Showing posts with label my Mama. Show all posts
Showing posts with label my Mama. Show all posts

Bisikan Hati Kecil

Kebiasaannya, pagi aku lebih ceria dan slalunya aku tidak sabar untuk meneruskan rutin harian. Tapi berbeza dengan pagi ini. Walaupun sepatutnya ada 3 benda yang masih pending di pejabat. JV Agreement, branch opening model dan Digital Biz Plan & Training untuk warga ELISS masih dalam fasa pembangunan, 60% completed, tapi gelora ombak menggangu ketenangan lautan di hati. InshaAllah aku akan pastikan semuanya berjalan lancar dan siap sebelum target date yang telah ditetapkan.
.
Minda ini tidak pernah berhenti memikirkan pelbagai jalan untuk membantu dan meningkatkan lagi sales warga ELISS. Baik bagi yang mampu berFB ADs, mahupun yang Low Cost Marketing. Dan alhamdulillah, usaha yang kita buat, nampaknya telah membuka mata banyak pihak. Yang mana yang agak ketiduran, sudah mula mencelik mata, dan ada yang sudah mula beraksi. Syukur alhamdulillah. Hati manusia tidak boleh dipaksa, tapi jika sudah sampai masa dan ketika, mereka sendiri yang akan bangkit berusaha. Bahagian aku pula adalah iringinya dengan berdoa dan berdoa.
.
Pagi ni aku bukan mahu berceloteh mengenai bisnes. Ada perkara lain yang datang mengusik hati ini. Oleh itu, aku memutuskan untuk Dhuha terlebih dahulu sebelum jari ini lancar menekan papan kunci. Perasaan gundah yang menyinggah di hati seawal pagi membuatkan hati ini tidak tenteram. Aku rasa sebak, terharu dan keterujaan yang sukar hendak dikatakan. Aku membilang detik dan saat untuk hari esok. Esok mama akan datang. Datang ke rumah ku setelah hampir 2 tahun.
.
Aku akan menjemputnya di airport. Mama diiringi kakanda Suhada Mohd Zain dan Hj Sufizal Mohd Zain. Terimbas kembali 2 tahun yang lalu. Dec 2015 adalah kali terakhir mama bertandang ke rumah sebelum dugaan hebat menimpa dirinya. Lumpuh disebabkan stroke dan hilang ingatan selepas pembedahan di kepala. Syukur padaNya, kerana mama diberikan kesihatan dan kekuatan. Keajaiban yang Allah berikan pada insan yang kami sayangi. 
.
Mama datang untuk menghadiri dan menyaksikan sendiri Majlis Hari Raya Eliss. Jika tahun lepas, majlis raya Eliss disambut meriah tetapi hati ini agak sendu tanpa kehadiran mama yang waktu itu ingatannya masih lagi 50-50. Alangkah sedihnya hati ini bila berucap di hadapan semua dan memohon semua hadirin mendoakan kesihatan mama. Air jernih mudah sahaja bergenang dan melimpahi tubir mata. Kejayaan yang dicapai jika tidak dapat dikongsi dengan wanita idolaku itu adalah tidak bermakna.
.
Tapi tahun ini, pastinya ia adalah saat yang paling bahagia. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan majlis tersebut berjalan lancar.
.
Saat aku membuka almari baju dan memilih persalinan untuk hari ini, ku terpandang kemeja biru Abah. Aku memang memiliki sehelai kemeja Abah yang ku minta izin dara Mama untuk menyimpannya selepas hari pengebumian Abah 9 tahun yang lalu. Kemeja itu adalah baju terakhir yang aku nampak abah pakai sebelum dikhabarkan berita pemergiannya mengadap Ilahi. Abah, adalah satu-satunya lelaki yang berjiwa kental. Kami anak-anak tidak pernah melihat kesedihan di raut wajahnya walaupun beliau sendiri bertungkus lumus bekerja untuk keluarga. Sesusah mana pun dia, sesedih manapun dia, dialah Mr Clown di hati ini. Bicara lawaknya mampu menerbitkan bunga mekar di hati sesiapa sahaja. Senyuman terakhir Abah masih segar di layar mata ini. Abah, kau pergi tanpa sempat mengecapi sedikit kejayaan yang kucapai ini. Ku ingat lagi impiannya. Impian untuk melihat aku berjaya dan membina hotel di atas tanah pemberiannya. Jika diizinkanNya, inshaAllah Abah. Suatu hari nanti. InshaAllah. 
.
Ku capai Quran di atas meja sisi katil, dan bacaan ini adalah khas untukmu abah. Sesungguhnya aku merinduimu. Rindu yang paling dalam. Dan kerinduan ini kupadamkan dengan bacaan ayat suci alQuran semoga ia sampai kepadamu. 
.
Sesuatu kejayaan yang dicapai pasti ada sesuatu yang mendorongnya ke arah itu. Tetapkannya dan kuncikan ia di hati paling dalam supaya ia tidak goyah. Datanglah 1001 cabaran dan halangan kita mampu mengatasinya kerana aku tahu aku mewarisi sifat ibu dan ayahku. Kehidupan berlandaskan kepercayaan, kasih sayang dan kesetiaan. Mereke setia hingga hujung nyawa. 
.
Dan aku cukup yakin bahawa hanya CINTA dan KASIH SAYANG adalah landasan utama mencipta kejayaan. Dari cinta lahirnya keikhlasan dan dari keikhlasan lahirnya kejujuran. Dan.... aku masih tetap aku. Wanita degil ini. "Aku tidak BERHENTI pada satu KEJAYAAN"
.
Nukilan jari jemari di papan kunci,
Pn Sally,
Pengasas ELISS.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Rindu pada anak-anak


Hati ini hanya satu..

Tapi saat ini ia menanggung 1001 rasa... Berat hati nak meninggalkan bonda... Sebak dan sedih... Dan.. Dalam masa yg sama juga.. Gembira dan tak sabar nak menatap wajah puteri2 mama... Wajah2 kegirangan pagi ni yg mama tatap melalui facetime.. Jelas membayangkan keterujaan anak2 mama menunggu mama balik...
.
Dan pagi tadi.. Seusai solat subuh... Wajah bonda ditatap penuh makna.. Tak mampu nak menahan sebak.. Bila air jernih mengalir di pipi bonda... Sally juga sama.. Berkali2 ku seka air mata ini.. Tp ia bagai empangan pecah yg tak boleh dibaiki lagi... Ku sedut nafas dalam2... Ku kucup pipi bonda.. Pipi kiri... Pipi kanan.. Dan ku suakan pipiku pada bibir bonda.. Kucupan panas dr bonda terasa dan terkesan hingga ke lubuk hati... "Adik balik dulu... Jumpa anak2.. Ambik anak2 dan adik balik lagi.. Ampunkan dosa2 dan segala kesalahan adik mama.." Anggukan dr bonda cukup utk meluruhkan hati ini... Tangganku digenggam kuat.. Ku tatap wajahnya.. Dia angguk 2 kali... Aku tahu mama kuat.. Ku kucup tangannya berulang kali... Akhirnya.. Aku harus pergi. Lirikan matanya menghantarku sampai ke pintu ICU.. Ku lambaikan tangan dan dia angguk perlahan...
.
Ya Allah.. Kau sembuhkanlah ibuku.. Panjangkanlah umurnya.. Berikanlah kesihatan kepadanya seperti sedia kala... Amin...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Day 20 di ICU - bicara 2 beradik



Hari ni masuk hari ke 20, mama di ICU.. Keadaan masih sama.. Boleh bercakap, tapi tidak bersuara.. Mayb kesan wayar oxygen ke paru2 tempoh hari. Masih tidak boleh makan spt biasa.. Hanya susu melalui wayar.. Pergerakan tangan kaki dah ada.. Alhamdulillah bebas strok.. Mayb mama hya perlukan sedikit fisio sbb dah lama terbaring... Doctor masih monitor.. Dari ICU area.. Dipindah ke HDU.. Tp masih di 2 Delima juga... Bilik yang sama.. Area shj berbeza.. Mama tampak lebih sihat dan wajahnya sudah membayangkan ceria... Alhamdulillah...

2 minggu jugalah Sally berkampung di sini.. Dendam rindu pada pelukan kak nina dah tak tertahan lagi.. Keletah mc megi dah semakin kerap bermain di minda... Esok.. Sally akan pulang.. Pulang kepangkuan anak2 dan suami yg saban hari telefon cakap rindu mama.. Sampai mama pujuk kak nina.. "Nnt mama balik.. Mama beli toys ok..."... "No.. I don't want toys.. I just want my mama.. I want u back..." 
😭😭😭
... Esk kita jumpa yer.. Kak nina.. Adik.. Mama pun rindu sgt2... 
.
Mamaku..Hjh Siti Aminah, adik balik tak lama.. Sekejap jer.. Jenguk anak2.. Jumpa suami.. Yg nyawaku ini untuk mereka juga.. Nnt adik kembali ke sini lagi.. Kembali ke sisi bonda.. yg pasti doaku tak pernah putus utk bonda.. 
.
Tanggungjawab juga perlu diberesi... Banyak nyer kerja menanti.. Persediaan seminar di KB nxt week pun tak siap lagi... Huhuhu.
.
Saat di sini.. Di HUSM ini... Byk cerita yg didengar.. Byk kisah jadi pengajaran.. Sbb yg dtg di sini.. Semuanya berkongsi duka.. Tiada yg dtg bersuka ria..
.
Kesimpulan yg Sally dapat.. Tak kisah ler ada anak sikit ke ramai.. Janji anak2 tahu tanggungjawab dan kenang jasa org tua.. Ada kisah ibu beranak 15... ada juga yg sikit anaknya... Tapi.. Ramai ke sedikit.. Klu kesedaran tiada dlm diri.. Ibu sorang.. Ayah sorang.. Bila sakit blum tentu boleh jaga... Ada seorg isteri.. 3 bulan jaga suami seorg diri.. Anak2 ada hal masing2.. Adik beradik blum tentu dtg menemani.. Keseoranganlah si isteri.. Buntu smpi ke hari akhir suami pulang ke hadrat Ilahi... Ada pula kisah suami.. Yg menjaga si isteri koma 6 bulan tak sedarkan diri.. Tapi setia menemani... Aku tadah tangan berdoa.. Semoga jodohku Sabri Nadzri... Dan diriku jua.. Akan setia hingga ke syurga Firdausi.. 
.
Pagi ini.. Kakanda Suhada Mohd Zain bersuara.. "Kau bertuah dik... Anak perempuan ada 2.. Kalau kita sakit.. Anak perempuan boleh jaga..." Bukan kata anak lelaki tak boleh... Tapi, bila kita perempuan yg sakit.. Pastinya anak lelaki segan nak jaga.. Nak tukar pampers.. Berak kencing nak tukar.. Nak lap badan... Sally teringat post Sally dulu... Anak lelaki yg akan turunkan jenazah ke liang lahad.. Tapi aku.. Aku belum punya anak lelaki.. Kata Kak Da... "Anak2 Kak Da ada.. Anak2 ku pasti syg akan chesu mereka..." Rasa sebak dalam diri.. Rasa terharu dan disayangi.. 
.
Anda semua.. Yg masih punya ibu dan bapa... Peringatan utk Sally juga.. Jgnlah kita terleka.. Insan itulah yg membawa kita ke dunia.. Jika mereka sakit rawatlah.. Beradalah di sisi mereka.. Tiada lain yg dipinta... Kecuali dapat menatap wajah anakanda... Jika dulu.: kita lapar.. Kita sejuk.. Kita sakit.. Ibu dan bapa berkorban diri utk buat anak selesa bahagia.. Kenapa tidak skrg.. Rasa sgt terhiris hati ini bila ada yg biarkan ayah/ibu sakit tak berteman.. Sudah makankah mereka?? Sudah dilapkah mereka.. Terbaring tak bermaya... Oh anak.. Jenguklah ibu dan bapa... Biarlah mereka merasa sedikit nikmat diakhir usia... Bg yg masih sihat.. Telefonlah.. Bertanya khabarlah.. Kerana anda masih diberi peluang mendengar suara mereka... 
.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Day 16 di ICU



Mama dah 16 hari berada di ICU... 13 hari Sally berada di HUSM.. 3 hari pulang ke KL kerana tanggungjawab pd warga Eliss yg dikasihi.. Kami berkampung di sini demi utk menatap wajah mama saban hari... Wajah mana lagi yg dia dambakan kecuali wajah anak2nya saat dia membuka mata.. 
.
Sepjg di sini juga.. Byk benda yg Sally belajar... Dugaan Allah yg membuka mata hati dan minda.. Yg ajar erti ketabahan, kesabaran dan membawa diri ini dekat padaNya. Terasa macam di Mekah pun ada.. Istigfar, doa, ayat2 Quran x pernah terleka membaca.. Baik zahiriah atau hati berkata2.. Which is saat begini hanya berlaku semasa Sally mengerjakan umrah.. Huhuhuu... Dan saat ini.. Allah gerakkan aku kembali.. Dari lena... kelekaan duniawi.. Sgt betul kata org.. Allah uji sbb Dia sayang.. Sbb dia nak dengar rintihan dan rayuan hambaNya..
.
Dan.. Allah hadirkan seorang teman.. Utk sentiasa mengingati diri.. "Bila mak awak dah sembuh.. Jgn tinggal apa yg awk buat skrg"... Seoleh2 dia tahu apa yg Sally buat.. Dan saat itu hati ini berkata.. InshaAllah.. Akan ku jaga dan terima kasih kerana slalu memperingati diri ini wahai sahabat.. 
😭😭😭

.
Untuk anakanda Adelina Khayra Ahmad Sabri dan Arissa Sabri, kalian sentiasa di hati mama... Semoga apa yg mama buat hari ini.. Dapat menjadi pedoman utk kalian berdua kerana siapalah kita tanpa IBU. Jika apa2 terjadi pd mama juga.. Mama ingin kalian berdua sentiasa di sisi mama juga.. Pada hubby.. Sabri Nadzri.. Wpun byk kali syg ucapkan terima kasih.. Tapi syg x pernah rasa jemu nak bgtau dan nak ucapkan Terima Kasih yg tak terhingga.. Kerana keizinan yg diberikan utk syg berada di sisi bonda.. Pengorbanan utk menjaga puteri2 kita.. Terima kasih tak terhingga.. Dan.. Setiap kali syg bgtau.. Syg ucapkan.. Akan ku jaga syurga mu jua... Mama Zakiah... Terima kasih byk2.. 
.
Keadaan mama Hjh Siti Aminah hari ini... Alhamdulillah. Keadaan mama semakin pulih. Drpd oxygen direct ke paru2, kelmarin tukar oxygen external penutup hidung dan semlm dah tukar ke oxygen wayar kecil direct ke hidung. Dah bleh bercakap walaupun tak keluar suara lagi.. Ada pergerakan mulut. Semalam juga dah bleh titis air ke mulut dan telan macam biasa. Pagi tadi dah bleh minum air zam zam lebih sket. Tapi doktor masih monitor di icu. Doakan keadaan mama bertambah baik. Ya Syukur... Ya Syukur... Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah atas keajaiban ini... Amin..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Minor operation pernafasan DIBATALKAN


Alhamdulillah...
.
Keadaan mama... Semlm operation ditangguhkan... Breathing makin ok. Sbb ada byk peningkatan.. Dr 3 wave ke 7 wave pernafasan kt monitor.. 
😂😂😂.
Hari ni doctor panggil anak2, wayar oxygen akan dicabut utk bg peluang mama bernafas seperti biasa. Semoga mama kuat dan dapat menjalaninya.. So that tak perlu operation tiub breathing... InshaAllah... Keadaan bertambah baik.. Sgt miracle... Sungguh besar kuasaMu Ya Allah...
.
Doakan bonda 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Minor operation utk bantu pernafasan


Salam... Salam pagi Sabtu buat semua.


Sally masih di sini.. Menemani bonda yang masih dlm keadaan sedar dan x sedar.. 3 hari pemantauan dibuat oleh doctor... Dan semlm, Sally dah sign surat izin utk pembedahan kali ke 2 bg bantuan pernafasan. Kami adik bradik bersetuju utk meneruskan procedure doktor dan kami rasa ia jalan terbaik utk mama.. Ikhtiar dlm memberi peluang utk mama sihat sembuh seperti sediakala. 

.
Hari ni doktor akan menjalankan minor operation utk bantu pernafasan. Saluran tiub akan dimasukkan di leher mama. Bg mengelak drp jangkitan bakteria terus ke paru2. Doakan semuanya berjalan lancar. Pro n cons tetap ada, tp Sally yakin kita serah kpd pakar terbaik di USM.. Dan kami anak2 tak daya utk terus menunggu dan berserah sahaja tanpa berikhtiar. Ajal maut di tangan Allah.. Tapi kami doa yg terbaik buat mama.. Doa anda semua sgt2 bermakna buat mama.. Bila mama dah masuk OT nnt.. Sally akan maklumkan masanya... Sally mohon jasa baik kawan2 saudara mara2.. solat hajat utk ibuku.. Hjh Siti Aminah.. 
😭😭😭
 terima kasih skali lagi.. Terima kasih tak terhingga dr kami sekeluarga..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Pagi JUMAAT yang barakah


Salam pagi Jumaat yg barakah...
.


Pagi ni mampu membuatkan kami sekeluarga tersenyum... Wpun menginap di husm.. Tiada tilam.. Hanya alas nipis.. Berkampung ramai2 beserta ahli keluarga pesakit lain... Berkongsi bilik air.. Beratur utk giliran mandi.. Teringat zaman asrama dulu... Dan kami berkumpul disurau utk berjemaah bersama... Masing2 berkongsi cerita.. Masing2 berkongsi rasa... Dan yg pasti Kami mesra... happy n berkongsi doa yg sama.. Supaya ahli keluarga masing2 sembuh dan dapat pulang ke rumah secepatnya. Dlm suasana mcm ni ler buat kita insaf dan muhasabah diri.. Yg pasti ada hikmah disebalik semua yg terjadi.
.
Hari ni hari ke 11 mama di ICU. Alhamdulillah, pagi ini mama dah buka mata... ptg semlm lagi... dan pagi ni juga.. Lama dia bertahan buka mata dan dah ada respon. Wpun paru2 ada jangkitan bakteria sikit tp doctor monitor lg dgn bg antibiotik. Masih bertahan lagi dan kalau boleh tak perlu ler another operation utk pernafasan.. Doctor tgk hari ni plak. Tp mmg dah ada respond n sgt happy we ols arini. Pernafasan still pki oxygen tp dia dah try utk breathing secara normal. Setakat hari ini, inshaAllah mama bebas dr sympton strok sbb tgn kaki kanan dan kiri dah ada rangsangan wpun belah kiri lebih kuat... Alhamdulillah sgt. Doakan utk mama saya... 
.
Oh yerr... Hari ni Sally mengenakan abaya frm my best fren supaya semangat dan aura dia sentiasa bersama.. Mata agak sepet plak.. X cukup tido.. Serum n foundation eliss sikit.. X pakai bedak.. Calit lipstik eliss nipis.. Supaya mama buka mata nmpk anak bongsu dia sentiasa berseri dan bersemangat dan yg paling penting sentiasa ada di sisi menemani... Abaikan kedut2 baju n tudung.. Xde iron kat sini.. Huhuu... 
.
Doakan mama sally Hjh Siti Aminah supaya sihat sejahtera dan pulih sediakala. Aminn


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Mama RINDU anak-anak mama




Perkara paling menyedihkan apabila berjauhan dgn 2 org puteri mama... Arissa plak demam arini.. Rindu mama barangkali.. Hati mana yg tak terusik.. Hati mana yang tak hiba.. Bila puteri bongsu demam dan mama tiada di sisi. Tapi mama ada kewajipan di sini.. Kewajipan menjaga seorang ibu yg melahirkan mama.. Yg bertarung hidup dan mati... Adik ada abah.. Ada tok ma.. Mama tahu tak sama.. Tapi mama tahu tokma dan babah jaga adik terbaik.. 
.
Doakan ma tok cpt sembuh so that mama bleh balik utk bersama anak2 mama... Adik kena ingat.. Kak nina kena ingat.. Babah kena ingat.. Masa mama sakit.. Sakit utk bersalin.. Berpantang.. Ma tok ler org pertama.. Insan yg sentiasa di sisi mama.. Di labour room.. Jaga mama siang dan mlm.. Tak tinggal walau sedetik.. Pantang mama 44 hari dijaga sepenuhnya.. 2x saat kelahiran puteri2 mama... Dan kini.. Saat ini.. Ma tok perlukan mama.. Ma tok sakit.. Dan inilah saat mama berbakti pada insan yg melahirkan mama... Klu dulu mama berada di rumah ma tok sbb inginkan penjagaan sepjg berpantang... Dan kini mama di sini berjauhan dgn kalian sbb giliran mama berbakti pd ma tok... mama jaga ma tok yg sakit tenat... 
.
Mama syukur sgt sbb babah memahami. Mama doakan adik cpt sembuh.. Dan doakan ma tok sembuh seperti sediakala... Aminn...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Pulang ke pangkuan bonda

traveling to Kota Bharu from Skypark Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang.


Tak sabar rasanya nak berada di sisi. Wpun keadaan bonda masih tidak sedar, Sally pasti kehadiran anak2 di sisi dapat dirasai..
.
Tq so much my dear hubby Sabri Nadzri kerana memahami dan mengizinkan sayang berada di sisi bonda disaat2 getir ini. Tq sbb jaga anak2.. Di minggu exam kak nina.. Tq so much... U r always my lighthouse in the dark... Thanks for taking the word WORRY out of my vocabulary and replacing it with HAPPINESS. I love you n will Miss u every single second.. 
.
Tq for my dear mom in law coz slalu ada di sisi saat susah dan senang Sally. Dtg stay kat rumah utk menemani anak2.. Tq so much.. Sally sgt bertuah dpt ibu mertua mcm mama.. Love u till jannah.. 
.
Doakan ibu ku Hjh Siti Aminah... My light of my life


Bg yg tya perkembangan mama sally... Semlm, doctor dah kurangkan dos ubat tidur dan dia dah mula buka mata tp takde interaction. Pandang satu point shj. Tgn gerak sikit belah kanan shj. Esk doctor nak cabut wayar oxygen dan nak bg dia bernafas normal. Kalau dia kuat semangat, dan boleh bernafas dgn biasa alhamdulillah, tp klu tak boleh doktor akan operate dan tebuk lubang dekat leher pulak. Sally pun tak sure kenapa. Ni based on update from my sister. nak minta tlg doakan mama sally dan yg berkelapangan solat hajat supaya mama strong dan dapat sembuh bernafas normal. Tq so much dear frens 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Terpaksa meninggalkan bonda di ICU... huhuhu


Semalam Sally balik KL. Beratnya hati meninggalkan bonda dlm keadaan mcm tu. But i hv to proceed with Eliss Seminar. Hope keadaan bonda terus stabil dan semakin baik.. Lepas seminar jer adik balik lagi. Tanggungjawab dan janji pada warga Eliss, pd yg dah buat pymnt, yg dah beli tix flight, yg dah byr hotel.. Rasa guilty sgt klu dibatalkan.. Hope Sally akan bg yg terbaik utk seminar 2 hari di Shah Alam bermula esok..
.
Tq my dear sister Suhada Mohd Zain and brother Hj Sufizal Mohd Zainkerana memahami.. Adik akan balik secpt mungkin.. Doa yg terbaik buat bonda.. Amin Ya Rabb...

Terimbas kembali....
Pada seminar ke 2 ELISS tahun lepas, 5 Dec 2015.. di hotel Vistana... mama kol bg kata2 semangat di malam hari... dan diiringi doa oleh seorang ibu.. Pagi2 lagi dah kol ckp Good Luck.... Seminar ke 3 Sally kali ini... rasa sangat sayu bila tiada lagi kata2 semangat dari mama untuk Sally.. Semoga mama cepat sembuh kerana anak mu ini memerlukan kekuatan dan semangat mu ibuku...


Alhamdulillah... seminar ELISS tadi berjalan lancar.. TQ pada semua yg support Sally tak henti2.. dan pada semua participants juga...





Next week Kak Nina exam.. So.. Mama ready soalan utk kak nina buat revision dgn babah.. Ni je yg smpt mama sediakan.. Sbb nxt week mama nk balik tgk ma tok.. Hope kak nina dpt jwb dgn baik..
.
At this time.. Mata pun dah ngantuk.. Esk nk sambung seminar lagi.. Tapi mama gagahkan diri cari paper2 last year utk kak nina.. 
.
Kalau ada masa.. Ada kelapangan.. Bleh ler sally upload n share dgn u ols.. Huhuu.. Kalau ada masa ler... Nak tido dah.. Esk nk bgn pagi.. Gud night.



Hari yang busy...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Mama... Aku perlukan semangatmu

Mama masih dlm icu. dah scan otak pg tadi.. keadaan Ok.. Stabil. Dah scan utk wave dlm otak.. Pun ok. Czer sepjg sejengkal dr bhgian atas blkg telinga smpi ubun2. So far no bleeding dlm otak. Mama x sedar lg. Keadaan stabil dan tadi dah ada pergerakan tangan 2x. 



Mama.. Hjh Siti Aminah
Aku tahu semangat mu kuat
Aku tahu semangat itu yg ku bawa dlm diriku
Aku tahu kita semua sentiasa redha dlm menempuhi qada dan qadarNya.
.
Mama..
Aku bersyukur Allah masih memberikan aku peluang
Peluang utk berbakti pada seorang insan
Insan yg mengandung, melahirkan, menyusui dan mengasuh serta membesarkanku..
Sehingga aku jadi seorang insan
Insan yang kuat, tabah, dan mewarisi segala kepandaianmu.
.
Mama..
Aku ingin kau tahu
Aku ingin kau baca coretan ini
Aku ingin kau mengerti tiada insan lain dihati ini
Yang aku sayang, yg aku sanjung yg akan kupenuhi segala mahumu.. Segala hajatmu.. Kerana apa yg aku buat.. Yang akan aku buat.. Tidak ternilai dgn setiap titis air susu mu dan keringatmu membesarkan ku.

Mama..
Semalam.. Tanganmu ku genggam..
Kerana aku rasa sungguh lemah..
Dan aku perlukan aura semangatmu..
Dan ku berdoa pada Allah..
Semoga tangan itu akan kembali ku genggam..
Tangan itu akan kembali mengusap kepalaku..
Dan aku rindu makan dr suapan mu..
Tangan yg memeluk dan mendodoiku setiap masa dan ketika bila kita peluang bersama

Ya Allah..
Aku bersyukur padamu..
Syukur sgt Ya Allah..
Kerana memberiku peluang untuk terus berbakti pada ibuku..
Mana mungkin aku mampu membalas balik semua jasanya..
Tapi kan ku cuba utk memberikan yg terbaik.. Kerana diambang kegundahan semalam.. 

Ia cukup perit utk dilalui.. Ia cukup pahit utk ditempuhi.. 
Dan kami diambang keredhaan antara hidup dan matimu.. 
Tidak terjangkau gambaran hari esok tanpa insan yg bergelar ibu..

Mama..
Aku mahu kau membuka matamu..
Dan membaca ikrar ini..
Kan ku jaga hatimu..
Kan ku berikan yg terbaik buatmu..
Hanya buatmu.. Mamaku..

.
.
Suhaili.. anak bongsu mu
.



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Operation mama BERJAYA. Alhamdulillah

Alhamdulillah.. Operation selama 6 jam setgh berakhir dgn berita gembira. Mama berjaya melalui pembedahan berkat doa anak2, saudara mara dan kawan2 semua. Dato' Dr Yob yg mengetuai proses pembedahan keluar dgn senyum lebar telah memaklumkan berita yg meredakan gundah gulana anak2 dan saudara mara yg setia menunggu diluar Dewan Bedah Utama bahawa mama seorang yg kuat dan tiada sebarang komplikasi semasa proses pembedahan. Alhamdulillah.. Syukur padamu Ya Allah... Terima kasih pada yg x henti2 doakan mama.

Skrg proses jahitan tempurang kepala yg mengambil masa 1 setgh jam.. Dan mama akan melalui process scan pd tghari nnt utk memastikan semuanya berada dlm keadaan baik. Semoga semuanya berjalan lancar dan mama pulih seperti sediakala.. 

Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah.
Terima kasih pada semua saudara mara dan kawan2 semua atas doa kalian.. 




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Darah Tinggi - Pecah Pembuluh Darah di dalam kepala mama.

15 Feb 2016, pada jam 2.30pm, menjadi titik debaran dalam hidup Sally. Sally menerima panggilan telefon daripada Kak Da mengatakan Mama pengsan dan kritikal di ICU. Ya Allah.. tak tahu nak gambarkan bagaimana perasasaan ini ketika itu. Situasi hampir sama dengan arwah abah dulu. 

Tanpa berlengah lagi, Sally booked tiket flight. Paling awal 7.30pm.

Mama menghadiri majlis di Jeli, dan pengsan secara tetiba pada puku 1.30pm. Terus dikejarkan ke hospital Jeli. Doktor sahkan ada pendarahan di dalam otak. Mama dikejarkan ke hospital Kuala Krai, kerana Jeli berada di bawah jajahan Kuala Krai. Prosedur CT Scan dibuat. Mmg benar jangkaan doktor. Pendarahan berlaku akibat pembuluh darah pecah disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi. Keadaan kritikal Mama, membuatkan beliau dihantar ke HUSM, Kota Bharu.

Pada puku 8.40pm, Sally safely landed di Lapangan Terbang Sultan Ismail, KB. My dear fren Hasanah yang menjemput Sally di airport dan Sally dihantar ke HUSM. Percaturan Allah sangat baik. Sally sampai serentak dengan ambulance Mama dari Kuala Krai. Sally mendapatkan Mama di ambulance. Kak Da turun untuk urusan pendaftaran. Mama sekali lagi melalui procedure CT Scan di HUSM. Keadaan semakin kritikal. Sangat sedih saat itu, bila mama tidak lagi mengenali Sally. Luluh hati ini melihat keadaan mama ketika itu. 

16 Feb 2016
Mama di tahap kritikal. 50/50. Punca drp tekanan darah tinggi dan pembuluh darah pecah. Pendarahan dah masuk otak. Ada dua bahagian otak yg bengkak. Jika x buat pembedahan.. Kemungkinan ada saluran lain lagi yg pecah dan bleh meninggal serta merta.
Jika buat pembedahan pulak, doktor akan potong saluran yg membengkak dan pasang klip.
Menurut doktor, Ada 2 situasi dimana jika berjaya pembedahan, akan strok atau hilang ingatan dan jika tak berjaya pecah semasa pasang klip akan meninggal serta merta.... Semoga Allah memberikan peluang dan keajaiban utk mama pulih sepenuhnya..
11.25mlm: Mama dimasukkan ke Operation Theatre.
Mama... Disetiap detik ku saat ini... Aku hanya ingin melihat kau membuka matamu.. Menatap wajah anak bongsu mu ini.. Aku pulang utk bersama mu.. Aku tahu kau kuat mamaku.. Semua yg berlaku adalah tiba2.. Baru semlm kita berbicara di telefon.. Tapi hari ini.. Kau tidak lagi berdaya membuka matamu.. Aku berdoa.. Pada Allah.. Semoga kau akan sembuh sedia kala.. Kau harus sembuh mama.... Aku blum puas berbakti padamu mama.. Aku blum puas tidur dlm dakapanmu mama... Aku rindu panggilanmu mama.. Berilah aku peluang Ya Allah.. Utk berikan yg terbaik buat ibuku... Semoga pembedahan esok berjalan lancar dan mama pulih seperti sedia kala.. Amin Ya Rabb...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Mama oh mama

Salam...

Lama nyer tak berblogging.. Arini 1001 rasa berbaur dalam diri. Happy.. sebak.. sedu.. rindu.. semua nyer bercampuk aduk... Hari ni juga bday mama. Happy birthday mama. sally plan dah lama.. knowing me.. i like everything perfect... everything in order.. even bday anak pun mmg plan sebulan awal... my mom's bday apatah lagi... Hadiah dah dibeli awal.. majlis makan malam sudah dirancang... i know she like it... i want her to be a happy mom... everything for you... coz i know.. dr dulu lagi,,, mama cuba untuk penuhi semua keinginan anak.. she work hard for it...
.
Kami adik beradik 3 orang. 2 perempuan.. Dari kami kecil lagi.. mama memang tak manjakan sangat anak.. kalau salah memang kena balun... tapi makan pakai kami mmg superb... mama dan abah tak pernah hampakan kehendak kami. Mama tahu.. anak2 suka melaram.. just like her... Mmg ler tak minta yang lebih2... coz dulu pun mana ada ipad.. phone canggih bagai... but i think.. they fulfill all my needs. Kami x de ler mewah sangat. Bukan dr golong berada juga... tapi dengan kegigihan mama... anak2 sentiasa berpakaian cantik dan makan sedap2. Kat kampung upah baju RM1000 utk 2 beradik setiap kali raya sudah cukup mahal... Tapi kami 2 beradik sudah merasainya. Itu semua mama usahakan hasil bisnes makanan di pasar ramadhan... setiap kali raya.. ada ajer gelang rantai baru.. hasil keringat mama dan abah.. Sally tak pernah lupa itu. Kami dua beradik bebas memilih baju yang kami suka... hantar tailor 5-6 pasang setiap seorang. Apa lagi yang diperlukan saat itu bg anak dara yg suka melaram. Sebut sahaja nak makan apa... abah pasti belikan.. dan mama akan masak as per requested. Masakan mama slalu dapat pujian kawan2. Baju sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5, mama yang jahitkan. seingat sally... baju raya pun.. mama jahitkan.. smpi sek menengah baru anak2 gatal nak menempah.. dan kini.. giliran anak2 pula yang gembirakan hati mama... apa sahaja mama... inshaAllah selagi terdaya.. Sally akan buat yang terbaik buat mama...
.
Mama bagi sally seorang yang tabah, gigih dan mempunyai cita2 yang tinggi. Daripada biasa terus ke luar biasa. Hasil usahanya dapat dirasai saat usia ini... tapi sayang.. arwah abah pergi terlalu awal meninggalkan kami. Mama hidup dengan kenangan arwah tapi beliau terus tabah demi anak2.
.
Kepakaran memasak mama tidak dapat disangkal lagi.. dan Sally bertuah mewarisi sedikit kepandaian itu. Dari dulu lagi mama bercita2 mempunyai restaurant sendiri.. dan akhirnya ia jadi kenyataan. Ini semua berkat usaha mama dan kegigihan beliau. Sally sangat kagumi. my real idol. Di zaman mudanya... mama mmg anggun.. kasut high heel.. dress.. dan bibir dan pipi tak pernah pucat.. no wonder arwah abah jatuh cinta pandang pertama... berkulit putih persis wanita cina.. mama anggun mengayakan apa sahaja.. no wonder sally pun mewarisinya... hahhaa (nak jugak).... tapi2 apa pun Sally bangga menjadi anaknya.
.
Dugaan hidup beliau sangat hebat. Persis cerita dongeng di TV.. tapi beliau berjiwa kental. Tak pernah kenal putus asa.. yg jahat tak pernah didendam.. berbuat baik pada semua orang... yg mengenalinya mustahil tidak jatuh sayang padanya.. kawan2 bertukar saudara mara. Beliau focus dgn apa yang dibuat... dan setiap kali sally rasa down... sally akan ingat kisah mama... perjuangan mama... usaha mama... dan sally ingin menjadi wanita sekuatnya.. setabahnya... and i know... i can do it.. coz... i am your daughter.. 
.

Selamat hari lahir mama Hjh Siti Aminah.. Walaupun kita tidak dapat bersama meraikannya... tapi ingatan ini... kasih sayang ini... hanya untuk mama... we will celebrate it later.. 
.
Di hari lahir mama hari ini.. Adik doakan mama dikurniakan kesihatan yang baik.. Kebahagian yang hakiki dan segala yang dihajatkan dimakbulkan Allah.
.
Terima kasih kerana jadi mama yang baik, tempat mengadu, bermanja, penasihat utama. Tak kira di mana adik berada, jauh atau dekat, mama tetap yang pertama di hati ini. Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan mewarisi segala kekuatan untuk berjaya dalam hidup ini. You are my mirror and i am really proud of you. At this time.. I wish.. I will be by yourside.. Tempat yg paling mendamaikan buat seorang anak.. Berada dalam dakapan ibunya..
.
I Love you mom.. Sayang mama lillahitaala.. Selamat Hari Lahir Mama...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops