Showing posts with label Resipi Sally. Show all posts
Showing posts with label Resipi Sally. Show all posts

Roti Jala Untuk Anak Mama

Dingin sungguh pagi ni. Bila alarm jam berbunyi pukul 5 pagi, terdetik di hati, "tidur 10 minit lagi". 
.
Dalam masa yang sama hati kecil bersuara, "Jangan. Bangun cepat. nanti lambat nak siapkan sarapan anak-anak".
.
"Alaa. 10 minit jer. Sempat lagi." ku tarik selimut tebal sehingga ke pangkal leher.
.
Ahhh.. alangkah bestnya hari ini hari Ahad lagi. 
"Bangun. Ini selimut syaitan. Yang memang akan ulit kau tidur lena sehingga pukul 7 pagi. Kita kena bangun tunggu Subuh bukan Subuh tunggu kita."
.
"Ok. ok. Aku bangun." Entah kenapa, suara hati kecil itu sangat kuat sehinggakan bagai mempunyai remote control, aku bingkas bangun dan menuju ke toilet.
.
Ops. Tak minum air lagi. Ku capai botol air masak, segelas air dituang. Basahkan tekak sikit. Ku capai Eliss Tropical Collagen. Tuang sikit2 dalam mulut. Dan kemam sambil mata pejam. Minum habis 2 gelas air masak dan aku sambungkan langkah ke bilik air.
.
Selesai mandi, ku sarungkan telekung baru. Baru basuh. Setiap minggu bibik akan gantikan telekung baru. Hmmm.. wangi bau haruman dari pelembut Downi. Ya Allah, jika aku berdamping dengan suami dan orang sekeliling, aku inginkan tampil berseri dan wangi, inikan pula untuk mengadapMu Ya Allah. Aku akan pastikan telekung bersih dan wangi dan aku sentiasa berdoa, pakaian terakhir ku mengadapMu nanti adalah kapan yang putih bersih dan suci dari noda dan dosa, dan kau bersihkan lah hati ku sebagaimana kain kapan itu. Amin.
.
Selesai bersolat. Ku lipat sejadah dan telekung dan disangkut di ampaian kayu di sebelah dressing table. Di bawah ampaian itu terdapat penimbang berat badan yang saban hari kompius tuannya akan naik menimbang berat saban pagi tanpa jemu. Ku rapatkan kedua tapak kaki ke atas penimbang digital itu yang aku dapat percuma hasil daripada tukar point kredit kad BSN. Ohhh... naik 200 gram dari pagi semalam. Ini mesti gara-gara makan terlebih di rumah Tun Putih dan juga Tokey Sate KL semalam. Hmmm.. takperlah. Kita diet seminggu untuk kembali langsing menjelang open house Eliss hujung minggu ini.
.
Setelah siap merapikan diri, aku kejutkan anak pertamaku. Bisikan salam assalamualaikum ditelinga anak gadis itu disambut dengan kumat kamit menjawab salam dengan mata tertutup. 
"Kakak, bangun. Hari ni mama buat roti jala your favorite breakfast." Terus kelopak mata terbuka. 
"You can help me in the kitchen." Bingkas bangun terus anak itu. Ke bilik air dan mandi. Dia selalu excited kalau suruh menolong di dapur.
.
Aku berpindah ke katil Mek Megi pula. Bagi salam dan respondnya: anak kecil itu menarik selimut dan menyelimuti kepalanya. "Adik, bangun sayang. Hari ni skul." 
"Ok. Give me 1 minute ok mama." Ada sahaja alasan si kenit ini. 
"Nanti lepas kakak mandi, adik mandi ok." Senyap dan tiada jawapan dari bibir murai itu. 
"Sayang... bangun tau. lepas kakak mandi your turn pulak. Sayang mama tak?" 
"Sayang.." jawabnya ringkas dengan mata pejam. membiarkan bibik mengambil alih tugasannya.
.
Aku terus ke bawah dan memasuki ruangan dapur. 
Ku gapai blander di dalam almari.
Masukkan secawan tepung, secawan air, secubit garam, sebiji telur ayam dan sedikit pewarna kuning. Semuanya dikisar sekali. Ditapis bancuhan tadi. Alhamdulillahh.. cantik sebati bancuhannya. Ku gapai acuan tembaga roti jala yang dibeli di pasar payang Terengganu dan aku mula menjala.
.
Adelina tetiba merapatiku. "good morning mama. can i help you?"
"morning sayang. sure. Kakak ingat lagi tak nak lipat roti jala?"
"ingat mama."
Dia mula melipat dengan teliti.
Kakak anak yang baik. Anak yang polos dan berhati tulus. Dia anak autism ku. Jika moodnya baik, segalanya akan berjalan lancar dan baik. Perasaannya wajib dijaga. Jika pagi moodnya ke laut... seharian semua yang dibuat tidak kena. 
.
Roti jala pagi ini adalah hadiah mama kerana marah kakak semalam. She was grounded for the whole night. Dari balik from open house pukul 6 petang sampai le pagi tadi tidak dibenarkan keluar bilik. Mama rasa sangat bersalah sebab marah kakak. Tapi mama cuba buat yang terbaik untuk kebaikan kakak di kemudian hari.
.
Selepas selesai menjala, aku buka almari makanan untuk mencari tin kari ayam ready made. Alamak, dah habis. Hmmmm.. ada kurma ayam Yeos. Oklah. Kurma pun boleh. Sally panaskan kurma ayam dalam tin untuk penjadi pelengkap roti jala. Segelas Jus apple + celery untuk suami setiap pagi bersama roti jala kurma ayam breakfast kami di pagi hari Isnin. Semoga banyak benda yang kami boleh setelkan minggu ini dan semuanya berjalan lancar. Amin
.
Coretan jari jemari menari di papan kunci,
Pn Sally, FB: https://www.facebook.com/sallymzain 
Pengasas Eliss.
.





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Mee Chamboo ala Sally

Mee Chamboo ni makanan ruji org2 duk di tepi sungai golok, rantau panjang, kelantan... Femes kat golok thailand... dan di bawa masuk ke Rantau Panjang... mmg dr kecik kut duk mkn.. mmg dah sebati dgn darah daging... tapi tak ramai yg tahu macam mana nak buat sup (kuah yg sedap)... 
.
Resipi ni Sally cipta sendiri setelah try satu kuah mee chamboo itik di Vietnam. Dan kuah dia mmg ala-ala mee chamboo golok. Sally tya chef dia yg sememangnya bleh berbahasa melayu thai... dan mmg resipi dr narathiwat katanya... dia share serbe sedikit... dan balik Malaysia.. Sally olah sket cara Sally...
.
Mai nok buh resipi kuoh mee chamboo ala Sally... Tok soh duk banding dgn hok kedai ler.. Sbb ni hok dr dapur kito.. Style kito.. Nok try.. Bleh try.. Tok sir try g beli keda..
.



Resipi kuoh mee chamboo
===================
.
Rebus ayam/daging
Klu ayam buh ler tekok dan kaki ayam skali
Ayam tu molek buh kerat 2 jah..
Nanti nok hidang baru hiris2 buh dlm mee.. Klu dok dio hancur..
.
Air ikut suko nok byk mano kuoh
Buh halia n bwh putih yg diketuk
Campak gitu jah
Then, ketuk buleh 3-4 akar daun ketumbar
Buh dlm kuoh tu..
.
Bilo gelegok molek
Buh lobak jeruk dan bwg putih jeruk dlm 2 labu.. Buh air bwg jeruk sikit
Buh sos ikan hok gmbr sotong tu, klu ore rantau pjg panggil kicap sotong padahal itu sos ikan yg brand sotong.. Huhuhu..
Pastu buh kicap pekat, cuka..
Bahan2 ikut sesuka dan sesedap hati shj..
Biar balance dgn kuoh laaa..
Akak main campak2 xdok sukat..
Tok aji akak mmg xdok dumoh..
Masakan semua xdok tok aji dehh..
Pahtu masuk ler lokching daging hok kenyal tu.. Baru sedap.. Biar hingga gelegok..
.
Bleh ler cedok buh dlm mangkuk hok siap doh celur bihun, kueteow, mee, kangkung..
Hidang bleh le tabur ike bilis klu suko, telur puyuh ko, cili jeruk or cili flakes... Dan hirisan limau nipis
.
Boleh ler ngappp.. Sedop dok ohh dohh..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Ayam Goreng Halia Ala Sally

Since ramai yang berminat Ayam Goreng Halia akak tu.... dan pm utk resipi.. Akk share kat sini yer...





Ayam potong kecik2. Goreng ayam separuh masak. Goreng kosong jer tak yah garam bagai. Pastu angkat dan toskan. Pastu.. korang keluarkan minyak yg byk goreng ayam tadi tu, tinggalkan sikit jer dlm kuali.. pastu goreng bawang putih, halia yg diracik, bawang holland yg dipotong bulat dan lada besar merah. Then masukkan sriracha (sos thai), sos cili, kicap manis, perasa. Masukkan ayam tadi. Gaul2. Tutup api dan masukkan daun ketumbar yg diputus2kan pakai tangan jer.. Nape Sally putuskan2 pakai tangan??? Sbb aroma dia lebih berbanding potong pakai pisau.. hihi..

Selamat mencuba... Ni style akak bg resipi... tak yah formal sgt... 

dah buat.. sila snap gambar dan tag akak kat FB.. tanda terima kasih dan korang buat ikut resipi akak... jangan tau mintak resipi jer... buat nyer idok... penat akak menaip... (aiii.. tak ikhlas ke akakkk????)... hahaha... ikhlas... akak sayang korang semua... 

dah beli Leptos belum??? Kalau blum order cepat.... jgn makan je byk.. bakar nyer idok... Jom bakar Kalori dgn Leptos...




Nak order??? Roger 0176577881...
Leptos: RM180 sebotol, 2 botol RM300.
Free Postage
Free Diari Kurus.
.
Adios...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Resipi Kaki Ayam Sos Pedas (Sally's Recipe)


Kaki ayam potong dua

Rebus kaki ayam sampai empuk
Toskan kaki ayam
Dlm kuali lain... panaskan 2 sudu olive oil
Tumis cili kering kisar bersama bawang putih
Tumis sehingga naik minyak
Masukkan sos cili kimball + sos tomato kimball
Masukkan serbuk perasa
Goreng sebati dan masukkan kaki ayam
Perahkan air limau nipis dan tutup.
Masukkan juga hirisan limau nipis bulat2.
Siap.. Makan nasi panas2 sedap.. makan dgn bubur nasi lagi sedap.
Selamat mencuba


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


RESIPI APAM BALIK

BAHAN
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda

Untuk inti
Kacang tanah
Jagung creamy
Gula pasir

CARA :
1.Blend telur & gula sampai kembang.
2.Masukkan air.Blend lagi.
3.Masukkan tepung , baking soda & baking powder.Blend sebati.
4.Panaskan kuali non stick.Sapukan sedikit minyak/ butter pd kuali.
5.Ambil sesenduk kecil adunan tadi.Layangkan dlm kuali.
6.Tabur kacang , gula & jagung krim.
7.Masak hingga keperangan.Angkat! Siap!!


SELAMAT MENCUBA


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Resepi Laksa Siam versi Sally



Bahan-Bahan:
Laksa siam (Kalau kat KL ni... beli jer laksa beras yg keras halus tu dan rebus)
setgh kilo ikan kembung
1 inci kunyit hidup
1 sudu belacan
1 inci lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji  santan kelapa
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Terung kecik bulat2
Asam jawa secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk ulam:
kacang panjang dihiris pjg sejari
timun (dibelah2.. pjg2 sejari)
daun pudina
daun petai
daun gajus
taugeh
cili padi yg digoreng rangup.. goreng dgn minyak.. ini kan digigit2 sambil mkn laksa nnt

Cara:
Celur laksa hingga masak, tos dan ketepikan.
.
Rebus ikan kembung. Apabila masak, angkat dan ambik isinya shj.
.
mesin cili kering bersama bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, serai, belacan dan sedikit santan... mesin dgn santan x pyh pakai air... Kuah laksa kekal lama.. dan lambat basi.
.
Panaskan minyak sket jer. Masukkan bahan yang dimesin. Kacau hingga kuning. Masukkan baki santan dan kacau perlahan-lahan. Kalau kunyit u ols tu tak kuning sgt... bancuh serbuk kunyit sekt buh dlm tu...
.
Masukkan daun limau purut, terung kecil, lauk2 spt ayam2 bhgian tulang tu.. dan juga fishball dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit gula.
.
Biar mendidih dan pecah minyak...
.
hidang ler dgn laksa dan ulam2 td... siap ler..
.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Mee Udon & Fishball gaya Mek Sally



Ini nama dia mee udon fishball gaya mek sally yummehhh...‪#‎sallymzainskitchen‬

Fishball

======
5 ekor ikan selayang ambil isi shj (ikan tenggiri lagi best)
3 biji bawang putih
serbuk lada hitam
garam
sos ikan atau dipanggil nampla sos (yg siam tu ada gmbr sotong)
tepung jagung dlm 2 sudu or ikut ler byk mana ikan u ols tu...



kisar sisi ikan hingga lumat.
dah lumat masukkan bwg putih, lada hitam, sos ikan, dan tepung jagung
dah lumat... ambil adunan dan lempar2 dlm besen... jgn lempar kat dinding lak..
hihi... nak bg dia kenyal... semakin lama di baling, dilempar, dilontar, ditampar ..adunan semakin kenyal.. guna tangan basah yer.. kut melekat2 kat tgn plak..
Pastu sally suka buh daun ketumbar sbb bila kunyah ada rasa daun2 sikit dan tak hanyir bau ikan... then, u ols gentel ler bulat suka hati mak kau nak besar mana pun.. pastu rendam dlm air sejuk baru kuar peti ais tu kejap... dlm 15 minit gitu.


pastu... tumis 2 biji bwg putih dan 5 biji bwg merah yg dikisar. sally guna olive oil tumis... jaga kesihatan kannn.... pastu masukkan air sebyk mana kuah yg u ols nak... masukkan akar ketumbar yg diketuk jugak... biar betul2 mendidih... pastu rebus ler fishball tadi sehingga timbul, masak dan kenyal... pastu masukkan garam, serbuk lada hitam, serbuk perasa maggi, sos ikan sikit, 1 sudu cuka. Pastu masukkan mee udon yg telah direbus terlebih dahulu... masukkan sayur2 (sawi, cili besar merah).. biar hingga sekali mendidih... dah siap... leh tabur bwg goreng kat atas masa nak makan tu... sgt mabeles... ok.. selamat mencuba.. yg sibuk duk pm/wasap akak tu... baik ko buat dan tag akak yer.. jgn duk mita resipi sajer jer... akak sumpah hang jadi mee udon.. wakakkaa...
mee udon tu nak ganti dgn mee aper2 pun suko hati ekau lerrr


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Menu Ramadhan 2015 : Day 13

Salam...

Diam tak diam... dah 13 hari tau kita puasa.... so aper menu day 13 ni??? tadaaa....





Iftar Menu Day 13

=============

- tom yam udang galah
- chicken soohun salad
- sotong tempura
- kangkung belacan
- dessert: Molten choc cake with ice cream


Coz ramai yang minat resipi Chicken Soohun Salad dan Molten Choc Cake... so.. akak share ler ngan u ols kat sini.. cam biasa.. resipi campak2 akak ni.. ikut suka akak jer nak letak byk mana kan...


Chicken Soohun Salad
Hirisan Dada Ayam - direbus bersama akar ketumbar
Soohun... direndam dlm air panas sekejap jer.. then siram dgn air sejuk... kalau lama2 rendam.. nnt dia lembik x sedap
Then masukkan dada ayam yang direbus tadi dgn soohun ke dalam mangkuk
Masukkan gula 2 sudu
Masukkan secubit susu garam
Cili padi dipotong halus
Tomato dipotong nipis.. lg sedap klu tomato cherry tu
1 biji perahan limau
2 sudu minyak bijan
2 sudu nampla sos atau sos ikan bergambar sotong.. hihi
Setangkai daun ketumbar dihiris2
Gaul2 rata.... kalau ada biji gajus.. bleh letak kan... lagi sedap..
then bleh ler dihidangkan


Choc Molten Cake
Bahan A
1/3 ketul butter... sally pakai SCS
6 sudu tepung roti.. klu lembik u ols tambah2 ler sampai jadi doh (ayak dulu tau)
1 sudu gula
1/2 sudu kecik garam
Bahan di atas diuli2 smpi jadi doh.

Bahan B
1 cawan susu segar (sally pakai Magnolia)
2 sudu gula
Didihkan atas api. Dah mendidih... matikan api.

Masukkan Bahan A ke dlm Bahan B. Gaul sampai sebati.

Masukkan chocolate... Sally pakai Hershey yang serbuk tu... Buh ler dlm 3 sudu besar.
Gaul2 lagi smpi sebati.
Masukkan 3 biji telur merah (yolk)
adun lagi smpi sebati..

Dalam mangkuk lain... kacau putih telur yg 3 biji tadi + 1 sudu gula smpi berbuih ringan gitu... smpi xde yang menitik. Then masukkan dalam bahan adunan tadi.... Kacau2 lagi sampai likat dan cantik bersinar. Adunan hendaklah tidak terlalu cair.. dan tidak terlalu pekat... berkilat dan nmpk smooth jer..

Then masukkan ke dlm bekas muffin anda... Sally salutkan icing sugar kat bekas muffin tu... klu u ols pki bekas muffin biasa.. kena sapu butter sikit baru icing sugar... Sally pki yang push getah tu.. so sgt senang jer cake nak kuar... x yah nak cungkil bagai....

Masukkan 1/3 bekas muffin... Adunan ni bleh jadi 6 biji cake... sebelum tu panaskan oven 190 degree. Oven dah panas.. masukkan muffin.. bakar selama 15 minit shj.. klu over cooked.. dia tak melt kat dalam..

Dah masak jer.. u ols kuarkan dan cuba potong sikit.. coklat tu akan kuar dan sedap yummy... basah2 gitu... Sally suka makan bersama vanilla ice cream.. yum yum...




Selamat mencuba.. Kalau dah cuba.. tqg ler akak kat FB.. nak jugak tgk yg u ols buat... dah beribu resipi bagi.. harap nyer ada ler yg buat.. jgn main mintak resipi jer.. huhuhuu..



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Menu Ramadhan 2015 : Day 3

Salam u olss....

Hari ni kami jemput my father in law dtg bebuka kat umah... Esok kan fathers day... kita celebrate awal sehari sbb esok mak busy sikit.. ngeh ngehhh... So, aper menu Day 3 ni??? Sally buat tempura... healthy food for org2 lama.. ngeh ngehhh... x brp nak healthy sebenarnya coz goreng2 kan.. tapi boleh ler.. makan sayur2... dan utk penyedap rasa.. kita buat sup tulang... yum yumm...




Day 3, Sally masak:
- nasi butter
- sup tulang
- tempura : Cendawan, Terung, Udang, Keledek, Broccoli, Timun, Carrot
- Bubur Kacang Durian
- Kurma Ajwa

Juadah from Pasar Ramadhan yg my FIL bawak:
- Tepung Pelita
- Kuih Tahi Minyak
- Otak-otak
- Air Tebu

So, hari ni Sally kongsi resipi campak2 from Sally's Kitchen.. Resipi ni agak senang dan menjimatkan tapi teknik membuatnya tu yang unik... tak tahu teknik mmg tak jadi ler...:

Tempura
Tepung tempura home made okey.. bukan dibeli di kedai... dan ia kekal rangup walaupun dah sejuk.. tapi makan panas2 lagi best..

Bahan2 
- 2 kuning telur
- 400ml air sejuk suhu ais gitu... (paling bagus air dlm peti ais, masukkan ais lagi kacau2 smpi ais cair.. biar betul2 sejuk tau.. tahap masuk jari pun mengeletar)
- 200gm tepung gandum

Bahan yang nak dicelup tepung:
- udang... tinggal ekor, kulit semua buang
- cendawan
- terung potong serong, jgn buang kulit
- keledek
- Broccoli
- Timun Jepun (potong macam nak buat acar jelatah tu.)
- Carrot potong bulat/jejari pun boleh

Cara2 buat tempura:
- Sejukkan bekas stainless steel dalam freezer.. kat tempat beku tu kejap.. kasi betul2 sejuk. Kita panggil dia bekas A.
- Sediakan satu bekas lain yang mengandungi air berais. Sally masukkan sekali ice bag dlm ni. nak biarkan air tu mmg confirm sejuk sentiasa. Kita panggil dia bekas B. Bekas B ni kena besar drp Bekas A. Bekas B ni bleh guna besen biasa.
- keluarkan bekas A dari freezer dan masukkan kedalam bekas B. Maknanya bekas A terendam dlm bekas B.
- Masukkan kuning telur dlm bekas A. Pukul telur sampai likat. Masukkan air sejuk 400ml tadi. Kacau lagi bg sebati... Dia jadi macam air susu gitu...
- Masukkan teoung sedikit demi sedikit. Kacau sebati... Adunan akan cantik, tak cair.. tak pekat.. Ikut betul2 sukatannya ok. klu terlebih tepung nnt keras.. terlebih air nnt cair. Air klu x sejuk giler nnt dia tak rangup.
- dah tu.. leh ler panaskan minyak.. mmg tahap panas gaban gitu.... 
- celup ler bahan2 yg nak dicelup tu. Buh ler dlm 3 - 4 ketul jer skali goreng. kejap je goreng sbb Tempura dia tak kuning garing... dia kuning keputihan jer... sekejap je tau.. celup... buh bahan dlm minyak dan balik-balikkan kejap jer... then terus angkat. Toskan dlm bekas yang dialas tisu supaya tak berminyak sangat. celup dan goreng ler bahan2 yang lain smpi abis..

bleh ler dihidang dgn nasi butter atau dimakan begitu saja dgn cicah sos teriyaki atau pun sos thai kalau anda suka... if nak ala japan 100%, cicah sos teriyaki ler... yum yum sedap... selamat mencuba..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Menu Ramadhan 2015 : Day 2

Salam u ols...

Dengan azam yang menebal untuk tidak ke pasar Ramadhan tahun ni... hari2 kita masak je kat umah. Semlm buat lebih onde2, ingat nak makan arini jugak.. skali my maid yg dah macam org kaya raya tu... dah buang onde2 yang tak abis semlm... huhu.. sayang jer... terpaksa le akak masak dessert adhoc utk dinikmati waktu berbuka.. tgk jam dah kul 6.30, so, akak buat ler puding roti caramel... senang dan cepat jer siap... sedap plak tu... huhu.. perasan lebih akak... 



Day 2, Sally masak:
- nasi butter
- sup gearbox
- telur dadar
- salad 
- kentang pedas semlm
- kurma ajwa
- puding roti caramel
- choc milkshake with hershey tabur

So, hari ni Sally kongsi resipi campak2 from Sally's Kitchen:

Puding Roti Caramel
Telur 5 biji
Susu pekat paka tuang jer dlm 3-4 sudu kut
Susu ideal dlm suku tin kut perabih susu dlm peti ais.. Huhu
Gula 1 sudu
Esen vanila sikit
Roti 2 kpg
1 sudu tepung kastard
Blend semua dlm blander jer

Dlm loyang, panas gula 3 sudu
Gula perang je sy tuang bahan yg diblend tadi
Kukus 15 minit
Siap. 20 minit jer penyediaan.

Choc Milkshake with Hershey Tabur
Dutchlady choc milk + hershey dark choc + susu ideal + ice --> blend then tabur hershey kt atas tu... Xde hershey buh milo pun ok.. Yum yum..



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Menu Ramadhan 2015 : Day 1

Salam Ramadhan u ols...

Sajer jer nak kongsi menu kat Sally's Kitchen sempena Ramadhan Al Mubarak ni... Baru ler aktif sikit blog akakk ni... kan kan... Jom layan menu dan resipi utk u ols.. mana tahu bleh bagi sumber inspirasi nak masak aper kan.... jom layan menu Day 1 Sally's Kitchen:


Day 1, Sally masak:
- Gulai Kensem Kepala Ikan Kerachi
- Kentang Goreng Pedas
- Kangkung + Carrot Goreng
- Onde-onde
- Kurma Milk Shake.

So, hari ni Sally kongsi resipi campak2 from Sally's Kitchen:

Gulai Kensem Kepala Ikan Kerachi
U guys blend: 
bawang putih 2 ulas, 
bwg merah 5 ulas, 
bwg besar setgh biji, 
lengkuas 1 inci
kunyit sikit
cili padi ikut kepedasan
belacan

bleh jer semua... masukkan dlm air mendidih. air tu kira byk mana kuah yg u ols nak ler.
pastu masuk ikan.
biar mendidih jer, masukkan sedikit asam keping dan kangkung.
Ada daun kunyit lagi sedap. bau wangi.
garam dan serbuk perasa.
dah siap

Kurma Milk Shake
Fresh milk + susu pekat manis + susu cair ideal + kurma + ice --> blend... Its yummy. 
Segar jer badan...


Kentang Goreng Pedas ( versi kering rangup)
Bahan-Bahan:
3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)

Camana nak masak:
Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.

Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.

Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.

Tips:

Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.



ok guys... akk mmg main masak campak2... simple jer... u guys campak pun gerenti jadi.
selamat mencuba...



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Puding Roti Mables Berkismis Da bomb Ke Babooommm

Dah seminggu buat... ada yg bertanya... Akakkk mmg niat nakpost kat blog pun.. tp xder kesempatan lagi.. dats y, masa akak buat tu, akak snap2 gmbr setiap step... hehehe... Duk melepak kat starbucks ni.. sambil tgu Adelina memain kat kizsport.. so.. akak post ler resipi Puding Roti ni kat sini...

Resipi puding roti akakk pun ada org tanya tau... nmpk menarik sgt ke?? hahahaa.. mula ler nak riak tu... kekekekee...

So, oleh kerana ada org ckp nmpk cam sodap dan da bombb gitu.. wpun org ittew tidak mencuba nyer lagi... tapi mmg sodap tau... akak namakan puding roti akak itu.. Puding Roti Mables Berkismis Da bomb Ke Babooommm... hahahaa.. ok tak nama ni???

Yang pastinya.. bila dah makan tu mmg sodap.. smpi niat dihati nak snap gmbr masa hidang tu.. dgn vanila sos dan ice cream.. tapi dah abis baru teringat... huhuu.. next time ler yer...

Puding Roti ni jugak merupakan masakan pertama akakkk merasmikan oven baru rumah baru... so.. jom layan resipi dan gmbr nyer skali...

Bahan - bahan :-
8 keping roti
100 gm kismis @ kurma- ikut suka nak letak berapa banyak..
100 gm gula kastor
500 ml susu segar
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm mentega
Secubit serbuk kulit kayu manis- ikut suka

Cara Membuatnya :-
  1. Memula u ols sapu ler acuan dgn planta sket supaya tak melekat senang nak potong bila msk nnt....
  2. Pastu sapu roti dengan butter plak.. kedua-dua belah ok... yg bawah tu.. sekeping2 kasi padat tapak dia... yg atas tu u ols carik-carikkan... Akak tak suka buang tepi roti tu.. coz lebih suka ada keras2 sket.. rangup2 sket bila dah bakar... Akak guna roti Massimo.. takpun klu nak lg best Gardenia butterscotch.
  3. Tabur kismis setiap lapisan supaya terasa ler kismis kat tgh2...
  4. Then, mak jemah bleh satukan susu segar, telur , gula , esen vanilla dan serbuk kulit kayu manis.
  5. Pukul hingga sebati dan tuangkan ke atas roti.
  6. Perapkan selama 20 minit sehingga roti lembut dan bakar selama 35 minit dlm oven pada suhu 160C.

  7. Apabila masak, enak dimakan bersama sos vanilla atau vanilla ice- cream.

Resepi Vanilla Sos.

Bahan- bahan :-
500 ml susu segar
1/4 sudu kecil esen vanilla
80 gm gula kastor
20 gm tepung kastard - dilarutkan dengan sedikit air

Cara membuatnya :-
  1. Masukkan semua bahan - bahan kecuali tepung kastard.
  2. Masak sehingga mendidih, apabila mendidih  masukkan kastard yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kacau hingga sebati dan tutup api.Jika sos pekat boleh ditambah sedikit susu segar. 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Apam polkadot pusingan ke dua..

Sebelum ni Sally dah pernah post resipi Apam Polkadot.. Tapi bg yg ter'mis' resipi hari tu, Sally letak balik kat sini... Apam ni Sally buat khas untuk kawan2 kat opis.. dah lama gak buat.. tapi baru ada masa nak post... tgk gmbr masih ada kat BB... hehhee...

Pusingan ke dua ni lawa sket.. hehee.. cuma filling dia manis ler.. tak berapa nak gemor.. dah beli ready made jem kan... huhuu.. layan gmbr dan cara2 membuatnya... Kali ni Sally dah beli acuan kuih lompang tu... so.. cantik sket.. tak penyet dah.. Resipi ni ramai gak yg request.. Latest by Elina Binti Salleh (E)... So.. E.. ni kak Sally post sebab E nak sgt kan.. ambik ko... jgn tanya jer.. dah buat tu.. post ler nak tgk hasil nyer...

Apam Polkadot
Bahan-bahan ( 50-80 biji )
  •     3 biji telur Gred A (dari peti sejuk)
  •     2 1/4 cawan tepung gandum
  •     1 1/2 cawan gula halus
  •     3/4 cawan susu segar
  •     1 sudu kecil esen vanila
  •     3 sudu kecil baking powder
  •     1 sudu kecil ovalette
  •     filling secukupnya (sally pakai filling blueberry dan kaya pandan)
  •     pewarna
  •     50-80 papercups medium
  •     acuan kuih lompang
Cara-cara Membuatnya
Masukkan telur, gula, ovalette dan esen vanila ke dalam mangkuk mixer. Pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksima
 
Kemudian masukkan susu segar, baking powder dan tepung gandum. Pukul lagi dengan kelajuan maksima.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
Masukkan setiap adunan tadi ke dalam piping bag
Sediakan papercup yang telah dimasukkan ke dalam acuan lompang
(supaya apam tak melepek nanti)
Picitkan adunan ke dalam papercup (setengah jer)
Letakkan filling di tengah2 (buh jem dalam plastik yg ditebuk, senang sikit ;D)
Picit lagi adunan yang berbeza warna sehingga 3/4 papercup
Kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan or buat ler rekaan anda sendiri.

 
Lastly, kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15 minit.
 

Tada.... dah jadi... Sally suggest u ols pakai 1 lapis je kukusan.. klu 2 tingkat tu yang tingkat kedua.. air menitik.. tak lawa... klu selapis jer.. confirm lawa...

Selamat mencuba...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops