WANITA DAN HAID KETIKA UMRAH

Minggu lepas Sally ada terima satu pertanyaan dari sahabat di Facebook berkaitan dengan datang bulan ketika waktu umrah. Hari ni Sally nak berkongsi dengan anda semua, supaya sama-sama kita dapat mengambil manfaat dan persediaan sebelum ke umrah.

Alhamdulillah sewaktu 2 kali Sally mengerjakan umrah, Sally berada di dalam keadaan suci. Tapi apa yang Sally nak kongsi pada hari ini adalah sesuatu yang boleh kita renungkan dan amalkan kerana ia terjadi pada Kak Da (kakak Sally) pada umrah pertama kami.

Semasa umrah pertama, Sally dan Kak Da berdua duduk 1 bilik. Pada awalnya kami ke Madinah dulu dan kemudiannya berangkat ke Mekah. Semasa 2 hari berada di Madinah, Kak Da masih lagi boleh beribadat sempurna. Kami boleh masuk ke Raudhah bersama, berpegangan tangan dan berlari di taman syurga. Jika anda baca buku Diari Umrah Pertamaku, anda dapat rasai hasil penceritaan Sally di dalam Bab 3.

Pada hari ke 3 di Madinah, Kak Da datang bulan. Terhad sudah segala ibadat untuknya. Bila melihat keadaan Kak Da hati ini sangat sedih dan turut bersimpati. Setiap kali ke masjid, setiap kali ke Raudhah, Sally tidak lupa untuk solat hajat memohon Allah pendekkan tempoh datang bulan beliau. Ia terus berlanjutan sehingga ke Mekah. Kak Da tidak dapat menunaikan umrah bersama kami sehinggalah ke hari terakhir, mutawif kami bawa berjumpa dengan seorang ustaz. Dan dia berikan ayat untuk diamalkan. Dengan izinNya, darah haid stop serta merta dan Kak Da terus mandi wajib dan pergi ke Tanaim untuk berniat ihram dan boleh melakukan umrah buat pertama kali dan tawaf kali ke dua beliau adalah tawaf wida. Syukur atas kurniaan kesempatan yang diberikanNya.

Sally pasti, Kak Da sangat sedih pada waktu itu. Dan Sally dapat rasakan kesedihan dan keperitan itu. Apa lagi yang diharapkan selain daripada dapat beribadat penuh dan sentiasa berada di masjid disepanjang waktu apabila ke Tanah Suci. Waktu itu, banyak kali juga Sally menemani Kak Da di ruangan luar masjid dan Sally solat di bahagian luar sahaja. Jika waktu subuh saat Kak Da tidak ikut ke masjid, Sally akan solat di dalam masjid. Satu kegigihan kakanda Sally ini, walaupun dalam keadaan datang bulan, beliau tidak pernah bermalasan di bilik hotel sahaja. Dia akan menapak ke perkarangan masjid, tasbih sentiasa di tangan dan beliau akan menunggu kami bersolat di pintu gate. Pergi dan balik bersama. Kesugulan wajah Kak Da disetiap waktu solat sangat meruntun hati ini.

Sally bukan sahaja nak bercerita tentang keadaan Kak Da. Sally nak kongsi amanat yang Sally dapat semasa menghadiri kursus umrah dan apa yang anda perlu buat sebelum ke umrah atau semasa berada di sana dan tiba-tiba anda datang bulan.

Sebelum menentukan tarikh mengerjakan umrah, kira dulu tarikh datang haid anda. Ramai yang mengetepikan hal ini. Walhal ini adalah satu perkara yang sangat penting dan menjadi perkara utama. Kerana jika anda datang haid, solat pun tak boleh dilakukan inikan pula nak mengerjakan umrah. Jika ia diluar kawalan anda, anda beberapa tips yang anda boleh ikuti.

DOA SEBELUM KE TANAH SUCI
========================
Semasa umrah ke dua, tarikh yang available sangat limited. Kerana kami booking di saat akhir. Banyak pakej vip yang dah sold out. Maklumlah cuti sekolah. Jadi, tarikh yang kami pergi tu sepatutnya hari ke 2 Sally datang bulan. Pada mulanya, Sally agak gelabah juga. Sebab kali ini kami ke Mekah dahulu. Tapi Sally sangat yakin dan masih ingat pesanan ustaz semasa umrah pertama dulu. Tiada yang lebih mujarab kecuali doa yang tulis ikhlas, konsisten dan mintalah hanya padaNya. Saban malam Sally berdoa. “Ya Allah. Sucikanlah aku sepanjang aku di Tanah Suci untuk aku beribadat dan mengabdikan diriku padaMu. Jauhkan aku dari segala yang menghalangku untuk melakukan umrah dan janganlah aku period sepanjang di sana.” Doa ini juga Sally amalkan semasa umrah pertama dulu. Semasa umrah pertama, Sally datang bulan sebaik sahaja di atas flight semasa penerbangan balik. Allah Hu. Mengalir air mata Sally. Allah baik sangat pada Sally. Pada umrah kali ini pula, Allah cambahkan benih zuriat dalam rahimku. Sally pregnant 4 bulan semasa tarikh kami ke sana.

HERBA
=====
Kata ustaz, seeloknya amalkan herba berbanding dengan ubat doktor. Pada umrah pertama, Kak Da mengamalkan ubat doktor. Apa yang terjadi adalah periodnya datang berekor, sikit-sikit tapi tidak kering. Dan semasa di sana ketika hari dia datang haid, dia ambik lagi ubat penahan haid tapi tidak juga stop. Iyalah semuanya atas kehendak Allah. Tapi apabila berjumpa dengan ustaz, kata beliau, bila di Tanah Suci, air zam-zamlah penawar. Minum dan berdoalah. Berdoa Allah hentikan haid. Semasa kursus umrah, ada seorang ustazah mengamalkan minum air kunyit, asam jawa dan madu. Minuman herba ini akan melawaskan haid. Ketika kita tidak berapa pasti dengan tarikh haid, bolehlah minum untuk dapatkan haid yang konsisten. Jika didatangi haid, minuman herba ini akan melawaskan dan mempercepatkan proses pengeluaran darah haid. Maybe dalam 3-4 hari sahaja. Ia terjadi secara semulajadi tanpa ubat-ubatan yang ada kandungan drug di dalamnya. Untuk umrah kali ini, Kak Da mendengar saranan Sally. Sally meminta Kak Da amalkan jus marGna (gabungan kunyit, manjakani, halia, madu, delima dan asam jawa). Sebulan juga dia amalkan. 3 hari sebelum ke umrah, dia datang period. Sally suggest dia amalkan 2 sacet setiap hari. Alhamdulillah pada tarikh berangkatnya kami ke Tanah Suci, kali ini Kak Da berada dalam keadaan suci dan bersih sepanjang di sana. Dan kami dapat beribadah dengan sempurna. “Baru puas hati umrah kali ini,” katanya.

DOA KETIKA DATANG HAID DI SANA
===========================
Ini amalan dan petua yang dikongsi oleh seorang ustaz di Mekah. Ia diberikan pada Kak Da semasa umrah pertama kami. Jika datang haid di sana, petuanya ambil sehelai sapu tangan Selawat ke atas nabi, dan bacalah surah (Tabatya da abi lahabin wa tabb....) sampai ayat yang last simpulkan sapu tangan dibucunya dan simpanlah ia di dalam poket atau sentiasa bersama kita. Buat dengan yakin dan doalah pada Allah. Apabila haid berhenti, boleh mandi wajib dan melakukan umrah seperti biasa. Setelah selesai semuanya, simpulan sapu tangan itu hendaklah dibuka semula. Ini adalah petua dan amalan yang dikongsi. Allah yang menentukannya. Alhamdulillah rezeki Kak Da, setelah mengamalkan petua ini, haid beliau berhenti serta merta.

Ada juga bacaan-bacaan ayat lain yang dikongsi ustazah dan para jemaah lain. Tapi cara di atas berlaku di depan mata Sally dan dialami oleh kakak sendiri. Sally hanya berkongsi dengan anda semua.

Dan wanita yang risau di datangi haid, jangan lupa berniat ihram bersyarat. "Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah taala, sekirannya aku terhalang oleh sesuatu, ketika itu aku menjadi halal" Sekiranya jemaah yang melakukan niat bersyarat ini terhalang daripada menyelesaikan umrah, maka dengan sendirinya ia menjadi halal iaitu terlepas daripada ihramnya.

Semoga perkongsian Sally ini dapat memberi manfaat pada anda semua. Yang salah, yang buruk itu datangnya dari saya sendiri, yang baik itu adalah kurniaan Allah swt.

Bagi yang nak dapatkan gambaran umrah dan tips details boleh dapatkan buku Diari Umrah Pertamaku. 😍



Salam sayang,
salam ukhuwah


Pn Sally.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops