Morning my dear customer....

Nak jugak post something pagi ni.. walaupun busy.. Busy aper tu Sally?
Sabar Cik Temah.. Kak Jah.. nnt aku citer.... c ya' in the next posting.... muahsss




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Arissa 5 months old & still exclusively breastfeeding

U ols yg slalu follow blog Sally ni mmg akan tahu salah satu ketakutan Sally bila susu merudum jatuh... huhuu... Mmg Sally nekad akan bg exclusively breastfeeding kat Arissa at least 1 year. Skrg susu OK ler.. xder ler jatu teruk sgt.. tapi agak sukar nak buat stock. Arissa plak makin kuat menyusu... sehari tu dlm 8-10 kali.. klu dah 3oz skali susu.. tak ker 30oz... mana nak cukup klu sehari dpt 25-28oz jer.. kenkadang jer dpt 30-35oz... mas tu dpt ler buat stock.. ari2 lain tu kenkadang ambik stock asal... huhuhuuu

Nmpk nyer Shaklee tak byk membantu.. tapi Sally x menyesal pun.. as supplement dan vitamin utk badan ler.. Almost 3 weeks Sally consume Shaklee.. tiada sebarang keajaiban berlaku... Mula2 susu merudum dan skrg... back to normal.. cuma agak susah nak dpt 8 - 9oz balik.. setakat 6-7oz jer.. pagi dapat ler 8-9oz.. Sally membayangkan Shaklee akan membuatkan susu skali pam 10 - 15oz.. klu setakat 6-7oz.. seblm ni Sally tak ambik Shaklee pun susu Sally ok jer.. so, menurut my health consultant Pn Yusni.. susu ni ikut physiology.. makan ler ape rpun.. klu kita dah +ve.. tak pressure.. OK jer.. So, bg Sally tak yah nak invest byk sgt... Pasla Shaklee tu.. bg yg nak try boleh ler.. tapi jgn berharap sgt... Ambik as supplement.. additional vitamin boleh ler.. cuma resodng makin OK sket ler sejak makan Shaklee ni..

Sally gak dah try kisar biji halba... mak aiii.. pahit nyer.. dah 2 hari try.. susu pagi tadi dpt 10oz.. tghari tadi pam 2 kali dpt 7oz each session.. ok ler... not bad.. dlm pada tu shaklee still consume jugak..

Lg satu Sally dlm dilema nak beli pump baru?? Maybe bleh tingkatkan production.. Tak cuba tak tahu.. tapi skrg tgh stage mengusha lagi.. Avent yang diguna skrg mmg rasa dah cukup baik dlm penghasilan susu.. cuma nak try yg lain jer... beberapa site yg Sally tgk.. semua ckp Avent manulk is d best... huhuu... buatkan Sally dlm dilema lagi.. but still nak usha jugak... Anything for my doter.. Ya Allah.. limpahkan lah rezekiMu pada anakku Arissa.. Amin..

Share with u guys pasal org compare2 BP..





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Cara Penyimpanan Susu Ibu

Share with u guys..... cedok dari: Sumber dari : http://www.momschoice.com.my

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Maklumat Tambahan
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


PETUA UNTUK MUKA BERSERI CARA ISLAM

Sebelum tido.. nak share dgn u ols..

Petua 1
Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua, selepas solat.

Petua 2
Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.

Petua 3
Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.”

Petua 4
Membaca Doa Bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku".
 
Selamat Beramal...
 
 


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


10 hari bersama SHAKLEE

Tak ngantuk ler plak malam ni kan.. Malan ker ni?? dha pagi dah ni... Nak buat camaner... dah lepas pekena Hot Latte... huhuu.. Mata pun cam spotlight jer... terang benderang.. tak nak tido ler plak..

So, Sally sajer ler nak cerita2 dgn u ols kan.. Bukan aper.. pasal Sally ler.. pasal org lain kan mengumpat lak namanya.. huhuu.... Yang nak tahu kisah selanjutnya Sally dan Shaklee.. meh Sally khabarkan.... Hari tu 1st day Sally ambik Shaklee kan Sally sakit kepala giler... tapi.. sbb duit dah kuar byk ni.. Sally gigihkan jugak.. disiplin babe.. Hari ke dua.. Sakit kepala masih lagi menguasai.. tapi dah kurang sket dah... Masuk hari ke-3.. dah normal dan waras balik dah... Tapi yang tension nyer.. sudah tiada susu 8 - 9oz skali pam.. Susu mmg drop... skai pam dpt 4 - 5oz sahaja... sedih babe... Camana ni??? Makin ber'supplement'.. makin menurun susu ni.. resah.. gelisah... huhuu... menyesalnya makan Shaklee... tapi nak makan aper.. Soy Talk pun takut gak nak minum coz disogok oleh articles2 yang menyatakan bahaya nyer so..ya klu diambil secara berterusan... huuhuu.. buntu2 dibuatnya... Nak tak nak.. Sally kena ler jugak menghabiskan Shaklee ni.. Sally pun still makan mengikut cara2 pengambilan yang disarankan... Menurut Naza (my Shaklee supplier).. cara pengambilan setiap dealer berbeza.. Secret Step tu telah di'share' oleh upline dia.. Pn Yati..yang mengamalkan sendiri set 3M untuk membanyakkan susu badan... Nak tau ker cara pengambilannya??? huhuu... dah nama pun secret kan... so, u ols beli ler shaklee dgn si Naza klu nak tahu rahsia nyer... hehhe... Sally ni kan pemegang amanah... Tak mo citer tau.. jgn tanya2 lebih...

OK.. berkat kesabaran Sally dgn Shaklee... akhirnya hari ke 7, susu dah mula meningkat balik... pagi dah dpt 9oz.. tghari dpt ler 7-8oz... Alhamdulillah.. syukur sgt.. Sally masih menunggu miracle Shaklee.. mana tau dpt 10 -15oz.. alangkah bahagianya... sabar...

Pastu.. nak dijadikan citer, my sista dtg KL coz ada kenduri-kendara... dia pun ternmpk ler set Shaklee kat umah.. bertanya ler si kakak ku itu.. dia ingat Sally ambik supplement utk diet tanpa pengetahuannya.. sudahk marah ler itu org tuaa... kata nak kurus soran2.. huhuu... Sally pun citer ler kat dia.. dan bgtau yg Shaklee ni pun ada set kurus jugak.. bukak skali dgn blog Naza... sudah tertarik ler plak itu org... Pagi2 buta.. pagi tadi.. Sally kol Naza suh dtg hntr kat umah... My sista ambik complete set Diet yang mengandungi Cinch + Alfalfa + OmegaGuard + Lecithin dgn harga RM347.. sally lak tambah Lecithin untuk kurus dgn harag Rm45 jer.. Dah alang2 kakak nak makan jugak.. Slaly pun ras amcm dah yakin sket dgn Shaklee ni.. ingat nak jadi ahli.. tapi pikir2 balik.. malas ler plak kan.. lgpun xder masa nak jual2 benda ni... Biar ler aku dgn SF Beauty ku shaja.. hehhee.. So, Sally tak jadi utk daftar ahli.. Sally putuskan untuk beli drp Naza jer.. Esk Naza akan bawak kan sally omega guard jugak.. huhu... dah complete set nmpknya Sally... 

Aper yang Sally leh bgtau 10 hari Sally bersama Shaklee... susu dah kembali asal.. 8 - 9oz utk skali sesi pam.. tanpa meminum soya.. ataupuan jarang2 minum soya coz soya yg Sally beli byk2 tu masih ada lagi bekalannya.. syaang gak nak buang jer... huhuhu.. Then, yang paling ketara.. resdung Sally dah berkurangan.. maybe pasal alfalfa tu... huhuu.. suker2...

So, camana dgn set langsing Shakle... Bila Sally dah dpt shape... or my sista dah consume.. nnt sally share dgn u ols... Untuk Naza yang gigih utk mengetengahkan benda ni.. Sally nak syorkan u ols dptkan Shaklee drp Naza.. Contact ler website dia... CLICK HERE... Naza.. promo free ni...hahha... klu service baik.. Sally pun suker...

Ok lah u ols... ada feedback dlm masa seminggu lagi.. Sally update lagi...

Adioss...
Sally.






U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Water Dispenser With RO Water Bottles

Sajer nak share dgn u ols pasal RO water ni... Tau tak aper Kak Jah RO water ni??? Hahaha... Pertanyaan tak bleh blahhh... RO water stand for Reverse Osmosis Water... Alaa... air mineral yang dibekalkan tu ler.. Dlm topik ni.. Sally merujuk kepada air mineral yang dlm gallon besar kaler biru tu ler... Ada harga pelbagai.. Ada gak yg promo beli air dapat free dispenser... tapi ada Term & Condition jugak tau...

So, arini.. Sally duk godek2 info pasal benda ni.. coz wpun dah ada air tapis bagai kat umah.. tapi nak masak hot water... nak guna air klu ada nak wat makan2 ker... byk gak nak pakai.. so.. Sally terpikir untuk adakan benda ni kat umah.. Sally ni pikir nak abehhkan duit jer kan.. ?? haha... nak beli jer kerja nya... tu ler kata Mr Hubby... yorlaa.. dia tukang minum jer.. lgpun time makan2 still beli air ber-tong2 jugak.. ni senang jer.. order.. org hntr kat umah.. kan..kan.. amat memudahkan... nak buat air pun senang jer.. x yah dah nak guna air dlm flask.. cold water mmg direct dr fridge dah... yg hot water x der ler plak.. nak beli ELKEN bagai tu.. yg harga ribu2 tu.. rasa x efficient gak.. klu nak guna air dgn jumlah yg byk kat umah... pastu.. time x der air.. cam skrg ni area Ampang tgh xder air sejak semlm.. x berguna jugak si ELKEN tu... betul tak???? huhuu... mandi pagi tadi jer ni... tu pun tumpang umah mama... air tak der... makan pun order Mc D jer... huhuuu

So.. berbalik kpd topik tu... yg Sally dah survey2... ada ler a few suppliers Sally dah kol.. dan yang Sally rasa terbaik adalah En Zaib.. murah ler.. lgpun dia ni lebih kepada jual Water Dispenser sebenarnya.. tapi pakej dia tu agak murah dan berpatutan.. Meh Sally kongsi info yg Sally dpt masa Sally kol diaorg... tak sama dgn yg dipromo kat website tau... huhuuu.. yg Sally tanya ni sumer Sally nak dispenser jenis floor standing hot & cold..

  1. En. Syam
    Yang ni contact daripada my FIL. If baru nak guna.. kena byr RM550 dapat 40 botol air dan FREE dispenser.. 40 botol tu tidak dihantar serentak.. hntr berperingkat... 6 botol skali hntr. Dah abis pakej tu... setiap kali order kena 6 botol dan harga RM10/bottle.
  2. Happy Water
    OPTION 1: Kena beli 150 bottles dpt FRE dispenser. RM10/bottle.. So skali turun RM1500 babe... huhuu.. Skali hntr 10 bottle.. dah abis pakej.. kena order 10 botol gak skali order dan harga RM10.
    OPTION 2: Beli dispenser dgn harga RM349 pastu dpt free 2 bottles. sama gak skali order 10 bottles, RM10/bottle.. Tapi ada caj beli bottle RM2 per bottle.. harga bottle shj... RM10 tu harga air jer.. huhuuu
  3. Mr Wong
    Yang ni plak.. promo RM399 dpt 50 bottles dan FREE dispenser.. tapi kena dihabiskan dlm masa 6 bulan air tu.. Pastu ada deposit plak RM200 utk dispenser, byr masa mula2 beli tu. Klu dah abis pakej, kena order 10 bottles per order dan harga RM10 per bottle.
  4. Hj Nasaruddin
    RM600 + RM75 deposit dpt 60 bottles. 10 bottles skali hantar.. Dah abis pakej, kena beli RM10/bottle skali order 10 bottles.
  5. Rizal
    Yang ni dia bekalkan air jer.. bleh order air RM7 per bottle.. skali order 5 bottles.. dgn syarat u ols dah ada bottle utk tukar ganti... klu xder bottle.. kena byr harga bottle RM2. Dia ada jugak jual dispenser.. RM530 utk dispenser... huhu.. mahal gak dispenser dia ni... tp klu nak ambik air jer murah dgn dia ni...
  6. Zaib
    Yang ni paling murah Sally rasa... sebab tu Sally order dgn dia... RM299 dpt 5 bottles dan FREE dispenser. Next order rm8 per bottle, min order 5 bottles... just nice utk kegunaan rumah... Sally suker... Pagi esok smpi.. nnt Sally snap gmbr dispenser share dgn u ols... Bukan aper.. skali kuar duit dlm RM300 jer.. yg lain tu.. nak byr utk 1st time tu mahal sgt... huhuuu
Mmm... klu u ols ter'survey' kat internet dan berjumpa dgn nama2 pembekal spt di atas.. tu ler dia... yg sebenarnya mereka tawarkan... No phone tak leh ler Sally paparkan kat sini kan... En Zaib boleh.. no phone dia 016-2321183... wahh.. En Zaib dpt promo percuma kat blog Sally... Sajer jer nak share info dgn u guys.. Sally suker wat research dulu sebelum beli... hehehe.. Ok guyss.. tgu Sally update bila dispenser dah sampai...


Adioss...
Sally



U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT

Baca ni noxx... jgn tak baca... huhuhuu... Mak copy paste jer ni.. Stress ler org yang jual rumpai laut ni kalau baca... huhuu... bonda dan kakanda siap masak simpan dlm esbox lagi.. huhu... tipah tertipu... nasib baik adinda tak ikut telan benda ni... hehehe
Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu. 

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen. Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar. 

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat. Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik? Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. 

Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan. 

Penghaslilan Produk Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin). Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda. 

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman. Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar. Dari Mana Untuk Dapatkan KolagenKolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi. Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Ingat Cantik, ingat vitamin C.

Ingat juga Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut..

*Artikel telah dikemaskini. sumber : thesecretmedicines.blogspot.com




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Citer Sally sehari bersama SHAKLEE

Kak Jah.. ko asyik nak baca entry baru jer kan.. tanpa mempedulikan level kewarasan aku.. Semlm seriously u ols.. Sally mmg tak waras.. meanss.. agak bangang sket bila kepala berat...kepala jadi wenggg... migraine yg berterusan smpi malam... huhu.. rasa nak hantuk2 jer kepala kat dinding.. Naper tu?? X der perubahan lain yang Sally buat selain xcited nak mengamalkan SHAKLEE yang dah beli kelmarin.. What??? ko proceed beli Shaklee Sally??? Lek ler Kak Jah... aku risau ebm aku x cukup.. nak outstation oversea ni.. kang azam nak bagi Arissa ebm at least 1 year kecundang ditengah jalan.. time mama kat oversea... kena bagi susu formula laks... huhu.... harap2 Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kat Arissa... tapi Allah suruh kita berusahakan??? Mmmm.. tu yg beli Shaklee gak tu...

Sebab kerakusan nak mengalami susu yg meriah giler... mcm gmbr2 yg kita slalu tgk.. penuh freezer tu kan.. So, Sally aper lagi.. balik jer si Naza (wakil Shaklee) yang Sally beli tu... Sally pun consume ler kan.. lagpun baru lepas abis pam... ikut ler sebijik2 aper yg dia sarankan tu... bgn pagi semlm... mak aiii... sakit kepala nyer.. naper ni??? Sally relax jer... Mmg malas nak ambik kisah kan.. klu wat manja2 mau MC semlm... buat tak tahu jer... maybe tghari sket hilang kut... So, pagi tu..Sally pam dpt 8oz mcm biasa... mm.. ok ler.. Alhamdulillah... wpun tiada peningkatan... takkan mkn mlm tadi.. pagi terus meletop kan.. sabar.... lepas pam.. Sally consume mcm biasa gak.. ikut jer cara2 pengambilan Shaklee tu kan.. Sally try skip Soy Talk... nak tgk camana.... minum milo panas jer pagi tu.... smpi opis.. kepala berat lagi ni... report nak disiapkan jugak... ada assignment baru lagi... ignore...ignore.. jgn dilayan sgt sakit kepala... by 11am.. masa utk mengepam lagi.. So, sally pam gak ler... aik.. 4oz jer.. agak kecewa... biasa minum soy talk jer dpt 6 -7 oz... takper.. dah rezeki byk tu jer.. lepas pam.. consume lagi Shaklee... disiplin ni... air tak yah citer ler.. mmg byk minum OK... Sally mmg byk minum air.. tapi sejak makan Shaklee ni.. bertambah2 dahaga nyer.. smpi air dlm tware 1.9L tu... dah abis.. pagi jer.. kat umah dah macam 1.5L air dah Sally bedal.. tu yg asyik nak ke toilet jer tu.... so.. tak per la kan.. yang pelik.. sakit kepala ni tak hilang2 lagi... Tapi hati ni masih berdegil nak consume jugak Shaklee.. yor laa. dah beli mahal2 kan.. set 3M full pack dlm 5 items tanpa Vit C (coz kata dioarg Vit C out of stock) .. Naza bg Sally RM340.. harga OK ler compare dgn dealer lain.. tapi janji ada free gift... tapi xder pun.. huhuu.. tapi OK ler.. dia bg beberapa biji Lecithin utk Sally try... Lecithin tu utk nak slim..

Ok.. berbalik citer sakit kepala tu kan.. mmg tak hilang... ptg kul 3pm, cam biasa Sally pam lagi... Sama jugak.. dpt 4oz jugak... mmm... apa sudah jadi ni??? .. susu Sally drop... dgn bebanan sakit kepala lagi ni... tidak sesuaikah?? Sally try whatsapp Naza.. tak berjawab plak dia... So, Sally call Kak Yati.. dia nyer upline.. so.. kak yati ni pun xplain ler.. maybe tubuh terkejut kut.. Sally ada low blood pressure kena consume Vit-Lea 2 biji.. then kurangkan Alfafa... so.. ok ler... maybe ler kut... Patut nyer lepas ofis hour semlm Sally g Fitness.. (oo.. lupa nak citer u ols Sally dah continue balik Fitness lepas 1 year freeze my acc sbb pregnant.. ni dlm next entry Sally citer...) so.. Sally tak dpt pergi fitness.. coz kepala dah sakit sgt... nak drive balik time jam giler babas tu pun risau2 jer kan... huhu.. tapi selamat smpi umah dgn kepala yang masih berat...

Smpi2 umah jer.. dgn Sally dah mmg sakit kepala ni.. Sally tgk kain tak berangkat.. kain basuh tak jemur lagi... aku pun naik hangin ler dgn si bibik.. mmg kene leter 10 bakul ler kan... Sally tanya dia.. ko buat aper??? busy sgt ker?? Si Arissa tido jer.. Adelina skrg pun balik skul penat.. dia tido ler jugak... dgn honestly nyer dia bgtau.. DIA TIDO... mak aiii... nyaris2 nak kena makan penampor jer mlm tadi si bibik.. tapi Sally sabar... beristigfar byk2... Aper lagi.. syarahan bermula ler kan.. dah ler aku tgk sakit kepala ni... mmg nasib ler ko bibik... wrong timing buat hal dgn Puan Sally kan... Sally naik atas... seblm mandi.. cam biasa.. tgk CCTV dulu.... hmmm... findings... findings... lepas Faiz (staff Aboh) dtg ambik brg kat umah... dia leh tak tutup gate lepas mamat tu pergi... Sally tgk dlm 1 jam setgh gate terbukak... mmg aku hangin lagi ler kan... geram nyerrrr... bertambah2 le berdenyut kat kepala ni kan... adoooyaiii... panggil bibik.. tanya dia.. dia cakap dia lupa... mmg kena luku seketul kat kepala... sakit plak tangan mak coz luku kepala batu minah tu... addduuhhh... tapi coz marah punya pasal kan... klu pencuri masuk cam mana?? baru jer semlm remind dia pasal kes penyamun masuk rumah... eeee... nak jer aku amik lesung batu.. luku kepala dia 10 kali masa tu.. coz kalau luku dgn tangan Sally... sakit ler plak kan... adoooyaiiii... PENINGGGG ...

So.. berbalik citer Shaklee ni... mlm tu dlm kul 7pm dah ler.. lepas pam.. masih lagi berdegil nak consume jugak Shaklee... mlm ni dpt 5oz.. naik sket... alhamdulillah... tapi kepala mmg berat.. mlm tadi mmg Sally tuang minyak herbanika nona roguy kat atas kepala.. urut leher.. kepala berangin gitu... Arissa gud girl tido dgn nyenyak smpi pagi... lepas dah bernona roguy tu.. Sally bleh tido smpi pagi.. alhamdulillah.. mmg Sally dah tanya si Naza.. mlm baru dia respond whatsapp Sally... Sally tanya samada leh ambik Active Fast ker tak? Dia ckp boleh.. tapi rasa takut pun ada kan... kang tak pasal2 arwah lak aku mkn byk2 benda.. so.. Sally tido jer la dgn satu kepala dah ala2 basah dgn minyak nona roguy...

Pagi ni.. bgn pagi OK sket.. tapi berat kepala tu ada lagi.. lepas berSubuh.. Sally pam dpt 7oz pagi ni... tak der lagi peningkatan Shaklee nmpk nyer.. tapi Sally masih consume seperti biasa.. pagi ni jugak.. Sally masih apply minyak nona roguy... satu2 nyer produk yg boleh dipercayai if u ols sakit kepala ker aper.. dan tak nak ambik drug2 smpingan lain.. its work on me.. wajib ada ok kat setiap rumah.. mmg byk kegunaan nyer.. wahhh..smpt promo lagi tu.. tak.. seriously mmg BAGUS bangat...

So.. kita tgu dan lihat jer laa nnt.. Sally masih consume Shaklee spt yg disarankan.. dan masih menunggu keajaiban produk ni.. will update u guys...

Adioss..
Sally


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Terharu nyer saya... :)

Halo..halo... tema hari ni adalah Riak dan Terharu dgn slogannya.. Aku Cinta Padamu... wahh.. gitu.. tak der aper yg menarik.. cuma nak membebel create satu entry di malam hari.. klu udah namanya blogger... pasti ada pembaca nya.. ada peminatnya.. tak kurang juga blogger yg syok sendiri... yg mmg suka feeling over2.. tapi tak der yg kesah pun.. tapi nak wat camana klu dia mmg suker luah apa saja kat blog tapi org tak endahkan pun... biarler dia dgn labu-labu nya...

OK.. bg perenggan ke dua ni.. dah masuk bab riak.. bila Sally dah bleh tersenyum lebor tgk visitor makin hari makin meningkat u ols... average dah cecah plus minus 1000 sehari... tak kisah ler unique ker tak kan.. hahhaa... 

Dan.. dann... untuk perenggan ke 3 ni nak citer yang terharu nyer... bila Kak Sarah cakap.. anak Kak Sarah suker baca blog Mak Cik Sally... huhuu.. Mak Cik ler plak... Aunty Sally okay... "Aunty".... A.U.N.T.Y... hahhaaa... tapi bg anak Kak Sarah yg sedang baca tu.. Aunty Sally appreciate sgt2... tu citer semlm.. ari ni lak.. Kak Mah plak cakap.. anak Kak Mah suka baca blog Sally... hihihi... terharu nyer.... muahhhss.... muahhss.. love u ols ler... wpun Sally x pernah jumpa anak Kak Mah.. tapi Sally tahu dia tgh baca ni... timer kasih yer... eceehhh.... terharu sungguh...

Dan.. untuk perenggan ke 4 ni.. Sally nak bgtau... AKu Cinta Padamu.. wahai semua my dear follower ku.. yg minat dlm diam.. yg officially be my blog follower... dan yg curi2 jeling jugak... jgn juling sudah... Paling aku sayang... Kak Jah dan Cik Temah... muahhhsss to u ols.. U ols ler sumber inspirasi Sally untuk terus berblog wpun mata dah bukak sket jer ni... hehhee... Gud Nite... samb nxt time untuk citer Fitness First and Shaklee... hmmm.. cam seronok tu.. tungggu.....


Adios..
Sally.


U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


me.. as an internal auditor..

Guys.. dah lama nak story morry about this thing... but.. macam x brp nak clear lagi kan.. furthermore (perghh... furthermore lg tu...) d spirit tu tarak mari laa... Now, i noticed.. a few things happened again.. Bila balik umah.. teringat pasal kejer kat opis... bila mandi.. i still thinking what are the first thing i want to do at the office next day morning... what are the things i target to be completed tomorrow... all the strategy and the things that i want it to be.... Aper petanda tu???? Hahaha... dia sudah mari.. my mood.. my spirit.. my passion about work has come..

A year ago Sally switched, moving to my current position in the Audit department, a financial company – for the third time joining the company.. “It is quite a big surprise, right?” hahahaa, of my abrupt career change. I acquired in-depth knowledge in financial industry. I wanted to learn something new...

The biggest challenge for me in the Audit Department is to understand the business of the Bank .. get to know the depth of each system to be audited .. Sometimes.. i just dunno how much to audit... too details??... kut melalut plak.. tersasar??? mmmm.. i also wonder how much to communicate..?? Terlebih peramah kah?? tanya terlalu mendalam kah? Stupid question??? huhuhuuu... The audit will be easier if you have a deep knowledge of the business operation and the use of a banking system in support of the business itself..

Luckily i have supporterssss.. those ppl yg tak abis2 tiupkan semangat.. bg guide.. dgr keluhan dan luahan.. that i really need it.. motivated me.. dan buatkan i want to give the best.. give more than what my boss expected... klu tak lebih dr auditor lain.. lebih bg pandangan I ler.. yg baru setahun jagung ni... Mmmm... maybe need to set a new goal.. alang2 dah jadi jagung.. takkan nak makan jagung muda jer... biarler jagung besar dan leh makan isi yang byk.. tak gitu??? QUIT without gain something means SURRENDER...Is there such word in the dictionary of my life? wahhhhh... gitu.. motivated sungguh...
 
The most interesting aspect of my current role is how close it places me to the company’s operations.. klu dulu ZERO... bukan ler KOSONG macam telur ayam busuk okay... but ZERO in banking operation but expert in other things.. corporate branding... medium of communications.. etc... but now.. I know d serious banking operations.. how it works..., and I love it... Sometimes it put me under pressure but i try to manage it.. settle it in my own way... I can do it... Yes I can do it... 

Am I born to be an auditor? Lagi 2 tahun jawab bleh????

Adios...
Sally




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


Al-Fatihah untuk Abah..

Abah... Selamat Hari Lahir Abah... Sally x dpt nak skip entry ni coz its means a lot to me... Klu 5 tahun yg lalu, Sally sempat ucap selamat hari lahir abah through phone coz Abah jauh kat Kelantan.. tapi this year and coming years.. tak der phone yang dapat menghubungkan kami.. coz abah dah jauh di alam lain.. Tapi masih dekat di hati kami... dan.. yang pasti.. Adik tak pernah alpa untuk hadiahkan Abah al-Fatihah setiap hari.. dan hari ni, sempena Hari Lahir Abah... adik hadiahkan al-Fatihah dan bacaan al-Quran untuk abah.. coz adik sayang abah sangat-sangat... 

Adik bukak balik cincin pemberian abah, yang adik simpan elok di dalam kotak.. coz adik dah tak muat nak pakai.. (Jgn gelak Kak Jah & Cik Temah.. mood sedih ni).. adik tetap simpan.. untuk Adelina or Arissa maybe.. tu pun klu diaorg nak pakai... cincin tu abah beli untuk adik masa bulan puasa.. seminggu nak raya.. dan kata abah sempena hari jadi adik jugak.... luckily Kak Da tak jealous masa Abah bg hadiah kat adik masa tu... Abah bawak adik sendiri pergi pilih kat kedai emas... Adik kiss abah kat pipi.. Adik miss that moment... Saat-saat kiss pipi Abah... Kali terakhir adik kiss Abah... masa tu abah dah kaku.. baring dlm pakaian ihram abah.. coz abah dah ready nak pergi haji tahun tu... sejuk pipi abah.. dibasahi siraman air mawar... masih terasa lagi kat bibir adik... Adik rindu nak kiss abah lagi...

Hadiah hari jadi Abah pulak tahun tu, adik belikan leather sandle untuk abah pakai masa nak buat haji kat Mekah.. tu ler hadiah terakhir buat abah.. tapi abah tak sempat pakai ke sana... abah pergi dulu tinggalkan kami... tapi adik janji.. al-fatihah untuk abah.. akan adik hadihkan setiap hari...

Tanggal 4 April 2008.. iaitu 3 hari selepas hari lahir abah... Abah passed away peacefully... Mama told me that Abah spent his last week calling up people to apologies... telling Mama that he will go far away... but of course at that time nobody took him seriously.... He called up Mama and put her mind at rest, finally. That morning.. 4th April, after telling Mama that he has make peace with Allah and himself, he left us without a goodbye.... especially me.. Adik tak sempat nak borak2 dgn Abah on that day.. Last cakap pun on Abah's birthday.. Abah left adik without seeing my baby.. my 1st kid.. my Adelina... at that time 4 month in my womb...

Yes. I cried when typing the above paragraph. I cried because my one and only Abah has died. I miss him.. i miss him a lot... al-Fatihah...

I still remember every single moment on that day... Macam baru jer berlaku... and Sally tak jemu nak cerita dan ingat saat2 itu... lagi2 wajah Abah yang sungguh suci semasa hari pengebumian... And.. I am glad that his final journey was made easy... I want to remember all good things about him...

So, sempena Hari Lahir Abah hari ni.. adik doakan abah tenang di sana.. dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

I will always love you....because, you are my Abah. Al-Fatihah





U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops