Showing posts with label Puspanita BSN. Show all posts
Showing posts with label Puspanita BSN. Show all posts

Puan Sally bleh goyang kaki

Hahahaa.. setelah hampir sebulan setengah tanpa bibik.. akhirnya.. penantian itu telah berakhir.. Puan Sally akhirnya kembali ke alam "goyang kaki".. best... best... bleh ler slalu update blog dab aktif berFB balik... hehehee..

Banyak nak citer ni... citer cam mana dapat bibik... dan tak lupa gaks citer trip Puspanita ke Redang... dimulakan dengan citer Redang dulu.

25 Mac 2011 (Jumaat)
Sally, as the organiser for Redang Trip. Pukul 10.00mlm we ols bertolak dari Wisma BSN. Seramai 71 orang turut serta dalam aktiviti kali ini. 2 bas terpaksa digunakan. Satu bas Bank dan lagi satu bas persiaran luar yang disewa khas. We ols samapi di Terengganu lebih kurang pukul 5 pagi. Setelah rehat jap kat Masjid Terapung, KT dan selesai sembahyang subuh di sana, kami ke kedai Nasi Dagang yang tersohor di KT. Kedai ni pernah masuk paper kata mereka kerana terkenal dengan nasi dagang yang sedap dan harga pun mahal melambung... tapi apa nak buat dah mmg nasi dia sedap. Nasi dagang sejemput, lauk pun cinonet, harga RM3.50. Tak pakai pinggang plak tu. Dihidang atas dauh pisang jer.. sempoi.. Sally memang tak makan nasi dagang... kata mereka, nasa dagang dia best. Sally makan bihun dengan ikan tongkol sambal. Rasanya bleh tahan.. Mmg sedap dan menepati citarasa. Tapi harganya.. mak aiii.. Kuih muih kat kedai tu tak ler sedap sangat. Layanan mmg out. Tuan kedai tu macam nak marah pelanggan jer... huhuu.. tobat tak g dah kedai tu. Nak masuk toilet pun tak kasi.. sengal betul.


26 Mac 2011 (Sabtu)
Pukul 8.30 pagi, we ols jumpa wakil yang menguruskan semua tempahan iaitu Nazir. Setelah siap pembelian tiket feri dan tiket marine park, we ols pun bertolak ler ke Pulau Redang. Keadaan ombak agak bergelora dan tinggi. Sally dah terasa huyung di dalam feri. Ku lelapkan mata. Tak mo layan sangat gelombang di dada. Majority peserta muntah2.. ada yang sampai lembik. Memang mencabar naik feri. Sampai berdekatan pulau, we ols dipindahkan naik boat lain untuk dihantar ke daratan. Berpijak je di Pulau Redang, keadaan berubah.. Keseronokan datang tiba-tiba. Semua peserta excited abis... We ols check in kat Redang Lagoon Resort. Bagi kengkawan yang ada bajet lebih bleh ler menginap di Laguna.. Hotel dia cantik bangat... Tapi bg Puspanita, Redang Lagoon dah memadai. Owner dia orang Kelantan. Aunty Fatimah  namanya. Sangat peramah orangnya. Hidangan disediakan hasil air tangannya. Sangat sedap.. Makanan mmg tak kedekut. Lauk pauk tak putus.. Layanan bagus. bleh ler bagi 8/10... :)
Bilik resort mmg ok. Cuma punca air sahaja yang kecil. Ada water heater dan air cond. We ols duduk 3 org sebilik. Sally, Diana & Neeny. Diana ditempatkan di leteng bilik sementara Sally & Neeny di tingkat bawah dengan katil bersaiz Queen. Bilik di loteng hanya dibekalkan dengan tilam bersaiz Queen. Diana bantai golek sengsorang kat atas tu.

Lepas check in dan makan tengahari, we ols mulakan dgn trip snorkeling yang pertama. Kami di bawa ke satu port yang cantik dan banyak ikan. Open sea trip. Di sini, kami diturunkan di tengah-tengah laut. Terapung dengan dibekalkan life jacket dan snorkeling set. Di sini satu xcident yang sangat kelakar terjadi. Kak Siti, peserta pesara kita telah kehilangan gigi palsunya. huhuuu... gigi palsu jatuh ke dlm laut.. Dia bgtau Sally... mmg kesian.. tapi Sally tak dapat menahan gelak masa tu terus tergelak besar... kesian Kak Siti... Tapi, most of the peserta masih lagi takut2 pada trip pertama itu.

Setelah balik ke resort, kami dihidangkan dengan makan petang. Selepas makan petang, aktiviti bebas. Ada yang mengambil peluang untuk bermain di pantai.. kejar mengejar ombak.. ada yang bermain galah panjang, ada gak yang posing tak abis.. (aku ler tu), ada yang bermain pasir pantai yang memang halus memutih... mmg best.. ada gak yang berayun di buaian... sungguh nyaman...

Malam itu, setelah selesai makan malam.. kami lepak sajer.. borak2 dan merancang aktvt keesokan hari nya. Ada jugak yang pergi melayan life band di Laguna.. menikmati dessert di sana.. tapi bg kami AJK, sibuk dengan aktvt esoknya. Hampir pukul 12 malam kami balik ke bilik masing2 untuk melelapkan mata.

27 Mac 2011 (Ahad)
Pukul 7 pagi, kami bangun dan siapkan diri. Lepas breakfast, sesi poco-poco menjadi pilihan. Pukul 9 pagi, trip ke 2 snorkeling berlangsung. Kali ini kami dibawa ke marine park. Di sini, ikannya lebih cantik tapi sayangnya air berarus deras. Agak kepenatan sedikit. Tapi mmg best. Balik dr snorkeling, kami dihidangkan dengan makan tengahari. Selepas lunch, ada yang menyertai trip snorkeling ke3. Tp, bg Sally cukup ler 2 trip sahaja. Pada petang itu, Sally mengambil keputusan untuk berbuai di hammock. Sungguh nyaman sekali. Tak sangka Sally boleh terlena di situ. Bangun jer, Sally terus ajak Kak Niza untuk shopping souvenir sedikit sebyk utk dibawa balik kpd teman2 yg disayangi... khasnya Awin yang byk membantu, Nisha, Nasha, Nik dan yang paling disayangi Ibu Mertuaku. Anakanda tidak dilupa.

Lepas tea break, aktvt diteruskan dengan sukaneka pantai. Semua ahli bergembira dan aktvt ini sungguh meriah dan berjalan lancar. pelbagai permainan di atur. Ada mummy wrap, pecah belon, tarik upih, lari ikat tangan, dan banyak lagi.

Pada malamnya, sesi BBQ diadakan. Kena bakar sendiri. Spt biasa, AJK yang sama buat kerja.. dan AJK yang baik hati itu adalah Neeny, Diana, Sumathi.. Pn Azian pun tolong bakar2 gaks.. AJK lain.. makan jer laa... huhuhuuu...

Spt biasa, Sally emcee pd malam itu. Selain drp pengumuman pemenang bg aktvt sukaneka, ada juga sesi game ringan pada malam itu seperti musical chair dsb. Selesai game, kami dihiburkan dengan sesi karaoke oleh ahli2 Puspanita yang sporting abis...

28 Mac 2011 (Isnin)
Keesokan harinya.... tibalah masa untuk bertolak balik. Tak semena-mena hujan turun dengan lebat.. Ombak makin besar dan bergelora seperti perasaan kat dada aku jugak... Feri terpaksa delaykan perjalanan kami kerana ombak semakin mengganas... Semua peseta jadi kalut. Masing2 siap berbaju hujan yang diperbuat daripada plastik sampah... Saper yang untung di sini? Mak sik jual plastik sampah.. 50 sen sebiji. Kalau dah sorang beli samapi 4 biji.. bayangkan ada 73 orang.. sekelip mata bisnes plastik sampah meningkat apabila demand meningkat tinggi.. huhu... bukan setakat bag dibalut plastik.. orang pun dibalut plastik coz we ols majoritynyer tak bawak payung... tu ler.. degil.. tak dgr cakap org tua-tua... sediakan payung sebelum hujan... :)

We ols sepatutnya naik feri kul 11.. tapi pukul 12.30 baru ler bleh bertolak balik. Feri plak tidak dapat menghampiri pantai kerana ombak terlalu kuat.. we ols terpaksa menaiki tongkang untuk ke feri. Saat ini ler.. aku bagaikan akan berkubur dilautan... tongkang yang kunaik.. tenggelam timbul dalam ombak deras.. mak aiii... dlaam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Bayangan Adelina and hubby silih berganti... Habis semua zikir Allah yang ku hafal meniti di bibir ini.. Mata ku pejam rapat.. Nasib baik ada Neeny yang menenangkan hati. Gelombang tidak enak dan kupu-kupu perut mula berterbangan di dalam dada.. Buah asam menjadi penawarnya.. Samapi sahaja di Marine Park, kami telah di transfer ke Feri. Keadaan masih sama. Aku pejamkan mata sepanjang perjalanan. Doaku hanya satu... sampai ke daratan dengan selamatnya. Dan dengan ini aku berhasrat, next time nak ke Pulau.. naik flight saja lahhhh... huhuuu...

Pukul 2.25 petang kami selamat sampai ke Jeti Syahbandar. Alhamdulillah.... Dah sampai tu.. semangat baru tetiba menyelinap di dalam diri.. wlaaupun gerimis masih menyimbah bumi. Aper lagi... "pasar payang session" ler... Semua yang pening... hilang pening entah ke mana... bila tiba masa untuk shopping.. wanita.. begitulah lumrahnya... Kami ke pasar payang.. habis keropok diborong.. dan aku.. hanya satu tujuan.. mendapatkan sarang pie tee... my hubby's favourite.. Sarang tembaga menjadi pilihan.

Selesai shopping... we ols balik dengan selamatnya.. Tiba di KL pada pukul 12mlm....

Abis sudah cerita Redang.. cerita bibik plak... heheheee... instant bibik...

Sekembalinya aku dari Redang, pening kepala tak hilang lagi... bertambah pening melihatkan baju menimbun tinggi. Ahhh.. biarlah dulu. Aku bukak email.. tengok balik biodata yang aku terima dari Ben. Supplier bibik dari Johor. Actually biodata ni aku dah dapat masa aku kat Redang. Tapi view melalui blackberry rasa tak puas plak.. AKu teliti satu persatu.. mmmm.. ada sorang yg masih tiada majikan. Aku hubungi Ben. Katanya kalau nak, esok dia bawak.. hah... sungguh cepat. AKu terus kol Hubby. Kata putus dicapai.. akhirnya aku bersetuju untuk mengambil maid itu.

Tadi, pukul 1.30ptg, aku jumpa Ben di KLCC... Duit RM6,000 bertukar tangan. Bibik aku dapat tang tu jugak. Ben luarannya nampak macam boleh dipercayai. Apa yang aku suka tentang Ben. tiada deposit. Bibik dah ada, baru dia hantar dan kita terus dapat. BAyaran 6K itu tidak termasuk permit dan fomema. Itu semua perlu diuruskan sendiri. Ben akan menyediakan semua borang dan dokumen yang berkaitan. Aku hanya perlu submit ke imigresen shj. Mmm... ok lahh.. lagi pun agak susah untuk dapatkn bibik sekarang. Gamble ajer laa.. Apa yang aku bleh buat.. berdoa agar bibik yang baru aku dapat ni baik, tidak berperangai, pandai jaga dan main dengan adelina.. dan yang penting.. jangan ler lari lagi.

Nama bibik Jumaati dan umurnya 50 tahun (umur passport). Menurut katanya, umurnya 43 tahun. Kerja boleh tahan... tak perlu ajar banyak.. masak ok... adelina pun ok dengannya... Saper2 yang nak bibik, leh ler hubungi Ben tu. Orangnya baik.. dan kata Ben, dia sentisa ke Indon utk dapatkan bibik. Ben ada blog tau... Aku pun booking maid melalui blognya... http://www.pembanturumahmurah.blogspot.com/

Ni orangnya.. baik.. lemah lembut... cakap pun sporting je.. orang Johor.. wife dia orang Pasir Mas Kelantan.. 1 kampung daaa... Sally rasa Ben ni boleh dipercayai.. korang yang nak maid tu bleh ler hubungi Ben. HAhahaa.. prmote lebih2 lak Sally ni..

Ni dia Ben... Sajer Sally nak share dgn u ols.. hensem orangnya..
Wokey u olss... nnt leh sambung sembag lagi... maklumla dah ada bibik balik.. leh ler kerap mausk blog ni... chaowwsss...






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Hantu Rashidah

Hari ni, Sally dan AJK Puspanita BSN lain bz dengan Majlis Meraikan Pesara OES. Dah plan sejak seminggu lalu. Cenderahati dah beli brooch Kenji for each of d pesara. Catering for Hi-Tea dah booking siap2... Auditorium dah booked.. 2 penyanyi Bank dah siap rehearsal... dan sampai ler ke hari yang ditunggu-tunggu..

Everything goes well except catering datang lambat sket... but we manage to handle it... Nasha, Awin, Fatin and As siap tolong lagi caterer tu siapkan hidangan... Deco paling aku suka.. itu part Nasha.. siap gubah bunga and tabur rose petals kat atas meja and dikelilingi dgn pink & white helium balloons... so sweet... Sally, as emcee terpaksa melengah-lengahkan masa di dalam audi untuk cover makanan yang belum sedia.

4 lagu yang didendangkan oleh 2 penyanyi jelitawan Bank sangat menyentuh perasaan... Sally pun sebak apatah lagi kakak-kakak atau boleh jugak dipanggil ibu-ibu yang bakal bersara... Ada di antara mereka yang mula bertugas di Bank pada tahun 1970an.. Sally tak lahir lagi masa tu... huhuuuu...

Lepas makan-makan, tetamu beransur pulang.. Sally & Kak Arida antara yang balik lambat untuk kemas barang dan settle a few things... We ols angkat barang ke level 19.. Kak Arida yang memang dah diketahui dengan '"penakut"nya... mmmm macam ler aku ni berani sangat... hehheee... yer laa.. dia minta Sally teman ke toilet.. Sally pun pergi ler... Lepas tu balik ke tempat masing2, kemas barang untuk bergerak pulang... Tetiba berjalan Pn Rashidah di depan mata... Sally menyapa.. "Hah Kak, tengok Pn Rashidah ni... berani jer.. sorang2 tak balik lagi..." Sambung Kak Arida,"Dia tak per, kuat..." Pn Rashidah menjawab dengan slambernya.. "Nak balik jugak ni..." dan beliau pun berjalan menuju ke lift... We ols berdua menyusul kemudiannya... Sebelum pintu lift tertutup.. We ols sempat mencelah masuk dengan balloon2 untuk anakanda masing-masing... Perbualan ringan mengisi kesepian di dalam lift.. Borak2 sampai le ke level G.

Kak Arida keluar lift dan diikuti oleh Sally.. Sally terus berjalan tanpa memandang ke belakang sambil menyapa guard yang bertugas malam tu.. Tetiba Kak Arida bertanya, "Mana Rashidah?" Sally berpaling ke belakang dan ternyata Pn Rashidah tiada di situ... tiada dibelakang... Sally mula memanggil... "Pn Rashidah.. Pn Rashidah...." Tiada yang menyahut.. Guard tu menyapa.. "Panggil siapa?" "Pn Rashidah," jawab Sally... Guard tu bersahaja menjawab dan jawapannya hampir meluluh jantung peparu ini... "Mana ada, 2 orang je yang keluar dari lift tadi".... Sally dan Kak Arida berpandangan.... Muka Kak Arida berubah serta merta... hati Sally gugup... "Kak... Mana Pn Rashidah?? Dia naik dengan kita tak tadi??".. Kak Arida tidak menjawab semua persoalanku... "Dah Sally... jom balik..." sambungnya... Kami melangkah cepat meninggalkan bangunan Bank.. "Kak... tunggi I kak... huhuuu... cam mana nak drive ni??" Sally mula menggeletar... gugup.. terasa longgar semua sendi... "Kereta you kat mana?" tanya Kak Arida.. "Tu..hujung tu..."jawab Sally... "Kereta I kat sini. Drive carefully Sally. Pasang ayat Quran nanti,"pesan Kak Arida... Sally cuma mengangguk... lidah kelu untuk berkata-kata...

Sally menuju ke kereta sambil mulut kumat kamit membaca semua ayat suci al-Quran yang terlintas di minda... Sally muatkan semua belon ke dalam kereta.. huhhh... tak leh drive cam ni.. hati berdebar .. belon plak block view belakang.. Masa tu rasa nak buang je belon2 kat situ... tapi teringatkan si kecik kat rumah yang akan happy tgk belon banyak mama bawak balik...Sally pindahkan belon ke bonet... Sally mulakan dengan bismillah.... drive balik... sampai di jalan Yap Kwan Seng.. Kak Arida kol.. "Sally, u ok ke?" "Ok kak.. u? Dia naik lift dengan kita ke tadi kak?" tanya Sally tak puas hati dengan apa yang berlaku..."Jgn cakap lagi Sally.. Kita balik dulu..." kata Kak Arida.. "Ok kak... kita drive sampai rumah nnt kita calling2 yer..." sambung Sally... kedengaran ayat2 suci al-Quran di kereta Kak Arida.. Sally pula terasa tambah seram...

Sally drive balik rumah.. akhirnya selamat sampai. Hubby bukak pintu.. Sally ceritakan semuanya... meremang bulu roma saat itu. sally kol Kak Arida.. Dia tak sampai umah lagi... Sally ke bilik air bersihkan diri... then bila keluar, nmpk miscalled Kak Arida.. Sally kol balik..

Cerita Kak Arida.."I kol Nasha tadi.. minta dia kol Rashidah.. tanya dia sama ada di balik dengan we ols ke tadi? Terang Rashidah, memang dia nak lift dengan Sally & Arida then bila we ols turun dia ingat we ols turun level 3, auditorium... so dia terus stay kat dalam... dan lift terus naik balik... dia tak sempat turun..." huhuuuu tu ler kisahnya... lega sikit rasa hati.... Rashidah...Rashidah....buat gelabah jer...

Tapi.. mak aii... boleh le plak cam tu.. Sally dan Kak Arida ni.... mmg dah separuh hidup dah mlm ni... huhuuuuuu...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


India: golden triangle trip-Delhi Jaipur Agra 2010

20 Oct 2010... 6D4N.. India: golden triangle trip-Delhi Jaipur Agra 2010...

It's so, extremely GOOD to be back in Malaysia !!! :)
 
The trip that we've been waiting for has come. I came & conquered!! India was interesting... unique and bcoz of the extra uniqueness... cukup ler hanya sekali...!! Hahahaaa... Mama pun ikut sama untuk trip kali ni. Overall... I especially lurve Agra because of the Taj Mahal.. worth it ler sket rasanya...

People said its dirty, yes its dirty but hey, its something that you need to experience in other part of the world. I'm glad i did. People said it smelly, well....not all the time smelly. Some places were bearable. But of coz u can see people split everywhere... shishi everywhere and also pupu everywhere... yaksss... aku ada gak tertengok... ada gak yang muntah from bus... through window... yarkkss... just forget it... will story u the other beautiful of India...

I feel very proud to be there... Plus i get to go and see one of the wonders of the world....the majestic Taj Mahal. Alhamdulilah, i didn't get any food poisoning or diarrhea...as well as other frens... mayb tmpt yg agent pilih dah mmg best kut.. we ols mmg x makan ler kat kedai2 biasa.. takut... Minum pun air mineral jer.. gosok gigi dan basuh muka pun dgn air mineral tau... Trip we ols byk habis masa dlm bas... coz from Delhi to Jaipur.. and Jaipur to Agra take a lot of times.. almost 7 hours.. dan macam pergi Kelantan from KL plak.. mmg sakit badan jer dalam bas... huhuuu... Scary part: they will honk at each other to ask for ways. A bit scary... Because other vehicles can be so close to each other.

So.. just a review from me:
At Delhi:
- We ols pergi ke Old Delhi.. agak menakutkan untuk Shopping.. tambah lak keadaan yang kotor.. barang mmg murah ler utk shopping.
- We ols ke Jama Mosque... masjid terbesar
then lepas tu terus proceed ke Jaipur

At Jaipur
- Breakfast at hotel
- Visit to Amber Fort, photo stop at Hawa Mahal and elephant ride.
– Amber Fort is known for its unique artistic style, blending both Hindu and Muslim (Mughal) elements, and its ornate and breathtaking artistic mastery.
- Shopping again
 
At Agra
- On the way, stop at Fatehpur Sikri for photo taking
– Fatehpur Sikri is the greatest accomplishment of Mughal architecture, surpassed only in reputation but
not in its beauty and the awe it inspires by the Taj Mahal
- Visit to Taj Mahal
– Built by Muhgal Emperor Shah Jahan in memory of his favourite wife, Mumtaz Mahal. Taj Mahal is one of the 7 wonders of the world as it is considered the finest examples of Muhgal architecture, a style that combines elements from Persian, Indian, and Islamicarchitectural styles.  The experience were surreal and i can't believe i'm here at Taj Mahal (one of the wonders of the world!)

Overall, the food was good, the tours were fantastic, the journey were breathtaking, the experience were invaluable and the shopping was so so...!! 

OK lah. Lets get the pictures to do more of the story telling ya. Well, ada banyak sangat gambar, but i'll just pick and choose.. Here goes.












































































U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops