Pengalaman Lasik / ReLEx-SMILE bersama Prof Dr Muhaya. Selamat tinggal Contact Lens
Posted by
Sally
Assalamualaikum...
Sepatutnya posting ni dah lama Sally buat, tetapi atas kekangan masa, hari ni baru boleh publish. Tak siap-siap asyik bertangguh jer. Kesian kawan-kawan yang nak tahu pengalaman Sally buat rawatan mata dengan Prof Dr Muhaya.
.
So, Sally tak payah nak berceloteh panjang. Sally terus ke ke perkara pokok ok.
.
Mula-mula, Sally google dulu. Setahu Sally nak lasik jer. Dan Sally tak pernah tahu kewujudan ReLEx-SMILE ni. Sally google ler a few pusat lasik. Ada yang jauh lebih murah dari service Prof Dr Muhaya. Ada di beberapa tempat di Petaling Jaya yang hanya menelan belanja sekitar RM2K-RM3K sahaja dan KPJ juga menawarkan dengan harga sekitar RM6K. Tapi, hati ini kuat mengatakan Sally nak buat bersama Prof Dr Muhaya. Bukan kerana dia famous dan hendakkan nama tapi its proven dan well known. Kita kan nak rawat mata. Bukan benda main-main ni. Jika berkemampuan dan ada rezeki untuk membuatnya, apakah salahnya Sally terus mendapat perkhidamatan pakar dan rasa yakin dengan resultnya.
.
Selepas duk google tu, Sally pun dengan confidentnya call Prince Court. Tak ternampak mula di google bahawa Prof Dr Muhaya dah mempunyai hospital matanya sendiri. Maybe sebab Sally google pengalaman mereka kan. So, customer service Prince Court pun berikan Sally alamat dan no telefon hospital Prof Dr Muhaya. Sally pun call untuk mendapatkan maklumat lanjut.
.
Semasa Sally call tu dia bertanya kondisi mata Sally, dan pilihan yang ada iaitu nak buat Lasik atau ReLEx-SMILE. Sally pun kebingungan ler. Dan bertanya lagi. Ni Sally summary kan buat anda:
.
LASIK
- Kena datang untuk cek mata. Seminggu selepas itu baru datang untuk procedure laser mata.
- Tempoh pembaikan dalam masa seminggu.
- Lebih murah. Charges mengikut umur. 35 tahun ke atas lebih mahal. Nasib ler Sally pergi umur 36 tahun, so kos untuk mata Sally dan umur Sally untuk buat lasik adalah RM8,500.
.
ReLEx-SMILE
- Sally boleh dapat appoinment dan datang cek mata pagi. Terus boleh buat procedur mata hari yang sama.
- Tempoh pembaikan boleh dikatakan serta merta iaitu hari yang sama juga.
- Mahal sikit. Charges juga mengikut umur. Umur Sally 36 tahun dan dengan keadaan mata Sally, kosnya adalah RM12,600.
.
Haa... banyak juga bezanya tu kan. Oleh kerana kekangan masa, dan Sally malas nak berulang alik ke Kajang nunnn sana hospital Prof Dr Muhaya dan juga jangkamasa pemulihan yang serta merta itu, Sally memilih untuk membuat ReLEx-SMILE.
.
Pada pagi temujanji tu, seawal 8.30 pagi kami dah sampai ke Kajang. Alamat hospital Prof adalah:
PROF MUHAYA EYE AND LASIK CENTRE, S 29, GROUND FLOOR PEARL AVENUE, JALAN PASIR EMAS, SG. CHUA, 43000 KAJANG, SELANGOR Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-87410046/017-2682300.
.
Masa kami sampai tu, hospital tak buka lagi. So kami menikmati sarapan di Old Town White Coffee dulu. Tapi hati ni duk berdebar la. Tak leh nak cakap kat orang. Takut ler jugak. Nak makan pun tak selera. Oh yer, jangan datang seorang tau, kena ada driver since lepas operate tu kita tak tahu condition kita macam mana.
.
So, pukul 8,30 pagi, Sally yang ditemani hubby masuk dan membuat pendaftaran. Orang tak ramai sangat lagi. Sally pun isi borang pendaftaran semua. Dan tunggu giliran. Ada beberapa pemeriksaan dilakukan seperti:
- Cek cekung/cembung mata
- Saiz anak mata. Yang ni mmg Sally kena buat 3 kali sebab mataku sepet. Mereka tak boleh nak ukur dimension anak mata dengan betul. So dah 3 kali baru Ok.
- Cek rabun.
macam-macam lagi ler cek. Ada la dalam 6 mesin kut.
.
Semua ujian ni di buat dalam satu bilik gelap. Mesin semua ada dalam tu dan ujian dibuat bersama-sama dengan pesakit lain juga. Selepas satu ujian, kita keluar lepas tu panggil balik masuk, berulang-ulang sehingga habis prosedur. Last sekali mereka berikan ubat titis ke dalam mata untuk besarkan anak mata. Lupa lak nak ambil gambar masa ni. Sebab mata masa ni cute besar macam mata beruang panda. Hahahhaa.
.
Oh ya, masa nak buat ReLEx-SMILE ni, Sally dah off contact lens selama seminggu. Pakai spek je supaya mata tak kering. Dan masa pergi buat prosedur ni, jangan pakai apa-apa make up. Bedak pun Sally tak pakai. Biar muka clean dan bogel jer. Muka bogel tau.. jangan lak u ols datang berbogel. Hahhaa... Kut serbuk-serbuk bedak tu mengganggu proses laser atau masuk ke dalam mata. Walaupun nanti mereka akan lap juga disekeliling mata.
.
Prof Dr Muhaya akan sampai sekitar 10 pagi macam tu. Masa tu orang dah mula ramai. Ramai juga orang yang nak buat lasik dan cek mata. Makcik- pakcik tua pun ramai. Masa menunggu ni, Sally dah beberapa kali ke toilet. Berdebar sangat. Muka pucat takut. Hihihi.
Kat dinding hospital ni banyak artikel mengenai Prof dan kata-kata motivasi
.
Cool Hubby
Takutnya
Duk titik-titik ubat besarkan anak mata tu, tetiba Prof Dr Muhaya sampai. Ya Allah, baiknya dia. Dia akan bersalaman dan bertegur sapa dengan semua patient dulu sebelum masuk ke dalam bilik. Sempatlah Sally LIVE bersama beliau dan bergambar sambil peluk-peluk lagi. Sungguh motherly. Aura dia sungguh kuat. MashaAllah.
.
Sebelum Sally dipanggil ke bilik Prof Dr Muhaya, bahagian akaun akan panggil kita dulu. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum prosedur mata dijalankan. So, Sally guna fund transfer online sahaja. Resit diprint dan term & condition form di tandatangan, so bermulalah prosedurnya.
.
Sally masuk ke dalam bilik Prof dan ujian rabun dibuat. Ala yang baca abjad besar ke kecik tu. Dan ada la dia cek few things. Hubby pun masuk sekali. Dalam Prof duk buat test tu, dia berborak-borak ler dengan kami. Tanya kami buat apa, kerja apa, duk kat mana semua. Ada nasihat-nasihat juga dia berikan sebagai isteri, ibu, khalifah Allah. Uhhh... sejuk dan tenteram je hati mendengarnya.
.
Kemudian Sally diminta untuk masuk ke bilik sebelah. Hubby pula diarahkan ke bilik kaca yang lain di mana dia dapat melihat keseluruhan prosedur. Hubby sempat rakam video mata Sally. Tengok video kat bawah tau.
.
Sebelum masuk ke dalam bilik tu, of coz pakai baju macam bilik bedah tu, pakai selipar dia, dan masuk. Buka spek letak atas almari, lagi sekali ubat mata dititik. Sally duduk kat bangku berhadapan dengan mesin laser tu. Masa tu ada 2 orang turut bersama. Sally no 3. So, Sally boleh melihat 2 orang tu buat dulu. Lebih kurang 12 minit macam tu setiap seorang, kedua-duanya selamat menjalani rawatan ReLEx-SMILE. Kini tibalah masa Sally.
.
Sejuk kaki tangan. Sally berbaring di katil yang attached to the machine. Mesin dirapatkan ke muka. Kepala diam, badan lurus, Sally hanya focus pada satu titik sahaja dan jangan larikan anak mata. Di dalam bilik itu, alunan bacaan alQuran menemani, membuatkan kita rasa calm sangat. Prof pun bacakan doa. Dia tanya Sally dah ready, dia minta Sally pandang hubby yang berada di bilik cermin sebelah dan angkat tangan tanda Good. Hihihi.. sempat lagi. Semasa pembedahan dibuat, Prof tak habis-habis baca doa dan ungkapan beliau sangat menyentuh hati Sally. Kembalikan penglihatan yang jelas, jadikanlah Suhaili dalam golongan Khusnul khatimah, isteri dan anak yang solehah, ibu mithali dan jadikanlah penglihatan ini pancaindera yang melihat kalamMu al_Quran, benda-benda kebaikan dan banyak lagi doa-doa yang mampu meruntun hati ini. Aura Prof sangat kuat. Rasa sangat best dan nak dengar lagi dan lagi setiap tutur kata beliau. Sampai Sally tak sedar prosedur dah siap. Dari satu mata berpindah ke mata yang lain.
.
Takutnya masa ni. Berdebar-debar tau.
U ols perasan tak, katil ni dari sisi 180 darjah ditolak ke 90 darjah betul-betul di bawah mesin laser tu.
Assistant Prof tengah siap sediakan dia.
Ni TV untuk hubby tengok prosedur dalam jarak dekat. Tu mata Sally
Selepas siap, Sally buka mata perlahan-lahan. Banyak ayat-ayat alQuran di dinding bilik lasik itu. Sally buka mata dan tengok perkataan Allah. Dan Sally mencari hubbyku. Sally nampak jelas muka suamiku. Syukur Ya Allah. Prof ajak Sally rapat ke cermin. Kami smile dan hubby snap gambar. Sempat berselfie juga.
.
Dah siap dah masa ni.
Prof suruh tengok hubby kat bilik cermin
Prof yang suruh buat tanda Good tu kat hubby
Prof bantu Sally bangun. Dia takut pening. Tapi tak pening pun.
Masih takut-takut nak buka mata
Smile... Dan nampak jelas.
Hubby pun nak wefie juga
Alhamdulillahhh... Mata saya dah JELAS. TQ Prof. Thanks Allah. Alhamdulillah
Ya Allah sungguh jelas pemandangan. Tiada rasa sakit langsung. Dan amazingly, Sally dah nampak jelas tanpa spek. Kadang-kadang rasa juga perit dan sakit. Sally dibekalkan dengan 4 jenis ubat titis. Oh ya, staff dia pesan bawa spek mata hitam. Jauhkan dulu dari pancaran matahari secara terus. Selepas rawatan, Sally pakai spek hitam.
.
Hari tu hari Jumaat. Lelaki semua ke masjid untuk solat jumaat. Wanita boleh solat berjemaah di sana. Bagusnya. Selepas dah setel semua, kami lagi sekali masuk ke bilik Prof dan Prof menerangkan prosedur yang dah dibuat dan bagi tips serba sedikit penjagaan mata.
.
Sebelum balik, ambil ubat dan sepatutnya Sally kena ke sana dalam masa sebulan untuk semakan mata ke dua. Tapi sampai sekarang Sally tak pergi. Hihihi... Balilk tu, Sally titiskan je ubat dan ada satu jenis ubat yang dipanggil air mata palsu. Ubat ni paling banyak Sally guna jika mata kering. Sally titis jer. Sally bergantung dengan ubat dalam 3-4 hari jer. Kemudian dah tak titis dah. Balik tu, Memang Sally tidur jer. Off handphone semua dan relax jer... Esoknya, seperti dapat kehidupan baru pula. Semuanya jelas di depan mata, tanpa spek lagi. Syukur Ya Allah, Kau berikan aku peluang ke dua untuk lihat dengan jelas kembali. . Bila mata dah OK, inshaAllah kalau kita jaga mata kita dengan baik, mata kita akan sihat dan tak kembali rabun. Dah buat siap-siap prevention untuk rabun dekat untuk faktor usia. Kalau nak tahu, mata kita dah meningkat usia nanti kita akan rabun dekat. Kalau kita perhatikan ramai yang dah tua, nak baca buku/suratkhabar ambik spek kan... Haa.. tu rabun faktor usia.. InshaAllah, Sally akan jaga mata dengan peluang ke dua ini. Hope dah tak rabun lagi. So, prosedur ni sekali seumur hidup sahaja.
Air mata palsu yang banyak digunakan sepanjang hari
Dap siap. Nak balik dah...
Jom saksikan video di sepanjang prosedur pemulihan mata Sally ReLEx-SMILE bersama Prof Dr Muhaya
PART 1
PART 2
Sedikit info dari UTUSAN MALAYSIA:
“ReLEx-SMILE dan Lasik merupakan kaedah rawatan laser yang digunakan untuk menyembuhkan rabun dekat (myopia), rabun jauh (hypermetropia) dan astigmatism. Kaedah ini membentuk semula kornea untuk membolehkan cahaya memasuki mata dengan betul supaya memberi fokus ke retina untuk penglihatan yang lebih jelas.
“Kaedah ini mempunyai kebaikan seperti meningkatkan tahap penglihatan, penyelesaian untuk jangka masa panjang, keputusan dan kadar penyembuhan yang cepat iaitu selepas satu hari pembedahan, tiada lagi penggunaan cermin mata dan kanta lekap,” jelasnya.
ReLEx-SMILE merupakan teknologi baharu yang terdapat di Pusat Mata dan Lasik Prof. Muhaya. Rawatan ini sesuai bagi mereka yang berumur 20 tahun ke atas, mengalami rabun mata melebihi 75++@0.75 hingga 1000@10.00 dan silau hingga 500. Teknologi ReLEx-SMILE menggunakan laser femtosecond dengan invasif paling minimum. Kebaikan rawatan ini ialah pesakit dapat melakukan prosedur pembedahan pada hari yang sama dengan pemeriksaan mata. Selain itu, prosedur ini bercirikan tiada bukaan lapisan kornea mata, lebih cepat, selesa dan hanya memerlukan satu langkah sahaja (satu mesin pembedahan sahaja).
Selain Relex Smile, bagi mereka yang berumur bawah 35 tahun boleh memilih pembedahan Premium Lasik dan bagi yang berumur lebih 35 tahun, boleh mencuba Presbyond (Blended). Kedua-dua pembedahan ini sesuai untuk mereka yang mengalami rabun jauh, rabun dekat dan silau, beranggaran 75++@75 ke atas hingga 1400@14.00. Selain itu, prosedur ini membuka lapisan kornea mata dan membuang lapisan rabun dengan laser excimer.
assalam, sy teringin nk buat LASIK, kalau ReLEx-SMILE tu, ya Allah, x mampu kot heheh.. nak tanya la, sy nak bajet brp RM utk LASIK, akk sally bg dlm lingkungan RM 8,500 tp tu ikut power akk sally kan? kalau bole, nk tny power akk dulu brp?
Asslm kak sally nk tanya dalam proses tu kak sally xberkelip ke mata tu?..sy pun mengguna cermin mata sejak drjah 6 lg.semoga dimurahkan rezeki dapat sy jalani relex smile ni.. 😊
Great job for publishing such a beneficial web site. Your web log isn’t only useful but it is additionally really creative too. There tend to be not many people who can certainly write not so simple posts that artistically. Continue the nice writing your lie in april eyes
Hello kak sally .. Umur saya 20 tahun skrg... sy bercita-cita tinggi nak jadi pegawai imigresen tapi tu la rabun jauh sejak umur 10 tahun lagi tapi jarang pkai spek dan x prnah guna contact lens .. Agak2 berapa kos utk saya ya kak?? Mohon reply
Sy rabun silau sebelah mata Kanan 150 kadar nya... Sebelah Kiri normal.. Dan sering alami sakit kepala sekitar mata Kanan...yg kuat berdenyut denyut...
My personality type??
I am the powerful choleric.. .. gila-gila a little bit.. Melawa is No 1.. and.. i luv to cook.. i hate hypocrite.. u like me?? say it.. u hate me.. say it loudly.. ada aku kesah...
assalam, sy teringin nk buat LASIK, kalau ReLEx-SMILE tu, ya Allah, x mampu kot heheh.. nak tanya la, sy nak bajet brp RM utk LASIK, akk sally bg dlm lingkungan RM 8,500 tp tu ikut power akk sally kan? kalau bole, nk tny power akk dulu brp?