Puan Sally bleh goyang kaki

Hahahaa.. setelah hampir sebulan setengah tanpa bibik.. akhirnya.. penantian itu telah berakhir.. Puan Sally akhirnya kembali ke alam "goyang kaki".. best... best... bleh ler slalu update blog dab aktif berFB balik... hehehee..

Banyak nak citer ni... citer cam mana dapat bibik... dan tak lupa gaks citer trip Puspanita ke Redang... dimulakan dengan citer Redang dulu.

25 Mac 2011 (Jumaat)
Sally, as the organiser for Redang Trip. Pukul 10.00mlm we ols bertolak dari Wisma BSN. Seramai 71 orang turut serta dalam aktiviti kali ini. 2 bas terpaksa digunakan. Satu bas Bank dan lagi satu bas persiaran luar yang disewa khas. We ols samapi di Terengganu lebih kurang pukul 5 pagi. Setelah rehat jap kat Masjid Terapung, KT dan selesai sembahyang subuh di sana, kami ke kedai Nasi Dagang yang tersohor di KT. Kedai ni pernah masuk paper kata mereka kerana terkenal dengan nasi dagang yang sedap dan harga pun mahal melambung... tapi apa nak buat dah mmg nasi dia sedap. Nasi dagang sejemput, lauk pun cinonet, harga RM3.50. Tak pakai pinggang plak tu. Dihidang atas dauh pisang jer.. sempoi.. Sally memang tak makan nasi dagang... kata mereka, nasa dagang dia best. Sally makan bihun dengan ikan tongkol sambal. Rasanya bleh tahan.. Mmg sedap dan menepati citarasa. Tapi harganya.. mak aiii.. Kuih muih kat kedai tu tak ler sedap sangat. Layanan mmg out. Tuan kedai tu macam nak marah pelanggan jer... huhuu.. tobat tak g dah kedai tu. Nak masuk toilet pun tak kasi.. sengal betul.


26 Mac 2011 (Sabtu)
Pukul 8.30 pagi, we ols jumpa wakil yang menguruskan semua tempahan iaitu Nazir. Setelah siap pembelian tiket feri dan tiket marine park, we ols pun bertolak ler ke Pulau Redang. Keadaan ombak agak bergelora dan tinggi. Sally dah terasa huyung di dalam feri. Ku lelapkan mata. Tak mo layan sangat gelombang di dada. Majority peserta muntah2.. ada yang sampai lembik. Memang mencabar naik feri. Sampai berdekatan pulau, we ols dipindahkan naik boat lain untuk dihantar ke daratan. Berpijak je di Pulau Redang, keadaan berubah.. Keseronokan datang tiba-tiba. Semua peserta excited abis... We ols check in kat Redang Lagoon Resort. Bagi kengkawan yang ada bajet lebih bleh ler menginap di Laguna.. Hotel dia cantik bangat... Tapi bg Puspanita, Redang Lagoon dah memadai. Owner dia orang Kelantan. Aunty Fatimah  namanya. Sangat peramah orangnya. Hidangan disediakan hasil air tangannya. Sangat sedap.. Makanan mmg tak kedekut. Lauk pauk tak putus.. Layanan bagus. bleh ler bagi 8/10... :)
Bilik resort mmg ok. Cuma punca air sahaja yang kecil. Ada water heater dan air cond. We ols duduk 3 org sebilik. Sally, Diana & Neeny. Diana ditempatkan di leteng bilik sementara Sally & Neeny di tingkat bawah dengan katil bersaiz Queen. Bilik di loteng hanya dibekalkan dengan tilam bersaiz Queen. Diana bantai golek sengsorang kat atas tu.

Lepas check in dan makan tengahari, we ols mulakan dgn trip snorkeling yang pertama. Kami di bawa ke satu port yang cantik dan banyak ikan. Open sea trip. Di sini, kami diturunkan di tengah-tengah laut. Terapung dengan dibekalkan life jacket dan snorkeling set. Di sini satu xcident yang sangat kelakar terjadi. Kak Siti, peserta pesara kita telah kehilangan gigi palsunya. huhuuu... gigi palsu jatuh ke dlm laut.. Dia bgtau Sally... mmg kesian.. tapi Sally tak dapat menahan gelak masa tu terus tergelak besar... kesian Kak Siti... Tapi, most of the peserta masih lagi takut2 pada trip pertama itu.

Setelah balik ke resort, kami dihidangkan dengan makan petang. Selepas makan petang, aktiviti bebas. Ada yang mengambil peluang untuk bermain di pantai.. kejar mengejar ombak.. ada yang bermain galah panjang, ada gak yang posing tak abis.. (aku ler tu), ada yang bermain pasir pantai yang memang halus memutih... mmg best.. ada gak yang berayun di buaian... sungguh nyaman...

Malam itu, setelah selesai makan malam.. kami lepak sajer.. borak2 dan merancang aktvt keesokan hari nya. Ada jugak yang pergi melayan life band di Laguna.. menikmati dessert di sana.. tapi bg kami AJK, sibuk dengan aktvt esoknya. Hampir pukul 12 malam kami balik ke bilik masing2 untuk melelapkan mata.

27 Mac 2011 (Ahad)
Pukul 7 pagi, kami bangun dan siapkan diri. Lepas breakfast, sesi poco-poco menjadi pilihan. Pukul 9 pagi, trip ke 2 snorkeling berlangsung. Kali ini kami dibawa ke marine park. Di sini, ikannya lebih cantik tapi sayangnya air berarus deras. Agak kepenatan sedikit. Tapi mmg best. Balik dr snorkeling, kami dihidangkan dengan makan tengahari. Selepas lunch, ada yang menyertai trip snorkeling ke3. Tp, bg Sally cukup ler 2 trip sahaja. Pada petang itu, Sally mengambil keputusan untuk berbuai di hammock. Sungguh nyaman sekali. Tak sangka Sally boleh terlena di situ. Bangun jer, Sally terus ajak Kak Niza untuk shopping souvenir sedikit sebyk utk dibawa balik kpd teman2 yg disayangi... khasnya Awin yang byk membantu, Nisha, Nasha, Nik dan yang paling disayangi Ibu Mertuaku. Anakanda tidak dilupa.

Lepas tea break, aktvt diteruskan dengan sukaneka pantai. Semua ahli bergembira dan aktvt ini sungguh meriah dan berjalan lancar. pelbagai permainan di atur. Ada mummy wrap, pecah belon, tarik upih, lari ikat tangan, dan banyak lagi.

Pada malamnya, sesi BBQ diadakan. Kena bakar sendiri. Spt biasa, AJK yang sama buat kerja.. dan AJK yang baik hati itu adalah Neeny, Diana, Sumathi.. Pn Azian pun tolong bakar2 gaks.. AJK lain.. makan jer laa... huhuhuuu...

Spt biasa, Sally emcee pd malam itu. Selain drp pengumuman pemenang bg aktvt sukaneka, ada juga sesi game ringan pada malam itu seperti musical chair dsb. Selesai game, kami dihiburkan dengan sesi karaoke oleh ahli2 Puspanita yang sporting abis...

28 Mac 2011 (Isnin)
Keesokan harinya.... tibalah masa untuk bertolak balik. Tak semena-mena hujan turun dengan lebat.. Ombak makin besar dan bergelora seperti perasaan kat dada aku jugak... Feri terpaksa delaykan perjalanan kami kerana ombak semakin mengganas... Semua peseta jadi kalut. Masing2 siap berbaju hujan yang diperbuat daripada plastik sampah... Saper yang untung di sini? Mak sik jual plastik sampah.. 50 sen sebiji. Kalau dah sorang beli samapi 4 biji.. bayangkan ada 73 orang.. sekelip mata bisnes plastik sampah meningkat apabila demand meningkat tinggi.. huhu... bukan setakat bag dibalut plastik.. orang pun dibalut plastik coz we ols majoritynyer tak bawak payung... tu ler.. degil.. tak dgr cakap org tua-tua... sediakan payung sebelum hujan... :)

We ols sepatutnya naik feri kul 11.. tapi pukul 12.30 baru ler bleh bertolak balik. Feri plak tidak dapat menghampiri pantai kerana ombak terlalu kuat.. we ols terpaksa menaiki tongkang untuk ke feri. Saat ini ler.. aku bagaikan akan berkubur dilautan... tongkang yang kunaik.. tenggelam timbul dalam ombak deras.. mak aiii... dlaam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Bayangan Adelina and hubby silih berganti... Habis semua zikir Allah yang ku hafal meniti di bibir ini.. Mata ku pejam rapat.. Nasib baik ada Neeny yang menenangkan hati. Gelombang tidak enak dan kupu-kupu perut mula berterbangan di dalam dada.. Buah asam menjadi penawarnya.. Samapi sahaja di Marine Park, kami telah di transfer ke Feri. Keadaan masih sama. Aku pejamkan mata sepanjang perjalanan. Doaku hanya satu... sampai ke daratan dengan selamatnya. Dan dengan ini aku berhasrat, next time nak ke Pulau.. naik flight saja lahhhh... huhuuu...

Pukul 2.25 petang kami selamat sampai ke Jeti Syahbandar. Alhamdulillah.... Dah sampai tu.. semangat baru tetiba menyelinap di dalam diri.. wlaaupun gerimis masih menyimbah bumi. Aper lagi... "pasar payang session" ler... Semua yang pening... hilang pening entah ke mana... bila tiba masa untuk shopping.. wanita.. begitulah lumrahnya... Kami ke pasar payang.. habis keropok diborong.. dan aku.. hanya satu tujuan.. mendapatkan sarang pie tee... my hubby's favourite.. Sarang tembaga menjadi pilihan.

Selesai shopping... we ols balik dengan selamatnya.. Tiba di KL pada pukul 12mlm....

Abis sudah cerita Redang.. cerita bibik plak... heheheee... instant bibik...

Sekembalinya aku dari Redang, pening kepala tak hilang lagi... bertambah pening melihatkan baju menimbun tinggi. Ahhh.. biarlah dulu. Aku bukak email.. tengok balik biodata yang aku terima dari Ben. Supplier bibik dari Johor. Actually biodata ni aku dah dapat masa aku kat Redang. Tapi view melalui blackberry rasa tak puas plak.. AKu teliti satu persatu.. mmmm.. ada sorang yg masih tiada majikan. Aku hubungi Ben. Katanya kalau nak, esok dia bawak.. hah... sungguh cepat. AKu terus kol Hubby. Kata putus dicapai.. akhirnya aku bersetuju untuk mengambil maid itu.

Tadi, pukul 1.30ptg, aku jumpa Ben di KLCC... Duit RM6,000 bertukar tangan. Bibik aku dapat tang tu jugak. Ben luarannya nampak macam boleh dipercayai. Apa yang aku suka tentang Ben. tiada deposit. Bibik dah ada, baru dia hantar dan kita terus dapat. BAyaran 6K itu tidak termasuk permit dan fomema. Itu semua perlu diuruskan sendiri. Ben akan menyediakan semua borang dan dokumen yang berkaitan. Aku hanya perlu submit ke imigresen shj. Mmm... ok lahh.. lagi pun agak susah untuk dapatkn bibik sekarang. Gamble ajer laa.. Apa yang aku bleh buat.. berdoa agar bibik yang baru aku dapat ni baik, tidak berperangai, pandai jaga dan main dengan adelina.. dan yang penting.. jangan ler lari lagi.

Nama bibik Jumaati dan umurnya 50 tahun (umur passport). Menurut katanya, umurnya 43 tahun. Kerja boleh tahan... tak perlu ajar banyak.. masak ok... adelina pun ok dengannya... Saper2 yang nak bibik, leh ler hubungi Ben tu. Orangnya baik.. dan kata Ben, dia sentisa ke Indon utk dapatkan bibik. Ben ada blog tau... Aku pun booking maid melalui blognya... http://www.pembanturumahmurah.blogspot.com/

Ni orangnya.. baik.. lemah lembut... cakap pun sporting je.. orang Johor.. wife dia orang Pasir Mas Kelantan.. 1 kampung daaa... Sally rasa Ben ni boleh dipercayai.. korang yang nak maid tu bleh ler hubungi Ben. HAhahaa.. prmote lebih2 lak Sally ni..

Ni dia Ben... Sajer Sally nak share dgn u ols.. hensem orangnya..
Wokey u olss... nnt leh sambung sembag lagi... maklumla dah ada bibik balik.. leh ler kerap mausk blog ni... chaowwsss...






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Novel: Tidak Aku Bersuara - Norhayati Berahim

Lama sudah aku meninggalkan alam novel.. sejak zaman uitm dulu lagi.. hampir 7 tahun berlalu...keinginan untuk menyelami isi novel kembali lagi bila melihat Neeny & Nasha (macam nama anak patung bespren plak) bertukar-tukar novel. Ahhh... tidak mungkin.. buku sekolah ku pun belum aku telaah lagi.. ini kan pula membaca novel.. tapi, apakan daya rontaan hati tidak mampu aku sangkal.. Novel yang dipinjam dari Nasha, ku ambil dari Neeny. Kata Neeny, novel itu telah dibaca dulu.. dengan bercerita sedikit sebanyak sinopsisnya.. aku mula tertarik.. ku bawa novel itu balik ke rumah. Ku selak helaian satu demi satu... huhhh.. sudah ku duga.. tangan ini tidak boleh berhenti.. mata ini meniti dari satu ayat ke ayat yang lain... dari baris ke baris yang lain.. kehidupan seorang Jeslina mula aku selami.. dan seperti selalu.. aku tidak sabar lagi untuk mengetahui penghujungnya...

Di sini aku ingin kongsi sedikit sebanyak intipati cerita novel "Tidak Aku Bersuara" karya Norhayati Berahim. Sinopsis ini ku ceduk dari ruangan lain.. dan untuk mengetahui lebih lanjut lagi.. dapatkanlah di kedai... tidak adil kiranya ku ceritakan semua di sini... tinta Norhayati tidak akan menari kiranya novelnya aku salin ke blog ini...

Sinopsisnya....

Peristiwa hitam yang berlaku terus menghantui dirinya. Ke mana dia pergi, sejauh mana dia berlari. Segalanya masih tidak dapat dihilangkan dari ingatan. Maruahnya tergadai, harapannya berkecai dan lelaki yang bertanggungjawab masih lagi bebas.

Perlukah disuara apa yang berlaku? Tidakkah malu kalau semua orang tahu? Buat seketika, Jeslina memang benar-benar buntu.

Namun... akhirnya dia sedar, kalau tidak bersuara. Semua lelaki yang durjana itu akan terus bermaharajalela.

Tambahan serba sedikit dariku:
  • Jeslina terkurung dengan masa silamnya
  • Anak perempuan tunggal yang ditinggalkan ibubapa bersama nenek dikampung
  • Ketandusan kasih sayang ibu dan bapa
  • Dinodai oleh pak cik sendiri di usia yang muda
  • Rahsia di bawa hingga dewasa
  • Mengembara ke luar negara
  • Diam diam cinta berbunga dengan lecturer
  • Berkahwin tanpa rela dengan lelaki kaya kurang tata susila
  • Bercerai tanpa rela dengan tuduhan curang dengan prang ke tiga
  • Bersatu dengan cinta yang tertinggal di luar negara
  • Kembali dengan kebahagiaan dan menuntut bela
dapatkan di kedai buku.... mmg best...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Berbaju hitam - hidden personaliti???

Hari ni tetiba terpanggil untuk bercakap pasal berbaju hitam. Normally orang pakai baju hitam nak nampak kurus... nampak kecik.. bukankah ianya melambangkan seorang yang hipokrit?? Dah besar tu .. besar ler jugak.. nak sorok-sorok plak.. hahhaaa.. jahat mulut aku.

Tapi, kalau berbaju hitam tu membuatkan sesorang itu lebih yakin dan berketrampilan.. apa salahnya.. hitam itu menawan.. hitam itu elegant.. tapi bila Sally surve tgk apa yang tersirat disebalik seseorang yang meminati warna hitam... agak menakutkan...

"Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan." (source: Rahsia Psikologi Warna) 

Dari segi terjemahan fesyen, warna hitam mampu memberi pelbagai maksud tersirat oleh individu yang memakainya.

Paling lumrah, hitam kini menjadi penyelamat keadaan apabila seseorang itu tidak tahu pakaian apa yang harus dikenakan apabila perlu menghadiri sesebuah majlis.

Jika tidak pun, warna itu menjadi penyelamat bagi individu yang berbadan gempal kerana ia mampu menyorok bahagian-bahagian yang menggeleber agar tidak menjadi tatapan umum.

Bagaimanapun, jika dilihat dari sudut positif, warna hitam mampu memberi keanggunan kepada pemakainya tidak kira berbadan kurus atau gempal. 

Bagi Sally sendiri, tidaklah hitam menjadi pilihan untuk nampak kurus... Sally bukan gemuk sangat pun.. hahahaaa.... Tapi bila berpakaian hitam tu nak nampak lebih elegant... biasanya kalau pergi dinner... kenakan dengan jeans.. tapi biasanya Sally elak berbaju hitam di siang hari.. panasssss... yang pastinya Sally lebih suka memilih warna-warna ceria... merah.. biru.. kuning...purple.. hijau.. rasanya lebih berketrampilan... lebih menyerlah... kengkadang Sally suka berpakaian serba putih... exclusive gitu... yang penting mesti glamour... so.. u ols... jangan ler pilih hitam untuk sorok apa yang patut coz bg Sally bila niat dah sorok... penampilan pun akan tenggelam... kalau nampak kurus tapi tak menyerlah nak buat apa... yer tak???


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Strawberry Custard Pudding

Hari ni ada tetamu yang akan datang ke rumah... Nak ajak lunch tapi they ols ada hal lain.. so ajak lepak minum petang.. Sally cam biasa... tak sah kalau tak menjamu tetamu sumthing form Sally's Kitchen... So.. mmm.. barang dah beli semalam... Sally hidangkan Strawberry Custard Pudding... yummy... Saper2 yang teringin nak mencuba.. resipi ada kat bawah... cepat dan mudah...

Bahan A
  • 1 cawan custard
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 4 cawan air
Kacau semua. Bila sebati letak atas dapur dgn api perlahan. Kacau sehingga pekat dan bunyi 'pop'.  Kacau sehingga berkilat. Masukkan ke dalam bekas.


Bahan B
  • Instant Strawberry Jelly
  • 400ml air panas
Kacau kedua-dua bahan dalam mangkuk. Air panas tu biar ler yang baru mendidih... betul2 panas.. klu tak berketul.. tak cantik laks... then tuangkan ke atas custard...


Bahan C
  • 1 cawan susu cair.
  • 1/2 cawan air panas.
  • 2 sudu besar gula.
  • 2 sudu perasa strawberry.
Kacau sebati semua bahan...

Akhir sekali. Masukkan ke dalam peti ais. Hidang sejuk.. yummy...
Terbalikkan puding tadi ke dalam mangkuk. Tuang sos. Hias dengan belahan strawberry kat atas.. its delicious... yummy..


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Hantu Rashidah

Hari ni, Sally dan AJK Puspanita BSN lain bz dengan Majlis Meraikan Pesara OES. Dah plan sejak seminggu lalu. Cenderahati dah beli brooch Kenji for each of d pesara. Catering for Hi-Tea dah booking siap2... Auditorium dah booked.. 2 penyanyi Bank dah siap rehearsal... dan sampai ler ke hari yang ditunggu-tunggu..

Everything goes well except catering datang lambat sket... but we manage to handle it... Nasha, Awin, Fatin and As siap tolong lagi caterer tu siapkan hidangan... Deco paling aku suka.. itu part Nasha.. siap gubah bunga and tabur rose petals kat atas meja and dikelilingi dgn pink & white helium balloons... so sweet... Sally, as emcee terpaksa melengah-lengahkan masa di dalam audi untuk cover makanan yang belum sedia.

4 lagu yang didendangkan oleh 2 penyanyi jelitawan Bank sangat menyentuh perasaan... Sally pun sebak apatah lagi kakak-kakak atau boleh jugak dipanggil ibu-ibu yang bakal bersara... Ada di antara mereka yang mula bertugas di Bank pada tahun 1970an.. Sally tak lahir lagi masa tu... huhuuuu...

Lepas makan-makan, tetamu beransur pulang.. Sally & Kak Arida antara yang balik lambat untuk kemas barang dan settle a few things... We ols angkat barang ke level 19.. Kak Arida yang memang dah diketahui dengan '"penakut"nya... mmmm macam ler aku ni berani sangat... hehheee... yer laa.. dia minta Sally teman ke toilet.. Sally pun pergi ler... Lepas tu balik ke tempat masing2, kemas barang untuk bergerak pulang... Tetiba berjalan Pn Rashidah di depan mata... Sally menyapa.. "Hah Kak, tengok Pn Rashidah ni... berani jer.. sorang2 tak balik lagi..." Sambung Kak Arida,"Dia tak per, kuat..." Pn Rashidah menjawab dengan slambernya.. "Nak balik jugak ni..." dan beliau pun berjalan menuju ke lift... We ols berdua menyusul kemudiannya... Sebelum pintu lift tertutup.. We ols sempat mencelah masuk dengan balloon2 untuk anakanda masing-masing... Perbualan ringan mengisi kesepian di dalam lift.. Borak2 sampai le ke level G.

Kak Arida keluar lift dan diikuti oleh Sally.. Sally terus berjalan tanpa memandang ke belakang sambil menyapa guard yang bertugas malam tu.. Tetiba Kak Arida bertanya, "Mana Rashidah?" Sally berpaling ke belakang dan ternyata Pn Rashidah tiada di situ... tiada dibelakang... Sally mula memanggil... "Pn Rashidah.. Pn Rashidah...." Tiada yang menyahut.. Guard tu menyapa.. "Panggil siapa?" "Pn Rashidah," jawab Sally... Guard tu bersahaja menjawab dan jawapannya hampir meluluh jantung peparu ini... "Mana ada, 2 orang je yang keluar dari lift tadi".... Sally dan Kak Arida berpandangan.... Muka Kak Arida berubah serta merta... hati Sally gugup... "Kak... Mana Pn Rashidah?? Dia naik dengan kita tak tadi??".. Kak Arida tidak menjawab semua persoalanku... "Dah Sally... jom balik..." sambungnya... Kami melangkah cepat meninggalkan bangunan Bank.. "Kak... tunggi I kak... huhuuu... cam mana nak drive ni??" Sally mula menggeletar... gugup.. terasa longgar semua sendi... "Kereta you kat mana?" tanya Kak Arida.. "Tu..hujung tu..."jawab Sally... "Kereta I kat sini. Drive carefully Sally. Pasang ayat Quran nanti,"pesan Kak Arida... Sally cuma mengangguk... lidah kelu untuk berkata-kata...

Sally menuju ke kereta sambil mulut kumat kamit membaca semua ayat suci al-Quran yang terlintas di minda... Sally muatkan semua belon ke dalam kereta.. huhhh... tak leh drive cam ni.. hati berdebar .. belon plak block view belakang.. Masa tu rasa nak buang je belon2 kat situ... tapi teringatkan si kecik kat rumah yang akan happy tgk belon banyak mama bawak balik...Sally pindahkan belon ke bonet... Sally mulakan dengan bismillah.... drive balik... sampai di jalan Yap Kwan Seng.. Kak Arida kol.. "Sally, u ok ke?" "Ok kak.. u? Dia naik lift dengan kita ke tadi kak?" tanya Sally tak puas hati dengan apa yang berlaku..."Jgn cakap lagi Sally.. Kita balik dulu..." kata Kak Arida.. "Ok kak... kita drive sampai rumah nnt kita calling2 yer..." sambung Sally... kedengaran ayat2 suci al-Quran di kereta Kak Arida.. Sally pula terasa tambah seram...

Sally drive balik rumah.. akhirnya selamat sampai. Hubby bukak pintu.. Sally ceritakan semuanya... meremang bulu roma saat itu. sally kol Kak Arida.. Dia tak sampai umah lagi... Sally ke bilik air bersihkan diri... then bila keluar, nmpk miscalled Kak Arida.. Sally kol balik..

Cerita Kak Arida.."I kol Nasha tadi.. minta dia kol Rashidah.. tanya dia sama ada di balik dengan we ols ke tadi? Terang Rashidah, memang dia nak lift dengan Sally & Arida then bila we ols turun dia ingat we ols turun level 3, auditorium... so dia terus stay kat dalam... dan lift terus naik balik... dia tak sempat turun..." huhuuuu tu ler kisahnya... lega sikit rasa hati.... Rashidah...Rashidah....buat gelabah jer...

Tapi.. mak aii... boleh le plak cam tu.. Sally dan Kak Arida ni.... mmg dah separuh hidup dah mlm ni... huhuuuuuu...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Putar Alam.. Kepala Pusing

Hari ni aku MC. Bangun pagi, badan lenguh-lenguh mayb sebab musibab daripada aerobik kelmarin... Semlm cam ok lagi... tapi hari ni satu badan sakit. Maklumlah dah hampir 6 bulan tak pegi aerobik. Mata pun tak berapa ok... Gatal kat tepi mata. Gatal hidung... maybe jangkita kuman resdung agaknya.. Nak pakai contact lens pun x leh... mata merah dan bengkak... huhuuu...

Walaupun MC.. seharian hari ni gosip pus-pus x abis2.. Pening kepala.. Cerita putar alam dr pelbagai pihak.. aku yg mulut lepas ni.. sentiasa dipandang serong.. malas nak layan.. lantak korang ler.. Pus skrg tak best mcm dulu... warga pus yg dulu close pun dah berpuak.. kata mengata menjadi sulaman dalam pus. Org tu terasa... org ni terasa... penat nak layan.. lagi susah bila ada yang talam 2 muka... mak menokok tambah dan yang pastinya bila org2 begini menyertai pus tidak sepenuh hati... mereka yang mula berkira ttg kerja.. perkara2 mcm ni seharusnya tak terjadi coz kita saling memerlukan dan kerja yang kita buat pun sukarela... huhuuuuuu... rasa di hati mau pergi jauh dr dunia itu.. buat kepala aku bertambah pusing...

Lambatnya nak tgu abis master... mayb bleh intai peluang kat tmpt lain... Sally cam biasa.. kat mana pun bleh buat empayar sendiri... cewahhh... dgn tag line.. glamer di sini.. di sana... dan di mana jua.. hahahahhaaa.. masuk bakul lagi.. cheerrrsss


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Jantan yang muncul dalam hidup aku

This is the story about 'Jantan'. Not 'lelaki/jejaka'... who i love like my hubby... my late abah, my aboh in law, my bros... this story is all about jantan yang sengal yang muncul dan menjadi satu cerita dalam hidup aku...

Topik ni terlintas difikiran bila ada sorang jantan yang aku kenal dulu tetiba muncul dan kami bersua di dalam pesbuk. Al-kisah jantan yang nak diceritakan bermula dengan....

Jantan 1
Jantan ni adalah kawan sekolah aku dulu. Sekolah rendah. Masa tu aku pun tak perasan sangat tentang kewujudannya di dalam kelas. Namanya jauh sekali menjadi bahan perbualan dan gosipan kami para gedikswan di sekolah rendah. Jantan ini seorang yang pendiam dan duduk pun jauh ke belakang kelas. Menjadi tabiatku untuk duduk di kerusi paling hadapan ataupun group meja yang depan coz mmg aku giler glamer sejak dari dulu. Kalau cikgu suruh baca puisi, baca petikan, baca pantun, jawab soalan di papan hitam.. akulah orang pertama yang akan mengangkat tangan... Akan ku laungkan suara lunak gegak gempita ku.. Tapi itu pun bermula pada Darjah 2.. Darjah 1.. seingatku aku masih lagi takut-takut dan tidak pandai lagi untuk gila glamer... masih ku ingat Cikgu Mastura pencetus segalanya. Sejak dari itu, aku akan ke depan untuk segalanya... Berbalik kepada Jantan tadi. Dia mmg jauh berbeza dengan personalitiku.. Dia agak nerd... Mukanya ala-ala cute ler jugak.. tapi tak ler sehensem jantan lagi sorang yang menjadi kegilaan waktu itu... hahahahaaa... Jantan yang dalam stroryku kali ini, dalam diam rupanya telah menaruh hati padaku.. waktu disekolah dulu. Itu pun aku tahu bila dia dah pindah sekolah di peringkat menengah ke sekolah yang lebih baik sesuai dengan result UPSRnya.. aku ni maybe tergila glamer sgt.. result pun tak seberapa.. sekolah menengah biasa jer laa... Di sekolah berasrama itu dia hebahkan pada semua kengkawannya mengatakan nama girlfren dia 'suhaili'.. bukan aku terperasan.. tapi setahuku.. hanya aku sahaja bernama suhaili di sekolah itu.. huhuuuu... Kawan aku yang juga satu sekolah dengannya telah menyampaikan perkhabaran itu kepadaku.. agak terkejut jugak mendengarkannya.. Jantan tu minat kat aku??.. huhuuuu.... Setelah berpisah lama... kami jumpa lagi sekali di U.. aku hampir tidak mengenalinya.. dulu lain.. skrg dah berkumis.. tapi masih manis juga.. nama panggilan pun dah lain... Dia menegurku.. mmmm... lantas aku teringat kembali kisah dia mewar-warkan kepada kawannya yang aku girlfrennya... huhuuuu... lepas diploma.. dia menghilang lagi.... dan semalam aku berjumpanya di pesbuk.. wajahnya kini dah banyak berubah.. bermisai.. berjerawat... dah macam perogol bersiri aku tengok.. hahhahhaa.. jahatnya mulutku.. tapi nampak nya dia dah berkahwin dan punya 2 anak... gambar2 bahagia bersama familynya ku tengok sepintas lalu.. wifenya bleh tahan jugak... tapi ada satu gambar.. dan captionnya.... ex-girlfren ku... mak aiii... gmbr aku yg cute miut dulu... jantan ni still simpan gmbr sek rendah dulu??  mana dia dapat gmbr tu? suka ati mak bapak dia nak declare kat situ... bila plak tarikh bersejarah aku declare jadi girlfren dia... gilos.... aku terus message dia.. dan dengan rasminya... aku telah diremove dari pesbuknya... malukah dia?? Jantan apakah itu???

Jantan 2
Sesi ngumpat jantan ni hampir setiap hari. Aku gelarkannya Jantan Gelap... Hampir setiap hari rasa gelap hati aku untuk membuka peluang untuk berbaik dengannya. Rasa sebal dan bebal dengan sikapnya. Buruk perangainya mmg sangat menghiris jantung peparu dan pankreasku... amboi.. buruk perangai org je aku nmpk.. buruk perangai aku??? wakakak...Hari ni sesi ngumpat jantan ni terjadi lagi. 'Majority'.. this word was using by one of the ngumpat member to show that most of the ppl there tak suka.. tak ngam.. dan ada sejarah hitam dengannya... no wonder.. huhuuu... Bila ler dia nak lenyap dari mataku. Maybe.. aku doakan dia untuk pergi ke tempat yg lebih bagus.. asalkan jauh dr kanta contact lensku. Tapi... walaupun Jantan Gelap ni menyebalkan lubuk jiwa ni.. jasanya tidak pernah padam dan akan ku kenang sampai bila2... tapi perangai yang menyusahkan dan membebankan orang membuatkan aku tak sanggup untuk berterusan bersama dan melihat tindak tanduknya yang memperlakukan orang lain sesuka hatinya... bweeekkkk... Andai kata aku harus berjumpa bomoh pelawok..pelawok..pelawok untuk jauhkannya dari hidup ini.. akan aku lakukan... cewahh.. Itulah kisah Jantan Gelap yang tak guna...

Jantan 3
Kami pernah rapat dulu.. bergurau senda... dan pujian tidak pernah lekang dari bibirnya setiap kali kami bertemu... dan yang pastinya tiada sebarang scandal antara kami.. hanya teman di bawah satu bumbung mencari rezeki yang halal di muka bumi ini. Sehinggalah satu masa... dia menunjukkan belang dan rupanya muka manis yang ditunjukkan tidak lah sekadar talam satu atau dua muka... tapi bermuka-muka... mulai dari itu.. aku pulaukannya... tidak mati kalau jantan ini aku lenyapkan dlam kamus hidup ini.. bukanlah nak declare WAR tapi kasi ajar sket... nak tunjuk terror salah orang bang... peegiiiiidaaa...

Rasanya itu saja jantan yang ada.. yang lain semua lelaki budiman.. maybe someday aku bleh share citer lelaki budiman yang pernah bertapak di hati ini... cewahhh... ramai ke???
kwang.. kwang... kwang....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Result 3rd Sem....OK

Hari ni mmg busy giler... Dari pagi aku rushing merempuh traffic jam yang menggila di Lebuhraya Duke... MRR2... dan akhirnya selamat sampai ke Bangi. Sesampai kat Bangi, meeting tak start lagi coz vendor plak sesat.... mmm.. ok ler... melawat teman2 lama jap... Kak Sarah.. Kak Ina.. Dila.. Kak Wan... and.. etc..etc...

Busy with office duty hampir aku lupa ari ni result exam kuar... huhuuuu.. tu pun lepas dapat BBM dr Kak Roy... aper la aku dpt?? Coz masa exam tu kepala aku tgh biol dgn pelarian bibik yang ngok itu...

Lepas meeting di Bangi, aku drive balik KL.. agak jam jugak.. smpi ofis pun dah hampir pukul 3. Try nak bukak website UUM kat office tapi cam lembab plak... tak per lah.. cek kat umah jer.... then aku ke level Pn Nilam... discussed pasal maid from Aceh katanya... klu ada rezeki aku.. maid akan tiba seminggu lagi... gamble je la.. cost pun around RM4000++. Tapi nak kena buat permit .. fomema bagai sendiri... insyaAllah everything will OK.

Lepas disscused pasal maid.. we move to aktvt Puspanita plak.. plan nak buat treasure hunt... KL - PD. Sounds gud.. happening... will work on it...

Hari ni balik lmbnt lagi coz nak kena siapkan design brochure SVC.. dah le balik lmbt.. jam jugak... mmg hari jam sedunia ler... sampai umah jer.. terus bukak internet... bukak portal UUM.. intai2 result..

Akhirnya... Result exam hari ni buat aku tersenyum...alhamdulillah... dgn study ntah ke mana.. otak pusing.. masalah bibik ngok yg lari masa aku nak exam.. Aku dpt 'A' law... Corp finance yg buat smpi kul 5 pagi pun dpt 'A' jugak... alhamdulillah.... CF tu paper yg aku takut sgt... Managerial Eco.. yg jawab ntah apa-apa ntah... dpt B+... oklah tu... hehe.... ready for new sem.. another 2 sem to go.... cepatla abiss....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Balik Kampung

Hari ni nak citer al-kisah balik kampung hari tu.... Setelah hampir 6 bulan tak balik kg, akhirnya sampailah masanya yang ditunggu-tunggu...

23 Feb 2011 (Rabu)
Mama hantar we ols pergi airport.. Flight pukul 10am.. tapi biasa ler Air Asia... 2 hours before nak kena check in... so, we all plan nak bertolak pukul 7 pagi.. so that by 8am we all dah sampai airport... Adelina dah memang tido umah tok ma awal2 untuk mempercepatkan persiapan pagi tu... Tapi, cam biasa... ding dong.. ding dong... pukul 7.30 baru bertolak dari rumah mama.. jam plak pagi tu... nak sampai airport tu sikit punya banyak traffic light... dah le we ols dah lambat... hubby pergi masuk lane kiri konon2 nak cepat.. alih2.. masuk jalan lain... punya ler jauh nak u-turn balik... masa tu, Sally hanya berdoa pada Allah... mudah2an we ols tak ditinggalkan flight... dan akhirnya... walaupun macam lambat tapi rupanya ngam-ngam... nasib baik ramai yang beratur... :) So... we all pun selamat ler sampai ke Kelantan.

Samapi di Kelantan we ols dijemput oleh my bro.. dan pinjam keter abe untuk balik ke Rantau Panjang. Sampai di rumah, perasaan gembira tidak dapat digambarkan bila menatap wajah ibunda... peluk cium untuk ibunda tersayang... :)

24 Feb 2011 (Khamis)
Hari ni we ols relaks je kat umah.. Adelina layan main dgn Abe Chik dan Aisyah.. Nmpknya Adelina happy sgt kat umah Ma Tok yang luas.. bleh lari2.. ke sana ke mari... Petangnya, Adelina diberi peluang untuk main pasir.. mak aiii.. suka giler anak mama dapat peluang main masak2.. siap bersila lagi... tapi yang kesiannya.. kena gigit semut api.. habis merah2 kaki...

Hari ni jugak, rumah ma sibuk dengan persiapan untuk kenduri esok. Orang dah mula pasang khemah, sembelih lembu, sanak saudara dah mula berkumpul, bergotong royong untuk kenduri esok... seronok rasanya... macam nak buat kenduri kahwin plak.. Mak Cik Dah yang berada di Kedah pun balik untuk bersama-sama memeriahkan majlis kenduri esok... :)

25 Feb 2011 (Jumaat)
Ini lah hari yang ditunggu-tunggu. Kenduri arwah dan juga sambutan maulidurrasul diadakan. Kenduri untuk arwah abah tersayang yang genap 3 tahun pemergian Abah mengadap Ilahi.. Semoga roh arwah abah tenang di sana dan ditempatkan di antara golongan orang-orang yang beriman... amin.

Ramai sungguh sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai yang datang. Seekor lembu menjadi hidangan.. gulai.. goreng dan sup lembu.. dihidangkan bersama suhun goreng dan colek nenas.. Dan lagi, sally mempersembahkan puding koktail.. yummy... my dessert mmg menjadi rebutan ramai hari tu... sampai tak cukup.. saper yg dtg last2 tu.. mmg kempunan le nak rasa puding koktail..

Selepas solat Jumaat, jemputan dari masjid memenuhi rumah dan khemah yang disediakan. Para hafiz dijemput untuk bacaan ayat suci al-Quran selepas bacaan tahlil oleh para jemaah masjid. Selepas selesai sesi selawat, tahlil dan mengaji jamuan berterusan sehingga pukul 7 petang. Ramai yang datang.. meriah sungguh hari itu.. Seronok sangat... bersembang.. bersua muka...

26 Feb 2011 (Sabtu)
Hari ni sesi kemas mengemas... tapi Sally tak ler terlibat pun... ma dah memang ada pekerja-pekerjanya untuk membereskannya... macam biasa anak ma dari dulu sampai sekarang memang goyang kaki jer... hehehee.. kemudiannya.. macam biasa... tidak sah kalau tak melawat Kedai Mat Yusoff kat KB... niat di hati nak memilik seutas rantai labuh dan loket... Sally, Kak Da, hubby together with adelina ke KB.. dan akhirnya barng yang diidamkan menjadi milik Sally... bahagianya hidup... dan tambah lagi sebentuk cincin.. heheee... pompuan kelantan.... then, we ols gi makan2 dgn abe... thanks abe.. lunch u belanja was great...

27 Feb 2011 (Ahad)
Hari ni sally ke Pasir Mas. Melawat Mak Long yang sedang sakit tua.. dah alang2 balik kampung, tak manis kalau tak melawat ibu saudara yang sedang sakit.. balik dr rumah mak long, ma beli 5 ekor patin untuk dibuat masak tempoyak... yummy... Petangnya, ibarat rutin bila balik kampung, sally akan masuk thailand.. shopping ler aper lagi... tapi ada part yang lagi best iaitu ke salun... cuci dan potong,.. hanya RM15 sahaja... mana nak cari kat KL harga macam tu?? puas hati babe...

28 Feb 2011 (Isnin)
Seawal pagi, Sally melawat pusara Abah bersama Kak Da & hubby coz hari ni dah nak balik KL. Pusara abah bersih coz anak2nya sentiasa melawat... hanya anak bongsunya saja yang jauh di KL... tapi doa untuk abah tak pernah putus.. Anak bongsu abah ni sayang abah sangat-sangat... Bacaan Yassin untuk abah dan siraman air ke pusara abah dari anak bongsu yang pernah abah mandikan dan ajar sembahyang dulu... abah... adik rindu...

Jam 3ptg, we ols bertolak balik ke KL.. Semoga saat untuk balik ke Kelantan itu akan datang dalam masa terdekat.... mmm.. rindu dah...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops