Balik Kampung

Hari ni nak citer al-kisah balik kampung hari tu.... Setelah hampir 6 bulan tak balik kg, akhirnya sampailah masanya yang ditunggu-tunggu...

23 Feb 2011 (Rabu)
Mama hantar we ols pergi airport.. Flight pukul 10am.. tapi biasa ler Air Asia... 2 hours before nak kena check in... so, we all plan nak bertolak pukul 7 pagi.. so that by 8am we all dah sampai airport... Adelina dah memang tido umah tok ma awal2 untuk mempercepatkan persiapan pagi tu... Tapi, cam biasa... ding dong.. ding dong... pukul 7.30 baru bertolak dari rumah mama.. jam plak pagi tu... nak sampai airport tu sikit punya banyak traffic light... dah le we ols dah lambat... hubby pergi masuk lane kiri konon2 nak cepat.. alih2.. masuk jalan lain... punya ler jauh nak u-turn balik... masa tu, Sally hanya berdoa pada Allah... mudah2an we ols tak ditinggalkan flight... dan akhirnya... walaupun macam lambat tapi rupanya ngam-ngam... nasib baik ramai yang beratur... :) So... we all pun selamat ler sampai ke Kelantan.

Samapi di Kelantan we ols dijemput oleh my bro.. dan pinjam keter abe untuk balik ke Rantau Panjang. Sampai di rumah, perasaan gembira tidak dapat digambarkan bila menatap wajah ibunda... peluk cium untuk ibunda tersayang... :)

24 Feb 2011 (Khamis)
Hari ni we ols relaks je kat umah.. Adelina layan main dgn Abe Chik dan Aisyah.. Nmpknya Adelina happy sgt kat umah Ma Tok yang luas.. bleh lari2.. ke sana ke mari... Petangnya, Adelina diberi peluang untuk main pasir.. mak aiii.. suka giler anak mama dapat peluang main masak2.. siap bersila lagi... tapi yang kesiannya.. kena gigit semut api.. habis merah2 kaki...

Hari ni jugak, rumah ma sibuk dengan persiapan untuk kenduri esok. Orang dah mula pasang khemah, sembelih lembu, sanak saudara dah mula berkumpul, bergotong royong untuk kenduri esok... seronok rasanya... macam nak buat kenduri kahwin plak.. Mak Cik Dah yang berada di Kedah pun balik untuk bersama-sama memeriahkan majlis kenduri esok... :)

25 Feb 2011 (Jumaat)
Ini lah hari yang ditunggu-tunggu. Kenduri arwah dan juga sambutan maulidurrasul diadakan. Kenduri untuk arwah abah tersayang yang genap 3 tahun pemergian Abah mengadap Ilahi.. Semoga roh arwah abah tenang di sana dan ditempatkan di antara golongan orang-orang yang beriman... amin.

Ramai sungguh sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai yang datang. Seekor lembu menjadi hidangan.. gulai.. goreng dan sup lembu.. dihidangkan bersama suhun goreng dan colek nenas.. Dan lagi, sally mempersembahkan puding koktail.. yummy... my dessert mmg menjadi rebutan ramai hari tu... sampai tak cukup.. saper yg dtg last2 tu.. mmg kempunan le nak rasa puding koktail..

Selepas solat Jumaat, jemputan dari masjid memenuhi rumah dan khemah yang disediakan. Para hafiz dijemput untuk bacaan ayat suci al-Quran selepas bacaan tahlil oleh para jemaah masjid. Selepas selesai sesi selawat, tahlil dan mengaji jamuan berterusan sehingga pukul 7 petang. Ramai yang datang.. meriah sungguh hari itu.. Seronok sangat... bersembang.. bersua muka...

26 Feb 2011 (Sabtu)
Hari ni sesi kemas mengemas... tapi Sally tak ler terlibat pun... ma dah memang ada pekerja-pekerjanya untuk membereskannya... macam biasa anak ma dari dulu sampai sekarang memang goyang kaki jer... hehehee.. kemudiannya.. macam biasa... tidak sah kalau tak melawat Kedai Mat Yusoff kat KB... niat di hati nak memilik seutas rantai labuh dan loket... Sally, Kak Da, hubby together with adelina ke KB.. dan akhirnya barng yang diidamkan menjadi milik Sally... bahagianya hidup... dan tambah lagi sebentuk cincin.. heheee... pompuan kelantan.... then, we ols gi makan2 dgn abe... thanks abe.. lunch u belanja was great...

27 Feb 2011 (Ahad)
Hari ni sally ke Pasir Mas. Melawat Mak Long yang sedang sakit tua.. dah alang2 balik kampung, tak manis kalau tak melawat ibu saudara yang sedang sakit.. balik dr rumah mak long, ma beli 5 ekor patin untuk dibuat masak tempoyak... yummy... Petangnya, ibarat rutin bila balik kampung, sally akan masuk thailand.. shopping ler aper lagi... tapi ada part yang lagi best iaitu ke salun... cuci dan potong,.. hanya RM15 sahaja... mana nak cari kat KL harga macam tu?? puas hati babe...

28 Feb 2011 (Isnin)
Seawal pagi, Sally melawat pusara Abah bersama Kak Da & hubby coz hari ni dah nak balik KL. Pusara abah bersih coz anak2nya sentiasa melawat... hanya anak bongsunya saja yang jauh di KL... tapi doa untuk abah tak pernah putus.. Anak bongsu abah ni sayang abah sangat-sangat... Bacaan Yassin untuk abah dan siraman air ke pusara abah dari anak bongsu yang pernah abah mandikan dan ajar sembahyang dulu... abah... adik rindu...

Jam 3ptg, we ols bertolak balik ke KL.. Semoga saat untuk balik ke Kelantan itu akan datang dalam masa terdekat.... mmm.. rindu dah...


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops