  (Jumaat, 1st April would have been his 65th birthday.  I miss him so muchh... Al Fatihah.

He passed away 3 days after his bday... (4th April 2008..) Sally tgh preggy my 1st kid.. Adelina.. I still remember the day he saw my baby's scan photo.. Dia tenung lama... Seolah2 dia tahu.. dia tak sempat tgk cucu kepada anak bongsu nyer... oh abahhh... i miss u a lot... 

I remember the last time I looked into his face.. Sebelum jenazah di usung ke tanah perkuburan... Dia baring peacefully... berkain ihram.. wajah tenang itu... It's not something I particularly like to remember...but it's one of those moments that I cannot erase from my memory. 
.
8 years ago I posted about the day he died, and it seemed like maybe a good time to repost it, because it's all still true. You can read it here: Abah Pergi Meninggalkan Kami

Abah taught me the importance of family and sticking by one another no matter what. Enjoy the good times and leave the bad behind. Still remember... masa sally bermasam muka dgn Abe Hj Sufi.. biasa ler gaduh adik bradik zaman muda mudi... Abah dgn perangai yg slalu buat lawak dia.. asyik duk sindir "Balah.. balah... tak baik... Balah.. balah... tak baik... (dgn nada Labbaik Allah humma labbaik Labbaik la sharika laka labbaik.. )... end up kami gelak dan berbaik... My Abah.. slalu kelakar.. buat org gelak... i miss you Abah.... How I just wish I had learned more from you .

Abah also taught me what unconditional love is. He was not the one to come right out and say "I love you and he was not the lovey huggy kind of guy BUT he was the one to always be there... gv advise... time bila??? Bila dia minta Sally cabut uban dia... That was the best session together... when i can request apa2 jer yg sally nak.. (waktu bodek ni)... then waktu luahan perasaan... masalah... n he always gv advise indirectly.. i miss that moment.

I remember the day I graduated from UiTM... Masa diploma... 1st time pakai Jubah convo kan... It was my big day yet I went out and bought my Abah the new outfit (baju batik and even a pair of shoes). I saw the glint of pride in his eyes as he saw me dgn Jubah, scroll dan tangan sarat dgn bunga convo.. 5 bouquets of roses kut masa tu... huhuu..  

Abah...  The hole in my heart remains and I try to keep it plugged with memories of you and taking care of your precious wife. Kalaulah abah tahu... mama... ur wife.. tgh sakit tak boleh bergerak skrg... huhuhu.. But no worries Abah.. we will make sure mama really have a good care from 3 of us.. Sbb adik jauh.. so inshaAllah 2 mgu sekali adik akan balik.. Segala keperluan mama.. inshaAllah kami semua penuhi..

Abah's Shirt

I don't know how to express my feelings... that i really miss you Abah... Satu je pengubat rindu... your shirt... Since you're not here, i'll just wear your shirt. I wear your shirt to feel you next to me, Abah... Baju ni adalah baju terakhir yang adik tengok abah pakai... seminggu sebelum Abah meninggal.. Kami balik kampung... dan bila kami nak kembali ke KL, Abah hantar kami ke kereta... dan bye bye kami dr halaman rumah... smpi kereta pergi jauh... abah still berdiri dan pandang kereta kami bergerak.. Adik nmpk melalui cermin pandang belakang kereta.. Abah pakai baju ni.. Baju ni adik simpan.. dalam almari baju adik.. Lepas abah meninggal... tiada lain yang adik minta dari mama... hanya baju ini... I miss you abah...

So, on this first April.. on his birthday.. that he hasn’t been here, I will commemorate my Abah’s life with extra prayers and wishes for his soul to find peace. I hope that if you have read this, you might also send a good wish to Allah on his behalf.

“Indeed, we belong to Allah and to Him we shall surely return” (Quran: 2:156)


Still miss you, Abah. All the time.
Sally.





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Al-Fatihah untuk Abah..

Abah... Selamat Hari Lahir Abah... Sally x dpt nak skip entry ni coz its means a lot to me... Klu 5 tahun yg lalu, Sally sempat ucap selamat hari lahir abah through phone coz Abah jauh kat Kelantan.. tapi this year and coming years.. tak der phone yang dapat menghubungkan kami.. coz abah dah jauh di alam lain.. Tapi masih dekat di hati kami... dan.. yang pasti.. Adik tak pernah alpa untuk hadiahkan Abah al-Fatihah setiap hari.. dan hari ni, sempena Hari Lahir Abah... adik hadiahkan al-Fatihah dan bacaan al-Quran untuk abah.. coz adik sayang abah sangat-sangat... 

Adik bukak balik cincin pemberian abah, yang adik simpan elok di dalam kotak.. coz adik dah tak muat nak pakai.. (Jgn gelak Kak Jah & Cik Temah.. mood sedih ni).. adik tetap simpan.. untuk Adelina or Arissa maybe.. tu pun klu diaorg nak pakai... cincin tu abah beli untuk adik masa bulan puasa.. seminggu nak raya.. dan kata abah sempena hari jadi adik jugak.... luckily Kak Da tak jealous masa Abah bg hadiah kat adik masa tu... Abah bawak adik sendiri pergi pilih kat kedai emas... Adik kiss abah kat pipi.. Adik miss that moment... Saat-saat kiss pipi Abah... Kali terakhir adik kiss Abah... masa tu abah dah kaku.. baring dlm pakaian ihram abah.. coz abah dah ready nak pergi haji tahun tu... sejuk pipi abah.. dibasahi siraman air mawar... masih terasa lagi kat bibir adik... Adik rindu nak kiss abah lagi...

Hadiah hari jadi Abah pulak tahun tu, adik belikan leather sandle untuk abah pakai masa nak buat haji kat Mekah.. tu ler hadiah terakhir buat abah.. tapi abah tak sempat pakai ke sana... abah pergi dulu tinggalkan kami... tapi adik janji.. al-fatihah untuk abah.. akan adik hadihkan setiap hari...

Tanggal 4 April 2008.. iaitu 3 hari selepas hari lahir abah... Abah passed away peacefully... Mama told me that Abah spent his last week calling up people to apologies... telling Mama that he will go far away... but of course at that time nobody took him seriously.... He called up Mama and put her mind at rest, finally. That morning.. 4th April, after telling Mama that he has make peace with Allah and himself, he left us without a goodbye.... especially me.. Adik tak sempat nak borak2 dgn Abah on that day.. Last cakap pun on Abah's birthday.. Abah left adik without seeing my baby.. my 1st kid.. my Adelina... at that time 4 month in my womb...

Yes. I cried when typing the above paragraph. I cried because my one and only Abah has died. I miss him.. i miss him a lot... al-Fatihah...

I still remember every single moment on that day... Macam baru jer berlaku... and Sally tak jemu nak cerita dan ingat saat2 itu... lagi2 wajah Abah yang sungguh suci semasa hari pengebumian... And.. I am glad that his final journey was made easy... I want to remember all good things about him...

So, sempena Hari Lahir Abah hari ni.. adik doakan abah tenang di sana.. dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

I will always love you....because, you are my Abah. Al-Fatihah





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Happy Father's Day 2012

Father's Day is a celebration honoring fathers and celebrating fatherhood.... Father's Day biasanya disambut pada third Sunday in June. So, tahun ni pada 17 June 2012. Mmmm.. so far.. mother's day lagi meriah dr father's day.. Nape erk?? Tak plak diketahui...mmm... maybe darjat seorg ibu 3 kali lebih tinggi dari darjat seorang ayah... ye ker?? Kalau ikut statistik telco2 kat Malaysia ni pun... pangggilan semasa Mother's Day dibuat lebih banyak daripada panggilan semasa Father's Day... mmm.. Ayah pun tak kurang hebatnya.. patut disanjung coz banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan kepada keluarga.. kan..kan...???

Mmm.. sempena father's day ni.. x der plak dgr haram celebrate father's day.. maybe sama jer kut.. Ada gak ler desas desus mengatakan kenapa kita nak kena ikut tarikh yg ditetapkan oleh Yahudi untuk celebrate Hari Ibu or Hari Bapa.. Tapi jika kita tgk balik sejarah2 di US dan negara2 barat lain, Hari Bapa diwujudkan untuk menghargai pengorbanan bapa-bapa mereka. Tidak ada satu pun yg bercanggah rasanya disitu. Pendapat bagi yg cetek agama mcm Sally ni jer... yg penting niat kita.. benda baik kan...

Contohnya di Washington:
Hari bapa telah diasaskan pada tahun 1910 oleh Sonora Smart Dodd yang dilahirkan di Arkansas dari Spokane, Washington. Sambutan hanya dibuat disekitar Spokane pada 19 Jun 1910. Sambutan dibuat khas untuk bapa beliau, William Jackson Smart, yang merupakan bapa tunggal memelihara 6 org anak di Spokane, Washington. Selepas mengetahui ttg sambutan Hari Ibu pada tahun 1909, Dodd memberitahu paderi beliau bahawa bapa harus mempunyai hari istimewa yang serupa termasuk mengisytiharkannya sebagai hari cuti yang menghormati mereka. Walaupun dia pada mulanya mencadangkan 5 Jun, hari jadi bapanya, dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyambutnya, dan sambutan itu ditunda ke hari Ahad ketiga bulan Jun.

Kalau org barat boleh menghargai bapa mereka.. bagaimana pula kita di Malaysia? Sally try google tgk kisah2 bapa contoh di Malaysia sbb tak ketemu lagi cerita seumpama... bapa tunggal dgn 6 org anak bersendiri menjaga anaknya tanpa kahwin lain dan berkorban apa saja... google punya google... xder plak ceritanya.. Yang ada cuma cerita ini.. Sedutannya "Gua tengok Najib adalah contoh bapa yang terbaik di Malaysia, malah di dunia. Inilah bapa yang harus dijadikan contoh kepada semua rakyat Malaysia." Sally tak nak komen byk.. kan ke lain plak jadi nyer.. So, kalau u ols nak baca lebih lanjut boleh ler ke: Link Ini. No comment okay...

Selain drp itu, ada gak ler kisah Ahmad Khariri, penderma hati kepada allahyarham adik Mohd Yohit, hidupnya umpamakan lilin membakar diri memberi terang kepada orang. Agak sedih jugak kisah dia.. 

So, hari ni.. seperti Sambutan Hari Ibu jugak... Sally rasa tak salah untuk menyambutnya dengan membuat kol pada bapa.. ajak pi dinner.. etc..etc... asalkan nawaitu kita betul.. 

Tak kisah kalau u ols panggil Ayah, Walid, Abah, Papa, Daddy, Babah, Bapak atau dengan panggilan lain terhadap orang yang memelihara kita dari kecil hingga besar dengan penuh kasih sayang yang tidak ternilai harganya.

Bila sampai bab sini... hati ini mula sedih.. sayu... kerana Sally tidak berpeluang mengucapkan selamat Hari Bapa pada tahun ini dan 3 tahun yg lepas kepada abah yang dah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Hanya dengan berdoa yang mampu Sally lafazkan semoga roh arwah tenteram di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Malam 4 April 2008
Hatiku bagai terpanah petir maha dahsyat
Berita dikhabar bisa merobek ketenangan kolam hati
Ayahku pergi tanpa sempat aku di sisi
Tanpa ku pinta air mata jatuh berguguran
Apalah daya si anak dari kejauhan
Hanya Al-Fatihah dan doa ku titipkan
Moga roh ayah selamat bersemadi disisi para As-Sollihin
Maafkan aku abah
Anakmu ini belum sempat membalas jasamu
Seribu keringatmu mengalir
Membesarkan kami tanpa jemu
Belum pun satu terbalas olehku
Air mataku terus mengalir laju
Hibanya hati mengenang kembali
Janji seorang anak belum sempat ku tunaikan

Kepada yang masih mempunyai Ibubapa, jagalah mereka sebaik mungkin, kenanglah jasa mereka, bahagiakan mereka, walaupun tidak mampu membalasnya sepertimana mereka menjaga, membesarkan kita dan memberi didikan yang sempurna.

Apa yang pasti, alangkah bahagianya jika ada orang yang peka dengan apa yang kita suka atau tak suka. Lebih-lebih lagi jika kepekaan itu datang dari seorang anak. Anak tahu apa kesukaan ibu bapanya, lalu itulah yang dia buat.  Dia juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapanya, tempat yang ibu bapanya suka pergi dan sebagainya.

“Berikan kasih sayang secukupnya dan buat yang terbaik kepada Ibu bapa sementara mereka masih ada,kelak mereka sudah tiada lagi,pada saat itu pasti kita akan merasai satu kehilangan yang besar,dan timbul perbagai penyesalan dan pada saat ini sudah terlambat”

"Ya Allah! Ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuh dan mengasihi kami semasa kami masih kecil dan seterusnya, ampunilah dosa sekalian orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dengan rahmat Engkau, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya ALlah! Sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu dan kami menyerahkan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta kami dan segala yang telah Engkau kurniakan kepada kami. Amin.."

RasuluLlah SAW bersabda, "Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya". 
Tahun ni pulak.. sejak Adelina sekolah.. klu Mother's Day Sally terima kad dari my little angel.. Father's Day tidak terkecuali.. Adelina and her teacher dan create a cute bday card untuk Babah... Suka babah nyer terima Father's Day card from her doter.. Tafsirkan lah sendiri... betapa gembiranya kita menerima sekeping kad hasil drp creativity anak sendiri.. betapa bahagia nyer saat itu,... begitu juga ayah kita.. bapa kita.. walid kita... So, call ler ayah u ols sekarang.. Bahagiakan mereka sementara mereka masih ada.




Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 di Malaysia dan di seluruh dunia... especially kepada Ahmad Sabri.. babah kepada Adelina Khayra, Ahmad Nadzri.. bapa mertuaku.. Sufizal.. abe ku... Abe Lie, Abg Idham, Abg Kahar, Abg Jamal, Kris... ipar duai ku... Selamat Hari Bapa... semoga u ols menjadi bapa contoh kepada anak-anak dan pembimbing pada isteri..




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Balik Kampung

Hari ni nak citer al-kisah balik kampung hari tu.... Setelah hampir 6 bulan tak balik kg, akhirnya sampailah masanya yang ditunggu-tunggu...

23 Feb 2011 (Rabu)
Mama hantar we ols pergi airport.. Flight pukul 10am.. tapi biasa ler Air Asia... 2 hours before nak kena check in... so, we all plan nak bertolak pukul 7 pagi.. so that by 8am we all dah sampai airport... Adelina dah memang tido umah tok ma awal2 untuk mempercepatkan persiapan pagi tu... Tapi, cam biasa... ding dong.. ding dong... pukul 7.30 baru bertolak dari rumah mama.. jam plak pagi tu... nak sampai airport tu sikit punya banyak traffic light... dah le we ols dah lambat... hubby pergi masuk lane kiri konon2 nak cepat.. alih2.. masuk jalan lain... punya ler jauh nak u-turn balik... masa tu, Sally hanya berdoa pada Allah... mudah2an we ols tak ditinggalkan flight... dan akhirnya... walaupun macam lambat tapi rupanya ngam-ngam... nasib baik ramai yang beratur... :) So... we all pun selamat ler sampai ke Kelantan.

Samapi di Kelantan we ols dijemput oleh my bro.. dan pinjam keter abe untuk balik ke Rantau Panjang. Sampai di rumah, perasaan gembira tidak dapat digambarkan bila menatap wajah ibunda... peluk cium untuk ibunda tersayang... :)

24 Feb 2011 (Khamis)
Hari ni we ols relaks je kat umah.. Adelina layan main dgn Abe Chik dan Aisyah.. Nmpknya Adelina happy sgt kat umah Ma Tok yang luas.. bleh lari2.. ke sana ke mari... Petangnya, Adelina diberi peluang untuk main pasir.. mak aiii.. suka giler anak mama dapat peluang main masak2.. siap bersila lagi... tapi yang kesiannya.. kena gigit semut api.. habis merah2 kaki...

Hari ni jugak, rumah ma sibuk dengan persiapan untuk kenduri esok. Orang dah mula pasang khemah, sembelih lembu, sanak saudara dah mula berkumpul, bergotong royong untuk kenduri esok... seronok rasanya... macam nak buat kenduri kahwin plak.. Mak Cik Dah yang berada di Kedah pun balik untuk bersama-sama memeriahkan majlis kenduri esok... :)

25 Feb 2011 (Jumaat)
Ini lah hari yang ditunggu-tunggu. Kenduri arwah dan juga sambutan maulidurrasul diadakan. Kenduri untuk arwah abah tersayang yang genap 3 tahun pemergian Abah mengadap Ilahi.. Semoga roh arwah abah tenang di sana dan ditempatkan di antara golongan orang-orang yang beriman... amin.

Ramai sungguh sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai yang datang. Seekor lembu menjadi hidangan.. gulai.. goreng dan sup lembu.. dihidangkan bersama suhun goreng dan colek nenas.. Dan lagi, sally mempersembahkan puding koktail.. yummy... my dessert mmg menjadi rebutan ramai hari tu... sampai tak cukup.. saper yg dtg last2 tu.. mmg kempunan le nak rasa puding koktail..

Selepas solat Jumaat, jemputan dari masjid memenuhi rumah dan khemah yang disediakan. Para hafiz dijemput untuk bacaan ayat suci al-Quran selepas bacaan tahlil oleh para jemaah masjid. Selepas selesai sesi selawat, tahlil dan mengaji jamuan berterusan sehingga pukul 7 petang. Ramai yang datang.. meriah sungguh hari itu.. Seronok sangat... bersembang.. bersua muka...

26 Feb 2011 (Sabtu)
Hari ni sesi kemas mengemas... tapi Sally tak ler terlibat pun... ma dah memang ada pekerja-pekerjanya untuk membereskannya... macam biasa anak ma dari dulu sampai sekarang memang goyang kaki jer... hehehee.. kemudiannya.. macam biasa... tidak sah kalau tak melawat Kedai Mat Yusoff kat KB... niat di hati nak memilik seutas rantai labuh dan loket... Sally, Kak Da, hubby together with adelina ke KB.. dan akhirnya barng yang diidamkan menjadi milik Sally... bahagianya hidup... dan tambah lagi sebentuk cincin.. heheee... pompuan kelantan.... then, we ols gi makan2 dgn abe... thanks abe.. lunch u belanja was great...

27 Feb 2011 (Ahad)
Hari ni sally ke Pasir Mas. Melawat Mak Long yang sedang sakit tua.. dah alang2 balik kampung, tak manis kalau tak melawat ibu saudara yang sedang sakit.. balik dr rumah mak long, ma beli 5 ekor patin untuk dibuat masak tempoyak... yummy... Petangnya, ibarat rutin bila balik kampung, sally akan masuk thailand.. shopping ler aper lagi... tapi ada part yang lagi best iaitu ke salun... cuci dan potong,.. hanya RM15 sahaja... mana nak cari kat KL harga macam tu?? puas hati babe...

28 Feb 2011 (Isnin)
Seawal pagi, Sally melawat pusara Abah bersama Kak Da & hubby coz hari ni dah nak balik KL. Pusara abah bersih coz anak2nya sentiasa melawat... hanya anak bongsunya saja yang jauh di KL... tapi doa untuk abah tak pernah putus.. Anak bongsu abah ni sayang abah sangat-sangat... Bacaan Yassin untuk abah dan siraman air ke pusara abah dari anak bongsu yang pernah abah mandikan dan ajar sembahyang dulu... abah... adik rindu...

Jam 3ptg, we ols bertolak balik ke KL.. Semoga saat untuk balik ke Kelantan itu akan datang dalam masa terdekat.... mmm.. rindu dah...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Abah pergi meninggalkan kami...

Hari ni dah 2 minggu abah pergi meninggalkan kami... Abah yang ku sayang... abah yang menjadi tempat mengadu... yg suka mengusik smpi aku menangis.. sampai cucu menangis... abahku... dah tiada lagi di dunia ni. Abah pergi tanpa sempat melihat anak pertamaku... zuriat ku... cucu dari anak bongsumu yang paling kau sayang... Sampai hati abah pergi tanpa tunggu kelahiran anakku..

Pada 1 April 2008, di hari jadi abah, aku hanya call utk wish selamat hari lahir abah... Pagi tu... aku call, abah tengah sibuk berborak dengan kawan... di luar... tapi abah luangkan masa untuk bersembang denganku di telefon... Ku tanya khabar abah... jawabnya baik sahaja.. Suara riang abah ku dengar dari sorong telefon di hujung sana... Hadiah dah bagi kan bah??  Hari ni wish sajer... Coz aku baru je pulang dr Kelantan 3 hari yang lepas... Abah hanya mengiyakan. Gelak tawa abah pada hari tu masih lagi terngiang-ngiang di telinga ini... Tak ku sangka itulah kali terakhir aku dengar suara abah...

Pada 2 April 2008, Kak Da menelifonku.. Katanya semlm, diaorg ke Kota Bharu... makan besar sempena birthday abah... Sebelum balik, mereka singgah di KB Mall... Abah berlegar2 di ruang baby dan teringin untuk membeli set tilam baby untuk bakal anakku. Tapi kata Kak Da, dia akan tempah yang lagi cantik untuk anakku. Tak payah beli yang dah siap ni coz dah tempah. ABah mengiyakan sahaja... Tapi bila waktu nak bertolak balik.. tetiba abah hilang... puas dicari rupanya dia kembali ketempat tilam baby tadi... Masih berhajat untuk membeli tilam tadi... Kak Da bgtau lagi bahawa tilam sudah ditempah... sekali lagi abah akur... Mereka pulang ke rumah.. Kak Da menghubungiku.. dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap abah... Aku hanya menafikan andaian Kak Da... Jauh disudut hati mmg aku tidak mahu andaian kak da itu berlaku... dan aku takut untuk menghadapinya...

Pada 4 April 2008, hari Jumaat, aku sibuk di ofis bersiap2 untuk menyertai family day ke cherating. Barang2 sudah dibeli... perancangan sudah dibuat.. Keretaku akan menjadi muatan hadiah2 untuk program di sana.. Petang itu, spt biasa hubby dtg menjemputku untuk pulang ke rumah. Kami ke Keramat untuk memaklumkan kepada Aboh (bapa mertuaku) ttg percutian kami ke Cherating... Kami berhajay makan malam di Keramat dan kemudiannya balik mengemas baju untuk ke Cherating esoknya...

Semasa di Keramat, satu panggilan telefon dr Abe untuk my hubby. Mr.hubby hairan kerana Abe jarang menelifonnya.. Pada masa yang sama, aku merasakan ada sesuatu yg tak kena... aku biarkan hubby berckp dgn abe.. setelah selesai.. hubby cuba untuk memberitahu aku sesuatu... tapi ada getaran disuaranya... katanya Abah sakit, dibawa ke hospital... Aku hairan, kenapa abe tidak terus memberitahuku.. Kata hubby, abe mungkin tidak mahu aku terkejut dgn berita itu memandangkan aku tgh pregnant 4 bulan.. Aku terus menelifon kak da. Kak Da bgtau abe dah bawa abah ke hospital. Kak da masih di rumah dan akan menyusul kemudian. Sebrg berita akan diupdate kepadaku serta merta...

AKu dan hubby, terus balik ke rumah.. Kata hubby, kalau keadaan abah teruk, kita akan terus balik ke Kelantan... Di dalam perjalanan balik ke rumah kami di gombak, mama telah menelifonku.. Kata mama... "adik, balik laa... balik cepat.. abah sakit".. dan dari suara mama aku tahu... abah mmg tgh sakit.. dan kami harus cepat balik..

Sampai di rumah, aku segera kemas baju di dlm bag... hubby mandi.. Masa tu dalam pukul 7.30ptg.. waktu maghrib... kedengaran azan berkumandang... dan telefon hubby berbunyi lagi... Aku tgk telefon.. nama Kak Efa ( kakak iparku) di screen... huhhhh... kenapa diorg ni tak call aku terus?? Apa yg cuba disembunyikan...??? Mcm mana keadaan abah sebenarnya...??? Aku terus angkat phone.. Kak Efa kaget.. dia tidak mahu memberitahuku.. Aku mmg marah... telefon bertukar tangan... Abe Lie (Abg iparku) di talian.. katanya... "adik... sabar.. semua org kat sini dah boleh terima kenyataan... adik mengucap byk2... kena redha...".. belum pun sempat ayat abe lie habiskan.. aku sudah tahu apa yg bakal diucapkan... air mata terus bergenang... wajah abah terus menerpa dan memenuhi ruang mata... wajah itu dekat di mata aku.. dan makin lama.. makin jauh..jauh...jauh... aku menjerit memanggil abah... membuatkan hubby yg berada di bilik air keluar.. aku hampir jatuh... hubby memelukku dan disuruhnya aku beristigfar.... abe lie masih di talian... aku dgr dia berkata.. "abah dah tak ada... Allah sayangkan abah...adik balik ler... " hubby ambil telefon dr tanganku... aku mmg tak boleh menahan sebak... hubby makin memelukkku erat... aku masih ingat katanya... aku masih ada dia... ku hamburkan semua duka.. aku menangis sepuas hati... abah yang ku sayang kini tiada lagi.. pergi menghadap Ilahi.. Abah.. kenapa tinggal adik... Adik sayang abah... jgn tinggal adik.. abahhhhh... abahhh... astagfirullallahalazim... kemudian aku menggucap panjang... keadaan sudah reda sedikit... ku sarung jubah hitam.. bertudung hitam... barang2 sudah dipack..

Kami bertolak balik ke Kelantan. Di dalam perjalanan, aku telefon Aboh, Mama, Kak Edah dan sedara-mara terdekat memaklumkan berita ini.. Aku juga memaklumkan kepada org2 ofis yang akan ke cherating esok pagi... Sepanjang perjalanan, aku menerima panggilan yang tak berhenti.. Ucapan takziah dr kawan2.. sedara mara... berita tersebar begitu cepat... Linangan air mata menemaniku sepanjang 7 jam perjalanan... Pukul 4.30 pagi kami selamat sampai di kelantan...

Makin hampir dengan rumah.. makin terasa sebaknya dan makin laju air mata ini... hubby genggam tanganku...dia menyuruhku tabah... ku gagahi diri... katanya jangan terlalu sedih.. ingat anak kami di dalam kandunganku... Sesampai di rumah, dr jauh ku lihat ramai jiran tetangga.. haruman kemiyan menusuk hidung...ku gagahi diri... melangkah masuk ke dalam rumah... Wajah mama adalah org pertama yang kucari... Linangan air mata mama tidak sanggup ku lihat.. wajahnya kusam... tapi mama memang tabah... mukanya tenang tanda redha dengan pemergian suami yang disayangi... Ku peluk mama dan sendu kami bertamu... ku peluk kak da... "abah kita dah pergi dik.." Kata-kata kak da mengundang lagi sendu di hati ini...

Ku gagahi diri ke ruang tamu.. Ku lihat sebujur tubuh kaku.. diselimuti kain putih.. Ku buka bahagian muka... abah tenang diperbaringan... wajahnya seakan senyum melihatku.. adik balik abah.. untuk melihat abah kali terakhir... Wajah abah itu akan ku ingat sampai bila-bila...

Ku melangkah ke bilik air... wuduk di ambil.. aku tidak hiraukan semua yg lain.. Ku capai al-quran... Aku duduk bersimpuh di sisi abah... Ini sahaja hadiah terakhir yang mampu kuberikan... helaian demi helaian ku baca... untuk abah.. dari anak bongsumu... Abah... semoga abah tenang di sana...

Pagi esoknya, abah dimandikan oleh imam urus jenazah.. Ramai jiran tetangga, sanak saudara yang datang bertandang.. menziarahi arwah abah buat kali terakhir.. Abah yang sememangnya ahli jemaah Masjid.. ramai yg datang, mengaji, menyembahyangkan jenazah... setelah dikapankan... aku sempat memberi kucupan terakhir buat abah... ku tahan air mata ini.. kata imam, air mata tidak boleh mengenai jenazah. Aku kucup abah.. basahan air mawar yang direnjis terasa dibibir ini... Jenazah abah tenang diperbaringan.. Ku tatap wajah abah buat kali terakhir... Serba putih... berkopiah dan serban.. pakaian kain ihram.. Abah sememangnya telah bersedia untuk ke Mekah dengan mama pada tahun ini.. Tapi apakan daya, dia pergi dulu menemui Ilahi sebelum sempat menunaikan haji... 

Kemudian jenazah di bawa ke tanah perkuburan... Cuaca yang redup dan gerimis dengan tiba-tiba membuatkan semua tetamu berkata-kata... Sungguh sejuk jenazah ini.. Petanda orang baik-baik... Gerimis 5 minit kemudian tiada.. tapi suasana masih redup..menyenangkan kerja pengebumian.. tidak terlalu panas.. Aku gumpal kepalan tanah untuk dikemaskan jenazah di dalam kubur.. Akhirnya bersemadilan abah dengan aman di sana...

Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku memohon padaMu Ya Allah.. tempatkanlah abahku di antara orang-orang yang beriman... dan kau ampunkanlah dosanya... biarlah dia tenang bersemadi di alam barzakh...amin...

Detik-detik terakhir abah akan sentiasa abadi di dalam kamus hidup ini...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Epy Besday Abah

Epy Besday To U...



Epy Besday To U...


Epy besday To ABAH...


Epy Besday To U....

Hari ni besday abah.. yang ke baper erk..??? ke 55 kut.. Muda lagi abah aku. 55 tahun dah ader 3 cucu, 2 menantu... coming soon lagi sorang..


Tak tau nak bagi aper kat abah. Pagi2 lagi aku dah wish kat abah dah. Hadiah tu... biar dia pilih sendiri..nnt balik aku bagi ler duit.. Ok tak..? Coz, abah aku ni dia ader taste dia sendiri..klu yg dia pilih sendiri tu gerenti dia suka... Raser nya biar dia pilih kasut ler tahun ni.. Design dia pilih yang dia suka..nnt aku bayar ler... ok tak..?? Kang aku beli tak muat plak.

Anyway... anak mu ini sentiasa mendoakan kebahagiaan Abah. dan doakan Allah berkati umur abah...panjang umur...murah rezeki ...diberi kesihatan tubuh badan coz next year insyaAllah..Abah ngan mama nak g MEKAH.

Aku tak berbangga memiliki abah yang kaya dengan harta dunia tetapi anakmu ini akan berbangga memiliki abah yang kaya dengan keimanan. Tahun ini, semakin meningkat umur abah, semakin banyak bunga putih di kepala..so..anak mu ini mendoakan semoga abah tetap menjadi suami yang paling romantis didunia...abah yang paling penyayang didunia dan datuk yang paling ensem di abad ini...
I love u... ABAH


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops