Camar Di Senja Semalam - Episod 2

Camar Di Senja Semalam
Penulis: Puan Sally
Episod 2
Wangian haruman Dolce &Gabbana Light Blue menusuk ke rongga hidung Datin Seri Aini. Dia kenal benar akan bau haruman itu. Harumannya lembut dan menyegarkan gabungan aroma fruity floral dan sicilian lemon yang membangkitkan aura si pemakai. Ia merupakan pewangi pilihan anak gadisnya Qisya di siang hari. Wangian itu sampai dulu ke dapur sebelum tuan empunya diri memunculkan diri.

Tangan lembut Qisya melingkari leher Puan Seri Aini dari belakang. Satu ciuman lembut dihadiahkan di pipi mamanya. “Selamat pagi mama,” ucap Qisya riang dan penuh kemanjaan. Tingkah laku itu yang membuatkan Puan Seri Aini tidak sanggup untuk berjauhan dengan anak bongsunya itu. Dia akan merindui Qisya yang sentiasa menjadi penghibur di banglow besar itu. 

Puan Seri Aini sempat melirikkan matanya kepada dress labuh berona Tiffany dan ditaburi dengan corak daun hijau tua memanjang yang dikenakan oleh Qisya pada pagi itu. Di pinggangnya pula dilengkapi dengan tali pinggang silver pelangkap gaya. Rambut panjang disikat lurus. Dia mengamati pula wajah anak gadisnya itu. Wajah itu tidak bersolek tebal, cukup sekadar sapuan nipis blusher merah jambu, eyeliner dan lips gloss. Simple tapi memukau. Qisya tidak perlu bermakeup tebal. Dia senang dengan penampilan anak gadisnya begitu. Bulu mata yang melentik dan lesung pipit di kedua pipinya sudah cukup membuatkan semua mata yang memandang mengkaguminya.

“Mama belum habis scan Qisya ke?” tanya Qisya setelah menyedari Puan Seri Aini meneliti penampilannya.

“Tak. Mama sentiasa tak puas tengok anak mama yang seorang ni. Nak tengok lama-lama sebab sekejap lagi takut rindu,” jawab Puan Seri Aini berseloroh mengenangkan Qisya akan sibuk dengan urusan kuliahnya nanti. 



“Mama ni. Macamlah Qisya tak balik rumah langsung. Petang nanti Qisya baliklah. Hmmm... Qisya lapar ni,” balas Qisya mengalihkan topik perbualan pagi itu. Kalau dilayan mamanya itu mahu Datin Seti Aini itu akan ikut Qisya ke kuliah nanti.



“MashaAllah.... Sedapnya breakfast pagi ni. Lama Qisya tak makan sambal sotong. Thank you Mak Siti.” Qisya memeluk Mak Siti yang sedang mencedukkan nasi lemak hijau ke pinggannya. 



“Bukan Mak Siti yang masak. Puan Seri yang masak awal pagi lagi. Mak Siti tolong hidangkan je,” terang Mak Siti sambil mengusap kepala Qisya yang tangannya masih melingkari badan Mak Siti. Anak gadis majikannya itu sangat baik dan peramah. Dia juga sudah menganggap Qisya seperti anaknya sendiri. Pernah Puan Seri Aini dirawat di hospital berbulan lamanya kerana sakit meroyan keguguran anak ke 4, Qisya berada di dalam jagaan Mak Siti pada ketika itu. 



Qisya bingkas bangun dan memeluk mamanya pula. “Thank you mama. Thanks for sambal sotong Mak Aini Gojes,” seloroh Qisya dengan memanggil nama mamanya Mak Aini. Sengaja dia tambahkan gojes di belakang untuk mengusik Puan Seri Aini. Dia akui mamanya masih lagi cantik walaupun usianya di awal 60an. Puan Seri Aini pandai menjaga penampilan diri. Dan dia akui paras rupa yang dimilikinya itu diwarisi dari ibunya. 



Mak Siti senang melihat kemesraan dua beranak itu. Qisya memang pandai mengambil hati orang tua. 



“Sara dah pergi kerja Mak Siti?” tanya Qisya bertanyakan sahabat baik sejak kecilnya itu. 



Sara Dhiya tidak mahu menyambung pengajiannya sehingga peringkat Ijazah. Selepas habis Diploma Pentadbiran Syarikat, dia membuat keputusan untuk terus bekerja. Dia malu untuk berterusan membebani keluarga majikan ibunya itu. Dari kecil hinggalah dewasa segala kelengkapan, keperluan dan pembelajarannya ditanggung oleh Puan Seri Aini dan Datuk Seri Zakri. Sudah terlalu banyak dia terhutang budi dengan keluarga itu. 

“Hari ni dia keluar awal. Naik bas. Keretanya dihantar service petang semalam tak sempat siap. Hari ni siaplah kereta tu,” terang Mak Siti panjang lebar. Kereta Myvi merah itu dihadiahkan kepada Sara oleh Datuk Seri Zakri semasa Sara mendapat tawaran belajar di Universiti 5 tahun yang lalu. Ia dijaga sebaiknya. Rutin service tidak pernah dilengahkan bila sampai waktunya. Walaupun dah 5 tahun Myvi itu tampak baru.



“Laaa, kenapa tak bagitau Qisya semalam. Qisya boleh tolong hantarkan,” Qisya kesal kerana Sara tidak memberitahunya. Dia tahu Sara memang tidak mahu menyusahkannya. Dia juga kesal kerana Sara mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat Datuk Seri Zakri dan tidak mahu turut sambung belajar bersamanya. Pada fikirannya, Sara seorang yang pintar. Keputusan diplomanya juga baik dan sering mendapat anugerah dekan. Dia tidak faham kenapa Sara harus memilih untuk terus bekerja. 



Berlainan dengan dirinya, Qisya ingin terus belajar dan memilih untuk mempunyai perniagaannya sendiri suatu hati nanti. Dia tidak akan bekerja di syarikat ayahnya. Cukuplah kedua abangnya menerajui syarikat itu. Dia ada pilihannya sendiri. Dia sudah mengikuti kemahuan ayahnya untuk belajar di Universiti tempatan sahaja walaupun hasrat hatinya melanjutkan pelajaran di luar negara. Tapi mengenangkan mamanya yang tidak boleh berenggang dengannya, dia akur akan permintaan keluarga.


Bersambung.....


Hak Cipta Terpelihara
#CamarDiSenjaSemalam
#NovelBersiriPuanSally
#SetiapAhad10Malam





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Camar Di Senja Semalam - Episod 1

Camar Di Senja Semalam
Penulis: Puan Sally.
Episod 1.
.
Dingin yang menyapa tubuh genit itu di pagi hari membuatkan tuan puteri empunya kamar tidur mewah itu menarik selimut tebal satin berona merah jambu rapat ke lehernya. Jam penggera dari telefon bimbitnya sudah 3 kali berbunyi. Tangan kecil itu cepat sahaja mencapainya dan menekan butang "snooze". Dia tidak berniat untuk bangun seawal itu. Dia seakan lupa akan apa yang akan dilakukannya pada hari itu. hari yang ditunggu-tunggunya sejak 1 bulan yang lalu.
.
"Qisya... Qisya... bangun," pintu diketuk dan kedengaran suara Datin Seri Aini mengejut anak perempuan kesayangannya. Dia sudah dipesan awal-awal lagi oleh Qisya Azara untuk mengejutkannya pada pagi itu kerana anak gadisnya itu akan mendaftarkan diri ke universiti untuk semester akhir pengajiannya setelah 1 bulan mengharungi cuti semester. Sedih juga rasa hatinya bila mengenangkan Qisya akan sibuk kembali. Tidak dapat menemaninya untuk shopping, ke salon dan juga berkepit membawang dengannya di kafe.
.
Qisya anak yang manja. Anak yang dididik dengan penuh kasih sayang dan kemewahan itu pandai mengambil hati orang tua juga. Datin Seri Aini sangat menyayangi Qisya. Dan dia pasti Qisya anak yang baik dan bakal memberikannya menantu yang baik juga.
.
Ramai yang berkenan untuk bermenantukan Qisya. Kawan-kawan Datin Seri Aini selalu mengusik untuk berbesankannya. Datin Seri Aini tahu, mereka bukan hanya mengusik tapi ada hajat dalam usikan mereka. Siapa yang tidak terpesona melihat kecantikan anak gadisnya itu. Berkulit putih gebu kemerahan, muka manis bulat dilengkapi dengan sepasang lesung pipit di pipi, rambut ikal panjang melepasi bahu, diwarnakan dengan warna Burgundy, tampil elegant setiap kali keluar rumah, Qisya punyai penampilannya yang tersendiri. Kembang-kempis juga hidung Datin Seri Aini apabila rakan-rakannya memuji akan kejelitaan anak gadisnya itu.
.
"Mama, kenapa lambat kejut Qisya? Qisya dah lambat ni." pintu bilik dibuka tiba-tiba. Datin Seri Aini terkejut dari lamunan.
.
"Mama dah 5 kali ketuk bilik Qisya tau," Datin Seri Aini memberikan penjelasan. Dia melangkah masuk ke bilik anak gadisnya itu tanpa dijemput. Dia duduk dibirai katil berukiran kayu Mahagony yang ditempah khas dari Indonesia. Qisya sukakan perabot putih. Bilik itu dihias mengikut citarasa Qisya. Katil yang mempunyai tiang di setiap penjuru itu dihiasi dengan kelambu putih persis di resort-resort yang ada di Bali. Qisya sukakan kedamaian. Qisya sukakan konsep moden kontemporari.
.
"Mama keluarlah dulu. Qisya nak mandi dan bersiap dulu. Mama tak payah lah tunggu Qisya kat bilik ni," rengek Qisya yang masih lagi berbaju tidur. Dia tahu mamanya itu akan menunggunya di situ untuk pastikan dia masuk ke bilik air dan mandi. Mamanya risau jika dia akan menyambung balik tidurnya.
.
Datin Seri Aini akur akan permintaan anak gadisnya itu apabila melihat Qisya berjalan ke kamar mandi. Dia turun ke bawah untuk memastikan Mak Siti, pembantu rumahnya sudah menyiapkan sarapan kegemaran Qisya iaitu nasi lemak hijau sambal sotong. Telan liur Datin Seri Aini apabila mengingatkan sambal sotong yang dimasak awal pagi tadi. Belum berjamah lagi. Dia sengaja menunggu Qisya untuk sarapan bersama. Datuk Seri Zakri, suaminya sudah 3 hari berada di Penang atas urusan kerja. Jadi, tiada siapa yang boleh menemaninya untuk sarapan bersama.
.
2 orang lagi anak lelakinya, Qalish Azhan dan Qalish Azrain masing-masing sudah berumahtangga. Jarang sekali mereka datang bertandang ke mahligai itu. Masing-masing sibuk dengan kerja. Sekali-sekala Datin Seri Aini akan menghubungi mereka untuk datang ke rumah apabila beliau merindui cucu-cucunya.
.
Datin Seri Aini turun ke tingkat bawah banglow mewah 3 tingkat yang dilengkapi dengan lift di dalamnya. Dia masuk ke ruangan dapur. Biasanya jika dia berdua dengan Qisya sahaja, Mak Siti yang sudah berkhidmat dengan keluarga Datin Seri Aini sudah lebih 20 tahun itu akan menghidangkan sarapan di meja makan ruangan dapur sahaja. Mak Siti sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Anaknya Sara Dhiya juga seusia Qisya. Mereka rapat sejak dari kecil. Mak Siti dibuang keluarga setelah kematian suaminya semasa usia Sara 2 tahun. Sejak itu, Mak SIti bekerja dan berkhidmat di rumah Datuk Seri Zakri dan Datin Seri Aini yang banyak berjasa kepada beliau. Pengajian dan pembelajaran Sara juga dibiayai oleh keluarga itu.
.
Bersambung.....


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Dari mana datangnya TOKSIN?



Dari mana datangnya TOKSIN? Wajib baca Point ke 2 dan ke 5:
.
Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :
 UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
.
 MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi sisa racun, bahan kimia dan sebagainya.
.
 UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan.
.
 RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
.
 MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
.
 DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia.
.
Untuk menyahtoksinkan atau DETOX point ke 2 dan ke 5 adalah disarankan anda mengambil Leptos Flush 2x seminggu. Ia bukan sahaja menjadikan badan kita sihat, usus yang bersih malah boleh mengelakkan datangnya penyakit-penyakit lain.
.
Tidak perlu hari-hari, hanya 2x seminggu sahaja. Kegemukan dan BOROI juga dapat dijauhi.
.
1 kotak RM80.
2 kotak RM130 FREE shaker
Free Postage seluruh Malaysia.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Bibik is our helper

Kebelakangan ini rasa keletihan yang amat sangat. Walaupun nampak 2 bulan tak masuk ofis, cuti berpantang, 3 projek besar ongoing sampai terhasilnya produk Amina Secret by Eliss.
.
Sekembalinya dari kampung, sibuk pula dengan packing dan unpack serta berpindah randah. Sampai ke hari ini belum siap kemas lagi. Dengan karenah kontraktor dan ID yang belum siap sepenuhnya lagi, Sally just bertabah and go with the flow. Tak nak marah-marah. Hanya bersabar sahaja. Bahagian kolam ikan dan ruang depan rumah belum siap sepenuhnya lagi. And waiting for my ID to deco living area nicely.
.
Last week berseminar untuk warga ELISS, and now focus on Fb Ads and Sales Team. Seorang staff baru masuk 2 hari lepas and we will recruit another 4. HQ juga dalam proses nak berpindah ke Melawati. Masih mencari lokasi yang sesuai since Sally memang nak opis sebelah rumah jer. Hihihi.. 15-20 minit ke opis ni dari rumah baru rasa jauh pula. kalau boleh nak yang 5 minit jer. Kahkahkah
.
Dalam pada Sally duk busy di opis, knowing me... I am perfectionist. Rasa tak senang duduk selagi rumah tak siap. Waktu pagi, curi masa kemas rumah sebelum ke opis, balik petang sampai malam mengadap rumah lagi. Anak-anak kena adjust balik masa untuk we spend time together. Sabar yer anak-anak, lepas mama siapkan dan kemas segala, we will back to schedule. Study, reading, solat together and bedtime story. Sure they missed all the precious time. Memandangkan nak cuti sekolah dah ni, mama janji lepas cuti kita back to our schedule again.
.
Bibik pun sama macam Sally, dia pun rasa serabut dengan keadaan rumah yang tak siap berkemas lagi. Kekangan waktu apabila Mek Bulat si Amina tak nak duduk sangat. Nak dukung jer. So, bibik berkemas malam. Malam tadi pun sampai pukul 1pagi iron baju. Sebab apa? Dia tak suka nampak baju berlonggok-longgok. Dia nak siapkan cepat. Sebab Sally ckp, bibik jaga anak jer. Tak yah kemas-kemas tau kalau Amina tak nak duduk.
.
As at now, bibik handle baju, sapu dan mop lantai. Barang-barang semua Sally yang kemas. Sally sejenis yang tak boleh orang susun tak ikut rules dan kehendak Sally. Semuanya nak kena seragam, tersusun, yang mana sama tinggi, kena letak ikut group, ikut kaler. Bibik kata, "puan susun semua dulu. Nanti bibik ikut." Perkara macam ni ler buatkan Sally kepenatan. Sebab semua nak buat sendiri. Bila bibik buat, Sally tak puas hati. Sally sejenis yang nak rumah perfect. Bisnes perfect. Orang kata we cannot have both. Tapi kata Sally, "kau akan dapat apa kau nak selagi kau tak MALAS.". .
.
Tadi pagi, Sally turun masak di dapur. Nampak cermin cabinet ada kesan jari dan berhabuk sikit. Walaupun Sally dah nampak bibik lap dan kemas malam tadi. Sally capai hujung baju yang kupakai dan lap cermin kabinet tu. Cepat-cepat jer lap takut bibik nampak nanti dia terasa hati pula. Bila buka almari cawan, nampak ada gelas kat situ. Aisshhh.. nape letak gelas kat tempat cawan ni?? Hmmm... 
.
Kalau semua nak buat sendiri, kenapa perlu ada bibik? Walaupun Sally rasa boleh buat semua, tapi kalau takde bibik mau pengsan juga. Bibik is helper. Bukan ada bibik kau boleh goyang kaki. Lepas semua urusan rumah tangga. Lagi satu Sally ni jenis yang nak kena ada "Me Time." Kadang-kadang nak keluar dating berdua dengan hubby jer. Nak dimanja dan dibelai juga. Nak keluar shopping, nak buat apa yang Sally suka. Tanpa ada gangguan-gangguan lain. Kalau Sally serabut, I cannot function properly. So, masa ni ler Sally sangat2 perlukan bibik. Sebab tu Sally salute suri rumah tangga yang boleh hadap semua tu 24 hours 7. Not for me. Sebab Sally nak buat semua benda dengan fokus dan kualiti. Shopping yang focus. Tengok wayang yang focus. Bila dengan anak-anak, kita focus and have quality time together. 
.
Sebab itu, bila orang tanya kenapa tak bawa anak-anak pergi umrah? Sally ada pendirian sendiri. Anak-anak kecik lagi. Sally nak pergi umrah. Fokus beribadah padaNya. Kita kena tahu apa yang kita nak. Sally nak cukup solat berjemaah di masjidilharam. Anak-anak bila dah besar sikit, dah memahami inshaAllah ada rezeki kita bawak semuanya sekali.
.
Bibik dah setahun lebih. Tetiba rasa gundah gulana di dalam hati. 2 tahun cukup kontrak. Hope dia nak sambung lagi. Hanya orang yang pernah berhadapan dengan isu bibik tahu perasaan ini.
.
#PenatSangat
#NeedsVacationButDontHaveTime


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Khasiat EPAL HIJAU, SADERI dan PERIA

Memang dari dulu lagi, kita sedia maklum amalan meminum jus EPAL HIJAU + SADERI + PERIA adalah amalan yang sihat untuk setiap pagi. Tapi.. tapi ... tapi.. tak ramai yang RAJIN melakukannya. Ada la yang rajin sehari dua. Lepas tu epal ke mana, saderi jadi sup, peria digoreng saja.. kan.. kann.. kann?
.
Mai Sally cerita apakah khasiat 3 buahan dan sayuran ini. Sally pun mula mempercayainya apabila tekanan darah tinggi Mr Hubby dapat dikawal dengan meminum jus ini setiap pagi. Mr Hubby sudah dinasihatkan untuk mengambil ubat darah tinggi pada awal tahun lepas lagi disamping level kolestrol yang tinggi juga. Jadinya, dia yang memang TAKUT ubat tu, telah disiplin dalam menjaga pemakanan dan Sally dengan berdisiplinnya menyediakan jus ini disetiap pagi. Saper tak sayang laki kan... Laki ku sakit nanti saper nak take care of us. hukhukhukkk..
.
Jadinya pagi ni Sally nak kongsi dengan anda semua khasiat JUS AJAIB ini. Jus ini dapat membantu dalam proses pembuangan toksid atau membersihkan usus. Amalkan meminumnya setiap pagi ketika perut kosong. Khasiat buah epal yang masam baik membersihkan usus dan melawaskan pembuangan air besar. Kepada mereka yang ingin berdiet....turut boleh mengamalkan. Sangat bagus dan disarankan sebenarnya.
.
Khasiat Saderi pula kaya dengan zat besi, kalsium, foforus, sodium, vitamin A, B-Komplek dan C. la juga merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisonal untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Amalan memakannya mampu menghilangkan pening- pening dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi. 
.
Khasiat Epal Hijau juga mampu mengurangkan pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. Selain itu ia mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia dapat membantu kesihatan membran paru-paru, membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang, membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah dan membantu mengekalkan berat badan. Selain itu mampu mengurangkan tekanan penyakit asma dan mengurangkan risiko barah. Woww kan...
.
Peria... haa.. ni bab yang pahit tu. Tapi kalau dah campur semua rasanya sedap2 sahaja. Peria ni plak mmg sah-sah ler diketahui BAGUS untuk pesakit KENCING MANIS. Ia boleh menurunkan paras gula dalam darah seawal 7 hari. Mabeles sangat kan...
.
Ramai yang tahu khasiatnya tapi TAK RAMAI yang RAJIN menyediakannya.
.
So, kami telah berjumpa pihak R&D dan telah membuat ramuan khas FOCUS untuk pesakit Kencing Manis, Darah Tinggi dan Kolestrol juga pesakit Jantung. 3 bahan diatas dicampurkan dan ditambahkan lagi dengan bahan-bahan lagi yg memang dipercayai turun temurun dalam menangani penyakit 3 serangkai. Menjadikan ZAESS adalah minuman berkhasiat yang boleh diamalkan oleh semua orang. Ada tambahan lemon juga tau.. sebab tu ZAESS ni sedap jer rsaa dia.. Tak le bau sayur-sayur sangat. Rasa masam-masam lemak sedap gitu. Tak percaya? Cubalah sendiri.
.
Sekarang kerja Sally mudah sahaja setiap pagi. Ambil 1 sacet ZAESS, koyakkan sacet, masukkan dalam shaker dan masukkan 150ml air sejuk, goncang2... terus jadi jus. Say NO to 3 in 1 dan air manis yang lain sebab saya ada JUS yang berkhasiat untuk keluarga saya.
.
Oh yer.... WANITA MENGANDUNG.... yang ada masalah kencing manis dan darah tinggi tu kannnn.... Sally sangat sarankan anda mengamalkan ZAESS juga. Ia adalah minuman berkhasiat untuk semua.
.
Jom ZAESS pagi ni....
Jaga makan kita.. Jaga minum kita.. Jaga KESIHATAN kita.
Zaesss ajer...
.

Pn Sally,
Pengasas ELISS.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops