Bisikan Hati Kecil

Kebiasaannya, pagi aku lebih ceria dan slalunya aku tidak sabar untuk meneruskan rutin harian. Tapi berbeza dengan pagi ini. Walaupun sepatutnya ada 3 benda yang masih pending di pejabat. JV Agreement, branch opening model dan Digital Biz Plan & Training untuk warga ELISS masih dalam fasa pembangunan, 60% completed, tapi gelora ombak menggangu ketenangan lautan di hati. InshaAllah aku akan pastikan semuanya berjalan lancar dan siap sebelum target date yang telah ditetapkan.
.
Minda ini tidak pernah berhenti memikirkan pelbagai jalan untuk membantu dan meningkatkan lagi sales warga ELISS. Baik bagi yang mampu berFB ADs, mahupun yang Low Cost Marketing. Dan alhamdulillah, usaha yang kita buat, nampaknya telah membuka mata banyak pihak. Yang mana yang agak ketiduran, sudah mula mencelik mata, dan ada yang sudah mula beraksi. Syukur alhamdulillah. Hati manusia tidak boleh dipaksa, tapi jika sudah sampai masa dan ketika, mereka sendiri yang akan bangkit berusaha. Bahagian aku pula adalah iringinya dengan berdoa dan berdoa.
.
Pagi ni aku bukan mahu berceloteh mengenai bisnes. Ada perkara lain yang datang mengusik hati ini. Oleh itu, aku memutuskan untuk Dhuha terlebih dahulu sebelum jari ini lancar menekan papan kunci. Perasaan gundah yang menyinggah di hati seawal pagi membuatkan hati ini tidak tenteram. Aku rasa sebak, terharu dan keterujaan yang sukar hendak dikatakan. Aku membilang detik dan saat untuk hari esok. Esok mama akan datang. Datang ke rumah ku setelah hampir 2 tahun.
.
Aku akan menjemputnya di airport. Mama diiringi kakanda Suhada Mohd Zain dan Hj Sufizal Mohd Zain. Terimbas kembali 2 tahun yang lalu. Dec 2015 adalah kali terakhir mama bertandang ke rumah sebelum dugaan hebat menimpa dirinya. Lumpuh disebabkan stroke dan hilang ingatan selepas pembedahan di kepala. Syukur padaNya, kerana mama diberikan kesihatan dan kekuatan. Keajaiban yang Allah berikan pada insan yang kami sayangi. 
.
Mama datang untuk menghadiri dan menyaksikan sendiri Majlis Hari Raya Eliss. Jika tahun lepas, majlis raya Eliss disambut meriah tetapi hati ini agak sendu tanpa kehadiran mama yang waktu itu ingatannya masih lagi 50-50. Alangkah sedihnya hati ini bila berucap di hadapan semua dan memohon semua hadirin mendoakan kesihatan mama. Air jernih mudah sahaja bergenang dan melimpahi tubir mata. Kejayaan yang dicapai jika tidak dapat dikongsi dengan wanita idolaku itu adalah tidak bermakna.
.
Tapi tahun ini, pastinya ia adalah saat yang paling bahagia. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan majlis tersebut berjalan lancar.
.
Saat aku membuka almari baju dan memilih persalinan untuk hari ini, ku terpandang kemeja biru Abah. Aku memang memiliki sehelai kemeja Abah yang ku minta izin dara Mama untuk menyimpannya selepas hari pengebumian Abah 9 tahun yang lalu. Kemeja itu adalah baju terakhir yang aku nampak abah pakai sebelum dikhabarkan berita pemergiannya mengadap Ilahi. Abah, adalah satu-satunya lelaki yang berjiwa kental. Kami anak-anak tidak pernah melihat kesedihan di raut wajahnya walaupun beliau sendiri bertungkus lumus bekerja untuk keluarga. Sesusah mana pun dia, sesedih manapun dia, dialah Mr Clown di hati ini. Bicara lawaknya mampu menerbitkan bunga mekar di hati sesiapa sahaja. Senyuman terakhir Abah masih segar di layar mata ini. Abah, kau pergi tanpa sempat mengecapi sedikit kejayaan yang kucapai ini. Ku ingat lagi impiannya. Impian untuk melihat aku berjaya dan membina hotel di atas tanah pemberiannya. Jika diizinkanNya, inshaAllah Abah. Suatu hari nanti. InshaAllah. 
.
Ku capai Quran di atas meja sisi katil, dan bacaan ini adalah khas untukmu abah. Sesungguhnya aku merinduimu. Rindu yang paling dalam. Dan kerinduan ini kupadamkan dengan bacaan ayat suci alQuran semoga ia sampai kepadamu. 
.
Sesuatu kejayaan yang dicapai pasti ada sesuatu yang mendorongnya ke arah itu. Tetapkannya dan kuncikan ia di hati paling dalam supaya ia tidak goyah. Datanglah 1001 cabaran dan halangan kita mampu mengatasinya kerana aku tahu aku mewarisi sifat ibu dan ayahku. Kehidupan berlandaskan kepercayaan, kasih sayang dan kesetiaan. Mereke setia hingga hujung nyawa. 
.
Dan aku cukup yakin bahawa hanya CINTA dan KASIH SAYANG adalah landasan utama mencipta kejayaan. Dari cinta lahirnya keikhlasan dan dari keikhlasan lahirnya kejujuran. Dan.... aku masih tetap aku. Wanita degil ini. "Aku tidak BERHENTI pada satu KEJAYAAN"
.
Nukilan jari jemari di papan kunci,
Pn Sally,
Pengasas ELISS.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


1 comments:

  1. Delimasari said...:

    jiwamu amat kental mengharunginya

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops