Showing posts with label Autism. Show all posts
Showing posts with label Autism. Show all posts

Tips untuk latih anak kita

Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:
1) Lambat menulis:
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...
2) Murid Pelat:
Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.
3) Murid lambat bercakap.
Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid
4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.
5) Murid hiperaktif
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.
Boleh cuba.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


DUNIA DARI MATA HATI SEORANG ANAK AUTISME

Copy paste from Autisme group.... Sajer Sally share kat blog utk renungan kita bersama.

Tulisan seorang kanak-kanak autisme yang menjelaskan kenapa sukar untuk orang berkomunikasi dengan mereka?

Saya terbaca satu posting yang berkongsi penulisan dari sebuah blog tulisan Philip, seorang kanak-kanak yang mengalami autism yang tidak bercakap tetapi sangat bijak berkongsi perasaan dan pandangannya melalui media dengan cara menaip.

Posting tersebut berkongsi jawapan balas Philip apabila beliau ditanya mengenai – mengapa kanak-kanak autisme sukar untuk berkomunikasi, mengelak dari bertentangan mata. Autisme wujud dalam pelbagai bentuk, namun antara ciri yang mereka miliki adalah kesukaran berinteraksi secara normal.

Saya tergerak untuk menterjemah jawapan beliau untuk supaya lebih ramai pembaca di luar sana dapat menghayati apa sebenarnya yang dirasai oleh kanak-kanak ini.

“Saya akan kongsikan dengan anda apa yang saya alami berkenaan hal perhubungan mata (eye contact), interaksi dan komunikasi.

Sebenarnya penglihatan kedua-dua mata saya adalah baik. Kebanyakkan orang mungkin mengambil masa yang lama atau berasa sukar untuk menghargai sesuatu gambar. Namun bagi saya, saya boleh menghargai sesuatu gambar dengan mudah dan pantas.

Setiap hari, apabila saya melihat gambar, saya nampak setiap butiran gambar tersebut dengan sangat teliti. Oleh kerana terlalu banyak butir maklumat yang sampai kepada saya, saya terpaksa melihat kearah lain supaya tidak terlalu terkesan semua yang saya terima dari deria saya.

Oleh sebab itu, saya hanya melihat perkara yang guru atau seseorang minta saya lihat. Kalau tak tunjuk atau suruh, saya akan elak untuk lihat. Ini dapat membantu saya untuk mengetahui apa yang perlu saya beri tumpuan.

Ini juga kerana bunyi lebih mudah untuk saya fokus berbanding ransangan visual yang terlalu banyak. Saya boleh camkan suara guru saya untuk saya terus fokus.

Sebab itu saya lebih mudah belajar jika saya duduk hampir dengan guru. Bila saya duduk bersebelahan atau hampir dengan guru, saya boleh memilih untuk fokus kepada suara guru dan mengelakkan saya dari terkeliru dengan ransangan-ransangan yang lain.

Bunyi yang pelbagai juga mencabar buat saya. Saya perlu menapis semua bunyi-bunyi yang ada dan memadam apa yang tidak perlu. Kemudian barulah saya dapat fokus kepada apa yang orang tanyakan kepada saya.

Kerana itulah saya tidak membuat perhubungan mata. Jangan salah faham, biarpun saya tidak melihat, saya sebenarnya mendengar. Bahkan saya mendengar pelbagai suara. 
Sebenarnya saya suka bila orang bercakap dengan saya dan bukannya buat tidak endah kepada saya.

Saya nampak aktif aktif kerana saya tidak dapat merasa badan saya dengan baik seperti orang lain. ada yang menganggap saya tidap sopan, tapi sebenarnya saya tidak berniat sebegitu. Saya perlu bergerak untuk merasakan tubuh saya. Adakalanya, kalau anda ajak saya duduk bersama, saya rasa lebih selesa dan tidak rasa ingin ke lari dari anda.

Beritahu anak anda (yang mengalami autisme) bahawa anda kini memahami dia. Ini kerana saya berasa sedih jika orang menganggap saya tidak sukakan orang lain. sedangkan saya sukakan mereka. Saya sukakan teman..”

Yang benar,

Philip


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Adelina exam pertengahan tahun Darjah 1

Salam semua... posting kali ini lebih kepada parents yang mempunyai anak syurga macam saya... Sajer nk share citer my doter.. Adelina - mild autism.. Pki pinafore tu. arini tgh exam. Sekolah biasa. Tgk tu jwb exam pun berdiri. Mmg x duduk. Panas bontot klu duduk. Cikgu monitor n sometimes kena pujuk jwb semua soalan. Kalau tak dia khayal n berangan jer. Bukan xbleh jawab tp hilang focus. Lagi2 bahasa melayu. English mmg laju je.. Exam awal tahun dpt no 3 dlm kelas.. Yg kali ni x tau ler camana.. Dah bgtau.. Dpt no 1.. Mama bwk g legoland. Semangat dia... Mlm2 study ok.. Revision ok.. No tv, ipad, iphone on weekdays. Weekend only. Alhamdulillah dah tahu n ikut rules.. Exam hari tu mama tgu luar kelas. Bg sokongan n nk pastikan dia jwb semua. Nmpk dia khayal.. Mama panggil dia keluar kelas.. Kiss dia.. Big hug n bg kata2 semangat.. "You can do it Kak Nina.." Alhmdulillah dpt no 3.. Kali ni dah bgtau dia.. Mama x teman luar kelas.. She said.. She will b ok.. Tq sgt pd cikgu yg memahami n slalu snap n report kt mama setiap perlakuan adelina.. Adelina bertuah dpt cikgu2 yg baik dan memahami.. Byk buat xtvt on focusing yg diajar oleh cikgu OT... Main tepuk tepuk tangan dan enjit2 semut jgk sgt membantu improve eye contact.. Berjalan atas 1 line setapak demi setapak ke depan dan ke belakang pun sgt bagus.. Yg simple2 tu bleh praktis kt umah.. Mama ikut je apa cikgu OT buat.. Hadkan gadget adalah satu rules yg sgt2 nmpk kesannya.. Ank2 lebih behave.. Cubalah..

Adelina Sekolah Aliran Perdana.. mula2 mmg risau kut cikgu tak terima.. sy sendiri jumpa cikgu besar... dan cikgu kelas mmg kena baik semua.. dia tak buat kerja dlm kelas.. cikgu akan bg buku kwn utk dia salin kat rumah.. dan sy mmg monitor.. klu x buat kerja.. grounded dlm bilik.. x bleh kuar.. lanjutkan masa belajar sbgi denda... lama2 dia akan buat kat dlm kelas.. Saya dah berjanji dgn cikgu semua dan cikgu besar akan turut bersama2.. sbb tu sy work hard kut cikgu besar x bg sekolah kat situ... i want to prove that my doter bleh sekolah biasa.. dan bergaul seperti kanak2 biasa.... mula2 agak sukar.. lama2.. dia dah serasi dan cikgu2 dah memahami.. syukur sgt...

Ada yang tanya... macam mana nak pisahkan anak dengan gadgets??? sally bukan ler pandai sgt... just praktis apa yg doktor ajar... apa yg sy buat... mula2 sy sorokkan semua... no gadget depan dia... tapi lama2.. saya cuba tunjuk depan dia tp still cakap NO. Sbb sy tak nak dia pantang nmpk terus nak. Masa mula2 dulu.. nmpk yg anak kawan punya.. dia punya xcited.. lama2 dia plak layan ipad org tu. Ada sekali pantang babah dia letak iphone ke.. saya punya iphone ke... dia ambik g duduk dlm bilik diam2... then layan sorang2.. cam pencuri dah... huhu.... then sy cuba tunjukkan or letak ipad or iphone depan mata... mula2 nmpk dia akan menangis nak gadget... dah mcm nmpk aper ntah... tapi dlm 3-4 hari... bila dia pegang.. kita ckp NO.. menangis ke aper ke... still tak boleh... saya bagi rules... "Ipad on weekend only. Because you need to focus on your study to be a doctor" reason mmg kena sentiasa ada... bg rules then why they need to follow the rules. Ini cikgu OT yg ajar.. sy ikut jer... .. lama2 dia dah tahu rules... bila adik nak bukak TV pun dia ckp NO adik.. TV on weekend only.. Tapi bila weekend sy akan bagi.. dan smpi skrg dia akan ingat... tomorrow Saturday.. kakak bleh tgk TV? then i said YES... esok boleh.. tapi mmg kena control ler.. jgn bg d whole day...

For my doter... xtvt i susun full utk dia.. so masa bersama TV dan ipad mmg terhad sgt... dia sekolah ptg.. so pagi mengaji dan ptg sekolah.. balik rehat jap.. bg main permainan dlm bilik je (lego, barbie) then start revision at 8pm pastu tidur kul 9.30pm. weekend.. sabtu pagi kat rumah.. layan xtvt dgn dia... involved her dgn xtvt kita.. masak2 ke... kasi dia main sabun cuci pinggan ke... then tghari smpi ptg dia ke kelas tuition. sy bukan nak bg dia tuition sgt pun sbb ada yg kata... darjah 1 dah pergi tuition??? sy just nak dia bersosial dan tahu behave dlm kelas... cikgu tuition tu pun ajar sedikit sbyk camana nak behave dlm kelas.. then sunday dia ke kelas ballet... full xtvt membuatkan dia lupa gadget... slalu bersama ler... kalau pisahkan dia dgn gadget dan tak bg xtvt yg menarik kat dia or bersama dia mmg agak sukar nak berjaya... sbb dia boring.. tak bg gadget tapi kita pun tak layan dia... xde aper yg dia bleh buat... mmg tak menjadi...

Bagi parents yg baru detect anak autism... ni nasihat sy.. yg detect umur anak 2-4 tahun tu masih byk masa sis bleh focus dan perbaiki... sy ni dah tahu dia dah nak masuk darjah 1... dulu mama busy dgn kerja2 auditor.. babah busy dgn kerja2nya... masuk smart reader... education OK.. mama pun ingat anak mama OK jer... ingat budak buas mcm biasa jer... Autism pun mama tak tahu aper... huhu... agak terlambat we ols detect... dah tahu sy terus berhenti kerja.. dan nak tebus balik masa2 bersama dan tumpu perhatian kat dia... seharian dgn bibik jer... huhu.. sedih jer klu ingat... bg saya... sy perhatikan anak saya ler.. anak org lain sy tak tahu... mild autism anak saya ni lebih kepada penyakit GADGET... too much gadget... ipad diberi seawal 2 tahun... umur beberapa bulan je.. dia mmg duk layan TV... bibik bukak TV.. kami belikan CD little Einstein dan Barney... semua episode ada... then dia duk layan TV.. bibik buat kerja.... kami pagi pergi kerja.. balik ptg.. huhu.. slalu keluar makan ke aper... kami sogok dgn ipad... sbb dia tak kacau kami makan kat luar... balik kg pun... lama dlm kereta... portable DVD menemani sepanjang masa... jln2 x lepas sgt... slalu duk stroller... dlm kereta duk dlm baby car seat.. smpi dah umur 4 tahun.. huhu.. punya ler nak menjaga sgt... smpi xde kebebasan.. tu yg skali terlepas mmg lari satu mall... huhu... kesilapan2 saya yg sy takkan buat utk anak no 2 dan seterusnya... utk teladan anda semua juga... huhuu..

Ada yg cerita pasal anak nak masuk sekolah aliran perdana or ppki.... ada yg dah nak masuk perdana... tetiba tukar fikiran nak masuk ppki... daftar OKU dan sebagainya... ni pengalaman Sally... sy pernah nak buat tu semua... pernah ke nasom jugak.. dptkan nasihat drp kawan2 cikgu ppki jugak... mcm2 pendapat org.... sy beristiqarah shj. dan akhirnya sy putuskan ke aliran perdana.. selagi cikgu sudi mengajar anak saya... Saya ambil therapy class kat Sinar Ceria wangsa maju selama 6 bulan... sgt2 byk improvement.. 

just info for u... dan sy tak berniat nak perkecilkan sesiapa.. masa sy berbincang dgn guru besar.. dia bgtau... if anak sy tak bertindak bahayakan murid lain... dan education OK... better try aliran perdana sbb syllabus ppki ke belakang sikit drp darjah 1 aliran perdana. Kalau masuk ppki... nak switch balik ke perdana agak sukar.... byk penilaian dibuat... tp klu adelina x sesuai di aliran perdana... guru besar dah bgtau sy awal2.. jgn kecil hati klu perlu ditukarkan.... sy setuju dan saya akan usaha supaya benda tu tak terjadi... Dia pun bg sokongan pd sy. Sy pun bgtau usaha2 lain yg sy buat sbb masa tu mmg hntr therapy. masa exam awal tahun pun sy jumpa guru besar minta izin nak monitor anak sy luar kelas.. sy ni satu sekolah dah kenal mama adelina... dr guard, mak cik cleaner smpi mak cik kantin... guru2 pun kenal... huhu... nak buat camana... dah anak kita macam tu...

hope sedikit sebanyak posting sally dapat memberikan anda gambaran dan sama2 buat teladan... saya sayang anak syurga saya... Saya just berdoa supaya Allah kurniakan kesabaran buat diri ini...





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


I try to improve myself

Morning guys....

Cewahh... konon semangat baru ler ni... which is i nak bgtau yang i try to blogging everyday... wpun posting yang simple macam hari ni... Baru active balik blog i ni.. .ramai plak yang merungut kan.. Dapat posting pre Japan pun diaorng dah suka semlm... wapun tak berkaitan sgt dgn diaorg.. huhu... so sorry...

Ok.. tajuk kat atas tu... Yes.. its true i try to improve my self in term of blogging.... nak blogging everyday... But dalam segi lain.. i want to improve myself to be a good mother.. Kata homey mother kan... ada ker term homey mother?? watsever... my blog.. ikut suka hati i ler kan... 

Aper yang i nak bgtau.. jadi homey mother ni byk merubah hidup i. Kalau dulu i macam jadi mak yang aku beranak kat kau... aku main kejap2.. aku bg aper yang ko nak.. hntr sekolah yg bagus... sembang sikit2... makan pakai aku bagi lengkap.. like give evrything in this world but i have no time for you.... And now.. this 4 months... i changed... i want to be with u kids.. 24/7... but mama harus kerja jugak.. but i try my best to be with u guys... Adelina n Arissa.. my nyawa..

 

So what did I do?

Sekarang ni... mama siapkan anak2 mama.. Mandi pun dgn mama.. smpi Arissa tu dah terover manja sgt2... Semua nak mama buat... Ikat rambut tu mmg mama ler dari dulu pun kan... nak berlotion... berbedak.. pakai baju.. shower2 together.. semua nak dgn mama... Kdg2 mama suh jugak maid buat but most of the time with mama... and i am happy to do that kids.. we play rogether... bubbles together in bathroom... i make a point to play with my kids.

Then.. what else improved? I put my phone down the minute my kids talk to me and immediately look into her eyes. Coz nak improve eye contact Adelina and for Arissa i want they know that i am here for you kids.. Now we are sharing more stories. Laughing at jokes together. 

u know guys.. i am a good listener... so i try to be a good listener for my kids too. Cara ni bleh buatkan Adelina bercerita apa yang terjadi kat sekolah or anything else. Improve byk bahasa dia. Syukur Ya Allah... wapun kdg2 dia bercerita tu tetiba jer masuk dlm dunia khayalannya... mula2 true story then terus ke cerita yang direka2nya... mama akan cuba tanganinya nanti.. sikit demi sikit... tapi mama suka Adelina dah boleh mengadu sekarang. I nak jadi tempat aduan anak2... I let her feel safe with me. I let her feel good. I'm helping her feel calm. I know when later I give her advice, she can take it well. 

Now what..... I make a point to play with my kids.. story telling, drawing, cooking.. Adelina paling suka cooking... lagi2 klu buat kuih... biar dia main dowh ker... then ask her to basuh pinggan.. Dia mmg suka involved dlm kerja2 rumah which is dulu i xde masa untuk itu semua.. dia masuk dapur pun i halau dia kuar sebab mcm pengacau jer... huhu.. dlm pada masak2 tu.. i kenalkan dia dgn peralatan dekat dapur... Sebab apa?? Masa nak jawak soalan Linus past year paper.. ada soalan kuali.. soalan senduk.. anak mama tak kenal... huhu.... 

With Arissa.... we always cuddle and tickle one another... Mmg suker jer Mek Megi ni... dia cakap... "finger-finger mama".... please... then lepas dah geletek dia tu.. confirm dia cakap "one more time" suka sgt org geletek dia... 

Allahuakbar, I felt so good! Happy! 

And one more thing that i want to share with u guys.... i practice doa with Adelina.. every morning... masa pakaikan baju sekolah dia...  sambil2 ikat rambut tu.... i ajar dia doakan ibubapa...  "Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ampunkan dosa kedua ibubapaku.. Limpahkan rezeki yang halal dan diberkati untuk keluarga kami dan berilah kebahagiaan kepada kami sekeluarga" Mmg berbelit2 ler lidah minah saleh celup tu.. Tapi getting better day by day... Sweet kan.. u ols amalkan ler... Jgn tak tahu doa2 anak kecil ni didengari Allah. Cubalah... Do encourage your small kids to make du'a for you every day. Rasa best sangat.

I try my very best to be my kids good friend. Their BFF.

And one more important thing is... be d very best BFF.. soul mate.. partner in crime... ehhh... partner in business ... teman syurga saya.... now 24/7 bersama...  kongsi cerita bersama... makan bersama... mandi bersama... opsss... hahhaa... my one and only Hubby..


ok guys... tu lah.. kalau dah blogging tak bleh nak stop kan.... ada byk benda nak buat sebelum mek megi bangun tidur... huhu...

ok.. see u soon.... inshaAllah.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Adelina - Ballet Class






Kami masukkan Adelina ke ballet class untuk develop self confidence n discipline.. Sibukkan dia dgn xtvt lain utk lebih bersosial dan improve eye contact n control her tantrum.. Hope adelina will be ok like other kids..

Kenapa kami pilih ballet?
Firstly, Adelina mmg minat ballet. dan Sally ada baca jugak.. Ballet benefits autistic children, providing them opportunities to engage, and experience the joy of music, movement and dance. So.. Sally nak dia lebih bergaul.. tak boring kat rumah.. dan byk aktiviti luar supaya dia bleh sesuaikan diri. InshaAllah..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Anak Syurga saya... my princess Adelina




Adelina adalah sinar hidup kami... Cahaya kebahagian rumah tangga kami setelah 2 tahun sabar menanti untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Adelina adalah segala-galanya. Segala kemewahan diberikan mengikut kemampuan kami dan Sally rasa dia mendpaat segala-galanya. Makan, pakai sentiasa dibuat oleh bibik... permainan ikut kehendak diri.. apa yang dia buat semuanya betul.. pantang menangi sikit kami sogok dengan mainan.. Ipad diberi seawal umur 1 tahun... tak cukup dgn ipad... kemana-mana pergi kami bagi portable DVD. Dalam kereta.. masa makan di restuarant... dgn alasan.. Adelina akan behave dan asyik dgn DVD yang dihidangkan tanpa mengganggu kami...

Sally mmg banyak baca bahana ipad dan DVD... but i think its ok.. Adelina tahu banyak benda... DVD pun.. kami bagi DVD learning... little Einstein... barney.. and all of it rasanya bg byk pendedahan kpd Adelina.. and at last,... my doter reluctant utk cakap Melayu... Mmg minah salleh celup... Cakap Melayu pun tak faham.. kalua tahu pun pelat... huhuu....

Bila dari kecil sentiasa dimenangkan.. diberi apa yang dimahu... Adelina menjadi seorng yang sentiasa ingin menang. Dan hayal dalam dunianya sendiri. Hidup dalam alam fantasi... bercakap pun ikut lenggok TV... dan Sally dah rasakan ada sesuatu dengan anak ini... 

Kesibukan Sally dgn dunia Sally sendiri... huhu... pagi di opis.. malam balik dgn bisnes.. berbicara sekejap2 shj dengan anak-anak... membuatkan Sally lalai ttg perkembangan Adelina... Bila bagi buku kerja... especially maths.. dia bleh buat dgn baik.. huruf pun kenal semua... Sally rasakan OK jer anak ku ini... Tapi disebaliknya Sally tak perasan anda sesuatu dengan Adelina... pernah beberapa kali terlintas di hati... normalkah anak ini? Kalau mengamuk tidak makan dipujuk... kalau nakkan sesuatu.. amukan dia macam nak dicabut nyawa... tak kira depan prang ramai atau di mana sahaja... kadang2 ia begitu menguji kesabaran ini.. Slalu terlintas dihati.. kenapa anak aku tidak sebagus anak yang lain... behave mendengar cakap... huhu... macam mana nak dengar cakap.. kalau ibu pun tak bercakap sangat dengan anak... Sangat menyesal okay.... Sally harap ia belum terlambat lagi buat Adelina dan ARissa.

Awal persekolahan, Adelina di masukkan darjah 1. Hari pertama persekolahan, kami dah dapat detect aanak kami mmg pelik. Cikgu pun perasasan. Ada seorang cikgu.. Cikgu Salina menyarankan kami membawa Adelina untuk membuat check up... Cikgu Salina punya anak Dyslexia dan katanya Adelina mempunyai symptom yang sama dengan anaknya. Kami tak berlengah lagi... Kami daptkan date untuk appmnt dgn doktor pakar secpt mungkin... Dan kami tahu.. ia mmg agak terlambat buat kami... huhuuu

Adelina... my daughter... my lovely princess disahkan mild autism pada Rabu (21 Jan 2015) minggu lepas. Kami bawa jumpa Doctor Ranjini di HKL. Adelina diberikan beberapa kertas soalan macam exam dan beberapa tools serta observation dibuat dalam masa 3 jam gitu.. then doctor sahkan dia mild autism. Hati ibu ini sangat sedih dan Sally binggung tak tahu nak buat aper.

Adelina bersekolah di Smart Reader Kids sejak berumur 4 tahun. Education OK Sally rasa bila dia boleh mengira dengan baik... maths ok.. english ok.. cuma BM jer yang kurang. Dia lebih cenderung berbahasa Inggeris. Kami tak merasakan aper2 yang pelik dan luar biasa sepanjang dia di SRK.. sebab semua kerja sekolah dia boleh buat cuma dia cepat bosan, sukar focus tapi jawapan yg diberikan kepada soalan semua tepat. dia mmg kena guide buat homework klu tak mmg tak siap.. 

Adelina anak pertama kami. So, Sally tak tahu sejauh mana tahap sosial and communication bagi budak umur 7 tahun. Sally ingat Adelina mmg terover manja, dan mmg dia slalu di rumah, bercakap pun dgn maid jer... dan kadang2 jumpa cousin. Kawan2 pun hanya yang disekolah shj. Bila masuk darjah 1, Sally dapati dia jauh berbeza dengan rakan sebaya. Budak lain dah boleh bercakap petah macam orang tua.. ikut rules.. diam waktu assembly... tapi Adelina.. hanya mampu duduk diam sekejap sahaja.. dia bangun dan merayau2 serta over excited ditempat baru.. bermain sorang2 di taman dan ada satu ketika semua murid darjah 1 beratur di hadapan stage, dia dgn slambernyer naik ke stage dan buat performance frozen tanpa segan silu. Semua cikgu rasa pelik... dan ada cikgu yang bertanyakan beberapa soalan.. dia jawab dgn slamber sambil melompat. Cikgu akui yang dia bijak tapi kurang focus. Cikgu yang suggested kami jumpa pakar. Kami tak berlengah lagi untuk buat apmnt dgn Doktor Ranjini. Mmg kami sogok dia dengan ipad, portable dvd, tv.. all the time. Mmg Sally akui itu mmg salah kami... dan kesan2 gadget yang disebarkan di internet dapat kami lihat depan mata kami sendiri sekarang ini.

Dalam banyak2 symptom autism, Sally rasakan Adelina menepati 1/3 daripada ciri2 tersebut. Doktor sarankan Sally hantar ke sekolah khas. Tapi hati ini berat untuk terus menempatkan dia di sekolah biasa dan pengisian aktiviti lain selepas waktu sekolah. Sally bingung tak tahu nak buat aper. Saya rasa dia OK.. cuma kurang kasih sayang.. perhatian.. dan kurang bergaul. Tapi risau juga if dibiarkan keadaannya makin teruk..

Antara symptom yang dia ada:
- kuat berkhayal - berada di dalam dunianya
- suka bersendiri
- sukar untuk bersosial dgn kwn2. Peramah tapi tak boleh bercakap lama dengan kawan.
- reluctant utk berbahasa melayu
-sentiasa cakap berlawanan. Kita cakap YES, dia cakap NO. Kita cakap TOMORROW dia cakap TODAY.
- Cepat boring
- banyak cakap dan berimiginasi
- berjalan tanpa arah
- sensitif dan manja
- suka menari dan menyanyi.

cam symptom lain seperti: gigit diri sendiri, suka panjat, suka pusing2 barang, hantuk kepala, mencederakan kawan, tiru perckpan orang, buat bunyi aneh.. main2 dgn jari.. tu semua tak der. 

Sally sangat berharap... masa yang Sally ada untuk diluangkan bersama Adelina... dan Arissa juga akan mengubah Adelina menjadi lebih baik. Mama akan buat apa sahaja untuk mu anakku... Mama mmg salah sebelum ini dan mama janji.. kita akan lebih banyak luangkan masa bersama...

Pada anda semua... luangkanlah masa dengan anak2.. Jadikan cerita diri ini satu iktibar. Jika anda sibuk... dan anak anda ok.. anda mmg bernasib baik.. tapi jika terjadi perkara sebegini... mmg sedih tak tertanggung..

Doakan my Adelina pulih seperti kanak2 lain... 




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops