Kebaikan Folic Asid

Hari ni Sally berpeluang google kebaikan dan kepentingan Folic Asid.. Sajer nak share dgn u ols.. Dulu dah pernah baca dah tapi lupa plak.. So, kena review balik. Ini semua berpunca bila suatu hari my mom in law called me dan dia ckp.. "Sally, mama rasa Sally x pyh ambik Folic Asid yg ubat kecik kuning2 tu.. coz mama pun dpt ubat yg sama.. nurse tu cakap ubat tu bleh jadikan kita berselera makan dan jadi gemuk. (Risau gak mak mertua aku ni menantu dia gemuk... huhuhuuu) Maybe baby akan jadi besar kat dalam dan susah nak bersalin nnt..".. Sally dgn terpinga-pinga dgn penerangan my mom in law tu pun jawab...."Ye ke Ma... kut mama salah ubat kut...".. "Iyer... yang kuning kecik2 tu.. Mama pun dapat.. Ada kat tangan mama ni..".. So, pada hari tu Sally skip ler makan Folic Asid.. dan.. sehari rasa mual2 plak... nape yer???

Mmmm... biar betul mama ku ini.. Masa tu malas plak nak google... Setelah Sally ke umah mama, Mama tanya.. ambik lagi ke ubat tu.. Sally bgtau mama.. hari yg mama called tu mmg Sally tak ambik ler.. lepas tu rasa loya semacam jer.. so, the next day.. Sally ambik balik... okay jer..

So, hari ni Sally google balik... dapat ler info untuk kita sama2 berkongsi kat sini:


Apa itu Folic Asid:
Sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9 membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru.

Keperluan:
Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk kita memakan asid folic semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan.

Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Semua wanita yang merancang untuk hamil disaran untuk mengambil asid folic sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Kepentingan Folic Asid:
  1. Folic Asid ni sangat berguna untuk membantu memecahkan asid amino kat dalam darah. Asid amino yang terperap lama kat dalam darah akan menyebabkan heart disease.
  2. Folic Asid bantu untuk memecahkan complex carbohydrates kepada simple sugar. Ini lebih memudahkan carbo tu ditukarkan kepada tenaga.
  3. Folic Asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C. untuk menggalakkan pembentukan sel darah merah dan sel darah putih. Pembentukan sel ni bagus untuk fetus dan boleh mengelakkan berlakunya anemia. (Sebab tu dapat vitamin C jugak rupanya)
  4. Folic Asid ni digunakan untuk membentuk nucleic acid dalam DNA untuk menggalakkan appetite dan menggalakkan pengeluaran acid dalam perut yang bagus untuk pencernaan sekaligus promote healthy life. Percernaan yang bagus akan promote healthy skin, good absorbance of nutrients and many more…..
Sumber:
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oren,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
 
Kekurangan:
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan
  •     Sakit disekeliling mulut.
  •     Sakit lidah.
  •     Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  •     Anemia.
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Sharing is Caring... :)




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops