Showing posts with label Malaysia's News. Show all posts
Showing posts with label Malaysia's News. Show all posts

Prof. Izzi Haji Ali Meninggal Dunia Tengah Hari Tadi


Published on Jun 24, 2016  in Utama & Sensasi

PAKAR motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof. Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12.45 tengah hari tadi.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap strok.

Berita duka ini dimaklumkan oleh anak saudaranya menerusi laman akaun Twitter, Fadednv.

Fadednv turut meminta orang ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarham.

Menerusi semakan Mynewshub di laman Twitter Prof Izzi. allahyarham ada memuat naik gambar melawat jenazah meninggal dunia pada hari pertama Ramadhan, iaitu 6 Jun lalu.

sumber (MYNEWSHUB.CC)

Menerusi kapsyen gambar tersebut, Prof. Izzi turut menulis “walau ramadhan akan ditempuhi, belum tentu melaluinya’ sekali gus memberi makna yang cukup mendalam.

Selain itu, Prof. Izzi turut berkongsi pesanan seorang ustaz pada 11 Jun lalu yang berbunyi “Tika Abu Talib nak mati, kiri kanan ada Abu Lahab & Abu Jahal serta di kaki ada Abu Sufian. Nabi SAW di kepala suruh beriman kepada Allah tapi dia enggan kerana lebih ikut kata-kata TIGA ABU ITU.. matilah dia dlm kafir… Moga kita tak tergolong orang seperti ni.

Allahyarham suatu ketika dahulu sangat popular dengan tagline ‘renung-renungkan dan selamat beramal’ dan sering muncul menerusi radio Hot FM.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan seorang pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM). – sumber (MYNEWSHUB.CC)


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Selamat Pengantin Baru Ustaz Azhar Idrus

Sally memang minat dengan Ustaz Azhar Idrus walaupun tidak pernah hadir ke mana-mana majlis ilmu yang disampaikan olehnya secara live... Sally tak ketinggalan mengikutinya di youtube dan paling tidak akan tersengeh sorang diri bila kelucuan dalam menceduk ilmu yang disampaikan...

Mula2 baca rumusan berita pendek kat FB dan tgk beberapa keping gmbr melalui phone.. huhh... macam tak percaya.. ingat gimik ke aper.. Sally bukak kat lappy nak tgk kesahihan nyer.. rupa2nya pokok tak bergoyang begitu sajer... 

Selamat Pengantin Baru diucapkan... katanya ni yang ke 3... Alhamdulillah... rezeki Ustaz.. rezeki bini2 ustaz bermadu... Ustaz mampu.. dari zahirnya kita dpt tgk akan rezeki ustaz yang melimpah ruah... mampu dari segi didikan agama dan insyaAllah keadilan itu ustaz dapat berikan... Semoga kalian berbahagia.. bukan calang2 orng bleh jadi macam ustaz.. Bukan menyindir... bukan mengata... dalam diam Sally kagum akan isteri2 ustaz yang redha dan ikhlas dimadukan dan berbahagia dikurniakan suami sebaik ustaz...

Bagi Sally... biarlah hanya satu.. Sally dan Sabri.. dan biarlah ia menjadi tiga dan empat hanya dengan anak-anak sahaja....

Tidak perlu ulasan panjang lebar.. yang suka ucaplah tahniah.. yang tak suka jangan dikeji.. hak dia untuk bermadu kalau dah mampu... Selamat Pengantin Baru Ustaz Azhar Idrus...


Sajer Sally nak share info frm http://scaniaz.blogspot.com.

Untuk makluman korang semua, kedua-dua isteri UIA memakai niqab (rujuk gambar di atas) . Isteri pertama bernama Rogayah Binti sulong (gambar sebelah kiri) berumur 42 tahun. Manakala isteri kedua bernama Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor (gambar sebelah kanan) berusia 26 tahun.

Ustaz Azhar Idrus mempunyai 6 orang anak dengan isterinya yang pertama, manakala seorang anak dengan isteri yang kedua. Untuk makluman korang juga, Ustaz azhar Idrus bakal menimbang cahaya mata yang ke-8 ( kiranya anak yang kedua dengan isterinya yang no.2. ) pada penghujung bulan ogos nanti.


Kedua-dua isteri Ustaz ada facebook. Bagi yang nak mengenali isteri ustaz dengan lebih dekat lagi boleh la search FB keduanya iaitu FB Rogayah sulong dan FB Nisya Wan.

Okey la tu saje maklumat berkaitan isteri Ustaz Azhar Idrus yang saya tahu.
Wallahualam... 








U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Lawak sungguh... Ini kali lah mau cakap... Lu Pikir Ler Dulu...

Guys.. pagi ni Sally tergelak sendiri baca 1 posting kat group SAM. Kenkadang tak payah nak comment sgt pun.. sbg pemerhati jer.. coz warga SAM mmg terbaik bab mengomen2 ni... tapi kenkadang  tu nak jugak comment sikit2.. bila tangan ni gatal jer nak menaip.. Tapi Ini Kali Lah.. saya hanya baca comment bernas dan Sally rasa comment2 itu cukup berilmu dari warga SAM sendiri.. Hebakk sungguh demo2 ni...

I am not pro to any parti.. As i mentioned before... I like Parti Tupperware and I love Birthday Party... hahaha... but this posting memang cam "Ko pikir dulu sebelum post OK.. then, tgk tempat jugak nak posting tu..." huhuu..

Aper yang lawak sgt tu?? meh sini nak share dgn u ols.. Sally print screen comment diaorg and disable si posting tu.. kut dia glamer lak.. susah jugak kan... Sally sudahi posting di pagi Pilihanraya ni dgn ucapan:

"please vote wisely and wish u ols happy voting.."




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Anugerah Skrin 2012.. best ker???

Huhuhuhuu... lmbt sket update pasal Anugerah Skrin (ASK) 2012 ni... dah basi dah.. tapi Sally baru nak citer... tak der ler basi mana sangat pungg... coz semlm byk benda nak settle.. x sempt nak menghupdate blog.. So.. aper cer??? Byk komen Sally baca pasal ASK ni... komen yg baik.. komen yang membina.. komen yang tak membina pun ada... Pengacaranya saper??? Awal Ashaari dan Neelofa... huhuhu... Puteri Lofa ni agak boring ler... bagus lagi klu gandingan Awal dan Scha... Neelofa banyak terpeleot lidah malam ni... klu sekali dua tak per jugak.. smpi akhir majlis byk gak ler yg dia tersasul... tak ngam ler... sorry Lofa... muka mmg cun abis ler... tapi bakat cam kurenggg sket.. opsss...

So... meh kita tgk satu persatu...

Bagi yang lum dpt info pasal aper kejadah nyer ASK ni... yor ler.. byk sgt anugerah kat Malaysia ni.. meh kita tgk aper pakcik Wiki cakap...

"Anugerah Skrin ialah satu acara tahunan yang memberi pengiktirafan kepada rancangan-rancangan televisyen dan filem-filem buatan Malaysia, serta para pelakon dan personaliti televisyen yang terbaik. Anugerah Skrin dianjurkan oleh TV3 sejak tahun 1995. Mula-mulanya, Anugerah Skrin hanya membuka pencalonan bagi kategori-kategori yang melibatkan terbitan televisyen kepada rancangan-rancangan yang disiarkan di TV3, tetapi sejak tahun 2006, pihak penganjur memutuskan untuk membuka peluang kepada bahan-bahan siaran RTM dan Astro di samping keempat-empat stesen televisyen naungan Media Prima (TV3, ntv7, 8TV, TV9)."

Haa.. dah tahu kan..  bermacam tema telah dibuat bagi menampakkan kelainan setiap tahun.. Tahun ni pihak pengajur telah mengangkat Selami Dunia Fantasi Kami (Fairytale) sebagai tema ASK 2012.. Bunyi cam gempak kan.. coz Sally suker ler tgk baju2.. costume2 yg bersesuaian untuk tema ni... nak tgk decoration dia.. pada awal nyer ler... Tapi bila dah tiba masanya... tak semenggah yang diwar-warkan... huhuhuuuu...

Mula2 kita tgk stage dia...
Ni stage tempat merepek-repek (Belah kiri audience)


Ni stage untuk performance (belah kanan)

Meh kita tgk baju2.. costume2 yg dipakai oleh artis2 kiter pulak... dan komen2 frm FB fan page Anugerah Skrin kat FB... layan....


Emmm... saper Emma Maembong ni?? Ketinggalan kah aku.. nak kena tanya pak cik google ni... Cantik and sweet jer dia..














Mmmm... Sally tak yah ler komen pasal baju2 diaorg tu... dah ramai yg komen.. agak terover ikhlas pun ader... 

Then.. pasal persembahan plak...

Persembahan pembukaan ok ler... tapi cam so-so jer.. tak brapa nak sampai dan gempak gitu.... Hazama dengan lagu Raikan Cinta bersama M Nasir. Then.. terus masuk sketsa ala ala teater fantasi antara Datuk Rahim Razali, Awal Ashaari dan Neelofa... huhuu.. merepek babe... bosan giler.. tambah2 lagi dgn kewujudan cermin ajaib yg Sally rasa cam menyibuk kat situ.. dah ler tak tahu punch line.. slalu jer.. si Lofa or Awal tak abis cakap lagi.. dia dah bercakap.. eeee.. bosan betul ler.. penambahan watak nenek kebayan tu.. kononnya nak buat kesinambungan cerita... mmmm.... boleh ler... tapi si ahli sihir berbaju hitam tu.. xder function pun.. cam bosan sket dia tu... lagi watak bendahara oleh Harun Salim Bachik tu ok ler... ada gak ler lawak2 yg bleh digelak.. wpun watak dia makin lama makin menyerabutkan... Pastu tak abis2 dgn tersalah panggil.. kejap ayah ler.. kejap ayahanda.. kejap sultan... huhuhuuu.. tak cukup rehearsal diaorng ni...

Bukan Sally jer yg cakap bosan tau... mlm tu biasa ler.. usha2 kat FB.. rata2.. 90% ler cakap BOSANNNN... ada gak yg tidur.. ada gak yg tukar channel lain.. ada gak yang terus tutup TV.. pergi  lepak kedai mamak... hehhee.. saper tu???

Rasanya makin lama.. makin boring ASK ni.. tema dah cam gempak dah.. tapi maybe cara pembawakan ke aper yg buatkan ianya boring yang teramat... huhuu... Penyampai pada malam tu plak... ada yg ok.. ada yang tak... Terhibur jugak ler bila bab Fahrin, Sofi Jikan dan lagi 3 org as lima pahlawan Melaka tu.. layan ler.. then bab Erra Fazira dan Rosyam Nor.. Erra as snow white sweet sangat... baju dia pun lawa... wpun agak ketat sket.. baju snow white yg dah di improvise kan... so sweet.... muka dia pun mmg cantik... kena gitu... anak dara pun kalah... tapi ada bab sensitive sket Sally rasa wpun bleh membuatkan penonton tergelak mlm tu.. bab Rosyam Nor perli stesen TV Al Hijrah pasal adegan sentuhan antara pelakon bukan muhrim.... aper nak komen tu??? u ols nilai sendiri ler... coz klu Sally baca komen blogger lain.. ada yg tak puas hati bab tu...

Then, part Fauziah Gous dengan Aqasha sampaikan anugerah tu.. siap kena dukung lagi... huhuuu .. then Zizan kuar.. hahahaa... baru ler ada seri sket.. lawak Zizan yang bersahaja mampu membuatkan penonton tergelak... tak puas dgn Zizan.. kejap sgt.. patut bg dia jer host ASK 2012... kita tgk momentum dia jadi cam ner.. tak gitu???

Nora Danish dalam persalinan Puteri Hang Li Po memang sangat comel.. cute sgt.. tetiba hadir lak Akak Shiela Rusly kiter... bab ni pun bleh tahan gak.. best ler.. Emmm.. kemunculan Ahmad Idham as Aladdin dan jin nyer (Wahid).. ok ler.. tak nak komen lebih part ni.. bahaya... hahahhaaa...

Then... overall performance.... kisah pecintaan Rita Rudaini as Puteri Anatasia dan Prince Charming nyer Adi Putra.. boleh layan ler... Tapi tak abis2 sindir pemain bola kiter.. huhuuu... jadi bahan lawak plak.. Rita Rudaini cantik giler dan Adi Putra memang layak jadi Prince Charming... huhuu.. romantik gitu... kemunculan Fizz Fairuz pulak menambah rasa... tak sangka dia dan Rita Rudaini nak nyanyi... wpun suara ala-ala jer... tapi both of them berani.. boleh ler...  
so.. meh kita tgk keputusannya plak..

Keputusannya:
1. Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)
2. Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
3. Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment)
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)
5. Drama Komedi Terbaik – Elly & Apit (Red Communications)
6. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
7. Anugerah Artis Harapan Pantene – Putri Balqis (Pelarian)
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (Labour Day Special)
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke 26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina & Effendee Mazlan (Songlap)
21. Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22. Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Filem Terbaik – Bunohan
25. Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda

Nak kena komen tak keputusan ni??? Harussss....

Kategori2 yang perlu dikomen adalah:

Filem Terbaik... huhuhuu... Bunohan ni... tak ramai yg tgk pun... yg tahu pasal kewujudan filem ni.. belum tentu... tolong ler... para juri.. buka mata.. buka hati... camaner ler bleh menang... agak keliru sikit bg kiter yg buta seni.. cam mana penilaian para juri... Bukan nak cakap aper ler.. Ombak Rindu dan macam tsunami Malaysia.. semua org tahu.. kecil besar tua muda... kutipan pun kebabooommm... tu pun x leh menang... tak tahu nak cakap aper ler.... 

Pasal Drama Terbaik plak.. 'Di Telapak Kaki Bonda' susah ler akak nak citer kan.. coz akak pun bukan tgk sgt drama2 TV ni... tapi yang mengharukan.. huhuhuuu... bila pengumuman dibuat.. dan saper ntah yg datang as wakil ambik hadiah tu.. agak sopan berkebaya nyonya... tapi bila bersuara.. membuatkan semua orang terkesima... baik yg kat atas stage mahupun penonton kat dlm dewan dan tidak ketinggalan jugak yg kat rumah... huhuu... Sally maser tu.. cam speechless giler.. lawak pun ada tgk muka2 yg kat atas stage tu.. tergamam semacam... huhuhuuuu...

Anugerah Yasmin Ahmad - Pierre Andre... ok ler... setuju ler jugak.. tapi penampilan dan cara percakapan dah lain si Pierre Andre ni... alhamdulillah... Memang sejuk hati penonton mendengarnya... Pesanan untuk mengingati kalimah ‘Lailahaillah’ memang Terbaik!

Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)... memang sesuai gitu.... tak der komen dah.. mmg patut pun..

Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)... tidak dinafikan Sam mmg berlakon dgn baik dlm citer tu... dan lakonan dia mmg superb pun dlm apa jua citer dan watak yg dia bawa... tapi kalau dgn Abg Aaron... rasanya Abg Aaron lg best dlm Ombak Rindu... huhuuu.. maybe takut kontroversi kut... huhu.. xper la Abg Aaron... peminat tahu.. u r d best.. dan Sam pun best jugakkk.. Akak minat Sam jugak... Nak tepek gmbr dgn Sam ler.. masa anugerah Skrin last 2 years... hehehe... jgn jeles u ols..


Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa) dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)... ok ler.. bg ler can kat warga emas menang jugak kan.. baru ler berseri majlis.. tak der yg lama.. tak der ler yg baru... tak gitu??

Last skali... saper nenek kebayan tu?? Umie Aida... wpun tak pasti saper nenek kebayan yg sebenar yg dr awal smpi akhir.. tapi last2 jelmaan Umie Aida... boleh ler... Akak Umie pun cantik kan.. tapi watak dia sekejap jer.. as bonda pada Puteri Lofa dan Putera Awal... hmmm... penghabisan cam so-so jer... tak gempak mana pun... huhuu..
Ok ler.. tu jer kut utk ulasan ASK 2012 ni...

So... u ols setuju gn Sally??? Setuju??? cayalah..... Tak setuju?? Part mana tu??



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Harga rokok naik 20 sen

No... No... No... Katakan TIDAK pada Rokok... Huhuhu... bleh pakai ke ayat ni??? Pagi tadi dengar kat hotfm... mulai esok harga rokok naik 20 sen.

Meh kita baca sket berita pasal kenaikan rokok ni:
BAT: Harga rokok naik mulai esok

21 Oktober 2012

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai
Isnin, 22 Oktober 2012.
   
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
   
    Rangkaian DUNHILL                            RM10.20
    Rangkaian KENT                                 RM10.20
    Rangkaian PETER STUYVESANT            RM8.70
    Rangkaian PALL MALL                         RM8.70
    PALL MALL Biasa                                RM10.60
    BENSON & HEDGES                            RM10.20
    LUCKY STRIKE PLAIN                          RM10.60
    ROTHMANS INTERNATIONAL                RM10.60
   
BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau  tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama

Ada kesan ker??? huhuu... setakat naik 20sen tu... xder beza sgt ler kat perokok ni... Klu dah nak merokok tu... merokok jugak...

So.. kesimpulannya... naik ler nak naik RM2 pun sekotak... ada aku kesah Jah... Rokok nak naik takper.. Jgn harga telur naik ker.. harga gula naik ker... harga minyak naik  ker... tak gitu???




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Klate menang Piala Malaysia...

Huhuhu.. blog siapakah ini??? Sallykah yang mengarang ayat2 cinta bola ini??? Hahaha... Jah.. ko jangan gelak... klu ptg semalam blogging pasal tak berapa fanatik.. tapi nampak gayanya... malam tadi..bersengkang mata sambil menghupdate status2 di FB pasal Bola.. pasal TRW.. hahahaaa.... seru tu dtg tetiba...

Wpun x berapa meriah kat umah ni... Tgk dgn hubby dan Adelina... yg mana Adelina setiap masa duk Gol...Gol... wpun tak gol lagi... huhuu... Hubby lak.. ala-ala sokong ATM gitu.. sokong dlm diam ler tu.. tiap kali ATM gol.. nmpk bersemangat bersorak... layan jer laa... Sally lak.. darah Kelantan tu ttp mengalir babe... Takkan nak sokong ATM kut... kekekee...

Pemerhatian Sally kat TV.. mak aiii... memeng Merah ler mak ngah stadium Shah Alam malam tadi.. huhuu.. klu negeri lain yang menang.. sambutan cam tu jugak ker?? huhuhu...


Kalau biasanya, x berapa nak layan bola.. tapi malam tadi.. permainan kedua belah pihak mampu membuatkan Sally terpaku di rocking chair sambil mengunyah pear dan plum.. sambil menghupdate FB.. sambil mata melilau melihat kelibat pemain kedua belah pihak... Sungguh tragis gitu...

pada separuh masa pertama, awal2 permainan.. agak memboringkan... Tapi bila Kelantan berjaya menguasai permainan dengan 1 gol jaringan sulung oleh Mat Yo.. (yang mana mlm tadi baru aku kenal si Mat Yo ni..) hahahaa.... mmg dah naik syeikh sket.. semangat...semangat...

Pastu.. yang tak tahan nyer.. bila ATM menyumbat gol pertama... x sempat nak update status kat FB.. dah gol ke2 Kelantan disorak penyokong TRW yang di'score' oleh Mat Yo again... hahahaa.. mmg lawak time ni... Tapi bila ATM berjaya menyamakan mata gol... debaran penyokong Kelantan makin menjadi.. everybody keep quiet.. x berani nak komen aper dah... Tak der lagi kata2 sindirin.. senyum2 kambing... segalanya mungkin... berbagai drama boleh ditonton.. ntah betul entah tidak.. ramai dilayang kad kuning.. ada yang cedera.. buat2 cedera... marah ref yg kononya bias.. wisel yg ditunggu tak dibunyikan... gol tidak sah (offside) pemain ATM mampu membuatkan jantung penyokong Kelantan berhenti sesaat.. huhuu...

Akhirnya, gol ke 3 yang dijaringkan Indra Putra, mampu meraih kembali semangat penyokong TRW... gelak besar mula berkumandang... kini TRW mampu tersenyum sampi ke telinga... Perlawanan seolah-olah dilengah-lengahkan.. tapi tak siapa berani membuat kesimpulan kerana miracle mungkin berlaku... dan akhirnyaaa.... Kemenangan menjadi milik Kelantan... Sally tersenyum puas.. Puas kerana menonton bola malam ni.. Yang tak minat jadi bersemangat tetiba... Syabas Kelantan... Atas ganjaran semangat rakyat Kelantan, mereka diberi cuti peristiwa khas sehari berikutan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini. Bukan aper.. sikap prihatin pemerintah negeri.. tak mo mereka rushing balik malam tu juga.. kut perkara tak diingin berlaku.. Alhamdulillah... 

Dipetik dari berita sukan:

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pemberian cuti itu diputuskan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Dengan pengumuman awal ini, diharapkan rakyat Kelantan dapat merancang cuti itu dengan baik dan tidak tergopoh-gapah untuk pulang segera kerana yang penting ialah soal keselamatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Fattah berkata, pengumuman cuti itu juga sebagai satu penghargaan buat rakyat Kelantan dan untuk membolehkan mereka hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan akhir itu dengan penuh semangat kesukanan.

Lagi petikan dari Utusan:

SHAH ALAM - Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.

Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Jaringan kemenangan daripada Indra itu seolah-olah mengesahkan kata-kata pengendali Kelantan, Bojan Hodak pada sidang media pengurus pasukan kelmarin, yang mengatakan ATM tidak dapat bertahan sehingga penghujung perlawanan kerana terdiri daripada ramai pemain berumur.

Berpunca daripada gerakan pantas Shakir Shaari dan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya yang tidak dapat dibendung pemain ATM, Indra pantas mencari ruang kosong sebelum melepaskan rembatan menarik ke arah sebelah kanan pintu gol.

Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dua kali meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 dan 50, namun dapat disamakan sebanyak dua kali oleh ATM melalui Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.

Kekalahan ATM bermakna tiada lagi magis Hairuddin Omar dalam penampilan final kelima Piala Malaysia apabila buat pertama kali pemain berusia 33 tahun itu gagal membawa pulang trofi keagungan bola sepak negara bersama pasukan yang diwakilinya selepas melakukannya empat kali sebelum ini bersama Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121021/su_01/Kelantan-cipta-sejarah#ixzz29tdgvJOZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
 




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bola oh bola...

Mlm ni bola Klate Vs ATM.. mak aiii.. rata-rata saing ore Klate duk upload gmbr pasal Klate.. Flag Klate.. Rombongan Klate mai Shah Alam... dgn pelbagai ragam.. bendera dikibarkan sepanjang jalan.. Tadi pun on d way nak ke IKEA.. byk keter Klate dgn bendera merah menyusuri jalan raya.. Hebat sungguh aura Bola rakyat Klate... Tak der semangat negeri lain or pasukan lain yang boleh menandingi Klate.. mmg diakui oleh semua pihak... Cuma.. harapnyer tak der ler benda2 yg tak elok terjadi..

Fenomena di FB... Mmm.. ada gak yg update status pasal semangat bola kenegerian dgn pelbagai cara.. ada tgh bersiap nak ke SA... ada tgh frust tak dpt pergi.. ada duk prepare jeput pise.. kopok goreng.. mcm2 lagi depe TV... macam2 ler... Sally hanya tersenyum melihat ragam semua...

Tapi Sally??? Tak berapa fanatik dgn bola.. sekadar mengambil tahu sajer.. Bila Sally update status nak g shopping arini dan ckp nak tgu result je kat FB... ada gak yg bersuara ckp tak sokong rakyat Kelantan ler.. yg jauh dtg susah2.. yg ada kat sini tak memberi sokongan ler.. etc..etc... 

Bukan nyer tak nak memberi sokongan tapi dah tak minat nak wat camana.. tgk ler nnt kut terbuka pintu hati nak tgk kat TV.. huhuuu... klu dah keadaan Sally cam ni.. nak ke stadium tgk bola jugak ker??? huhu.. tapi klu tak pregnant pun... walau dpt tiket free skali pun.. blum tentu nak pergi.. wakakakakaka..

Takper lah.. bagi kat yg suker bola jer laa.. Kita kat umah ni.. doa jer la yang terbaik.. tak gitu.. Aper2 pun.. kita tgk jer la result nyer aper nnt... Peace No War... :)




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Gadis hilang 8 hari dakwa diculik: Macam2 ragam budak pompuan skrg..

Sally ada terbaca kat Utusan 9 Oct 2012 pasal gadis yang hilang selama 8 hari tu.. Ni Sally share dgn u ols bg yg belum baca..


Mmm.. mula2 rasa risau timbul jugak ler.. coz anak perempuan yg hilang kan... Kita pun ada anak pompuan.. so sedikit sebanyak risau ler jugak.. kesian mak dia tu.. Muda lagi mak pun.. Tapi rasa pelik plak bila ada jiran yg ternampak pada hari ke 2 dia dikatakan hilang... mmm.. lari dari rumah kah??? Mmmm.. Sally buang jauh tanggapan ittew...

Then, 2 days after that... Utusan 10 Oct 2012, Nur Fatin Shafika ni dikatakan balik ke rumah plak... Balik sendiri??? huhuuu.... aper sudah jadi??? Meh kita tgk dulu keratan akhbar nyer..

Kalau ikut berita, dia dikatakan balik sendiri.. mmm.. sejurus selepas kuar paper.. Sally tertanya2 gak.. nape penculik tu nak lepaskan tetiba plak?? Sungguh mudah dia lepaskan?? Rasa sangsi tu tak leh nak elakkan daripada diri ni.. Betul ke?? Tapi meh ler kita bersangka baik...

Sebagai ibu, maybe mak dia kena bawak g hospital.. cek aper yg patut... anak dara ni risau gak ler kan.. Bukan tak percaya aper yg didakwa tu.. tapi agak memusykilkan. Kakak budak tu cam tersenyum sinis pun ada.. Klu tak kena culik.. mana ler dia pergi 8 hari.. wallahhualam.. Harap semuanya selamat dan tak der perkara buruk berlaku.. mmm.. lagi satu... bapak dia mana? Ibu tunggalkah???

Pada anak2 dara diluar sana.. yang masih muda remaja, tolong jaga kelakuan, jaga air muka ibu bapa, jgn buat perkara tak senonoh... and plzz...plzz...plzz berpikir panjang sblm ambil keputusan.. Tak der ibu yang nak perkara buruk terjadi kat anak.. dan tak der ibu yang tak sayang anak... klu kena marah tu biasa ler... kena pukul cubit tu pun biasa... akak ni pun slalu kena cubit dgn mama dulu... huhuuuu... 

Kita muda mmg tak kan lari dari ada perasaan nak lari dari rumah.. Tapi ingat dulu... siap pikir lagi, klu aku lari.. nak duk mana? Esok nak makan aper? Saper nak basuhkan baju? Iron baju??? Nak tidor mana??? byk kena pikir...last2 tak jadi lari gak bila teringat masakan mama.. huhuuu... Tak der orang yg akan elok dan jadi kaya or bertuah gila babs bila lari dari rumah... Bukan ler nak kata si Fatin ni lari dari rumah.. tapi sajer peringatan kat anak2 muda di luar sana... Kesiankan mak.. nnt tak pasal2 1 Malaysia kenal kita dan mak bapak kiter.. huhuhuuu... pikir ler sendiri adik2 oii.... Bleh frame ni.. Nak citer kat anak cucu.. muka masuk paper... huhuhuuu...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Selamat Hari Malaysia...

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Pada awalnya Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Kemudiannya mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Cuti umum Hari Malaysia 16 September 2012 kali ini jatuh pada hari Ahad. Cuti umum Hari Malaysia yang jatuh pada hari ahad akan di bawa ke hari isnin (17 September 2012). Ini bermakna rakyat Malaysia akan bercuti selama 3 hari (Sabtu, Ahad dan Isnin). Pastinya cuti 3 hari ini akan digunakan sepenuhnya di kalangan kita untuk mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri memandangkan Syawal kian sampai ke penghujungnya. Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk balik ke kampung dan bercuti bersama keluarga... Bagi Sally plak yg hubby masih lagi outstation.. lebih gemar relax di rumah dan mengunjungi rumah kengkawan yang buat open house...

Untuk makluman, sambutan Hari Malaysia 2012 kali ini akan di adakan di Bintulu Sarawak dengan tema kali ini "Janji Ditepati Rakyat Sejahtera".

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia dan selamat bercuti panjang...Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang TERSAYANG...
Semoga Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai dan diberkati.

Selamat Hari Malaysia dan Salam 1Malaysia!


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Siri Mata Wang Baharu 2012

Suker Sally nak mengabadikan Siri Mata Wang Baharu 2012 negara kita di Sally's Thoughts... Ada pelbagai pendapat pasal mata wang baru ni.. Ada yang suker.. tak kurang jugak yang memberi pendapat berbeza.. Aper2 pun percayalah pembaharuan yang dibuat ada kebaikan nyer.. mmm.. musim raya ni.. sumer nak bagi duit baru jer..  :)

Ni Sally ceduk dari Harian Metro pasal Siri Mata Wang Baharu 2012. Sajer jer.. senang nnt nak buat referral bila last skali Malaysia tukar mata wang negara pada masa-masa akan datang... hehee... coz Sally mmg minat jugak kumpul duit ni.. Nnt ada masa Sally share duit2 lama dan juga mata wang negara asing yang menjadi koleksi simpanan Sally... Salah satu hobi Sally jugak ni..



KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Duit syiling dan duit kertas - RM20 baru Malaysia 2012
RM20 Malaysia Yang Baru 2012

Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.

Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada.

Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru 2012 RM50
RM50 Malaysia Yang Baru 2012
Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru RM100
RM100 Malaysia Yang Baru
Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru RM10
RM10 Malaysia Yang Baru
Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru - RM5
RM5 Malaysia Yang Baru
Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru -RM1
RM1 Malaysia Yang Bar

Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.

Wang Kertas Dan Syiling Malaysia Yang Baru 2012 
Syiling Malaysia Yang Baru 2012
 
Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.

Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300.

Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini. - via www.hmetro.com.my


Sumber: http://www.servisproduk.com
 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Farid Kamil Dan Diana Danielle Bertunang

Congratulation! Farid Kamil dan Diana Danielle bertunang…

Snow White Malaysia dah disambar Farid Kamil….

Agak terlambatkan posting ini? Sally dah terbaca dah kat blog Abang Nara.. tapi tu ler.. baca jer.. bg pendapat tu ambik masa sket.. hari ni terpanggil plak nak bg sepatah dua kata… pengomen terhormat ni bukan ler nak komen lebih2 pun.. Cuma agak gumbira dan terkejut dgn perkhabaran yang bleh dianggap tetiba jer ni.. Wapun diaorg ni bleh dikatakan couple memakan tahun jugak.. 3 tahun youuu… bukan 3 bulan.. tapi tak ler ber’belangkas’ sangat kan.. kira ok-ok ler.. Mereka ni memang pasangan yang sangat rileks. Iyalah, jarang muncul berdua di khalayak ramai macam orang lain.

Bila tu diaorg tunang? Last Sunday (2 Sept 2012), Farid Kamil eventually engaged with Diana Danielle after they has been together for 3 years di rumah Diana di Damansara.

Klu ikut laopran Berita Harian, Diana Danielle menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Farid Kamil sendiri sebagai tanda pertunangan. Ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli berkata beliau bersyukur kerana majlis yang dirancang sejak sebulan lalu telah berjalan dengan sempurna & bahagia melihat anaknya.

Aper kata maknyer lagi, ““Bukan niat untuk merahsiakannya daripada sesiapa. Cuma itu kehendak Diana dan Farid yang mahu majlis dihadiri keluarga dan saudara mara terdekat. Tiada rakan artis yang diundang. Lagipun ini hanyalah majlis pertunangan saja. Jadi kami buat seringkas yang boleh,”

Majlis yang dikhabarkan telah dirancang sebulan yang lalu itu menyaksikan Diana menyarungkan baju kurung corak songket pancawarna dan dirias oleh jurusolek Chot.

Dia telah menerima tiga dulang hantaran mengandungi senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut daripada pihak lelaki dan membalasnya dengan lima dulang.

They didn’t promise the date that they will get into the marriage, however Farid’s mother, Norsiah said that it will be arrange within a year.

Sally ni bukan jenis follow sgt pun gosip2.. Cuma yg meletop2 jer terdgr kat telinga.. So, aper kata kita tgk balik gosip2 yg pernah melanda pasangan ini… Antara gossip yang diketengahkan ialah:

  • May 2012: Diana Danielle Lari Rumah Sebab Farid Kamil? (sumber: http://mynewshub.my)
Cerita mengenai seorang pelakon wanita yang melarikan diri dari rumah berikutan kecewa dan sedih hubungan cintanya dengan pelakon lelaki, Farid Kamil tidak direstui ibu sendiri telah tersebar luas di seluruh laman sosial Facebook dan Twitter.

Pelakon wanita terbabit, Diana Danielle bagaimanapun tampil menafikan desas-desus cerita tersebut dan menafikan dia lari dari rumah meninggalkan ibunya.

Malah, Diana sendiri mengakui pelik bagaimana cerita sedemikian timbul memandangkan hubungannya dengan ibu sendiri dalam keadaan baik dan tiada langsung gelombang pergaduhan yang ada.

  • Maya Karin dengan Farid Kamil? Diana Danielle putus? (sumber: http://izyan.com)
Korang perasan tak dengan siapa Maya Karin bersama-sama ketika itu pergi ke ABPBH 2011? dengan Farid Kamil tu. Pelakon kacak idaman Malaya. Yang menjadi persaoalan disini, dimana Diana Danielle? adakah Farid saje-saje temankan Maya Karin yang sememangnya single untuk bersama-sama datang ke ABPBH atau adakah hubungan diantara Farid dan Diana sudah putus? dan Diana kembali ke pangkuan Syamsul Yusuf. Memang menjadi satu misteri yang harus di bongkar. Hehe.

Topik hangat hari ini. Farid Kamil dan Diana Danielle dikatakan telah putus cinta. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri, Farid Kamil menyatakan Diana Danielle tidak matang dan di balas oleh Diana Danielle mengatakan yang keputusan itu bukan kerana orang ketiga.
  • Nov 2011: Cinta Diana Danielle - Farid Kamil dapat Ugutan Bunuh. (sumber: http://www.klpos.com)

    Akan tetapi, berita yang diterima oleh beberapa wartawan media tempatan mengenai gangguan oleh individu yang telah menelefon Farid Kamid membuat ugutan yang boleh menjejas keselamatan beliau. Malah Farid dikatakan menerima ugutan bunuh melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada individu tersebut.


    Diana Danielle tidak menafikan gosip terbaru itu. Beliau yang ditemuramah salah sebuah akhbar media amat bimbang dengan keselamatan Farid Kamil dan tidak begitu selesa dengan ugutan tersebut.


    Apabila diasak mengenai punca sebenar ugutan tersebut, Diana mengakui ianya berpunca daripada rasa cemburu dengan hubungan percintaannya bersama Farid yang juga merupakan Pengarah Filem.


    Setakat ini tiada sebarang kejadian buruk berlaku terhadap Farid dan Diana berdoa agar Farid dilindungi dari sebarang keadaan yang tidak diingini.

Tu jer kut yg tersempat disearch.. Meh kita doakan hubungan mereka hingga ke hujung nyawa. Kita doakan yang terbaik jer la for both of them… Nmpknyer wanita2 anggun dunia hiburan sudah disambar orang… Whos NEXT?



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops