Puan Sally bleh goyang kaki

Hahahaa.. setelah hampir sebulan setengah tanpa bibik.. akhirnya.. penantian itu telah berakhir.. Puan Sally akhirnya kembali ke alam "goyang kaki".. best... best... bleh ler slalu update blog dab aktif berFB balik... hehehee..

Banyak nak citer ni... citer cam mana dapat bibik... dan tak lupa gaks citer trip Puspanita ke Redang... dimulakan dengan citer Redang dulu.

25 Mac 2011 (Jumaat)
Sally, as the organiser for Redang Trip. Pukul 10.00mlm we ols bertolak dari Wisma BSN. Seramai 71 orang turut serta dalam aktiviti kali ini. 2 bas terpaksa digunakan. Satu bas Bank dan lagi satu bas persiaran luar yang disewa khas. We ols samapi di Terengganu lebih kurang pukul 5 pagi. Setelah rehat jap kat Masjid Terapung, KT dan selesai sembahyang subuh di sana, kami ke kedai Nasi Dagang yang tersohor di KT. Kedai ni pernah masuk paper kata mereka kerana terkenal dengan nasi dagang yang sedap dan harga pun mahal melambung... tapi apa nak buat dah mmg nasi dia sedap. Nasi dagang sejemput, lauk pun cinonet, harga RM3.50. Tak pakai pinggang plak tu. Dihidang atas dauh pisang jer.. sempoi.. Sally memang tak makan nasi dagang... kata mereka, nasa dagang dia best. Sally makan bihun dengan ikan tongkol sambal. Rasanya bleh tahan.. Mmg sedap dan menepati citarasa. Tapi harganya.. mak aiii.. Kuih muih kat kedai tu tak ler sedap sangat. Layanan mmg out. Tuan kedai tu macam nak marah pelanggan jer... huhuu.. tobat tak g dah kedai tu. Nak masuk toilet pun tak kasi.. sengal betul.


26 Mac 2011 (Sabtu)
Pukul 8.30 pagi, we ols jumpa wakil yang menguruskan semua tempahan iaitu Nazir. Setelah siap pembelian tiket feri dan tiket marine park, we ols pun bertolak ler ke Pulau Redang. Keadaan ombak agak bergelora dan tinggi. Sally dah terasa huyung di dalam feri. Ku lelapkan mata. Tak mo layan sangat gelombang di dada. Majority peserta muntah2.. ada yang sampai lembik. Memang mencabar naik feri. Sampai berdekatan pulau, we ols dipindahkan naik boat lain untuk dihantar ke daratan. Berpijak je di Pulau Redang, keadaan berubah.. Keseronokan datang tiba-tiba. Semua peserta excited abis... We ols check in kat Redang Lagoon Resort. Bagi kengkawan yang ada bajet lebih bleh ler menginap di Laguna.. Hotel dia cantik bangat... Tapi bg Puspanita, Redang Lagoon dah memadai. Owner dia orang Kelantan. Aunty Fatimah  namanya. Sangat peramah orangnya. Hidangan disediakan hasil air tangannya. Sangat sedap.. Makanan mmg tak kedekut. Lauk pauk tak putus.. Layanan bagus. bleh ler bagi 8/10... :)
Bilik resort mmg ok. Cuma punca air sahaja yang kecil. Ada water heater dan air cond. We ols duduk 3 org sebilik. Sally, Diana & Neeny. Diana ditempatkan di leteng bilik sementara Sally & Neeny di tingkat bawah dengan katil bersaiz Queen. Bilik di loteng hanya dibekalkan dengan tilam bersaiz Queen. Diana bantai golek sengsorang kat atas tu.

Lepas check in dan makan tengahari, we ols mulakan dgn trip snorkeling yang pertama. Kami di bawa ke satu port yang cantik dan banyak ikan. Open sea trip. Di sini, kami diturunkan di tengah-tengah laut. Terapung dengan dibekalkan life jacket dan snorkeling set. Di sini satu xcident yang sangat kelakar terjadi. Kak Siti, peserta pesara kita telah kehilangan gigi palsunya. huhuuu... gigi palsu jatuh ke dlm laut.. Dia bgtau Sally... mmg kesian.. tapi Sally tak dapat menahan gelak masa tu terus tergelak besar... kesian Kak Siti... Tapi, most of the peserta masih lagi takut2 pada trip pertama itu.

Setelah balik ke resort, kami dihidangkan dengan makan petang. Selepas makan petang, aktiviti bebas. Ada yang mengambil peluang untuk bermain di pantai.. kejar mengejar ombak.. ada yang bermain galah panjang, ada gak yang posing tak abis.. (aku ler tu), ada yang bermain pasir pantai yang memang halus memutih... mmg best.. ada gak yang berayun di buaian... sungguh nyaman...

Malam itu, setelah selesai makan malam.. kami lepak sajer.. borak2 dan merancang aktvt keesokan hari nya. Ada jugak yang pergi melayan life band di Laguna.. menikmati dessert di sana.. tapi bg kami AJK, sibuk dengan aktvt esoknya. Hampir pukul 12 malam kami balik ke bilik masing2 untuk melelapkan mata.

27 Mac 2011 (Ahad)
Pukul 7 pagi, kami bangun dan siapkan diri. Lepas breakfast, sesi poco-poco menjadi pilihan. Pukul 9 pagi, trip ke 2 snorkeling berlangsung. Kali ini kami dibawa ke marine park. Di sini, ikannya lebih cantik tapi sayangnya air berarus deras. Agak kepenatan sedikit. Tapi mmg best. Balik dr snorkeling, kami dihidangkan dengan makan tengahari. Selepas lunch, ada yang menyertai trip snorkeling ke3. Tp, bg Sally cukup ler 2 trip sahaja. Pada petang itu, Sally mengambil keputusan untuk berbuai di hammock. Sungguh nyaman sekali. Tak sangka Sally boleh terlena di situ. Bangun jer, Sally terus ajak Kak Niza untuk shopping souvenir sedikit sebyk utk dibawa balik kpd teman2 yg disayangi... khasnya Awin yang byk membantu, Nisha, Nasha, Nik dan yang paling disayangi Ibu Mertuaku. Anakanda tidak dilupa.

Lepas tea break, aktvt diteruskan dengan sukaneka pantai. Semua ahli bergembira dan aktvt ini sungguh meriah dan berjalan lancar. pelbagai permainan di atur. Ada mummy wrap, pecah belon, tarik upih, lari ikat tangan, dan banyak lagi.

Pada malamnya, sesi BBQ diadakan. Kena bakar sendiri. Spt biasa, AJK yang sama buat kerja.. dan AJK yang baik hati itu adalah Neeny, Diana, Sumathi.. Pn Azian pun tolong bakar2 gaks.. AJK lain.. makan jer laa... huhuhuuu...

Spt biasa, Sally emcee pd malam itu. Selain drp pengumuman pemenang bg aktvt sukaneka, ada juga sesi game ringan pada malam itu seperti musical chair dsb. Selesai game, kami dihiburkan dengan sesi karaoke oleh ahli2 Puspanita yang sporting abis...

28 Mac 2011 (Isnin)
Keesokan harinya.... tibalah masa untuk bertolak balik. Tak semena-mena hujan turun dengan lebat.. Ombak makin besar dan bergelora seperti perasaan kat dada aku jugak... Feri terpaksa delaykan perjalanan kami kerana ombak semakin mengganas... Semua peseta jadi kalut. Masing2 siap berbaju hujan yang diperbuat daripada plastik sampah... Saper yang untung di sini? Mak sik jual plastik sampah.. 50 sen sebiji. Kalau dah sorang beli samapi 4 biji.. bayangkan ada 73 orang.. sekelip mata bisnes plastik sampah meningkat apabila demand meningkat tinggi.. huhu... bukan setakat bag dibalut plastik.. orang pun dibalut plastik coz we ols majoritynyer tak bawak payung... tu ler.. degil.. tak dgr cakap org tua-tua... sediakan payung sebelum hujan... :)

We ols sepatutnya naik feri kul 11.. tapi pukul 12.30 baru ler bleh bertolak balik. Feri plak tidak dapat menghampiri pantai kerana ombak terlalu kuat.. we ols terpaksa menaiki tongkang untuk ke feri. Saat ini ler.. aku bagaikan akan berkubur dilautan... tongkang yang kunaik.. tenggelam timbul dalam ombak deras.. mak aiii... dlaam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Bayangan Adelina and hubby silih berganti... Habis semua zikir Allah yang ku hafal meniti di bibir ini.. Mata ku pejam rapat.. Nasib baik ada Neeny yang menenangkan hati. Gelombang tidak enak dan kupu-kupu perut mula berterbangan di dalam dada.. Buah asam menjadi penawarnya.. Samapi sahaja di Marine Park, kami telah di transfer ke Feri. Keadaan masih sama. Aku pejamkan mata sepanjang perjalanan. Doaku hanya satu... sampai ke daratan dengan selamatnya. Dan dengan ini aku berhasrat, next time nak ke Pulau.. naik flight saja lahhhh... huhuuu...

Pukul 2.25 petang kami selamat sampai ke Jeti Syahbandar. Alhamdulillah.... Dah sampai tu.. semangat baru tetiba menyelinap di dalam diri.. wlaaupun gerimis masih menyimbah bumi. Aper lagi... "pasar payang session" ler... Semua yang pening... hilang pening entah ke mana... bila tiba masa untuk shopping.. wanita.. begitulah lumrahnya... Kami ke pasar payang.. habis keropok diborong.. dan aku.. hanya satu tujuan.. mendapatkan sarang pie tee... my hubby's favourite.. Sarang tembaga menjadi pilihan.

Selesai shopping... we ols balik dengan selamatnya.. Tiba di KL pada pukul 12mlm....

Abis sudah cerita Redang.. cerita bibik plak... heheheee... instant bibik...

Sekembalinya aku dari Redang, pening kepala tak hilang lagi... bertambah pening melihatkan baju menimbun tinggi. Ahhh.. biarlah dulu. Aku bukak email.. tengok balik biodata yang aku terima dari Ben. Supplier bibik dari Johor. Actually biodata ni aku dah dapat masa aku kat Redang. Tapi view melalui blackberry rasa tak puas plak.. AKu teliti satu persatu.. mmmm.. ada sorang yg masih tiada majikan. Aku hubungi Ben. Katanya kalau nak, esok dia bawak.. hah... sungguh cepat. AKu terus kol Hubby. Kata putus dicapai.. akhirnya aku bersetuju untuk mengambil maid itu.

Tadi, pukul 1.30ptg, aku jumpa Ben di KLCC... Duit RM6,000 bertukar tangan. Bibik aku dapat tang tu jugak. Ben luarannya nampak macam boleh dipercayai. Apa yang aku suka tentang Ben. tiada deposit. Bibik dah ada, baru dia hantar dan kita terus dapat. BAyaran 6K itu tidak termasuk permit dan fomema. Itu semua perlu diuruskan sendiri. Ben akan menyediakan semua borang dan dokumen yang berkaitan. Aku hanya perlu submit ke imigresen shj. Mmm... ok lahh.. lagi pun agak susah untuk dapatkn bibik sekarang. Gamble ajer laa.. Apa yang aku bleh buat.. berdoa agar bibik yang baru aku dapat ni baik, tidak berperangai, pandai jaga dan main dengan adelina.. dan yang penting.. jangan ler lari lagi.

Nama bibik Jumaati dan umurnya 50 tahun (umur passport). Menurut katanya, umurnya 43 tahun. Kerja boleh tahan... tak perlu ajar banyak.. masak ok... adelina pun ok dengannya... Saper2 yang nak bibik, leh ler hubungi Ben tu. Orangnya baik.. dan kata Ben, dia sentisa ke Indon utk dapatkan bibik. Ben ada blog tau... Aku pun booking maid melalui blognya... http://www.pembanturumahmurah.blogspot.com/

Ni orangnya.. baik.. lemah lembut... cakap pun sporting je.. orang Johor.. wife dia orang Pasir Mas Kelantan.. 1 kampung daaa... Sally rasa Ben ni boleh dipercayai.. korang yang nak maid tu bleh ler hubungi Ben. HAhahaa.. prmote lebih2 lak Sally ni..

Ni dia Ben... Sajer Sally nak share dgn u ols.. hensem orangnya..
Wokey u olss... nnt leh sambung sembag lagi... maklumla dah ada bibik balik.. leh ler kerap mausk blog ni... chaowwsss...






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops