Baca ni noxx... jgn tak baca... huhuhuu... Mak copy paste jer ni.. Stress ler org yang jual rumpai laut ni kalau baca... huhuu... bonda dan kakanda siap masak simpan dlm esbox lagi.. huhu... tipah tertipu... nasib baik adinda tak ikut telan benda ni... hehehe
Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala
sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari
dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai
pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami
dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet,
rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada
kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh
apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi
kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar
semua orang tahu.
Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25
jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia
membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan
ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang
melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan
dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan
membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya
diambil perhatian. Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat,
degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh
sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil
langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan
proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi
khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan
itu 'mengandungi' kolagen. Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di
pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma
Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama
untuk membuat kueh agar-agar.
Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya
ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk
mendapatkannya malah harganya kini meningkat. Ia mendapat sambutan di
kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin
terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu
dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan
pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang
kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian
saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat
yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam
vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut.
Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana
mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik? Kolagen
tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen
mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu
kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.
Orang Jepun
yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai
sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki
tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber
lautan.Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang
membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua
situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone'
dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan
gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan
cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'.
Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe
Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan.
Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah
untuk dijelaskan.
Penghaslilan Produk Rumpai laut digunakan untuk
menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan.
Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan
kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia
menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur
licin). Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan
kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah
ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini
mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang
diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan
sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh
membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah
kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori
mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet
muda.
Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman
mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling
melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan
terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam
menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman. Jika anda
ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya
kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan
sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan
khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa
ringgit untuk membeli sayuran di pasar. Dari Mana Untuk Dapatkan
KolagenKolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh
mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak
semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka
atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi. Dakwaan tentang kolagen
mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak
berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa
tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM
menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin
sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai
laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke
luar negara."
Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut.
Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak
lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi
khasiatnya.Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh
didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen,
kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan
kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan
kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus,
sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.
Ingat Cantik, ingat vitamin C.
Ingat juga Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut..
*Artikel telah dikemaskini. sumber : thesecretmedicines.blogspot.co m
Ingat Cantik, ingat vitamin C.
Ingat juga Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut..
*Artikel telah dikemaskini. sumber : thesecretmedicines.blogspot.co
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
0 comments:
Post a Comment