Drama Jodoh Di Astro Ria

U ols tgk tak citer ni? Sally ni jarang tgk TV.. sally tahu pasal kewujudan citer ni si Neeny yg bgtau.. Neeny yg mmg pandai bercerita tu... tlh berjaya menarik minat Sally untuk tgk citer ni... Mm.. zaman skrg ni klu terlepas kat TV pun.. leh tgk online.. aper susah... So, pagi tadi Sally berpeluang tgk 3 episode Jodoh di dailymotion.com... hehehe... Saper yg tak tahu pasal citer ni..??? meh Sally tepek sinopsis nyer kat sini.. dan u ols leh ler tgk online gakss... 

Sinopsis citer:

Jodoh mengisahkan seorang jejaka bujang bernama Azlan yang kacak tekad ingin mencari cinta melalui sebuah program mencari cinta dan jodoh yang diberi nama ‘Jodoh’. Azlan telah memberanikan diri dengan menyertai program tersebut demi mencapai hasrat beliau mencari jodoh yang bersesuaian dengan dirinya.

Di dalam program tersebut, Azlan dikehendaki untuk memilih seorang teman wanita daripada 10 orang peserta wanita sebagai calon jodohnya di mana mereka harus melalui proses penyingkiran setiap minggu.

Olly plak berada di dalam program tersebut secara tidak sengaja demi untuk menjayakan misi bos nyer untuk mendapatkan tanah milik Azlan. Olly dipaksa untuk menggantikan tempat peserta yg tetiba terpaksa disingkirkan kerana mempunyai alergic.

Ketika berada di program tersebut, Azlan sangat terpikat dengan seorang wanita bernama Katya, akan tetapi disebabkan undian oleh para penonton dan peminat, Olly menjadi pilihan yang sesuai buat Azlan berbanding dengan Katya.
 
Oleh yang demikian, Azlan dipaksa oleh pihak produksi program untuk tidak menyingkirkan Olly dari program Jodoh dan ini menyebabkan kedua-dua mereka terjebak dalam situasi yang sangat lucu kerana mereka berdua tidak menyukai antara satu sama lain.

Apakah yang akan berlaku kepada mereka berdua ketika sesi program Jodoh dijalankan? Bagaimana Olly boleh menyertai program Jodoh dan apakah tujuan Olly menyertai program Jodoh?

Pengarah: Syed Khairul Faiz
 
Penerbit: KL Motion Pictures
 
Pelakon:
Dazrin Kamaludin, Scha Alyahya, Reen Hashim (peserta Pilih Kasih), Hefny (On Air) dan ramai lagi.

Honestly, pada awalnyer Sally mmg tak suka sangat si Dazrin tu.. aka Johan dalam citer Adam Hawa.. hahaha.. terbawak2 siot... tak suker.. tak suker.. lelaki tak der pendirian.. Dlm episod pertama citer Jodoh ni.. perasaan tu masih ada lagi.. Tapi bila dah masuk episod 2.. dan 3.. oleh kerana jalan citer yg best.. dan Scha pun mmg superb best... si Dazrin ni pun best gak ler dalam citer ni... Scha mmg tidak pernah menghampakan.. watak pompuan yg blur tapi cantik mmg sesuai dgn dia.. Scha membawa watak tersebut dgn baik skali... dah mmg slalu pun dia berlakon watak camtu... kan..kan... 

Dan lagi.. watak tempelen si tunang Scha tu pun best gak.. Boleh ler... Dialog untuk dia pun agak bangang yang membawa kepada lawak ler plak.. suker..suker...

Sally gak suka lakonan susan lancaster dalam citer ni.. Agak bersahaja dan ada unsur humor gitu...

Music best.. montaj best... and kena dan sesuai gitu untuk penonton skrg ni.. yg tgh layan cerita cinta dan unsur2 lawak gitu... Pompuan2 peserta jodoh tu pun ok gak.. macam2 fiil diaorg.. mmg layan lah citer ni..

Thanks le Neeny coz introduce citer ni kat saya.. Sy mmg suker.. will follow... ngehh..ngehh..

Tapi dari segi jalan cerita pun dah bleh agak ending dia cam mana kan?? Tapi.. kita tgk jer laaa...




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops