Kenali Rasulullah SAW - Part 1


Sepanjang kehidupan ini, kita sering mengaku kasih dan cinta kepada Rasulullah saw, tapi sejauh mana kita mencintainya. Sebut nama kekasih hati, lelaki yang kita cintai, kita berdebar, rindu tak tertahan, adakah hati kita berdebar dan rindu juga bila menyebut nama Muhammad saw?
.
Nabi Allahh... sungguh aku jauh. Sungguh aku alpa dari berselawat ke atas mu. Berapa kali sehari kita berselawat pada Nabi kita? Bukankah kita mahu menumpang syafaatnya di akhirat kelak? Bukankah kita ingin beliau mengakui kitalah umatnya.
.
Tamparan demi tamparan hinggap di pipi menyedari betapa aku alpa. Saat pertama kali hati ini tersentuh, sesungguhnya ada seorang insan yang Allah turunkan untuk menjadi contoh sekalian umat manusia, Dialah kekasih Allah, saat berada di dataran Raudhah. Sungguh hati ini berdebar. Hanya dengan melihat hujung bahagian pagar hijau itu sahaja hati ini berjauh hati. Tegarnya aku, tidak mengenalimu. Tegarnya aku tidak berselawat padamu. Tegarnya aku tidak mencintaimu setiap hari. Dan hari ini aku datang berebut2 untuk menziarahi rumahMu, makamMu. Rasa jauh. Rasa tidak rapat. Mahukah kau mengakui aku ini Ya Rasulullah sebagai umatmu?
.
Kali ke dua hati ini dicuit kembali ketika berada di dalam seminar ESQ. Selawat nabi dialunkan. Iramanya cukup indah. Sehingga ke hari ini, visual burung terbang menyusuri padang pasir dan lorong berbukit itu sungguh melekat dihati. Betapa hati ini kosong. Hati ini tidak berselawat padamu kekasih Allah. Jauhh.. rasa jauhhh ðŸ˜­
.
Malam tadi, aku bermimpi lagi. Ke Raudhah. Dari 2 hari lepas terasa-rasa nak ke Tanah Suci. Dan malam tadi ia datang dalam mimpi. Berpakaian serba putih di dataran Raudhah. Membimbit sebuah al Quran berjalan mencari tempat di dataran Raudhah kemudian melabuhkan punggung di salah satu tiang, menunggu masa yang sesuai ke karpet hijau. Iya, itu yang Sally lakukan ketika ke sana dulu.
.
Sungguh pagi ini, rindu itu datang lagi. Sally capai senaskhah buku. Pemberian sahabat lama sempena hari jadi Kak Nina. Tapi buku ini Sally simpan di rak buku paling atas di bilik utama. Sally capai dan sapu habuknya. Ohhh.. berhabuk. ðŸ˜¢
.
Sally selak helaian demi helaian. Baru beberapa helai sahaja Sally baca. Dulu. Waktu pertama kali mendapat buku ini. Tak habis pun. Sally teruskan pembacaan. Mata ini berkaca.
.
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙƒَÙ…َا صَÙ„َّÙŠْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ إبْرَاهِيمَ ÙˆَبَارِÙƒْ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙƒَÙ…َا بَارَÙƒْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ إبْرَاهِيمِ إنَّÙƒَ Ø­َÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ
Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.
.
Ya Allah, istiqamahkan diriku untuk sentiasa berselawat kepada kekasihMu.
.
Sahabat, pagi ini Sally mulakan kembali. Membaca buku ini. Suka untuk Sally berkongsi serba sedikit dengan anda semua. Semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya dan menjadi umat Nabi Muhammad saw yang dapat menumpang syafaatnya di akhirat kelak. Amin...
.
Kenali nabi kita...
NABI MUHAMMAD SAW:
.
👉 Nama :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
.
👉 Tarikh lahir :
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah. Sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
.
👉 Tempat lahir :
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
.
👉 Nama bapa :
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
.
👉 Nama ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
.
👉 Pengasuh pertama :
Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
.
👉 Ibu susu pertama :
Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
.
👉 Ibu susu kedua :
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali dengan nama Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
.
💖 USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
.
💖 USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
.
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Mutallib.
.
💖 USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
.
💖 USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
.
💖 USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Sesetengah kitab menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul' iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
.
💖 USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun (ada khilaf ttg fakta ini) ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
.
💖 USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
.
💖 USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
.
💖 USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
.
💖 USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
.
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
.
Semoga kita lebih mengenali kekasih Allah swt iaitu Nabi Muhammad saw ðŸŒ¹
.
Salam sayang,
Puan Sally
.
p/s: Sally akan menulis lagi bersambung2 tentang Biografi Agung Rasulullah saw supaya kita sama2 mengenali baginda Nabi Muhammad SAW. InshaAllah.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops