(Credit kepada http://mukimsrimenanti.blogspot.com)
InsyaAllah, semua orang Islam yang mukmin akan memerlukan taubat dirinya bagi penjernihan jiwa.
ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya sebagaimana di dalam Al-Quraanulkarim:
(Surah At-Tahrim: Ayat 8)
Maksudnya:
"Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat
Nasuha' (taubat yang sebenar), mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam
Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan
menghinakan
Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman
dan amal
soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan
mereka
(semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik
meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi
kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya dengan firmanNya:
(Surah Az-Zumar: Ayat 53)
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai
hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az-Zumar:
Ayat 54)
Maksudnya:
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan
bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab;
kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan".
Syarat-syarat taubat :
- Ikhlas ingin bertaubat;
- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya; dan
- Dikerjakan sebelum ajal tiba.
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi,
maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan
manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat
membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu
berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus
menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya,
maka ia harus memohon keredhaannya.
Masa (waktu) Melaksanakan Taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau
ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia.
Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh
dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati
sehingga tertutup dari cahaya kebenaran. Oleh itu adalah menjadi
kewajipan kepada setiap mukmin untuk segera bertaubat pada bila-bila masa sahaja. Ini kerana kita tidak tahu bila kita akan kembali (mati) ke hadrat Allah SWT, mungkin seminit lagi, 2 minit lagi .... Mudah-mudahan Allah SWT akan menerima taubat yang dilakukan.
Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak belajar. Sebab-musabab anak susah untuk menerima pelajaran itu berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah dilakukan oleh anak itu sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita sebagai ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah SWT terhadap anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap isterinya. Oleh sebab itu marilah kita segera bertaubat supaya kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak diketahui yang menjadi penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-anak. Selepas bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT agar kesilapan kita (sebagai ibu atau ayah) tidak menjadi punca atau berterusan kepada kesusahan dan kepayahan untuk anak menimba ilmu dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak mudah-mudahan segala kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan mudah memahami atau menghafal perkara-perkara yang dipelajari. Begitulah hal-hal dengan perkara-perkara yang lain di dalam kehidupan berkeluarga.
Mengambil satu contoh kepada kes anak-anak yang susah hendak belajar. Sebab-musabab anak susah untuk menerima pelajaran itu berkemungkinan bukan sahaja kesilapan telah dilakukan oleh anak itu sendiri bahkan mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh kita sebagai ibu atau ayah. Ibu ayah bertanggungjawab dan pemikul amanah Allah SWT terhadap anak-anaknya. Suami pula bertanggungjawab terhadap isterinya. Oleh sebab itu marilah kita segera bertaubat supaya kesilapan yang tidak disangka-sangka atau tidak diketahui yang menjadi penyebab kepada susahnya ilmu yang ingin difahami oleh anak-anak. Selepas bersolat taubat marilah kita bermunajat ke hadrat Allah SWT agar kesilapan kita (sebagai ibu atau ayah) tidak menjadi punca atau berterusan kepada kesusahan dan kepayahan untuk anak menimba ilmu dan mohonlah kepada Allah SWT banyak-banyak mudah-mudahan segala kesalahan diampunkan. Semoga anak-anak diberi hidayah dan mudah memahami atau menghafal perkara-perkara yang dipelajari. Begitulah hal-hal dengan perkara-perkara yang lain di dalam kehidupan berkeluarga.
Amat
paling penting ialah kita perlu membangkitkan jiwa untuk segera
bertaubat tanpa berlengah-lengah lagi dengan sentiasa mengingati hari
kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur yang merupakan perkara
yang amat pasti tanpa mengira umur, sama ada muda atau sudah tua. Bila?
Tak usahlah dibicarakan, yang pastinya kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh mengerjakan amalan yang disuruh dan meninggalkan
segala perkara yang dilarang-Nya. Mungkin kita telah banyak kali
melakukan pelbagai perkara yang salah seperti tidak menutup Aurat dan
sebagai-sabagainya. Persoalan dan perkataan mengenai "mati" adalah
sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati bererti berpisah
dengan segala yang disayangi atau dicintai bermula terputusnya segala
nikmat dunia. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak-anak atau
isteri atau suami, sempat juga kita mengalirkan air mata kesedihan,
apatah lagi berpisah untuk selamanya. Tetapi perkataan 'mati' itulah
nasihat yang terbaik bagi kita ummat muslimin (ummat Rasulullah SAW).
Begitu juga apabila diberikan sakit oleh Allah SWT, maka ianya berkait
rapat dengan kematian. Walau bagaimana keadaan pun sakitnya sama ada
kritikal atau tidak, marilah bertaubat kepada Allah SWT, jika tidak
mampu berdiri maka boleh dikerjakan dengan duduk, atau baring atau
dengan isyarat selagi kita masih sempurna akal. Mudah-mudahan segala
kesalahan yang telah dilakukan (sama ada secara sedar atau tidak)
diterima oleh Allah SWT. Itulah harapan hamba yang beriman.
Lihatlah dan bacalah Firman Allah SWT:
Ingatlah dan ketahuilah mengenai azab
penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa akibat
daripada kufur dan ingkar akan amaran Allah SWT sebagaimana Firman-Nya:
(Surah Az-Zumar: Ayat 30)
Maksudnya:
"Sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati".
(Surah
Az-Zumar: Ayat 16)
Maksudnya
"Bagi mereka (yang kufur dan ingkar - kafir, disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan
lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah
menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai
hamba-hambaKu!"
Dengan mengingati syurga yang akan
menjadi tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang soleh, maka
marilah kita membangkitkan keinginan jiwa kita untuk melakukan taubat
dengan segera. Firman Allah SWT:
(Surah
Az-Zumar: Ayat 73)
Maksudnya:
Dan orang-orang yang
bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan,
sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan
penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam
sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga
ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) .
Oleh itu bersegeralah kita melakukan Solat Sunnat Taubat tanpa melengah-lengahkan masa.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama
dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri
di tempat yang suci dengan menghadap kiblat;
- Waktu melakukan Solat Taubat – Pada bila-bila masa sahaja (sama ada malam atau pun di siang hari) sebaik-baik sahaja merasakan diri telah mengengkari suruhan Allah SWT atau telah membuat kesalahan kepada Allah SWT (sebagai contoh ialah tidak menutup aurat, melakukan dosa-dosa kecil lain mahu pun dosa besar), kecuali pada waktu makruh tahrim untuk melakukan solat *. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
- Lafaz NIAT
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَErtinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
- Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun: .
- Rakaat KEDUA- Membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kedua-dua Surah (Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas) adalah bacaan sunnah Rasulullah SAW:
: atau mana2 ayat atau surah dalam Al-Quran.
(Terdapat
juga para guru dan orang-orang 'alim mengajarkan di Rakaat Pertama
selepas membaca Surah Al-Fatihah maka baca ayat Al-Kursi sebanyak 11
kali, manakala di Rakaat Kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah
maka bacalah ayat Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali).
- Semasa sujud akhir rakaat kedua, jika mampu, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala):
- Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 100 kali, atau yang semampunya,
لَّا إِلَٰهَ
إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Ertinya:
Tiada
Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau
(daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri
أسْتَغْفِرُ اللّهَ
الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
وَ أتُوبُ إلَيْكَ
Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.
- Selepas itu, jika mampu lagi bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali, atau yang semampunya,
الْعَظِيمَ سبحان الله
Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
- Selepas itu, jika mampu lagi ucapkanlah (seberapa yang mampu):
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
لَهُ
الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha Esa,
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puja.
Dialah yang menghidupkan
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan)
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
- Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);
الْعَظِيمِ بِاللَّهِ إِلَّا قُوَّةَ وَلَا حَوْلَ لَا
Ertinya:
"Tiada
keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk
menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".
- Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini (mengikut kemampuan):
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ
Ertinya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"
- Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut kemampuan dengan bahasa yang paling mudah atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ أَنْتَ
رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ،
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،
وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ
لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ertinya:
“Ya,
Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang
menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu
dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat
mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan.
Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan
aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada
yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Cara
mengerjakan Solat Sunat Taubat di atas adalah sekadar panduan dan
maklumat kepada yang memerlukan. Namun rujuklah kepada para ustaz mahu
pun ustazah yang berdekatan agar dapat mengerjakan Solat Sunat Taubat
dengan sesempurnanya. Ilmu yang perlu dipelajari hendaklah diperolehi
secara berguru. Bukan berguru dengan ustaz-ustazah Google.
Mudah-mudahan Solat Taubat yang dikerjakan akan diterima oleh Allah
SWT, Insyallah. Tidak ada solat sunat taubat ringkas atau panjang
sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Wallahua'lam.
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment