Perghhh.... dahsyat ler sekarang ni... Bg yang berduit dan mementingkan kecantikan lepas bersalin.. or xder org nak take care lepas bersalin.. bleh ler check in kat sini... Bagus gak idea business Pn HAZEERA BANU ni... Sally baca KOSMO pada hari Jumaat lepas.. dan terbaca ler pasal Pusat Penjagaan Ibu Bersalin Mom Retreat... meh Sally kongsi dgn u ols yg terlepas baca KOSMO...:
Rawatan berpantang bak di rumah
|
BERLOKASI di kawasan bukit yang menjanjikan suasana privasi dan
nyaman, mungkin ramai yang menyangka Pusat Penjagaan Ibu Bersalin Mom
Retreat yang terletak di Jalan Permatang Pasir, Jalan Klang Lama, Kuala
Lumpur itu ialah sebuah kediaman mewah. Begitupun percaya atau tidak,
rumah tersebut sebenarnya direka khusus untuk golongan ibu yang mahu
menjalani rawatan selepas bersalin. Bagi yang berhasrat mahu
menghabiskan pantang di rumah tetapi dengan kemudahan bertaraf hotel
itu, pasti anda tidak akan menyesal kerana ia bukan sahaja menjanjikan
penginapan yang selesa, malah rawatan terbaik.
Selain penginapan bertaraf hotel itu, ia umpama satu destinasi
percutian bagi ibu yang mahu berehat dengan secukupnya. Malah, di pusat
itu ia juga menyediakan khidmat jururawat yang bertauliah untuk
penjagaan rapi kepada ibu dan bayi. Mengulas lanjut mengenai perkara
tersebut, pemilik pusat berkenaan, Hazeera Banu Ramjan Din, 40, berkata,
pihaknya menyediakan perkhidmatan rawatan secara holistik dan
tradisional Melayu yang sesuai bagi proses pemulihan serta penyembuhan
badan ibu yang baru bersalin.
Rumah terbabit memiliki sembilan buah bilik yang dilengkapi dengan
kemudahan internet, televisyen, pendingin hawa serta set bilik tidur
yang selesa. Ibu kepada empat cahaya mata itu yang baru membuka pusat
berkenaan kira-kira dua bulan lalu memberitahu, pihaknya menyediakan
kemudahan setaraf hotel demi menjamin kepuasan hati pelanggan
sepanjang menerima rawatan di situ.
Jururawat terlatih
Dalam pada itu, para pelanggan tidak perlu bimbang kerana dari soal
pemakanan sehinggalah ke tempat tidur, mereka akan dijaga rapi dengan
bantuan kakitangan yang terdiri daripada jururawat bertauliah.
“Kami memahami keperluan wanita yang baru bersalin. Apabila menjalani
rawatan di sini, mereka akan mendapat perhatian sepenuhnya, rehat yang
cukup dan ketenangan minda serta pemulihan badan yang sempurna,” kata
Hazeera Banu yang banyak mengamalkan petua neneknya iaitu seorang bidan
kampung di Ipoh, Perak 30 tahun lalu. Berbicara lanjut mengenai konsep
di pusatnya itu, beliau memberitahu idea tersebut untuk memberi
keselesaan kepada para ibu.
Dengan dekorasi yang santai, keadaan itu akan menyebabkan para ibu
terasa seolah-olah berada di rumah sendiri bukannya seperti hospital.
“Suasana pusat ini tidak tumpah seperti sebuah rumah. Segala-galanya ada
di sini, lengkap dengan peralatan rumah,” ujarnya. Tambah beliau,
kebanyakan golongan ibu akan mengalami tekanan akibat kurang rehat bila
berehat di rumah sendiri. Tambahan pula, melihat keadaan rumah yang
tidak terurus dan kerenah anak-anak yang lain. Justeru, di sini mereka
akan berasa lebih tenang dan dapat berehat sepuas-puasnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai harga rawatan di pusat itu,
pihaknya menyediakan tiga pakej Pengurusan Ibu dan Anak Dalam Pantang
Bersalin iaitu pakej tiga malam, seminggu, 15 malam dan sebulan.
Harga pakej pula bergantung kepada jenis pakej iaitu sama ada pakej
penginapan sahaja ataupun termasuk rawatan holistik dan tradisional
Melayu. Bagi yang bersalin secara pembedahan juga boleh mengambil pakej
penginapan serta penjagaan rapi di Mom Retreat. Rawatan yang disediakan
merangkumi urutan badan, bertungku, bertuam, mandian herba, skrub badan,
terapi cahaya infra merah, urutan payu dara bagi yang mengalami bengkak
susu, penjagaan luka jahitan di bahagian sulit dan sebagainya.
Begitupun, harga bilik bukan sahaja sahaja merangkumi penginapan di
kamar yang besar, tetapi termasuk juga penyediaan makan dan minum ibu
bersalin serta perkhidmatan jururawat bertauliah yang akan menjaga
setiap pesakit. Dalam pada itu, pakej di Mom Retreat juga menyediakan
perkhidmatan kunjungan ke rumah ibu. Pakej yang ditawarkan itu terbahagi
kepada tiga iaitu asas, premium dan fleksibel. Apa yang lebih menarik
mengenai rawatan selepas pantang di Mom Retreat, anda tidak perlu gusar
terhadap kandungan bahan-bahan produk yang digunakan untuk rawatan. Ia
kerana, kebanyakan bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada ramuan
rempah-ratus seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia
dan lada hitam yang secara tradisi diketahui baik untuk rawatan ibu
berpantang.
Mesti u ols terpikir kos nyer macam mana kan... jom tgk kos yang dikenakan:
Room Packages
Nak tahu lebih lanjut... u ols bukak ler website dia: http://www.momretreathome.com
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment