Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Petua Orang Tua

Ni Sally copy dari FB Anna Mustafa..
.
Park kat sini senang nak wat rujukan... dan share dgn u ols jgk..
.

Hebatnya PETUA... Petua Orang Tua

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. 
.
Badan Ringan Dan Bertenaga 
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Selamat mengamalkan nya...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


CHECKLIST dan SALLY

Sally cukup suka buat benda ni... Tak tahu ler sbb saya ni pelupa, atau saya ni jenis yang nak semua benda teratur atau pun saya nak everything in order ataupun sy nak tgk apa benda yang saya kena buat dan apa yang dah siap.. apa yg blum... Aper2 sajer.. saya mesti buat checklist.
. Biasa org kata checklist ni utk tasks that you need to do.. but sumtimes i use it for everything... it’s easy for us to forget things. When we do something that involve multiple steps, it’s likely that you would forget one or two of them. . Cthnya..
- hotel, itinerary, things to do, baju nak bwk, mainan anak2, food, etc tec
Nak buat bday.. saya buat checklist. - Sy listkan invitees, venue, present, food, goodies, baju, etc.. Nak buat seminar.. pun saya buat checklist. - Sy listkan itnry, slide, food, preparation, etc etc... Nak pergi bercuti pun sama
dah siap satu.. checked..
Nak g umrah pun sally buat checklist... and my checklist kat blog about umrah dah dikongsi lebih 300k orang. Nak beranak pun ada checklist jugak... hihihi.. Before.. During.. and After.. semua ada checklist... Daily checklist of coz ler kan... seblm tido, list dulu esk nak buat aper...
Paling saya suka buat benda2 yg sy nak improve... pun sy buat checklist.. Bila terzahir di kertas... kita akan nampak.. klu duk dlm diri.. ego kita tinggi... susah nak buang benda2 halus yang membuatkan kita mendabik dada or degil keras kepala... tapi bila tgk kat kertas... baca... dia terus auto panjatkan doa pada Allah.. supaya niat kita nak improve segala kelemahan tu dimakbulkanNya..
Muhasabah diri pun sama... saya buat checklist jugak.. list all d weaknesses n strength.. so that nmpk ler yg mana bleh cover yg mana satu.. . Dan boleh juga letak dlm daily checklist: - Call Mama. - Istigfar 100x (start jer yg ni dulu.. lama2 jd terbiasa kat mulut) . itu cara Sally dan checklist... klu boleh semua nak tulis kat paper.

Yang dizahirkan biasanya lebih jelas. Chechklist biasa Sally buat awal pagi, time dah start duduk kat meja kerja.. ataupun malam sebelum tidur. . Cubalah....



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


LEPTOS - Penawar Sakit Kepala

Hari ni seharian Sally sakit kepala... Maybe tidur tak cukup... mlm td lagi dah rasa sakit berdenyut2 belah kanan... Pagi tadi.. berat nyer kepala.. tapi ku gagahi jugak bangun siapkan Arissa nak g skul.. tak cuti plak tadika dia.. then Kak Nina requested nak gi Sinar Ceria her therapy class.. seronok ler dia byk aktiviti kat sana... teacher2 pun melayan jer dia.. 
.
So, ingat nak siapkan slide utk coming seminar.. tapi Ya Allah.. sakitnya kepala.. Lepas bfast.. telan Active Fast... baring jap.. pun tak jalan.. Dah separuh botol tonyoh minyak angin FreshCare Green Tea... pun xde kesan... Hubby sapu minyak panas kat belakang tengkuk... tahan sikit.. d magic touch of husband.. hahah... tapi lea stu berat balik kepala ni.. Macam kena hempap dgn batu.. atas kening pun sakit jer berdenyut2.. Wasap plak byk giler masuk.. layan tak layan jer.. close deal tetap close deal.. huhu...
.
Lunch bangun makan sikit.. kut perut kosong.. then telan Ponstan.. Sbb tak tahan sgt dah,,, klu sakit macam ni.. mmg x leh nak ngadap kerja... then.. baring kejap.. Baru nak lelap.. Mc Megi plak ngamuk... huhu.. sakit berdenyut2 makin menjadi2... sally bangun.. nampak botol Leptos.. Sally ambik 6 biji... kunyah2.. minum air... Seriously tak tipu.. dlm 15 minit after that.. sakit kepala gone... Ni betul2... mmg bukan rekaan... Dan sally rasa macam magic plak Leptos ni... Dgn izinnya... Hilang sudah sakit kepala... dan leh ler Sally berblogging lagi ptg ni...
.
u ols yg ada Leptos tu.. kalau tetiba rasa sakit kepala.. cuba ambik dan kunyah... Rasai kesannya.. Masam2 dia tu leh jadi ubat migraine rupanya... Alhamdulillah... 
.
Malam ni nak design utk proposal hubby bg projek baru dia... Semangat ni.. Semoga dipermudahkanNya..





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Selesaikan masalah "Your Storage Almost Full" kat iphone6



Salam u ols...

Hari ni Sally nak citer sikit masalah dgn iphone6 ni.... iPhone lain so far I pakai OK jer... tak pernah terjadi mcm ni... Dah 2 minggu keadaan ini berlarutan.... pop up message "Your Storage Almost Full" kerap kali keluar... geram tau... dulu pakai iPhone5... macam OK jer... tak pernah terjadi mcm ni... walhal storage iPhone6 lagi besar dan pulak gmbr pun x byk.... dlm 30 keping jer... slalu Sally delete jer gmbr lepas uplaod FB... huhuhu... sbb nak laju punya pasal... almaklumlah bisnes semua bergantung pd phone ni... Game pun mmg diharamkan kat iPhone ku ini.. anak2 mmg xleh kacau phone mama... 

Hal ini sgt2 merungsingkan Sally... benci tau.. tak tahu nak buat aper dah.. sampai ler Sally delete semua apps yg kecik2 yg x brp nak guna tu... pun keadaan yg sama... Smpi nak snap gmbr pun x bleh ptg tadi... tu yg dpt snap gmbr Lala Masak Pedas jer... menu lain x sempat snap... full plak dia... camera function langsung x bleh guna... huhu... sgt menyedihkan ratu selfie ini... Mula2 ingat hal ni terjadi lepas iPhone ku jatuh dan kaca depan pecah... aritu phone duk kat atas riba.. ingat duk dlm bag... dgn slamber nyer nak gi 7E... main kuar kete mcm tu jer... jatuh ler iPhone tu atas jalan tar dgn angle yg sungguh cantik smpi pecah cermin depan... waaaaaa..... tp selagi boleh guna.. kita guna jer laa... lgpun x pecah berderai... huhuhu... casing harap jer mahal.. x de ciri2 selamat langsung bila phone jatuh... huhu.. nyesal tak pakai casing lather bertutup... huhu.... nak sgt gold shining...

ok.. berbalik pada masalah phone tadi... Sally pun g ler semak kat Setting > General > Usage > Manage Storage .... skali bila dia load semua application.. Sally duk tgk... 0byte available.. semua dah guna.. mmg full tahap cipan ni... 

then tgk top ranking adalah Facebook.... huhuh... 9GB utk Facebook jer.... giler ke aper.... camana nak delete data ni.. godek punya godek... tak jumpa okeh... Sgt2 mustahil apps FB smpi 9GB... Tgk kat iPhone lama... cuma 254MB jer... aper plak kat iPhone6 ni smpi 9GB... huhu... mesti ada yg tak kena... sbb Sally duk godek2 tak jumpa camana nak delete data Facebook... sally pun uninstall FB tu.... then shutdown jap.. rest dia jap.. then Sally ON balik... then Sally pi install balik FB.... Alhamdulillah... keajaiban telah berlaku... FB ku hanya memakan space sbyk 217MB sahaja... yeaaa.... settle masalah yg 2 minggu mengacau hidupku....

Sally pun cam tak puas hati nak tahu jugak aper yg terjadi sebenarnya... Sally pun google ler... rupa2nya ada ramai jugak yg mengalaminya... dan ada satu website ni (www.imore.com)... dia bgtau bahawa jika kita buka link ke blog or mana2 website melalui FB, FB akan cuba buka direct from her own apps... dia tak buka kat browser lain... so, at the same time dia akan load semua gmbr dan background... then dia akan simpan data tu dlm hidden storage FB kita yg Sally tak tahu pun kat mana... sbb tu ler ia makan space byk... sally pun rajin ler duk mengelik link2 kat FB tu... lagi2 dlm mgu ni byk citer pasal dera Yaya tu.. nak jer aku baca semua kan.... tu yg FB makan byk space tu.. huhu.... so, u ols.. kalau ada mengalami masalah yg sama.. bleh ler cuba cara ni... klu delete app lain x menjadi.. cuba delete FB klu ia penyumbang utama pemakan space terbesar iPhone anda... uninstall dan install dia balik...

Tu jer nak share.. hope yg ada problem tu.... bleh ler solve dgn cara ni...See how much storage Facebook uses on your iPhone....  mak happy sgt.. phone dah kembali sedia kala... kalau bawak g kedai.. mahu min RM50 jugak kena ngap dgn so called 'otai' phone.. huhu... Semoga info ini berguna pada anda....

Adios..
Sally


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Susu Kambing Rosli

Si Rosli dah bela Kambing ke Sally??? Huhuu.. tak ler Jah.. Tajuk kasi gempak jer.. Malam ni... ehhh.. pagi ni mood berBlog tu mencurah2.. lagi2 mata ni tak leh nak lelap plak selapas pekena White Coffee kat umah my MIL tadi... Balik umah terus tak leh tidur.. so kita blogging jap.. Tadi tolong mama buat biskut raya.. Citer biskut raya lepas ni plak yer.. :)

Aper al-Kisah Susu Kambing Rosli ni??? Xtually, kambing tu bukan ler Rosli yang punya... Susu nyer jer Rosli punyer coz Rosli yang beli. So, satu hari dia kasi Sally try sebotol... Menurut pakar puan En Rosli kita ni, salah satu khasiat susu kambing adalah untuk memperbanyakkan EBM. waaahhhh.. luas sungguh ilmu pengetahuan dia.. Sally kan pantang dgr benda2 yang leh bykkan EBM ni... So, Sally pun try ler sebotol tu... Tak der ler rasa banyak EBM, tapi yang pasti susu lebih pekat dan rasa macam segar plak hari tu lepas minum susu kambing. Tak rasa dan bau kambing pun... Lazat berkrim.. dan tak muakk macam kita minum susu lembu. Sally ni mmg tak brapa suka susu.. Tapi, ok plak minum susu kambing ni...

So, Sally pun order ler 1 dozen. Beli dgn saper?? Dgn En Salizi. Rosli yang bagi contact dia ni... En Salizi ni leh buat penghantaran ke rumah or opis.. Sally kol pagi, petang dia dah hntr kat opis.. 1 dozen RM68 termasuk caj penghantaran RM2. Harga sebotol RM5.50. 1 botol 250ml. Dia ada blog jugak tau... refer kat sini klu u ols nak try jugak: Susu Kambing Salizi. Amboi... En Salizi dapat promo free kat blog Sally... Bukan apa barang yang berkualiti dan service yang baik... Tgk banner dia kat bawah ni:



Gambar bawah ni bukan EBM tau... ni adalah susu kambing yang Sally beli.


Susu ni mmg fresh. Batch yang Sally beli ni ada ler bau kambing sket.. Tapi klu minum sejuk ok ler.. Sedap. Minum suam2.. nak termuntah jugak... Jgn nak cium2.. minum jer satu nafas.. hehehee... Semalam Sally try rendam kurma.. pastu makan kurma tu dan minum susu nyer.. Ingat susu akan berubah rasa kurma, tak der pun.. Aper2 pun.. makanan ikut sunnah Nabi tu... InsyaAllah boleh bykkan susu EBM. Apa sajer mama try utk anak mama...

Meh Sally share dgn u ols Khasiat Susu Kambing Segar (dr blog En Salizi gak):

KHASIAT SUSU KAMBING SEGAR
  •     Minuman kesihatan
  •     Paling hampir dengan susu ibu
  •     Kaya dengan protein, kalsium, vitamin A
  •     Untuk kecerdasan otak, kuatkan daya ingatan
  •     Mengembalikan tenaga setelah penat bekerja
  •     Lancarkan sistem penghadaman perut dan usus
  •     Kuatkan tulang dan sendi.  Kuatkan imunisasi
  •     Tingkatkan kesuburan dan penyembuhan
  •     Untuk kesihatan mata, rambut & kulit
  •     Mencantikkan kulit. Awet muda.

Cara Simpan Susu Segar
  • Simpan di tempat sejuk beku (freezer) - tahan 1 bulan
  • Simpan di tempat sejuk cair (chiller) - tahan 2-3 hari
  • Jika beli banyak: simpan 3-4 botol di 'chiller' dan bakinya simpan di 'freezer'.
  • Jadi bila beli banyak, simpan 3-4 botol (untuk 2 hari kegunaan) di bawah (cair), dan bakinya simpan di atas (beku). Bila ambik satu botol yang dibawah (cair), turunkan sebotol yang di atas (beku) ke bahagian bawah, dan begitulah seterusnya.Jadi yang di bawah sentiasa ada untuk 2 hari kegunaan.
  • PENTING - susu ini 100% asli, tidak di awet, jadi mesti simpan ditempat beku supaya tahan lama dan mengelakkan nya dari rosak.

So far dah 2 ari Sally minum.. Sally rasa kenyang dan segar.. Tak mudah lapar.. dan alhamdulillah EBM pun ok.. Mmg pekat.. Daripada supplement ntah apa2 tu kan.. baik ambik yang fresh jer.. Tapi teringin gak nak try HiGoat tu.. Tapi OK ke??? Ke yang FRESH much better?? Hmmm... dah abis 12 botol nnt pikir nak try ke tak HiGoat..




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


PETUA UNTUK MUKA BERSERI CARA ISLAM

Sebelum tido.. nak share dgn u ols..

Petua 1
Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua, selepas solat.

Petua 2
Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.

Petua 3
Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.”

Petua 4
Membaca Doa Bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku".
 
Selamat Beramal...
 
 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


7 Tindakan Berbahaya SELEPAS Makan

Sajer nak share dgn u ols...

7 Tindakan Berbahaya SELEPAS Makan

1. Jangan merokok - Eksperimen dari pakar-pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah setanding merokok 10 rokok (kemungkinan kanser adalah lebih tinggi)

2. Jangan makan buah-buahan serta-merta - Segera makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut akan kembung dengan udara. ambil buah-buahan 1 -2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan.

3. Jangan minum teh - Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan menjadi 100x sukar untuk dihadam.

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda selepas makan akan mudah menyebabkan usus boleh dipintal dan disekat.

5. Jangan mandi selepas makan - menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang, ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.

6. Jangan berjalan - Orang selalu berkata bahawa selepas makan berjalan seratus langkah dan anda akan hidup sehingga 99 tahun. Pada hakikatnya ini adalah tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang kita ambil.

7. Jangan tidur dengan segera - makanan yang kita ambil tidak akan tercerna dengan betul. Oleh itu akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Ubat Sakit Kepala or Migrain

Utk u ols yg slalu sakit kepala or Migrain.. bleh amalkan ayat ini.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Tips Banyakkan Susu Ibu

Guys.. 

U ols tahu kan Sally memang berazam nak bagi Arissa susu ibu secara exclusive at least setahun... klu ada rezeki dan diizinkan Allah smpi 2 tahun... Semangat tengah membara ni.. Tapi sejak dua tiga menjak ni.. Sally mmg risau bila pam jer susu tak banyak.. Sally pam ikut schedule every 4 hours.. and normally dpt ler dlm 5 - 6 oz sekali pam.. Masa dlm pantang tu.. paling koman pun 9oz.. klu tak, mau 12 - 15oz.. best jer masa tu.. Sally tak tahu plak faktor yang menyumbang kepada kemerosotan production susu ibu ni...

Dah 2 minggu Sally asyik duk usha tips2 nak banyakkan susu ibu... daripada sayur bayam, sup lobak putih, kurma dan kismis blend, kurma merah rebus.. semua Sally dah buat. Phytonatal dan teh NR pun Sally amalkan.. Tapi production still maintain 5 - 6oz jugak... Sumtimes dpt le simpan sebotol dlm 5oz utk buat stock.. Rasa rindu plak saat pam dpt byk cam dalam pantang tu... Dalam duk mengusha tu.. dan pandangan 2 - 3 kawan, Sally teringin gak nak try produk Shaklee.. Kalau baca testimoni mmg ramai yg ckp bleh memeriahkan susu badan... Tapi average testimoni.. mcm skali pam dpt 4-5oz jugak... cam sama dgn Sally jer.. Harga yg Sally dpt best price pun dlm RM430 untuk set penyusuan.. ada 6 items.. Mmg dah nyaris2 nak beli hari tu.. tapi ada ler 'Org Tu' nak join beli jugak.. tapi dia nak beli set pelangsingan... 'Org Tu' nak beli sama2 dgn Sally... so, dia mcm dalam dilemma lagi... so, Sally pun tunggu dia ler.. nak beli sama2.. leh panggil dealer tu dtg skali untuk bg consultation kat we ols ni.. Memandangkan dia masih dlm dilemma.. Sally pun relax dulu ler.. bleh abiskan mana2 produk yg ada skrg ni.. NR pun byk lagi.. Jus Delima Giffarine pun tak minum lagi... Felinna Vit C mmg x kan tinggal u ols... wajib tu... hehhe... Masa Sally duk tanya opinion pasal Shaklee ni.. ada ler sornag ni bgtau EDP tu rasa dia x sedap.. and its soya.. dan ia merupakan main product Shaklee untuk banyakkan susu... Dari situ Sally terpikir.. why not Sally try minum mana2 air soya instant kan... Hmmm...

So, kelmarin masa g beli barang dapur.. Sally terpandang Soya Soy Talk 1 botol 1L dgn harga RM2.30 shj... Hmm.. klu Sally beli product beratus.. dan main redah jer nak minum wpun ia adalah susu dan soya (alkisahnyer mmg Sally ni mmg tak suker gile rminum susu/soya)... why not Sally try dulu Soytalk ni.. Sally pun capai ler sebotol dulu.. dgn niat.. klu Sally tak leh minum.. Mr Hubby ada untuk habiskan... hehhee..

Camana bentuk Soy Talk ni...??? Meh Sally tepek gmbr nyer kat sini:





So, Sally start minum mlm tadi... 1 mug.. Rasanya??? Hmmm.. boleh tahan ler.. tapi tertahan-tahan gak ler nak abiskan.. Tak der ler bau busuk.. ada manis2 sket.. Tapi Sally rasa mcm tak bernafas ler jugak minum.. takpun dgn kata lain... abiskan 1 mug dgn 1 nafas shj... hehhee...

Tidur mlm tu, susu mcm rasa byk.. Dlm kul 3.30pg mcm tu Arissa terjaga Sally bg direct.. then pukul 7 pagi Sally pam cam biasa... dpt 9oz.. hmmm.. Suker nyer.. Dah lama tak dpt 9oz skali pam.. Syukur sgt2... So, masa breakfast tadi,  Sally minum, kul 11.30 Sally pam dpt 8oz... then ptg tadi x smpt nak pam kul 3.30 coz ada meeting kat Bursa Malaysia.. so balik dr meeting.. smpi rumah kul 6ptg baru pam... dpt 9oz... mmm... suker sgt...  Lepas makan malam.. Sally minum lagi 1 mug.. kul 10pm nnt pam... harap2 meriah ler jugak... So.. Sally nak tgk smpi bila dpt bertahan... Harap nyer Soy Talk ni dpt memberikan kesan +ve yg berpanjangan... tak yah ler Sally invest beratus untuk memeriahkan susu.. Dgn Soy Talk... (waahhh.. ayat macam Duta Soy Talk lakss..) Sally hanya perlukan RM2.30 sehari.. coz sebotol leh minum 3 kali jer.. dgn syarat 1 mug skali minum... klu u ols suka sgt.. leh le rminum 1L sekali minum.. kekekkee... Sally nak abiskan 1 mug pun meremang bulu roma.. Untuk anakanda punya pasal.. bonda tahan jer laa...

So, nak dpt kat mana Soy Talk ni??? Sally beli kat MaxValu jer.. Sally yakin, mana2 supermarket or kedai runcit ada... Carik ler di kedai berhampiran anda... ngehh... ngehhh

So.. meh tgk gmbr susu yang meriah hari ni... suker nyerrr....



Adioss...
Sally





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Berapa lama susu ibu boleh bertahan??

Entry ni Sally copy dari http://www.anakkuwiraku.com. Sajer nak share dgn u ols... mmg terbaeekkk.. Jawapan bagi segala kemusykilan tetang susu ibu...

Credit to kak Nadiah.
Ibu sangat suka dengan entry beliau ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang baru dalam bidang ini.

Soalan Pertama:
Berapa lama susu saya boleh bertahan:-
a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer


Jawapan :
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan ummi ini telah ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pd kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2)...so inilah jawapan ummi yang ummi rasakan paling sesuai :-

a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (ummi dah buat experimen pun sbb ummi expressing pumping...
b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja...kerana suhu bg peti ais satu pintu tidak sama dengan yg 2 pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bwh, susu di bhg atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bhg sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu)- bertahan paling lama 72 jam tetapi ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya..ummi ambil 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan (lamakan...subhanallah)...juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka...* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..

Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya...dan apa yg ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa(kita lbh tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah...Dan harus juga ummi ingatkan bahawa susu yg di simpan di bahagian dalam peti ais lbh better dr yang di simpan di tepi pintu peti ais...

Soalan Kedua :-
Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?


Jawapan :-
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah) - (selepas di panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang...

Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan tuh sebenarnyer mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu...

Soalan ketiga:-
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?


Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer...dan harus ummi ingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut...

Soalan ke empat :
Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??


Jawapan :-
Sebenarnya ummi tidak berapa advise untuk susu di campur2kan...tetapi sbg panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kdg2 sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapan ummi ialah BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..dan syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...

Soalan kelima :-
Bolehkah susu yg saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???


Jawapan :-
Actually ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi base pd experience ummi sendiri..BOLEH...syaratnya begini...(untuk mudahkan kefahaman ummi bg contoh ye)..kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standy(kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bg yg telah di minum..ummi tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lbh tau banyak mana anak kita perlukan...asingkan siap2 ok...

Adioss...
Sally


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Rahsia Kurus Secara Sihat Luaran dan Dalaman

Semekommm.... opsss.. nak bagi salam tu elok2 sikit Jah... jgn nak Asalam.. Semekom... Salam jer... biar betul2.. jgn memain k... Assalamualaikum.... wanita2 dan jejaka yang dirahmati Allah sekalian... waahhh... sejuk gitu baca mukaddimah entry di pagi Ahad ini... :)

Hari ni Sally nak share dgn uols satu Rahsia... Rahsia?? Secret?? Secret Admire??? opss... Zaman Secret Admire tu dah berlalu.. dah anak 2 ni... yg admire pun Mr Hubby jer lah sorang... huuhuuu..

So, ape cer??? Rahsia Kurus. Sally dah alaminya dah... dan Sally sangat berpuas hati. Rahsia ni dikongsi oleh seorang teman yang mana wpun kurus.. kesihatan luaran dan dalaman terjaga. Sally slalu ingat pesan mama.. pompuan ni nak kena jaga kesihatan tubuh badan.. bukan luaran jer nampak cantik... slim molim.. tapi asyik letih jer... dalaman tak terjaga... dan kita sebagai orang Melayu ni.. tak leh dipisahkan dengan herba-herba.. akar-akar kayu yang menjadi amalan tok nek moyang kita... tak gitu Jah? Tapi wanita2 skrg ni duk kejor ler nak kurus nyer.. (Ko dulu pun cenggitu gak Sally oi... haha.. ko diam Jah) tanpa menghiraukan kesihatan dalaman nyer.. Telan ler pil kurus.. teh kurus.. susu nak kurus.. aper2 ler janji ada perkataan "KURUS" or "SLIM".. semua main bedal jer.. tak gitu.. ??? Tapi realiti nyer.. masalah dalaman still ada... Dah telan macam2 tu.. ada ler masalah pundi kencing ler.. sembelit ler.. pankreas ler.. usus ler.. sakit dalam perut ler... masalah kulit lepas dilumur lotion untuk kurus ler.. tu belum masalah migrain.. keletihan.. pucat.. lesu badan.. macam2.. yang mana pada asal nyer prod2 tu semua claim.. "Tiada Kesan Sampingan".. kan.. tu ayat biasa.. Jangka masa pendek yer laa... jangkamasa panjang??? huhuu..

Apa yang Sally nak share dgn korang ni.. pasal Seri Dewi Malam. Bukan ler niat nak mengaut keuntungan semata-mata.. Nak promosi ke aper.. Tapi its a fact. Seri Dewi Malam ni salah satu daripada produk yg ada kat pasaran.. yang mana bahan2 yang digunakan adalah herba2 dan akar2 kayu. Dah berlambak testimoni hebat daripada keluar lemak ayam.. kotoran dari TUT... Set pembersihan Seri Dewi Malam memang terbukti keberkesanannya dan menjadi pilihan No1 rakyat Malaysia. Tak kisah ler... rahim jatuh ker... keputihan ker... gatal2 ker.. tombong.. prolaps... mcm2 maslaah wanita dapat diubati dengan Seri Dewi Malam... Amalan makan Jamu Dewi Dara mmg Sally start masa selepas bersalin kat Arissa dulu lagi.. So, selepas bersalin kat Arissa, Sally guna 1 set jamu Seri Dewi Malam.. Memang bersih sgt dalaman.. keluar segala mak nenek alien dlman..

Set pembersihan dia macam ni:


Selepas dah bersih dalaman.... u ols boleh cuba Jamu Dewi Langsing... juga keluaran Seri Dewi Malam... Mmg luar biasa terbaik... Ramuan mmg 100% herba.. Sangat selamat... tidak akan mengalami cirit birit memulas sampai tak nampak jamban... ia smooth and steady... mmg segala minyak dan lemak kuar sampai berminyak ler tangan time nak membasuh nyer tu.... seminggu pengamalannya tu... mmg popo kaler hitam ler kuar.. bauk tak yah citer sbb harum semerbak... ia keluarkan segala kerak2 popo yang terlekat kat usus lama2 tu.... kasi clear baikkk punyer... u ols cuba ler... tak cuba tak tahu kannn... Highly recommended... yang penting 100% herba... slim dan jaga dalaman sekali.. waahhhh.... bonus.. bonusss...


Saper2 yang sesuai untuk amalan ni Sally?
Bukan sahaja kepada mak dara... anak dara pun boleh. Yang dah kahwin tapi blum ada rezeki dpt anak sangat disyorkan.. yang dah ada anak pun sesuai...wanita lepas pantang.. tgh menyusu badan.. 

So.. u ols pikir2kan lah... Sally sgt mengesyorkan cara untuk anda jada badan.. kurus secara sihat luaran dan dalaman ni... whatsApp Sally if berminat nak cuba Seri Dewi Malam 0192107881

Adiosss..





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Petua Sakit Perut

Coz Sally tgh sakit perut ni... so, Sally google petua sakit perut.. share with u guys... Sally ceduk from 101petua.blogspot.com. yang rata2 org pun dah tahu... sajer je nak share..

Rendam empat sudu makan daun teh di dalam segelas air panas sehingga kembang. Setelah itu minum air teh tersebut dua kali sehari sehingga cirit-birit sembuh. 

Lagi satu, Sally minum 100plus untuk menghidrat dan mengembalikan semula bendalir dan eloktrolit yang hilang.. cewahhh.. gitu






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Hari ni start minum air kelapa muda

Kata orang air kelapa buat baby sihat.. kulit baby cantik.. baby kuar bersih.. darah tak melekat kat badan sgt.... mmm.. adakah kebenarannya??

Masa Adelina dulu... dlm 3 minggu cam tu nak bersalin, Sally dah start minum air kelapa... Air kelapa fresh dr buah kelapa muda tau.. tak campur ais... tak campur air gula.. mmm.. mmg sodap.. Masa Adelina kuar mmg bersih jer baby.. kulit pun gebu jer... my sist in law Abby yg bgtau petua ni.. So, sally try jer laa...

For this time.. hampir2 terlupa plak nak minum air kelapa.. Dulu masa Adelina senang nak dpt coz bulan puasa... ni mcm tak nampak depan mata.. tu yg lupa tu....

Semalam Sally panggil mak cik urut... so, dia yang tanya.. tak minum air kelapa lagi ker?? Sally cakap belum.. lupa.. Dia cakap dah bleh start minum dah ni... Dah 8 bulan... ooo..ok..

Rupa2nya.. dekat dgn rumah jer ada org jual kelapa muda.. So, Sally dah booking sebiji setiap hari... Balik kerja jer, singgah jap.. tak yah kuar keter pun.. dia terus hulur jer kat tingkap... murah lak tu.. RM3.50 sebiji.. skali dgn isi kelapa muda.. fresh gitu...

Sajer Sally google kelebihan minum air kelapa muda semasa pregnant dan share with u guys...



KEBAIKAN AIR KELAPA

Menurut Mama Sally:

  • Supaya bila baby keluar, bersih je macam takde darah n tak kotor sangat ngan lendir2,kerak2,kuping2 n etc. senang ckp...minum air kelapa semasa hujung kehamilan adalah digalakkan untuk 'mencuci' kandungan supaya babby keluar bersih je.
  • Menghasilkan baby yang berkulit bersih, cantik dan cerah.
  • Mengaktifkan baby semasa dalam kandungan
Info from Internet:
  • Bila rajin minum air kelapa muda– terutama di trimester ketiga kehamilan–maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.
  • Khasiat-khasiat yang terkandung dalam air kelapa termasuklah kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh badan. So ibu hamil sangatlah memerlukan kandungan air yang banyak bagi mengelakkan komplikasi, termasuk sakit kepala, krem, edema dan kontraksi yang menyebabkan persalinan premature.
  • Berfungsi sebagai Natural Diuretik - Membantu menyahtoksin dari tubuh dan mencegah infection pada saluran kencing.
  • Sebagai antipenyakit - mengandungi asam lauric, asam yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur, antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesehatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteri klamidia dan heliokobater.
  • Membantu pencernaan - Selama hamil, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot lambung sehingga proses pencernaan menjadi lambat. Maka dengan air kelapa, pencernaan dapat dipercepatkan.
  • Meningkatkan HDL - Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.
ok, pengalaman Sally setiap kali minum air kelapa...yup, memang terbukti benar..baby akan gerak lebih aktif setiap kali Sally minum air kelapa, pergerakan perut Sally kalau tengok dari luar macam ada gelombang2 yang kuat. Tendang sana sini..  huhu... Serius!baby suke kot dapat minum air kelapa :)





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Petua hilangkan bau pada bekas makanan

Petua ni mmg bagus Kak Jah oi... biasa klu kita letak tempoyak ke.. sambal ke.. kat dalam tupperware.. bila dah basuh bersih pun.. bau still melekat lagi kat tupperware or tipuware kita tu kan.. Cara nak hilangkan bau nyer sonang jer... macam ni:

Rendam beberapa helai kertas suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama beberapa jam. 

Basuh semula bekas tupperware anda... bau tersebut akan diserap oleh kertas suratkhabar dan bekas makanan anda tidak lagi berbau. 



Perghhh.. hebat betual.. mesti ramai yg suka petua ni kan.. Cuba ler...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Petua Tercekik Tulang

U ols pernah menghadapi situasi cemas tercekik tulang?

Jangan panik… cubalah salah satu petua di bawah:

1) Kepal2kan nasi dan terus telan.
2) Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akan terkeluar.

Jika tidak berkesan, cepat2 g klinik/hospital.:)


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bedak Sejuk oh Bedak Sejuk..

U ols pernah dengar nama Bedak Sejuk tak? Pernah lihat? Kebanyakan kita yg asal dari kampung ni mmg tahu ler benda Allah ni.. tapi yg org2 bandar ni,.. tak tau ler kenal ke idok.. tetiba jer teringat nak pakai bedak sejuk. hehehhee

Dulu, Sally pernah tgk mama buat bedak sejuk.. Sally pun pernah gentel2 bedak sejuk ni skali. Dia diperbuat daripada beras pulut yang diperap lama.. Bertahun2 ler mama simpan dalam botol plastik.. klu tak silap mama perap beras dalam botol plastik bekas jeruk kuning tu... 2 minggu skali mama akan salin air dia.. mak aiiii.. mmg busuk air bedak sejuk ni.. masam semacam jer.. coz perap lama sgt... mmg makan tahun ler.. kalau sekejap2 x berapa menjadi kata mama.. akan rasa gatal dan tak halus.. tidak terlalu mujarab ler.. klu 3 - 5 tahun baru best... Mmg sentiasa ada jer benda ni kat rumah dulu.. mama perap kat dapur.

Proses nak buat nyer.. bila dah bertahun simpan tu.. mama akan ambik lebih kurang 3 senduk besar gitu... dibersih2kan airnya.. ditukar silih berganti sampai jernih.. pastu mula ler proses menggentel.. Sally suka sgt gentel bedak sejuk ni... jadi bulat2 macam telur cicak gitu.. Lepas gentel, tangan pun jadi lembut... Mana ada pakai produk aper pun dulu.. slalu mama tepek muka dgn bedak sejuk.. sebab tu muka mama licin dan putih bersih jer.. Sally dulu pun slalu ditepek bedak sejuk belah petang oleh mama.. Tapi masa tu tak suka sgt coz nnt kena gelak kat kengkawan... bertempek jer putih kat muka kan...

Okay lepas dah gentel bulat2 tu... gentel kat atas kain putih tau... then, letak dlm dulang yg dialas dgn kain putih jugak... gentel plak dgn lemah lembut jer.. klu kuat kut pecah lak nnt. Lepas jer dah gentel semua.. jemur kat bwh cahaya matahari... dah kering, mama akan masukkan dlm botol kaca dan dimasukkan juga bunga melur dan daun pandan.. kasi wangi... bila nak pakai ambik ler sebijik letak kat atas tapak tangan dan masukkan sedikit air.. penyet2 dan sapukan kat muka dan badan.. tepuk2 sket. hehhee.. masa pakai tu best.. sejuk jer muka.. tambah2 klu musim panas... masa baru pakai tak nmpk sgt.. tapi bila dah kering bedak tu kat muka.. nmpk putih jer muka.. mcm hantu pun ada.. muka jadi tegang.. tu ler dia org tua2 cakap petua awet muda.. muka sentiasa tegang gitu... hehehee... muka akan jadi lembut sgt.. sbb tu masa tu muka mama bersih dan cantik sgt.. jeragat pun tak der.. tapi sekarang ni.. mama pun dah tak buat bedak sejuk... terasa plak nnt pantang Sally nak cari balik bedak sejuk ni... leh pakai masa tgh berpantang tu... hehehee... Mama punya bedak sejuk cantik.. bulat2... tapi klu tgk yg dijual kat kedai tu.. dia cam titik2 jer... bentuk pun tak sama.. macam kapur yang dipecah2 jer... susah nak dpt yg ori mcm mama buat dulu tu.

Bagi yang tak pernah tgk.. ni Sally pastekan gmbr yg Sally ambik dr Pak Cik Google. Yg jenis skrg ni titik2... tak der lak gmbr yg bulat2 mcm mama buat.. huhuuu:






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops