Sesuci Kasih Seorang Isteri - dzie tyea


Aku ambik masa 10 hari untuk habiskan novel ni... Gaya penulisan lain dari yang lain.. mempamerkan suara hati seorang suami walaupun penulisnya seorang wanita.. agak hebat aku kira bila membaca sinopsisnya dibelakang buku.. cover page pun agak menarik.. tu yang membuatkan aku sambar novel ni di rak kedai buku Popular.

But sorry tyea... jalan cerita memang menarik... tapi gaya penulisan lama-lama membuatkan aku jadi boring dan agak muak kerana pengulangan ayat yang sama.. berkali-kali benda yang sama diceritakan dan kisahnya terlalu menceritakan rutin harian.. ntah ler.. maybe tak sampai ke dalam diri aku.. maybe bagi pembaca lain ok.. Ni ler salah satu novel yang aku baca tak menangis langsung dan tak der ler rasa diri ini part of the story.. overall aku bagi 5 out of 10 stars... boleh lerrr... sorry yer tyea.. betul ler.. don't judge a book by its cover...

Coz, bila beli novel, we aspect the best.. citer yang aku baca sebelum ni mmg ada part yang tangkap leleh.. dan bila part kelakar tu mmg tergelak sendiri.. tapi elemen2 tu semua tak ku jumpa dalam novel tyea yang ni.. tak tahu plak ler dgn yang lain... tak pernah baca pun.. maybe bleh try beli lagi satu.. mungkin ada bedanya...

Aper2 pun, just want to share with u guys... sedikit sebanyak sinopsis novel ni:

Isu yg diketengahkan berkaitan poligami yg berlaku di antara Zikri, Alishah dan Sofea. Ini bukan sahaja cerita kawin paksa, tetapi juga kisah bagaimana Zikri tersepit dlm menghadapi situasi begitu. Dia dengan rasa serba salah dan keterpaksaan itu tidak dapat ditolaknya.

Berkisarkan kisah golongan pemeras di Turki yg berkait rapat dgn mengapa Zikri terpaksa berkahwin lagi walaupun dia cukup bahagia beristerikan Alishah yg merupakan pilihan ibunya. Tapi terlalu longgar.. tak kesampaian aku rasakan...

Zikri tersepit antara kemahuan hati sendiri dan keselamatan keluarga abg kandungnya di Turki yg menjadi mangsa ancaman ala2 along pemberi pinjaman dan pemeras di sana. Demi menyelamatkan nyawa abgnya sekeluarga, dia menerima Sofea sbg isteri keduanya.

Heran jugak bagaimana Khaleed Mashur yg hebat dgn kekuasaan dunia gelap dia tu boleh biarkan puteri kesayangannya menjadi isteri kedua kepada lelaki melayu yg tidak dikenalinya semata2 kerana puterinya, Sofea berkenan sangat dgn Zikri yg budiman. Sofea mungkin tidak tahu yg ayahnya menggunakan kekerasan yg amat kejam utk menjadikan Zikri sbg suami Sofea malah memeras ugut Zikri dgn menyiksa anak saudara Zikri semata2 mahukan Zikri menyentuh Sofea dan menjadikannya isteri dalam erti kata sebenar. Cam tak logik pun ada kat sini... BIla tyea menggambarkan sofea tu perempuan baik.. takkan dia bgtau kat ayah dia yg suaminya tak sentuh dia...

Sofea tahu tentang kewujudan Alishah dan Zikri tidak mahu Alishah tahu kedudukan Sofea dlm hidupnya kerana dia tahu Alishah tidak suka dimadukan. Keterpaksaan bertukar menjadi tanggungjawab walaupun dia amat berat sebelah dalam memberi keadilan kepada Sofea kerana dia lebih sayangkan Alishah yg mempunyai ciri2 isteri sejati dan muslimah. Sofea juga mempunyai kelembutan tersendiri sbg isteri yg baik walaupun pada mulanya perwatakannya seperti tidak stabil.

Ada banyak watak yang kabur dalam cerita ini.. Radzin plak cam klu x der pun  tak per... ada ler nama2 lain yg macam x der kesinambuangan dalam cerita.. Mula2 penulisan agak details sampai setiap rutin harian diceritakan.. tapi kat belakang2 tu agak melompat dan seolah2 penulis nak cepat2 habiskan dan penutup cerita agak membosankan.. sorry tyea... biasa ler.. pembaca punya review kan.. hope you can do better next time..
  
Agak seksa nak habiskan buku ni.. tapi dah terbeli baca habis gak ler...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops