Berbaju hitam - hidden personaliti???

Hari ni tetiba terpanggil untuk bercakap pasal berbaju hitam. Normally orang pakai baju hitam nak nampak kurus... nampak kecik.. bukankah ianya melambangkan seorang yang hipokrit?? Dah besar tu .. besar ler jugak.. nak sorok-sorok plak.. hahhaaa.. jahat mulut aku.

Tapi, kalau berbaju hitam tu membuatkan sesorang itu lebih yakin dan berketrampilan.. apa salahnya.. hitam itu menawan.. hitam itu elegant.. tapi bila Sally surve tgk apa yang tersirat disebalik seseorang yang meminati warna hitam... agak menakutkan...

"Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan." (source: Rahsia Psikologi Warna) 

Dari segi terjemahan fesyen, warna hitam mampu memberi pelbagai maksud tersirat oleh individu yang memakainya.

Paling lumrah, hitam kini menjadi penyelamat keadaan apabila seseorang itu tidak tahu pakaian apa yang harus dikenakan apabila perlu menghadiri sesebuah majlis.

Jika tidak pun, warna itu menjadi penyelamat bagi individu yang berbadan gempal kerana ia mampu menyorok bahagian-bahagian yang menggeleber agar tidak menjadi tatapan umum.

Bagaimanapun, jika dilihat dari sudut positif, warna hitam mampu memberi keanggunan kepada pemakainya tidak kira berbadan kurus atau gempal. 

Bagi Sally sendiri, tidaklah hitam menjadi pilihan untuk nampak kurus... Sally bukan gemuk sangat pun.. hahahaaa.... Tapi bila berpakaian hitam tu nak nampak lebih elegant... biasanya kalau pergi dinner... kenakan dengan jeans.. tapi biasanya Sally elak berbaju hitam di siang hari.. panasssss... yang pastinya Sally lebih suka memilih warna-warna ceria... merah.. biru.. kuning...purple.. hijau.. rasanya lebih berketrampilan... lebih menyerlah... kengkadang Sally suka berpakaian serba putih... exclusive gitu... yang penting mesti glamour... so.. u ols... jangan ler pilih hitam untuk sorok apa yang patut coz bg Sally bila niat dah sorok... penampilan pun akan tenggelam... kalau nampak kurus tapi tak menyerlah nak buat apa... yer tak???


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


1 comments:

  1. anisss said...:

    yer betul..i sokong u...pakai jer aper kaler..janji selesa

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops