Happy Father's Day 2012

Father's Day is a celebration honoring fathers and celebrating fatherhood.... Father's Day biasanya disambut pada third Sunday in June. So, tahun ni pada 17 June 2012. Mmmm.. so far.. mother's day lagi meriah dr father's day.. Nape erk?? Tak plak diketahui...mmm... maybe darjat seorg ibu 3 kali lebih tinggi dari darjat seorang ayah... ye ker?? Kalau ikut statistik telco2 kat Malaysia ni pun... pangggilan semasa Mother's Day dibuat lebih banyak daripada panggilan semasa Father's Day... mmm.. Ayah pun tak kurang hebatnya.. patut disanjung coz banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan kepada keluarga.. kan..kan...???

Mmm.. sempena father's day ni.. x der plak dgr haram celebrate father's day.. maybe sama jer kut.. Ada gak ler desas desus mengatakan kenapa kita nak kena ikut tarikh yg ditetapkan oleh Yahudi untuk celebrate Hari Ibu or Hari Bapa.. Tapi jika kita tgk balik sejarah2 di US dan negara2 barat lain, Hari Bapa diwujudkan untuk menghargai pengorbanan bapa-bapa mereka. Tidak ada satu pun yg bercanggah rasanya disitu. Pendapat bagi yg cetek agama mcm Sally ni jer... yg penting niat kita.. benda baik kan...

Contohnya di Washington:
Hari bapa telah diasaskan pada tahun 1910 oleh Sonora Smart Dodd yang dilahirkan di Arkansas dari Spokane, Washington. Sambutan hanya dibuat disekitar Spokane pada 19 Jun 1910. Sambutan dibuat khas untuk bapa beliau, William Jackson Smart, yang merupakan bapa tunggal memelihara 6 org anak di Spokane, Washington. Selepas mengetahui ttg sambutan Hari Ibu pada tahun 1909, Dodd memberitahu paderi beliau bahawa bapa harus mempunyai hari istimewa yang serupa termasuk mengisytiharkannya sebagai hari cuti yang menghormati mereka. Walaupun dia pada mulanya mencadangkan 5 Jun, hari jadi bapanya, dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyambutnya, dan sambutan itu ditunda ke hari Ahad ketiga bulan Jun.

Kalau org barat boleh menghargai bapa mereka.. bagaimana pula kita di Malaysia? Sally try google tgk kisah2 bapa contoh di Malaysia sbb tak ketemu lagi cerita seumpama... bapa tunggal dgn 6 org anak bersendiri menjaga anaknya tanpa kahwin lain dan berkorban apa saja... google punya google... xder plak ceritanya.. Yang ada cuma cerita ini.. Sedutannya "Gua tengok Najib adalah contoh bapa yang terbaik di Malaysia, malah di dunia. Inilah bapa yang harus dijadikan contoh kepada semua rakyat Malaysia." Sally tak nak komen byk.. kan ke lain plak jadi nyer.. So, kalau u ols nak baca lebih lanjut boleh ler ke: Link Ini. No comment okay...

Selain drp itu, ada gak ler kisah Ahmad Khariri, penderma hati kepada allahyarham adik Mohd Yohit, hidupnya umpamakan lilin membakar diri memberi terang kepada orang. Agak sedih jugak kisah dia.. 

So, hari ni.. seperti Sambutan Hari Ibu jugak... Sally rasa tak salah untuk menyambutnya dengan membuat kol pada bapa.. ajak pi dinner.. etc..etc... asalkan nawaitu kita betul.. 

Tak kisah kalau u ols panggil Ayah, Walid, Abah, Papa, Daddy, Babah, Bapak atau dengan panggilan lain terhadap orang yang memelihara kita dari kecil hingga besar dengan penuh kasih sayang yang tidak ternilai harganya.

Bila sampai bab sini... hati ini mula sedih.. sayu... kerana Sally tidak berpeluang mengucapkan selamat Hari Bapa pada tahun ini dan 3 tahun yg lepas kepada abah yang dah pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Hanya dengan berdoa yang mampu Sally lafazkan semoga roh arwah tenteram di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Malam 4 April 2008
Hatiku bagai terpanah petir maha dahsyat
Berita dikhabar bisa merobek ketenangan kolam hati
Ayahku pergi tanpa sempat aku di sisi
Tanpa ku pinta air mata jatuh berguguran
Apalah daya si anak dari kejauhan
Hanya Al-Fatihah dan doa ku titipkan
Moga roh ayah selamat bersemadi disisi para As-Sollihin
Maafkan aku abah
Anakmu ini belum sempat membalas jasamu
Seribu keringatmu mengalir
Membesarkan kami tanpa jemu
Belum pun satu terbalas olehku
Air mataku terus mengalir laju
Hibanya hati mengenang kembali
Janji seorang anak belum sempat ku tunaikan

Kepada yang masih mempunyai Ibubapa, jagalah mereka sebaik mungkin, kenanglah jasa mereka, bahagiakan mereka, walaupun tidak mampu membalasnya sepertimana mereka menjaga, membesarkan kita dan memberi didikan yang sempurna.

Apa yang pasti, alangkah bahagianya jika ada orang yang peka dengan apa yang kita suka atau tak suka. Lebih-lebih lagi jika kepekaan itu datang dari seorang anak. Anak tahu apa kesukaan ibu bapanya, lalu itulah yang dia buat.  Dia juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapanya, tempat yang ibu bapanya suka pergi dan sebagainya.

“Berikan kasih sayang secukupnya dan buat yang terbaik kepada Ibu bapa sementara mereka masih ada,kelak mereka sudah tiada lagi,pada saat itu pasti kita akan merasai satu kehilangan yang besar,dan timbul perbagai penyesalan dan pada saat ini sudah terlambat”

"Ya Allah! Ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuh dan mengasihi kami semasa kami masih kecil dan seterusnya, ampunilah dosa sekalian orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dengan rahmat Engkau, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya ALlah! Sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu dan kami menyerahkan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta kami dan segala yang telah Engkau kurniakan kepada kami. Amin.."

RasuluLlah SAW bersabda, "Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya". 
Tahun ni pulak.. sejak Adelina sekolah.. klu Mother's Day Sally terima kad dari my little angel.. Father's Day tidak terkecuali.. Adelina and her teacher dan create a cute bday card untuk Babah... Suka babah nyer terima Father's Day card from her doter.. Tafsirkan lah sendiri... betapa gembiranya kita menerima sekeping kad hasil drp creativity anak sendiri.. betapa bahagia nyer saat itu,... begitu juga ayah kita.. bapa kita.. walid kita... So, call ler ayah u ols sekarang.. Bahagiakan mereka sementara mereka masih ada.




Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 di Malaysia dan di seluruh dunia... especially kepada Ahmad Sabri.. babah kepada Adelina Khayra, Ahmad Nadzri.. bapa mertuaku.. Sufizal.. abe ku... Abe Lie, Abg Idham, Abg Kahar, Abg Jamal, Kris... ipar duai ku... Selamat Hari Bapa... semoga u ols menjadi bapa contoh kepada anak-anak dan pembimbing pada isteri..




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops