Hero Masih Berbisa
==============
Dah lama Sally tak buat review filem. Sangat lama. Last sekali filem autism REDHA. Dan setiap kali Sally menghadiri film preview, aura untuk mengupas itu tidak ada. Berbeza dengan malam tadi.
.
Bukan kerana Eliss menjadi penaja malam tadi, tetapi kerana ceritanya cukup memberikan satu aura yang luar biasa sehinggakan kita rasa nak lagi dan lagi dan lagi.
.
Bila satu panggung bersorak dan lagu berhantu itu dimainkan, ia bagaikan membawa kita ke zaman lebih kurang 20 tahun yang lalu.
.
Sally pasti semua ada nostalgia tersendiri bersama dengan drama bersiri 24 episod siaran TV3 pada 1998 dahulu lakonan hebat Haliza Misbun dan Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Bagi Sally sendiri, waktu itu saya masih lagi di alam persekolahan dan sanggup keluar asrama ke kedai makan di hadapan sekolah semata-mata kerana tidak mahu ketinggalan menonton episod drama itu. Bagaimana pula dengan anda? Apakah nostalgia anda?
.
Lagu berhantu itu mampu menjadi siulan seluruh rakyat Malaysia setiap peringkat umur. Dan lagi sekali, lagu itu dimainkan di dalam wayang malam tadi. Bagaikan ada auranya yang tersendiri, bukan Sally seorang sahaja, malah semua penonton dapat merasakannya. Meremang bulu roma ini. Dan ia adalah penutup cerita yang kita rasa tidak puas untuk menontonnya lagi. We want more.. we want more....
.
PELAKON DAN JALAN CERITA
=======================
Ahmad Idham terkenal dengan lakonan yang romantik dan mampu mencairkan hati ramai wanita di Malaysia satu ketika dahulu. Dahulu.... bukan sekarang. Hahhaa.. Dan selaku pelakon utama Pencuri Hati Mr Cinderella, beliau tidak menghampakan penonton apabila setiap babak dan lenggok cerita dapat diberikan penghayatan yang mampu melekat di hati penonton semua. Mana mungkin dapat disangkal lakonan pemilik AIFA MOTION PICTURES. Sally maklumkan pada hubby, "Tak payah susah-susah cari pelakon lain, pelakon muda dan sebagainya, abang already there. You are the hero Ahmad Idham." Dari dulu lagi Sally memang nak sangat cerita cinta novel difilemkan oleh pengarah hebat Malaysia ini yang pernah menggegarkan Malaysia dengan filem Jangan Pandang Belakang satu ketika dahulu.
.
Dalam cerita ini, Idham kekal sebagai Salman. Salman seorang duda yang telah pun bercerai dengan Nurul, isteri cinderellanya. Kenapa??? Kenapa mereka bercerai? Itu menjadi persoalan pada kami semua penonton preview malam tadi.
.
Setelah bertahun-tahun menetap di Perth membawa diri yang kononnya merajuk dengan kegagalan perkahwinannya, Salman kembali ke Malaysia untuk menguruskan satu projek baru. Gandingan 'blood brother' Eizlan Yusof dan Cat Farish adalah penguat cerita. Penonton tidak kering gusi dengan lawak Loyai (Cat Farish) dan Sally paling suka setiap tutur kata dialog from Eizlan Yusof.
.
Kegilaan Loyai melepak di VIP Karaoke yang diterjemahkan sebagai rumah ke duanya, telah menjadi titik pertemuan Salman dengan Pencuri Hati Mr Cinderella iaitu Lisa. Lisa gadis muda, cantik, sexy dan inginkan kebebasan serta kemewahan dalam hidup memilih kerjaya sebagai GRO di ibu kota telah berjaya mencuri hati Salman yang dah sekian lama menduda. Sally suka semua babak dalam cerita ini. Oh yer, Lisa dilakonkan oleh Atikah Suhaime. Macam biasa, saya yang jarang menonton TV dan filem Melayu ni, memang nama artis ke laut and event i don't know who is this girl. First time Sally tengok lakonannya dan Sally boleh katakan beliau berjaya membawa wataknya. Tidak ketinggalan juga pelakon pembantu which is I tak tahu nama dia.. harap maaf.. kawan kepada si Lisa tu.. Sally rasa lakonan dia superb. Seorang kawan yang baik, lurus bendul orangnya dan dialog-dialog lawak bersahajanya mampu mencuit hati penonton.
.
Kisah duda bercinta dengan GRO ni agak rare dan pertemuannya dengan bekas isterinya Nurul mampu membawa penonton pulang dengan perasaan angau dan tidak puas. Bukan tidak puas hati tapi macam Sally maklumkan tadi... "we want more.."
.
Nak tahu jalan cerita selanjutnya, nak tahu kesudahan cerita, nak tahu apa yang terjadi, u ols wajib ler menonton filem Pencuri Hati Mr Cinderella di pawagam 10 Ogos 2017 nanti.
.
Dah tengok cerita tu, selfie with the tiket wayang dan anda boleh beli produk ELISS dari mana2 agen/pengedar/stokis dengan diskaun 10%. Ok tak??? hihihi.
.
"Kita memang dijodohkan bersama.... Sehati serta sejiwa.... Walau esok, atau akhir nanti.... Kita telah ditakdirkan bersama-sama. "
.
JOM LAYAN GAMBAR-GAMBAR KAMI SEKITAR MALAM TADI
.
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment