Yezzaaa. .Diam tak diam dah masuk bulan puasa kita... Sahur tak malam tadi? Sally cam biasa.. bangun dan masak untuk sahur dan lepas sahur tido balik.. hehhee.. 1 jam tu sungguh bermakna bila tido di bulan puasa ni.. Rasa puas sgt.. pastu mula ler terkocoh-kocoh nak mandi nak g kerja...
Bulan puasa ni pelik skit rutin yang Sally akan cipta... coz bangun pun dah kul 6.30am.. so lepas mandi jer, berbaju kurung.. (ingat nak pakai baju kurung sepanjang Ramadhan).. Baju kurung yang melambak dlm almari tu bila lg nak pakai... ada lebih 100 helai kut baju kurung Sally.. tu pun dah pilih2.. bg kat anak-anak dara Kak Sham.. yg mana dah tak muat tu.. dia org happy sgt mengikut kata kak sham.. mana taknya.. semua baju masih berkeadaan elok, masih baru dan penuh manik sulam bagaiii... Sally biasa ler.. klu tempah baju.. tapi pakai je yg jarang.. huhuuu... ok... berbalik kepada rutin sally tadi, lepas berbaju, terus ambik kunci kereta dan kuar rumah.. tanpa makeup.. pecut laju ke opis coz nak punch card before 8am.. dan tak nak lak sangkut dlm jammed kan.. so.. muka pucat lesi dtg opis.. baru ler tempek apa yang patut... hehheee.. jumpa sorang akak HR dlm lift pg tadi.. dia cakap.. asal muka ko tak siap ni dik??? hahahaa... Sally ckp kat dia.. nnt jumpa sejam lagi dah lawa ler.. yerla.. rambut pun masih tak kering.. menggerbang dah macam pontianak harum di pagi hari.. hahhaa...
Wokey... nak share aper yer dgn korang di hari baik bulan baik ni.... Sempena kehadiran bulan Ramadhan ni, sally nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amal ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini diberkati olehnya. Amin...
Disini sally sertakan niat puasa sekali, manalah tau ada yang tak ingat niat puasa kan. Patutnya sally paste semalam.. lupa laksss... hihihi..
Niat Puasa Ramadhan (Untuk Sebulan)
"Nawaitu shauma syahri ramadhaana kulihi lillahhi ta’ala."
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Niat Puasa Ramadhan (Untuk Harian)
"Nawaitu shauma ghadin an’ada-i fardhisyahri ramadhaana hadzihis sanati lillahhi ta’ala."
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
"Allahumma laka shumtu wa bika a-mantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarrahimiin"
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa
"Allahumma laka shumtu wa bika a-mantu wa ‘alaa rizqika afthartu dzahabazh zhamaa-u wabtallatil ‘uruuqu Allahumma inni as-aluka antaghfirali birahmatikal lati wasi’at kulla syaiin."
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Niat sembahyang terawih
"Ussali sunatat tarawih raka'ataini makmuman (ma'munatan bagi perempuan) lillahi ta'ala".
Maksudnya: Sahaja aku sembahyang tarawikh dua rakat ma'mum kerana Allah Taala.
* Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.

U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment