Suker Sally nak mengabadikan Siri Mata Wang Baharu 2012 negara kita di Sally's Thoughts... Ada pelbagai pendapat pasal mata wang baru ni.. Ada yang suker.. tak kurang jugak yang memberi pendapat berbeza.. Aper2 pun percayalah pembaharuan yang dibuat ada kebaikan nyer.. mmm.. musim raya ni.. sumer nak bagi duit baru jer.. :)
Ni Sally ceduk dari Harian Metro pasal Siri Mata Wang Baharu 2012. Sajer jer.. senang nnt nak buat referral bila last skali Malaysia tukar mata wang negara pada masa-masa akan datang... hehee... coz Sally mmg minat jugak kumpul duit ni.. Nnt ada masa Sally share duit2 lama dan juga mata wang negara asing yang menjadi koleksi simpanan Sally... Salah satu hobi Sally jugak ni..
KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Wang
berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya
boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys
imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang
hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni.
Siri
Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan
nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50
menggunakan reka bentuk sedia ada.
Semua mata wang kertas dan
polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun
depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50
sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai
Januari depan.
Syiling Malaysia Yang Baru 2012
Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta
keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi
serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.
Bertemakan
‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi
tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna,
ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang
kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku
Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan
tradisional.
Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas
peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set
koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15,
500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam
wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada
harga RM300.
Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan
nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi
individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di
ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala
Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini. - via www.hmetro.com.my
Sumber: http://www.servisproduk.com
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment