Mimpi memberi alamat sesuatu

Sejuk betul pagi ni. Hujan membasahi bumi Ampang. Selepas anak-anak ke sekolah, aku masuk semula ke kamar untuk mengemas bilik tidur utama yang berada di tingkat atas. Sebetulnya tugasan mengemas dan membersihkan adalah tugasan bibik, tetapi untuk bilik tidur utama, aku lebih suka melakukannya sendiri. Kawasan larangan. Kawasan privacy.
.
Aku menuju ke bakul baju kotor yang terletak di tepi pintu bilik mandi. Ku angkat bakul kecil yang diperbuat daripada rotan itu dan ku bawa ke luar bilik. Ada satu bakul besar di tepi bilik mandi anak-anak. Ku tuangkan semua baju kotor ke dalam bakul tersebut. Senang bibik nak mengambilnya untuk dibasuh.
.
Kemudian, bakul rotan tadi ku letakkan kembali ke tempat asalnya. Aku melangkah menuju katil tempat beradu. Ku tarik comforter yang berona merah berbunga tulip ke lantai. Bantal-bantal juga diletakkan ke lantai. Ku tegangkan cadar lembut dari material cotton anti-dust yang dibeli di Spotlight semasa sales promo tahun lepas. Beli masa promo jimat berganda. Lagi-lagi menggunakan voucher diskaun RM50. Sungguh bagus strategi pemasaran mereka. Bagi voucher RM50 tapi bila dah ke sana berhabis beratus-ratus ringgit juga.
.
4 bantal disusun di bahagian kepala katil, comforter dibentang dan dirapikan di lapisan atas. Ahhh. Lembut sungguh. Empuk sahaja tilam ini saat aku menepuk dan melurut mesra cadar yang terbentang. Bagaikan ada magnet di situ menarik-narik tangan untuk landing di atasnya. Kalau ikutkan hati dan suasana dingin hujan renyai-renyai di luar sana, mahu sahaja aku menutup lampu yang terang dan menyalakan lampu tidur di sisi katil. Dan kemudiannya bergaul mesra dengan comforter. Ahhh.. Alangkah nikmatnya. Tapi itu semua cuma difikiran sahaja. Aku tidak mahu terbabas dengan rutin harian. Apa lagi banyak kerja menanti di pejabat.
.
Aku bergerak ke meja kerja dihujung bilik bertentangan dengan tingkap bilik tidur. Ku buang pandangan ke luar jendela. Masih hujan. Suasana redup di Ampang Jaya menyamankan hati di pagi hari. Yang pasti, semangat di dalam diri ini tidak pernah redup. Semakian hari semakin membara.
.
Tiba-tiba teringat mimpi malam tadi. Aku menjumpai sekotak barang kemas. Di dalamnya ada pelbagai jenis rantai, gelang, subang dan cincin. Dan aku tidak mengambil semuanya. Sebentuk cincin bertatahkan berlian menjadi pilihan. Cincin berlian bentuk emerald merupakan potongan berlian persegi panjang yang juga menjadi salah satu favorit dari cincin solitaire. Ku ambil dan sarungkan ke jari manis. Bagaikan ditempah khas, cincin itu ngam pula dijari manisku. Ku tenung lama dan aku sudah lupa kesudahan mimpi itu.
.
Kata orang mimpi mainan tidur. Ada juga yang berpendapat mimpi memberikan gambaran kehidupan. Tapi bermimpikan berjumpa kotak barang kemas dan menyarungkan cincin berlian ini apakah alamatnya?
.
Terjaga dari lamunan mimpi, ku pandang macbook air di meja kerja. Ku buka dan jari jemari ini mula menari di papan kunci. Akhirnya, cerita di pagi hari ini dibaca oleh anda semua. Mengisi masa lapang sebelum menunaikan solat Dhuha pagi ini. Semoga doa kita dimakbulkanNya.
.
Jom dhuha.
.
Salam sayang dari,
Pn Sally,
Pengasas Eliss.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops