Kenali Rasulullah SAW - Part 2

Kenali Rasulullah SAW - Part2
.
InshaAllah Sally akan kongsi apa Sally baca kat sini. Supaya sama2 kita boleh lebih mengenali Rasulullah SAW. Bila Sally baca, rupanya banyak hal yang Sally baru tahu juga. Huhu.. umur dah nak 40 tahun tapi kekasih Allah pun tak kenal. Malunya mengakui cinta Rasulullah SAW. ðŸ˜­
.
Rupanya jika dititihkan nenek moyang susur galur Nabi Muhammad saw, nasab Baginda SAW sampai kepada Nabi Ismail. Baginda SAW merupakan Keturunan Nabi Ismail.
.
Nama Baginda SAW pula diberikan oleh Nabi Adam as. Ibu Nabi, Aminah selalu bermimpi didatangi Nabi Adam as dari 1st month dia pregnant sehingga bulan ke sembilan. Nabi Adam as berkata, “berilah nama anakmu itu dengan nama Muhammad.”
.
Nabi Muhammad SAW lahir sebagai anak yatim. Ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib wafat semasa ibunya preggy 2 bulan. Lahir2 je tak ada bapa. Sebab itu beliau tabah dan berdikari.
.
Bidan Rasulullah SAW bernama Asy-Syifa’ iaitu ibu kepada Abdul Rahman bin Auf.
.
Baginda SAW lahir di waktu subuh. Semasa Baginda SAW lahir, padam semua api2 keramat kaum majusi di kuil-kuil yg beribu tahun tak pernah padam semenjak dihidupkan. Dinding istana Qisra retak dan roboh. Berhala yang ada di pelantaran Kaabah juga retak dan bergoncang.
.
Bab paling teruja apabila membaca kejadian tubuh badan Rasullulah SAW. Bagaimana rupa baginda? Usai Sally membaca, mata ini dipejam rapat cuba membayangkan. Hati jadi kecut, jadi berdebar. Tak tergambar rasanya. Betapa hensem cantik elok moleknya wajah baginda. Menangis sahabat. Rasa dekat. Rasa kenal. Rasa rindu. Sally rasa kalau baca buku ini saat di Raudhah, mahu boleh meruntun jiwa. Lagi2 bila melewati muzium rumah Baginda SAW
.
Dikatakan dalam Hadis Riwayat Al-Tarmizi:
- Rambut Rasulullah SAW bergelombang (ikal)
- Mukanya tidaklah bulat gemuk cuma ada ketulan tembam di pipi yang kemerah-merahan.
- Anak matanya terlalu hitam
- Bulu matanya melentik
- Dadanya berbulu hingga ke pusat
- Tapak tangan dan kakinya berisi. Dia berjalan laju macam turun anak bukit.
- Apabila dipanggil dia akan menoleh sekali badannya akan dipusingkan juga.
.
Dalam riwayat sumber Al-Barra’ bin Azib:
- Bahu Rasulullah SAW bidang.
- Rambutnya lebat mencapai cuping telinga.
.
Satu riwayat sumber Hasan Bin Ali:
- Wajah Rasulullah SAW cerah
- Tidak terlalu tinggi dan tidak juga pendek
- Apabila menyikat rambut, dibelahnya menjadi dua.
- Alisnya melengkung mcm dua bulan sabit yg terpisah
- Hidungnya mancung
- Janggut tebal
- Kedua pipinya gebu
- Mulutnya lebar serasi dengan bentuk wajahnya
- Giginya agak jarang tersusun rapi
- Leher jinjang
- Badannya berisi
- Perut dan dadanya sejajar
- jari jemarinya panjang
- dadanya lebar
- ruas tulang tangannya panjang
.
Sumber Abu Hurairah ra:
- Kulit Rasulullah SAW putih seakan-akan terbentuk dari perak.
.
Sumber Sa’ib bin Yazid ra:
- Ada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya di belakang sebesar telur burung.
Khatam Al Nubuwwah adalah satu tanda di badan Rasulullah SAW menunjukkan Baginda SAW adalah penutup segala nabi dan rasul.
.
Macam mana bentuk khatam tu?
Diceritakan dalam kitab Syamail Muhammadiah, Khatam Al-Nubuwwah itu adalah tampalan daging sebesar biji telur merpati yang ditumbuhi bulu-bulu nipis yang terletak di antara dua bahu di belakang Rasulullah SAW.
.
Dalam kitab Hadis Muslim:
Ketika Baginda SAW masih kecil, masa tu Baginda SAW tinggal dengan Halimatussa’diah, masa tengah bermain dengan kanak-kanak lain, Jibrail as datang dan merebahkan badan Baginda SAW dan membelah dada Baginda SAW. Masa inilah hati Baginda SAW dikeluarkan dan dicuci bersih dalam bekas emas dengan air zam zam. Kanak-kanak lain lari memberitahu ibu susuannya Halimah bahawa “Muhammad telah dibunuh”. Mereka semua meluru ke arah Nabi Muhammad SAW dan melihat mukanya pucat lesu.
.
Peristiwa ini dizahirkan dan dipertontonkan secara zahir dan boleh dilihat oleh pancaindera agar ia jadi bukti Ilahi. Dengan cara ini orang akan beriman dan percaya dengan risalah yang dibawa oleh Baginda SAW.
.
Wallahualam. Sampai situ sahaja untuk hari ini Sally kongsi apa yang Sally baca dari buku ini. Semoga sedikit sebanyak ia beri manfaat pada anda dan kita dapat mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat lagi dari mata hati kita.
.
InshaAllah Sally akan kongsi lagi buat anda semua sahabat muka buku yang disayangi ðŸŒ¹
.
Puan Sally

Follow FB Sally: Suhaili Mohd Zain


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops