Showing posts with label Reading. Show all posts
Showing posts with label Reading. Show all posts

Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah

Perghhh... akhirnya abis jugak novel Siti Rosmizah 1055pages ni.. Actually dah 3 ari lepas abis baca.. tp x sempat nak wat review.. arini cam tenang sket dan ada kerajinan nak berblog.. Agak azab jugak ler nak menghabiskan novel ni.. lenguh tangan noxx.... Byk cabaran utk abiskan novel SR kali ni... semua posisi ler.. meniarap.. terlentang.. baring... mengiring... duduk... semua gaya ada.. Sally start baca pada 15 Dec... 25 Dec baru abis.. 10 ari jugak ler nak perabiskan buku ni... huhuhuu... cabaran...

Sebelum Sally wat personal review, cam biasa.. meh kita baca sinopsis nyer dulu...

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!

Aper kata Sally?
  • Mmm... kena tarik nafas panjang dulu baru leh wat review... Bukan aper.. Sally rasa dlm byk2 karya SR, novel kali ni kurang mendapat perhatian Sally dan agak memboringkan sikit. Sorry SR.
  • Jalan cerita tidak dinafikan.. agak menarik.. tapi kata-kata or script yang berulang2 membuatkan timbulnya perasaan boring dan tak sabar nak abiskan dalam ertikata bukan xcited nak tau penghujung nyer... tapi terpaksa skip2 coz tak sanggup nak baca ayat yang sama.. Maybe penggunaan ayat yang berulang2 tu adalah motif untuk menebalkan lagi novel ni..
  • Novel tebal ni.. salah satu keburukan dia.. lenguh tangan nak membaca.. dats y ler ambik masa lama sket nak abiskan.. coz tak larat nak pegang bila baca masa baring... mau naik Mr Muscle... huhuu
  • Kalau nak cerita bab kelakar... mmg xder or tak kesampaian... bagi diri Sally ler.. org lain tak tau ler plak kan.. mmm.. tak perasan ler kat mana SR nak selitkan kelakar.. coz xder babak yg Sally tersengeh sendirian masa baca novel ni.. tidak spt novel SR yang lain.
  • Bab sedih plak... maybe jalan ceritanya dari awal sampai abis mood sedih yang cuba ditonjolkan.. so.. sedih yang melampau.. smpi menitiskan air mata tu xder bila baca novel ni... pendek kata... SR tak berjaya membuatkan air mata Sally gugur dgn karya kali ni.. Sedih2 cenggitu jer...
  • Komen watak2 dlm novel ni plak.. mmm.. Dian.. gadis yg lurus bendul... yg mana mula2 tu susah nak gmbrkan perwatakan.. rupa paras.. agak kabur gitu... tak tau nak imagine Dian ni cantik ke tidak.. Sally amat berharap bila time dia nikah dgn Zarif tu.. leh buat Zarif terpukau sebentar ker.. tapi xder plak.. so.. Sally rasa Dian ni biasa2 jer... tapi bila bab2 akhir tu.. SR cuba nak tonjolkan yg Dian tu cantik rupanya... tapi dah agak terlambat dah.. coz Sally dah tak leh nak imgaine yg Dian tu cantik dah masa tu... Awal2 tu.. Dian ni mmg bendul se bendul2 nyer.. lurus sgt.. ada ke org macam tu?? mmm.. rasa sakit hati pun ada.. tapi dah dia lurus sgt nak wat camana...
  • Zarif plak.. lelaki yg hensem tapi tak berhati perut... ok ler watak dia.. tapi jahat yang amat... mm.. bab dah insaf  tu poyo sgt ler plak kan... mayb coz nak tonjolkan yg dia dah insaf ler tu..
  • Sally suker watak Maryam.. kawan Dian tu.. tapi.. si Yam ni agak tak menentu hidup dia... mula2 kerja mcm stable gitu kat KL.. pastu ikut Dian kerja kat KLIA jadi cleaner semata2 nak jaga si Dian.. leh erk.. cenggitu?? pastu kerja ngan Kak Shima plak.. sesuker dia jer.. cam xder matlamat hidup plak.. Yam ni ala-ala takder kehidupan pun yer jugak... coz xder plak kisah2 Yam ker.. mayb SR leh wat selingan.. dia ni bercinta dgn Zul ker.. or ada ler kisah hidup sikit.. drp jadi tempelen cerita pelakon pembantu yg mmg sekadar membantu habis... tapi aper2 pun Maryam ni kawan yg mmg baik..
  • Paling berkesan watak Kamsian dan Dira... dua beranak yg tak berhati perut ni.. Kupasan jalan cerita diaorg pun best ler.. drp mendera si Dian smpi ler pembalasan diaorg... Sally puas hati bab ni..
  • Watak yg best lagi.. Nek Tuk dan Nek Wan... dua2 warga mas ni berjaya ditonjolkan.. Nek Tuk seorang nenek tua yang kaya yang sangat menyayangi Dian.. dan Nek Wan.. nenek kandung Dian yang sentiasa bersama Dian yang memberi dorong kepada Dian waktu susah dan senang..
  • Mmm.. watak Arman plak.. mula2 cam bagus2 jer.. tapi bila part dia rupanya menyimpan perasaan kepada Dian tu yg tak bleh nak terima... cam over sgt plak... kok yer pun.. jgn ler gelojoh sgt.. tp.. watak dia best ler SR tunjukkan dlm novel ni... cam ala-ala duda desperate gitu..
  • Datin Munirah plak... mmg tamak haloba habis... actually jalan cerita novel ni banyak bergantung kepada rancangan jahat Datin ni ler...
So.. overall.. jalan cerita menarik.. kupasan agak berjela-jela dan meleret... ulangan ayat yang sama berulang2...ulang2... ulang2 kali membuatkan pembaca boring... main copy paste ayat sama jer di SR kali ni.... (nak kasi buku tebal ke???) terpaksa skip baca... dialog yg kenkadang memualkan... terutama bab2 akhir bila Zarif nak pujuk Dian balik... 

Berapa bintang kali ni??? 6.5 daripada 10 bintang ler... APer2 pun Sally mmg minat semua novel2 SR yang lain... superbbb.. yg ni jer ada kureng sket... U ols leh ler baca dan nilaikan sendiri.... peace.. :)




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Tuan Rumah Pembantu Rumah - Orkid Edyliyne

Seperti yang dijanjikan.. Sally akan bg review pasal novel Tuan Rumah Pembantu Rumah hasil nukilan Orkid Edyliyne. Novel ni jadi pilihan Sally antara belasan timbunan novel bekal di musim confinement ni selepas Cinta Kau dan Aku... Bukan aper.. coz tgk cover dia.. shantekkk.. dan cool sgt... Tapi kata org.. don't judge a book by its cover... huhuuu... betul ke idak tu????

Sebelum bg review panjang lebar.. aper kata Sally paste sket synopsis novel ni:

"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

Aper kata Sally???

Sorry to say Orkid.. Sally rasa tak leh nak menghayati sepenuhnya novel ni... wpun jalan citer nyer agak menarik.. tapi corak penulisan dan gaya penceritaan tidak sampai... not as my expectation... harapkan cover jer best.. sorry dear Orkid.. this is my personal review.. 

Tak pernah lagi Sally baca novel.. skip byk2 cam ni.. Novel ni.. sampai satu tahap.. Sally hanya baca dialog nyer sajer... Apa yang Sally rasa??
  • Penceritaan yang agak memboringkan... rutin harian Areen or Asha as maid yang sengaja dipanjang berjelakan.. sampai naik muak baca...
  • Di awal pembacaan, Sally rasa pening pun yer gak... sekejap 10 tahun sebelum... pastu 9 tahun setgh selepas... huhuuhu.. nak buat kelainan agaknyer...
  • Sally rasa penulis amat meminati drama Korea... fanatik sgt.. ataupun cuba nak create satu novel untuk peminat drama Korea... penulis kena faham.. tak semua pembaca novel suka drama Korea.. di mana Orkid menyelitkan lagu2 Korea... kata2 Korea.. yg mana bila Sally baca.. Sally rasa ntah aper-aper ntah... huhuuu... serabut pun ader..
  • Jalan citer best... tapi cara penceritaan yang agak kosong dan bersahaja...
  • Baik giler si Puan Sri tu... ader ke dlm dunia ni Puan Sri macam tu.. smpi maid pun disuruh panggil dia mama... huhuuu... tak masuk akal... Maid bleh layan TV.. leh lawan ckp majikan... siap leh gaduh2 lagi... huhuuuhuuu...
  • Time bab kelakar tu... tak mampu nak gelak pun... bab sedih pun x kesampaian.. huhuu.
So... pendek kata.. Sally skip2 jer la.. tu pun ambik masa 5 hari nak abiskan... coz xder mood nak baca.. huhuu.. next novel plz...

Brapa star nak bagi ni??? huhuuuu... 4 out of 10 stars... Sorry Orkid.. tak sampai ler...
 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


CINTA Kau dan Aku - Siti Rosmizah

hmm... actually semalam lagi dah abis baca novel ni... tapi arini baru sempat nak wat review.. saper kata dlm pantang byk masa.. sibuk jugak... cepat jer siang.. cepat jer malam.. ada ajer benda yang nak dibuat.. huhu...

So, petang ni Sally wat review seperti yang dijanjikan... yang pastinya karya Siti Rosmizah tak pernah menghampakan... cam biasa.. sebelum kasi review.. meh kita baca sket sinopsis nyer kat kulit buku yang lain dari novel2 lain.. biasanya sinopsis as rumusan jalan cerita.. tapi kali ni Siti Rosmizah mangambil petikan beberapa perenggan daripada novel ini sendiri.. meh layan..

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Apa kata Sally:
Novel yang mempunyai 684 mukasurat ni mampu membuat Sally tersenyum dan menangis sendiri.. Kata mama tak elok baca buku emotional nangis2 dalam pantang ni.. Tapi nak wat camana... bila dah baca tu tak boleh stop.. dan Siti Rosmizah mampu membawa pembaca ke alam novel di mana terasa diri ni part of the story... mmg terbaikkkk...

Bacaan pada separuh pertama isi cerita... kita hanya akan tersenyum dengan keletah Farisya (watak utama dlm novel ni) yang digambarkan sebagai perempuan tomboy yang berambut panjang.. cute dan comel.. mempunyai lesung pipit di pipi... putih gebu kulitnya.. yang mampu menggoyangkan hati semua pemuda termasuk Farish Hakimi CEO FF Holdings...

Bermula dgn menjadi driver kepada CEO company besar itu.. akhirnya mereka berkahwin dan segala dugaan dan pahit maung kehidupan berumah tangga di lalui setelah bergelar isteri.. dengan kehadiran Farah dan juga Suraya yang tidak boleh menerima hakikat yang Farisya merupakan isteri kepada Farish Hakimi..

Tak nak buat banyak sangat kupasan.. u ols bleh baca sendiri... nnt tak besh plak... tapi mmg tak nyesal ler baca... meleleh air mata.. air hidung baca babe... 

So.. sebagai kesimpulannya.. Sally bg 8 out of 10 stars... Tahniah Siti Rosmizah.. Review Sally:
  • Sally suka semangat setia kawan Farisya, Milah dan Zack Kapcai.... Paling suka Zack Kapcai.. slamber.. bendul.. setia.. suka tolong kawan...
  • Cikgu Zul yg mmg baik tu... mula2 tak brapa setuju Farisya nak bersama dia.. coz hati Sally tetap Farisya dan Farish Hakimi.. tapi bila dah tahu akan keikhlasan CIkgu Zul tu.. mmm.. ada ker lelaki macam tu kat dunia ni??? bahagia betul...
  • Sally tak suka betul dgn perangai Farish Hakimi yang membabi buta tu.. ambik tindakan tak fikir panjang.. mulut lak cam celupar jer... mmg tak patut dapat peluang ke 2 pun... dah mengata macam2... pelempang.. tolak dan sebagai nyer.. klu Sally ler dpt laki macam tu... huhhh.. jgn harap nak baik balik.. naisb baik Mr Hubby jentik pun tidak.. hehehhee... Tapi SIti Rosmizah pandai membuat garapan cerita smpi kita naik benci kat Farish dan geram giler scene malam yg dia penampar Farisya dan masa dia tolak tu.. Scene tu mmg rembesan air mata ni tak boleh nak berenti... sedih sgt... macam Sally plak duk kat tempat Farisya...
  • Suka gak bila Farisya u pernah jadi model dan terlibat dgn dunia modelling lepas penceraian tu..
  • u ols jgn pikir sgt pasal logic cerita.. layan kan jer.. coz mcm ada gak ler part tak logic kan.. mula2 lagi pun agak tak logic company besar ambik pompuan jadi driver.. umur 20 tahun lak tu... klu nak kira walau lelaki 20 tahun skali pun.. xder company yg nak ambik jadi driver... huhuuu.. tapi bleh ler nak wat jalan citer kan...
  • Pastu... dalam citer ni byk lak bab-bab hujan dan guruh... huhuuu...
  • Lagi part Mak Timah.. dialog yg sama diulang.. Mak Timah kau ke Mak Timah aku... merujuk kepada perbualan Farisya dan Milah coa dua2 tu mak nama sama.. huhuuuu
  • Part paling best.. bila 1st time Farisya jumpa family farish yg dtg dr UK.. jumpa atuk dan nenek.. mm.. best jer part tu.. aku menggambarkan yg si farisya tu simple tapi cantik giler masa tu... hmm.. so sweet...
  • Bab yg gabra sket bila Farisya ingat si Farish tu yg kena langgar lori.. huhuu.. berkesan...
So.. u ols nak tahu dan nak feel sama macam aku.. baca ler sendiri erk.. tapi mmg berbaloi baca... besh.. behshhhh...

 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bila mama ke POPULAR...

Hari ni pepagi lagi dah kemaruk Hot Latte.. huhuu.. so, dgn perasaan yang malas2 rajin gitu.. lepas breakfast jer Sally ke Ampang Point... mmmm.. aper lagi Hot Latte Starbucks satu.. huhu... and anak mama nak ice cream.. hujan2 ni... mama beli Dunkin Donuts jer laa...

Dah lepas dapatkan latte tu.. ternampak plak Sale Popular Bookstore kat ruang legar Ampang Point tu... most of d novels sale up to 25% gitu... Sally yang dah rasa sakit pinggang tu... malas lak nak bersesak kat bhgian novel.. biar ler anak2 dara duk busy memilih novel.. ada yg baca sinopsis belakang kulit buku mengalahkan baca abis sebiji buku.. huhuu.. so... Sally beralih ke children section.. cari buku untuk anak mama lagi bagus..

Adelina mmg suka buat exercise... lagi pun next week nak exam.. Sally tak ler nak tekankan sgt exam tu.. wpun sally tahu dia mmg x nak langsung buat revision BM.. yg lain2 ok.. English.. Science.. Math.. mmg ok ler.. tapi bab Bahasa Melayu jer.. malas... org cakap 'Arnab'.. dia mula ler marah org... "No.. Its Rabbit mama.." Klu gmbr api tu.. then.. kat buku tu dah tulis _ P I... first letter dia akan tulis adalah 'F' for fire.. huhuuu.. nak wat camana tu... Buku2 yg teacher bagi untuk revision dia langsung tak minat nak buat.. coz buku tu semua dah complete.. siap tulis dan kaler dah.. buku exercise yg diaorg buat kat sekolah.. she said.. "all done mama" ... dia mesti nak buat exercise kat buku baru jugak... So.. Sally belikan ler dia buku2.. Adelina mmg rajin and Sally tgk dia rajin buat maths... huhuu.. cam mama jugak... suka Maths.. SPM mama Maths dpt 1 okay.. hehe.. berlagak jap Jah...  

Adelina can master addition and subtraction too... She can understand the nature of adding and taking away. She will use her fingers to calculate it... but from 1 - 10 jer laa.. ok wat.. for 4 years old kid. Sally jugak dah jinakkan Adelina guna abacus yg we ols beli kat IKEA.. 
Bagus gak benda ni... tapi dia cepat nak memain.. kira2 jap.. pastu nak main jer.. so, guna fingers lebih senang.. Sally beli byk buku for Adelina bukan aper.. bekal untuk cuti sekolah.. Lagpun we ols nak balik Kelantan nanti.. takder ler dia main jer.. bleh buat exercise kat umah Ma Tok nnt... huhu.. cuti sekolah 2 bulan ler mama... Feb balik KL baru masuk skul balik... Kat Kelantan Smart Reader kat Kota Bharu.. Jauh sgt dr rumah Ma Tok.. tadika berdekatan?? hmmm... takut anak mama dapat kejutan budaya plak.. plan nak hantar dia kelas Iqra' jugak... tak tahu ler dia ni faham ke tak nnt kalau ustazah suruh baca.. huhuuu.. 

Mmm.. ni dia buku2 yang Sally beli untuk Adelina..

Set buku, gambar yg atas ni mmg bagus sgt.. dalam RM15 jer satu.. buku dia agak tebal jugak.. dan exercise dia pun menarik... Adelina mmg suka buat.. mama pun happy tgk anak mama semangat buat exercise...
Set buku ni plak.. agak simple sket.. Sale tadi, Sally beli 10 biji.. dapat RM1 jer satu.. murah giler kan.. pergi ler u ols borong buku kat POPULAR sale tu... giler jap tgk buku anak2..

Balik jer dari POPULAR, we ols try buat a few pages for each book.. dia mmg suka sgt.. Maths mmg power ler.. bab Science pun.. surprisingly she can match photo and taste... she can differentiate feelings.. smell... huhuu... mmg worth it mama hantar kat Smart Reader Kids.. and give Adelina ipad.. She learn a lot from ipad too.. bukan setakat main game.. puzzle jer.. she love documentary from youtube and all the learning zone.. well done anak mama.. i am proud of you sweet heart.. see... she can label each part of our body... :)




Adelina ni jugak.. ada bakat seni terpendam rupanya.. she can draw a face.. tgk ler semalam.. lukis muka mama... huhuu... macam Mr Potato pun ada gak muka mama jadinyer...She can draw a tree, bird and house... hehehee..


Mmmm... sebelum balik dr POPULAR sale tadi.. Sally ternampak lak Diary of a wimpy Kid..takkan untuk Adelina jer kut... mama tak der... huhuu.. koleksi Diary of a wimpy Kid mama baru ada 3 jer.. so.. grab d next one...'Dog Days'.. 25% disc from RM29.90 okayyy... huhuu.. i think another 4 books to collect... nak beli semua tadi.. lari bajet plak..hehehee







U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul

Novel ni Sally dah baca hampir 3 bulan lepas.. tapi lupa lak nak bg review... bukan aper.. masa tu tgh busy dgn pindah rumah... dah abis baca tu.. masuk kotak.. kemas2 brg tadi, terjumpa lak novel ni.. Dah ler pinjam kat Neeny.. huhuu.. lupa nak pulangkan balik... Ya Ampun tun punyer novel... hehhee

So, dah ternmpk tu.. teringat lak tak bg my personal review lagi pasal novel ni.. sebelum tu.. kita layan sinopsis dulu..
 
Sinopsis belakang kulit buku

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA

Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL

Brapa lama Sally ambik masa nak abiskan novel ni??? 3 hari babe... 858 mukasurat.. Harga kat Popular RM28. Mmm... Nak tulis review pun kena belek2 sket coz dah lama baca.. lupa lak jalan citer nyer.. Yg pasti.. Sally mmg menangis ler jugak baca novel ni.. huhuuu...

Dah baca, aper kata Sally:
  • Jalan cerita yang memang berlainan.. Mmg kahwin paksa jugak.. tapi kelainan tu ada di mana dipaksa kerana ter'tangkap' basah atas planning org lain... Saling tidak mengenali antara satu sama lain... huhuuu... Mula2 baca Sally try untuk memahami.. Agak2 samar pada pemulaan pembacaan tapi at last.. clear jugak ler...
  • Sabrina ditangkap basah dgn Badrul di mana si kawan Sabrina yang rancang coz kawan yang makan kawan tu nak sgt kat boypren Sabrina.. tapi dia rancang tangkap basah dgn lelaki lain.. tapi ter'tangkap' basah dgn Badrul plak... dah jodoh kan...
  • Sally mmg cukup benci dgn watak si Maria.. kawan makan kawan tu... tergamak dia buat cam tu kat Sabrina... gilos betul.. gara2 nak sgt dekat si Ikmal, pakwe Sabrina tu... bespren ok.. 1 pejabat.. 1 rumah.. leh buat mcm tu... huhuuu... mmg ramai gunting dalam lipatan cam Maria skrg ni... aku cukup benci..
  • Ikmal pun satu... bagi aku dayus.. terlampau dayus.. terima jer bulat2.. dipermainkan Maria.. kesian Sabrina.. saat dia perlukan Ikmal.. masa semua org tuduh dia.. dia perlukan tempat bergantung.. tapi masa tu Ikmal pun turut menuduh dia.. huhuuu... menchiiikkk...
  • Nasib Sabrina berubah bila kahwin dgn Badrul.. Mak mertua of coz ler tak suka.. Badrul apatah lagi... coz dia sangka Sabrina sajer nak perangkap dia untuk kahwin dgn anak Datuk.. huhuu... Naib baik bapak di si Datuk Hamidi tu leh gak ler terima Sabrina seadanya...
  • Kehadiran Dayana.. kekasih Badrul tu mmg membebankan.. Pompuan moden yang mengejar kerjaya tu... yg mulanya x nak kahwin coz nak berjaya dlm kerjaya dulu.. akhirnya menjadi isteri ke2 Badrul kerana ego... akhirnya.. huhuuhuuu... ia sedikit sebanyak membantu Badrul menilai yang mana kaca dan yang mana permata...
  • Sedih tau bab Sabrina makan hati setiap kali tgk husband dia dgn si Dayana tu wpun pada awalnya dia yg besetuju dgn perkahwinan itu..
  • Sally suka bab gaduh2 kecil Sabrina dan Badrul...
  • Sallu juga suka bab Sabrina lari dari Badrul.,.. haaa.. masa tu baru dia merasa kehilangan sesuatu yang berharga...
  • Paling Sally suka bab Sabrina pergi bersemuka dgn Maria... lepas tembelang nyer pecah.. Padan dgn muka Maria tu.. Aper jadi dgn Maria..??? u ols bac aler sendiri..
  • Pendek kata mmg best ler citer ni... u ols g ler dapatkan novel ni... superbbb..
Brapa rating sally nak bagi pasal novel ni??? 7/10 okiesss...
 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Rindu Tanpa Kata - Ain Marissa

Novel ni Sally ambik sekali dgn Aku Bukan Mistress - Acik Lana daripada Neeny.. Cuma, pilihan Sally untuk membaca ABM dulu coz Neeny kata ABM lagi best dr RTK. Untuk start citer ni.. selalu tertangguh memandangkan byk benda yang nak kena buat lately ni.. urusan rumah.. urusan kerja kat opis.. macam2 benda.. so.. hari ni adalah hari yang paling sesuai untuk aku buat marathon Novel yg mempunyai 537 muka surat ni. Sally habiskan novel ni dalam masa lebih kurang 6 jam jer.. betul2 marathon ni... Hari ni mmg x bukak notebook, tak tgk tv langsung.. berenti makan, solat dan mandi jer.. lain2 layan si adelina jer klu dia ada bertanya.. sepanjang tempoh sally buat marathon RTK ni.. Adelina dah disogok dgn 2 CD  Mickey Mouse baru.. dia pun elok jer layan CD... heheheee...

Ok.. berbalik kepada RTP, aper kata kita tgk dulu sinopsisnyer memandangkan ni adalah karya Ain Marissa yang pertama Sally baca. Normally buku2 yg Neeny suggest ni jalan citer mmg best.. 


So.. layan sinopsis dulu:

Sueraya, gadis lembut yang periang. Walauun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbit dihati untuk membenci ibunya. Persoalan bermain diminda, mengapa aku disisihkan? Mengapa aku di benci? Namun ianya berlalu tanpa jawapan yang pasti.....Perlukah Sueraya bertanya lagi?

Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad...Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.

"Hisy...tak naklah Firr. Macam mana nak kahwin dengan dia, mak? Firr pun tak kenal dia, ini baru pertama kali tengok dia, dalam keadaan macam tu pulak... Sesiapa pun akan terfikir banyak kali mak, kalau nak kahwin dengan dia, lagi pun Firr dah ada orang lain dalam hati Firr."

Emilia gadis yang diimpikannya, hanya dia ratu hatinya, hanya dia cinta pertamanya.
"Ya Allah, jika aku boleh berkata-kata, ingin kuucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada insan-insan yang menyayangi diriku. Firrhan, walaupun Sue tidak mengenali dirimu, maafkan Sue di atas segala yang berlaku.Maafkan Sue!"

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, namun percayalah keikhlasan doa dan keagungan kasih akan merubah takdir.

Buku ni terbitan SR Publication gaks.. So, biasanya, terbitan SR Publication ni mmg tak menghampakan.. apatah lagi klu Siti Rosmizah sendiri... terbaekkk... 

Lepas baca novel ni, aper kata Sally:
  • Jalan cerita yang menarik. Penjelasan watak satu persatu dan mudah difahami.
  • Plot cerita yang menarik cuma setiap scene yang direka, Sally dah boleh mengagak apa yang terjadi disebaliknya.. Dari awal lagi Sally dah boleh agak penyebab lumpuhnya Sueraya. Bab ayah dia akan kahwin dgn Ibu Milah tu pun Sally dah bleh agak.. tak byk rahsia sgt ler citer ni.. sumernyer dah bleh agak...
  • Cerita ni tidak menggambarkan kehenseman dan kejelitawan yang melampau.. So, bg Sally Sueraya, Firrhan mahuan Dazlyn.. cam kecantikan dan kehenseman yang biasa jer..
  • Banyak iktibar yang boleh diambil daripada cerita ini. Seorng ibu dan isteri yang hanyut, mengabaikan tanggungjawab dan terjerumus ke lembah hitam dan akhirnya bertaubat sesudah kehilangan segalanya... Ia digambarkan oleh watak ibu Sueraya, Puan Sri Olida.
  • Seorang suami yang tabah, ayah penyayang digambarkan oleh ayahnya Datuk Sri Mustafa.
  • Seorang anak, kakak, isteri yang sehebat Sueraya.. Mmmm.. kalau Sally tak tau ler dpt maafkan ke tak klu dpt adik mcm si Sarah tu.. 
  • Keterlanjuran muda mudi, kebebasan hidup dan permainan dalam rumah tangga yang agak berat ditonjolkan dalam novel ini. Tapi at the end, semua org berubah  dan kembali ke pangkal jalan.
  • Pembantu rumah yang terlalu baik hati ditonjol oleh Mak Minah dan Pak Hassan.. yang akhirnya menjadi besan Datuk Seri. Kemuliaan hati Mak Minah mmg luar biasa.. sampai sanggup minta anak sendiri menikahi Sueraya yang terlantar sakit.
  • Mmm.. byk scene kereta rosak dalam citer ni.
  • Watar Earliana tu boleh diperkemaskan lagi.. Agak longgar disitu.. kalau tak der pun tak per... tapi kalau dah diadakan.. patutnya kasi strong sket..
  • Mmm.. ada ke org yg sanggup kahwin dgn org yang macam mayat hidup jer.. wpun kahwin hanya pada nama sajer... tapi.. keputusan berat tu... tapi bila si Sue tu dah pulih.. dah cantik baru ler si Firr tu nak kan... klu jalan citer dia... Firr ni mmg baik giler... si Emy tu tak der.. lagi best rasanya.. huhuuu... sesuka aku jer... dah ada scene awal2 tu mcm si tanggang pun ada si Firr ni.. nasib baik, balik kg terpikat balik dgn Sue.. klu tak.. dah nak jadi tanggang tu.. bila dpt kerja KL pun, mak kat kg dilupakan...
  • Scene2 romantik tak kesampaian sgt... Scene Sue bercuti ke padang tu pun tak memberi apa2 makna... scene ke langkawi family day tu pun.. cam tak der makna jer.. ingatkan cinta berputik kat sana ke... huhuu..
  • Mmm.. nangis tak baca cerita ni?? mmm.. wpun jalan cerita menarik.. susun atur yang teratur.. pertelingkahan ibu dan anak.. tapi tak mampu mengalirkan air mata Sally.. Biasa-biasa jer..
  • So.. sally bagi 6 out of 10 stars..




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Hansel and Gretel

Malam ni anak mama macam manja plak dgn mama.. lepas mama mandi jer.. anak mama ajak sleep.. tetiba terperusuk masuk bawah ketiak mama.. Mama pun mula ler bercerita dekat anak mama.. yang walhalnyer.. mama pun mata dah nak tertutup.. Mama baca story book Hansel and Gretel via ipad... Anak mama diam jer.. sampai ler ke habis cerita nyer..

Lepas tu anak mama si Adelina pengarang jantung mama tu pun tarik bantal peluk dan terus tido.. Si princess ni kalau nak tido mmg x leh tahan sesaat pun.. tetiba jer tido pengsan tak sedarkan diri.. huhhh.. babah cakap dua kali lima dgn mama nyer ajer.. kwang..kwang..kwangg... tambah2 klu dlm keter.. hehheee

So, lepas princess tido, mama kuar dan sempat berblog sket.. bukan aper.. rasa best lak citer Hansel and Gretel tu... lepas Sally bercerita kat Adelina.. meh sini nak bercerita kat u ols plak.. tak besh plak in English kan... meh sini Jah aku citer kat kau dlm bahasa ibonda kita yg ku rojakkan dan grammer yg tak berapa nak betul ni..

Citer ni aku ingat dulu mmg sampai berkali2 ler aku baca.. klu x baca buku dia pun dah bleh hafal jalan ceritanya.. Ni aku tepek gambar yg aku copy kat pak cik google.. Tgk gmbr dulu baru ada feel baca citer yg Sally nak karang kat sini...

 

So..  citer nye rbegini...

Suatu masa dahulu, dua beradik bernama Hansel dan Gretel tinggal di dalam hutan. Bapa mereka ialah seorang pemotong kayu yang miskin. Ibu tiri mereka seorang yang jahat.

Suatu hari, ibu tiri menghasut suaminya untuk menghalau Hansel dan Gretel disebabkan mereka kini kehabisan wang dan makanan. Dia mengatakan Hansel dan Gretel perlu mencari makanan sendiri di hutan.

Setelah dibawa ke dalam hutan, ibu tiri memberikan sedikit roti kepada mereka dan berpesan. " Tunggu di sini, aku akan kembali." Mereka menunggu tetapi ibu tiri tidak lagi kembali.

Apabila malam tiba, mereka tidur di bawah pokok. Keesokan paginya, mereka memakan roti masing-masing dan cuba mencari jalan pulang. Tetapi, laluan di dalam hutan tebal itu kelihatan serupa. Mereka telah sesat!

Setelah lama berjalan, mereka semakin letih. Tiba-tiba, mereka terlihat sebuah rumah kecil yang dibina daripada kek, biskut dan manisan! Mereka mengopak rumah itu dalam cebisan kecil untuk dimakan. Tiba-tiba, terdengar satu suara. "Siapakah yang sedang makan rumahku?"

Itu suara ahli sihir! Ahli sihir menangkap mereka. Dia mengurung Hansel dan Gretel untuk dimasak dan dimakan! Dia menyuruh Gretel memungut kayu api manakala Hansel menolongnya untuk memotong sayur dan perencah untuk memasak kedua-dua beradik itu. Dia kemudiannya menyalakan api di dalam ketuhar.
Sambil memotong bahan2.. ahli sihir tersebut mengarahkan Gretel untuk melihat sama ada ketuhar telah panas atau tidak.. Gretel mengatakan bahawa ketuhar masih sejuk.. Buat kali ketiga ahli sihir itu mengarahkan Gretel memeriksa sama ada ketuhar telah panas atau tidak.. jawapan yang sama diterima.. Ahli sihir menjadi bengang dan dia pergi hendak memeriksa sendiri keadaan ketuhar tersebut. semasa dia membongkokkan dirinya untuk memeriksa ketuhar, Gretel telah menolak ahli sihir tersebuut ke dalam ketuhar dan menutupnya.. Mati lah ahli sihir tersebut di dalam ketuhar.

Dua beradik itu merasa sungguh gembira dan tinggal lah mereka berdua di dalam rumah yang dipenuhi coklat dan makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak sampai bila-bila... 

Huhuhuhu... x kena penyakit kencing manis ke dua beradik ni...??? Seorg pun tak tahu cerita mereka lepas tu macam mana... hahahhaaa

Untuk entri ini, aku malas nak buat kesimpulan lebih panjang lagi...
Sekian entri kisah dongeng barat... nnt di masa lain.. aku buat entri kisah dongeng Malaya plak.. hehehhehee



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops