Guys...
Cam biasa.. janji tinggal janji... kononya dah ada bibik leh kerap masuk blog untuk post at least 1 sehari.. tapi.. apa dah jadi?? Ada bibik pun sama gak.. masa tu sentiasa mencemburui kita.. tak bagi chan langsung untuk Sally post kat blog ni..
Boleh dikatakan banyak benda nak cerita tapi masa jer tak der.. dah 3 hari Sally dan Adelina alami muntah2 dan cirit.. tu lg satu sebab or alasan untuk tidak menjenguk ke blog ni.. sebelum2 tu.. hari2 bekerja.. bz memanjang... tugas Sally jemput Adelina kat umah mama membuatkan Sally sampai almost 9pm kat umah. lepas mandi bagai... dah penat.. x der masa nak bukak blog..
Weekend plak.. penuh dengan aktiviti.. memenuhi undangan bday, aktivit Puspanita... berjalan ke sana ke mari.. kedtgan Mok (nenda) dan Su (aunty bongsu) yang dtg untuk membeli barang hantaran untuk hari bahagianya yang akan menjelang pada lebaran nanti.. Aku jugak yang menemani.. sampai demam dan lenguh satu badan.. terpaksa panggil Aunty Soleha yg memang serasi dengan urat2 dan sendi badan ini.. pekena urut tradisional Aunty Soleha rasa lega sikit badan.. huuuuuuhhhhh... Ramai gak yang telah aku rekomen untuk mendapatkan khidmat urutan ajaib Aunty Soleha. Kalau dulu nak dikatakan dengan izin Allah, Aunty Soleha adalah orang terakhir yang urut aku, dan ikhtiar terakhir ku adalah dengan memakan jamu Aunty Soleha untuk mendapatkan zuriat... aku rekomen pada Mas.. dia juga dengan izin Allah telah mendapat cahaya mata dan yang ke 2 adalah wife Kama.. Suzie.. dah pun pregnant lepas berurut dan makan jamu Aunty Soleha.. semuanya dengan izinNya.. kita cuma berikhtiar...
Minggu lepas juga, we ols sekeluarga telah membanjiri KLIA apabila Kak Aida sekeluarga telah migrate ke New York untuk tempoh yang panjang.. 4 tahun katanya... so aper lagi.. linangan air mata membasahi semua pipi sanak saudara apabila perpisahan yang semua pinta hanya untuk sementara itu akan berjumpa lagi sama ada we ols ke sana (ceewaaahhh) atau Kak Aida balik ke Malaysia tak lama lagi.. hanya jarak yang memisahkan, skrg kan zaman IT ... ada skype.. FB.. twitter... kita boleh berhubung bila-bila masa sahaja...
So.. malam ni, Sally gagahkan diri untuk menyinggah di sini untuk coretan awal Ramadhan buat semua... dengan ucapan Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada semua.. amin... Selamat berpuasa u ols...
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment