Roti Jala Untuk Anak Mama

Dingin sungguh pagi ni. Bila alarm jam berbunyi pukul 5 pagi, terdetik di hati, "tidur 10 minit lagi". 
.
Dalam masa yang sama hati kecil bersuara, "Jangan. Bangun cepat. nanti lambat nak siapkan sarapan anak-anak".
.
"Alaa. 10 minit jer. Sempat lagi." ku tarik selimut tebal sehingga ke pangkal leher.
.
Ahhh.. alangkah bestnya hari ini hari Ahad lagi. 
"Bangun. Ini selimut syaitan. Yang memang akan ulit kau tidur lena sehingga pukul 7 pagi. Kita kena bangun tunggu Subuh bukan Subuh tunggu kita."
.
"Ok. ok. Aku bangun." Entah kenapa, suara hati kecil itu sangat kuat sehinggakan bagai mempunyai remote control, aku bingkas bangun dan menuju ke toilet.
.
Ops. Tak minum air lagi. Ku capai botol air masak, segelas air dituang. Basahkan tekak sikit. Ku capai Eliss Tropical Collagen. Tuang sikit2 dalam mulut. Dan kemam sambil mata pejam. Minum habis 2 gelas air masak dan aku sambungkan langkah ke bilik air.
.
Selesai mandi, ku sarungkan telekung baru. Baru basuh. Setiap minggu bibik akan gantikan telekung baru. Hmmm.. wangi bau haruman dari pelembut Downi. Ya Allah, jika aku berdamping dengan suami dan orang sekeliling, aku inginkan tampil berseri dan wangi, inikan pula untuk mengadapMu Ya Allah. Aku akan pastikan telekung bersih dan wangi dan aku sentiasa berdoa, pakaian terakhir ku mengadapMu nanti adalah kapan yang putih bersih dan suci dari noda dan dosa, dan kau bersihkan lah hati ku sebagaimana kain kapan itu. Amin.
.
Selesai bersolat. Ku lipat sejadah dan telekung dan disangkut di ampaian kayu di sebelah dressing table. Di bawah ampaian itu terdapat penimbang berat badan yang saban hari kompius tuannya akan naik menimbang berat saban pagi tanpa jemu. Ku rapatkan kedua tapak kaki ke atas penimbang digital itu yang aku dapat percuma hasil daripada tukar point kredit kad BSN. Ohhh... naik 200 gram dari pagi semalam. Ini mesti gara-gara makan terlebih di rumah Tun Putih dan juga Tokey Sate KL semalam. Hmmm.. takperlah. Kita diet seminggu untuk kembali langsing menjelang open house Eliss hujung minggu ini.
.
Setelah siap merapikan diri, aku kejutkan anak pertamaku. Bisikan salam assalamualaikum ditelinga anak gadis itu disambut dengan kumat kamit menjawab salam dengan mata tertutup. 
"Kakak, bangun. Hari ni mama buat roti jala your favorite breakfast." Terus kelopak mata terbuka. 
"You can help me in the kitchen." Bingkas bangun terus anak itu. Ke bilik air dan mandi. Dia selalu excited kalau suruh menolong di dapur.
.
Aku berpindah ke katil Mek Megi pula. Bagi salam dan respondnya: anak kecil itu menarik selimut dan menyelimuti kepalanya. "Adik, bangun sayang. Hari ni skul." 
"Ok. Give me 1 minute ok mama." Ada sahaja alasan si kenit ini. 
"Nanti lepas kakak mandi, adik mandi ok." Senyap dan tiada jawapan dari bibir murai itu. 
"Sayang... bangun tau. lepas kakak mandi your turn pulak. Sayang mama tak?" 
"Sayang.." jawabnya ringkas dengan mata pejam. membiarkan bibik mengambil alih tugasannya.
.
Aku terus ke bawah dan memasuki ruangan dapur. 
Ku gapai blander di dalam almari.
Masukkan secawan tepung, secawan air, secubit garam, sebiji telur ayam dan sedikit pewarna kuning. Semuanya dikisar sekali. Ditapis bancuhan tadi. Alhamdulillahh.. cantik sebati bancuhannya. Ku gapai acuan tembaga roti jala yang dibeli di pasar payang Terengganu dan aku mula menjala.
.
Adelina tetiba merapatiku. "good morning mama. can i help you?"
"morning sayang. sure. Kakak ingat lagi tak nak lipat roti jala?"
"ingat mama."
Dia mula melipat dengan teliti.
Kakak anak yang baik. Anak yang polos dan berhati tulus. Dia anak autism ku. Jika moodnya baik, segalanya akan berjalan lancar dan baik. Perasaannya wajib dijaga. Jika pagi moodnya ke laut... seharian semua yang dibuat tidak kena. 
.
Roti jala pagi ini adalah hadiah mama kerana marah kakak semalam. She was grounded for the whole night. Dari balik from open house pukul 6 petang sampai le pagi tadi tidak dibenarkan keluar bilik. Mama rasa sangat bersalah sebab marah kakak. Tapi mama cuba buat yang terbaik untuk kebaikan kakak di kemudian hari.
.
Selepas selesai menjala, aku buka almari makanan untuk mencari tin kari ayam ready made. Alamak, dah habis. Hmmmm.. ada kurma ayam Yeos. Oklah. Kurma pun boleh. Sally panaskan kurma ayam dalam tin untuk penjadi pelengkap roti jala. Segelas Jus apple + celery untuk suami setiap pagi bersama roti jala kurma ayam breakfast kami di pagi hari Isnin. Semoga banyak benda yang kami boleh setelkan minggu ini dan semuanya berjalan lancar. Amin
.
Coretan jari jemari menari di papan kunci,
Pn Sally, FB: https://www.facebook.com/sallymzain 
Pengasas Eliss.
.





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops