Flash back lagi...
23rd Nov 2012 (Jumaat)
Pukul 5 pagi, Sally terjaga lagi dan saat
membuka mata.. sakit tadi datang kembali.. Ya Allah… permudahkanlah segala
proses bersalin ini.. hanya itu yang mampu Sally minta dari Maha Penyayang.
Sally tahan sakit sehingga pagi… Pagi tu, darah ketul2 telah keluar.. takut
nyer… ‘kembar darah’ kata mama… huhuu… tapi setelah check up dibuat bukaan
hanya 3cm sahaja.
Pagi tu, Sally minta untuk makan Nasi
Kerabu ayam bakar. Tapi hanya beberapa suapan sahaja… selera terus hilang dek
menanggung sakit yang teramat. Pukul 9 pagi, Dr Roseliza datang melawat di
bilik. Bukaan masih 3cm. Sakit pulak tak tertahan rasanya. Dia tidak jadi
memberikan suntikan induce buat kali ke 2 kerana melihat keadaan Sally yang
menanggung sakit. Dr Roseliza suggest untuk Sally ambik epidural.. Terimbas
kembali segala info2 yang dibaca di internet dan juga review2 dr blogger lain
pasal epidural.. Serba salah dibuatnya.. Nak ambil atau tidak??? Huhuu.. sally
bertanya pendapat hubby… Hubby plak call his siter, Abby untuk dapatkan kepastian coz Abby
pernah ambik epidural sebelum ni semasa bersalin ceaser. Abby bgtau.. kalau dah tak tahan ambik ajer..
Sally mmg dah rasa sakit tahap gaban dan akhirnya Sally putuskan untuk ambil
epidural..
Pukul 10.30am, Sally di bawa masuk ke
labour room. Proses suntikan epidural di buat. Pakar khas daripada USM datang
untuk memberi suntikan epidural. Sebelum suntikan diberikan, doctor tu tunjukkan
Sally video ttg proses yang akan dibuat supaya Sally lebih faham.. dan dia juga
bertanyakan ttg apa yang Sally tahu pasal epidural dan kesan2nya… Sally just
bgtau mengikut review yang dibaca, ramai yang memberitahu kesan selepas
epidural adalah sakit pinggang dan proses suntikan dibuat beberapa kali
sekiranya tidak kena pada tempat yang betul. Doktor mengia kan info ke dua
Sally.. tapi pasal sakit pinggang tu.. katanya hanya mitos semata.. Epidural
dan sakit pinggang tiada kaitan.. kemungkinan pesakit tersebut mmg dah sakit
pinggang pun.. sajer jer nak salahkan epidural plak.. huhuuu.. Hmm… Sally malas
nak pikir pasal kesannya.. yang Sally tahu masa tu.. tolong ler cepatkan proses
dan hilangkan semua kesakitan yang ditanggung…
Lupa lak nama doctor tu… tapi Sally mmg
puji cara dia buat.. sungguh teliti.. walaupun jarum nyer kalau tengok.. mak
aiii.. mengerikan.. panjang sejengkal tau… tapi tak rasa sakit pun.. sama
seperti suntikan biasa yang kita dapat di bahu.. Mula2, Sally disuruh duduk
bersila tunduk membongkok sambil memeluk bantal… Bahagian belakang didedahkan..
Belakang dicuci sebanyak 3 kali.. setiap proses diterangkan. Satu suntikan bius
diberikan.. Sally hanya rasa seperti digigit semut sahaja.. kemudian suntikan
epidural dibuat.. di antara tulang belakang. Masa ni tak rasa apa walaupun
jarum nyer besar giler.. gerun melihatnya.. maybe kesan daripada suntikan ubat
bius tadi… Alhamdulillah... hanya dengan sekali cucuk jer, mmg kena pada tempatnya.... Doktor tak tersalah cucuk... kemudian satu saluran tiub dimasukkan sepanjang separuh depa ke
dalam badan melalui jarum besar tadi. Dihujung tiub itu terdapat 1 picagari
yang berisi ubat. Ubat dimasukkan kedalam badan.. masa ni terasa sejuk jer
belakang.. Sally dah bleh baring seperti biasa.. Dalam 10 minit jer lepas ubat
dimasukkan… segala kesakitan hilang sekelip mata. Proses pengambilan epidural
ni berlangsung dalam setgh jam gitu.. Ubat induce kedua diberikan… Dos agak
tinggi kata doctor… tapi tiada masalah coz dah ambik epidural. Induce ke dua ni
dimasukkan ke dalam botol air yang disalurkan melalui tangan Sally.. hmmm… tak
rasa aper pun… Masa tu kira2 pukul 11.20pagi… Bukaan masih 3cm. Doktor
menjangkakan Sally akan bersalin sebelum Asar.
Masa tengah tunggu bukaan tu… Sally
sempat berborak dengan nurse yang berada di labour room. Macam2 cerita
dibualkan.. al-maklum la dah tak sakit… Nurse2 pun peramah.. kat labour room tu
pun banyak ayat2 yang ditampal di dinding bilik untuk dibaca ketika bersalin..
untuk kurangkan sakit bersalin.. permudahkan proses bersalin dan macam2 lagi..
Sally cuba membaca sebanyak mungkin ayat2 tersebut agar tidak leka dan lalai
dalam saat2 melahirkan zuriat kedua kami. Masa ni… Sally dah tak kisah kalau
hubby dan mama nak ke bilik untuk berehat. Coz.. Sally dah tak rasa sakit pun.
Dalam pukul 2.30ptg gitu.. mama masuk ke labour room.. Kata mama, hubby tengah
tidur.. mereka risau kut2 Sally akan bersalin malam nanti.. kang kena berjaga
pulak.. so.. buat bekal tidur di siang hari.. kelakar betul diaorg… Mama duduk
di sisi katil Sally.. tengah borak2 tu.. Sally rasa macam ada air yang keluar..
Sally bgtau nurse… Nurse datang tengok… rupa2nya air ketuban pecah… Pun tiada
rasa sakit.. Cuma rasa lelehan air sahaja… Nurse datang bersihkan katil… dan
tukar cadar dan paper.. kali ni air ketuban pecah sendiri… kalau Adelina dulu,
doctor yang pecahkan.. Setelah cadar siap diganti baru.. paper berganti baru…
tetiba Sally rasa sakit mencucuk.. pelik pulak.. coz sakit datang tetiba.. kata
tak sakit langsung… huhuu.. Teringat kata doktor tadi, sakit akan datang bila tiba masa nak melahirkan.. coz dia dah setkan dos epidural. Dia tak mahu pesakit tidak dapat rasa apa semasa saat melahirkan.. Dia juga pastikan kaki tidak kebas dan boleh digerakkan untuk memudahkan proses push nnt.
Oleh kerana dah sakit... Sally bgtau ustazah yang berada di labour room. Kat
An Nisa’ ni.. selain daripada nurse, ada jugak ustazah yang bertugas dalam
menemani kita di saat2 bersalin. Tu yang best nyer.. ustazah terus memanggil Dr Roseliza.. Dr datang ke labour room 5 minit kemudian.. dan bila
dibuat check up.. bukaan sudah 10cm.. Ya Allah.. cepat nyer… dr 3cm terus 10cm..
bahagian kepala katil dinaikkan.. dan Sally ready untuk deliver our baby..
Sally sempat menoleh mama disebelah dan pesan untuk memanggil hubby yang masih
tidur di bilik.
Hubby dan mama datang dan mereka berdua
insan tersayang yang menemani Sally saat2 bersalin.. sama sepertia masa
Adelina dulu… hubby disebelah kanan… dan mama disebelah kiri.. proses
melahirkan agak susah bila Sally tetiba hilang punca bila masa nak kena push..
coz contraction tidak dapat dirasa… Rupa2nya inilah kesan epidural yang paling
ketara.. Bila kita rasa tidak sakit.. kita tak tahu bila masa sesuai untuk
push.. Sally hanya bergantung 100% pada arahan doctor. Lama kelamaan Sally jadi
lemah,.. hilang tenaga.. perut pun lapar sangat coz makan sikit jer pagi tadi..
mmg rasa lemah sangat.. Sally, hubby, mama dan semua yang ada di dalam bilik
menjadi panic.. hampir 10 minit baby tersangkut di muka rahim.. coz proses
untuk push baby tidak berhasil… ustazah, doctor dan nurse2 disekeliling tidak
habis2 berzikir dan memberi semangat kepada Sally.. Hubby di sebelah juga sudah
tidak keruan.. kata-kata semangat sentiasa diberikan.. dan Sally tgk mama sudah
mengalirkan air mata.. Doktor nasihatkan Sally untuk melepaskan geram dengan
sekuatnya. Sally sempat menangkap seorang nurse berkata untuk memikirkan orang
yang paling kita geram, bayangkan wajah nyer dan lepaskan geram sekuatnya..
Saat itu, puas Sally memikirkan muka siapakah yang ingin dibayangkan.. tapi
tiada… kerana Sally sudah maafkan semua insan di dunia ini sebelum masuk ke
labour room dan Sally juga harap mereka ampunkan dosa Sally sekiranya inilah
pengakhiran hidup Sally.. Coz kata orang bersalin ini ibarat mempertarungkan
nyawa.. Sally hanya berdoa
pada Allah dan tiada pun seorang insan yang tergambar difikiran masa itu.. Itu
tandanya Sally ikhlas memaafkan siapa sahaja… 10 minit baby sangkut dimuka
rahim.. dan akhirnya one final push… Alhamdulillah… Arissa Khayra lahir dengan
selamatnya di muka bumi ini. Doktor Roseliza menunjukkan baby dan jantina baby
pada Sally.. Sally hanya mampu tersenyum dan bersyukur ke hadrat Ilahi. Mula2
doktor agak risau coz Arissa tidak menangis dan semua bimbang sekiranya dia
telah lemas semasa proses kelahiran tadi.. 3 kali tepukan dibuat di belakang
baby dan akhirnya suara tangisan Arissa kedengaran.. Sally bersyukur panjang…
Masa kelahiran dicatat 3.07pm dan berat baby 3kg dengan ketinggian 53cm.
Alhamdulillah….
Masa Sally masih berada di labour room dan
doctor dgn prosesnya mengeluarkan plasenta dan sebagainya… Adelina dah sampai
di hospital.. Sepanjang tempoh Sally nak bersalin tu, dia berada di rumah Ma
Tok nyer dan dijaga oleh bibik. Hubby bawa Adelina masuk ke labour room. Bila
ditunjuk baby.. pada awalnya dia menunjukan reaksi rejection.. huhuuu… Sedih
plak tengok Nina.. Dia datang dekat Sally and give me a kiss.. Tak dapat nak
tahan air mata masa tu.. sedih sangat.. Rasa kasih mencurah2 pada Adelina dan
dalam masa yang sama.. kasih yang tak terhingga juga pada Arissa.. itulah
keajaiban kasih seorang ibu.. tiada beza antara anak-anaknya.. Perkara inilah
yang Sally duk fikir dalam proses kehamilan… tak tahu nak bayangkan macam mana
pengagihan kasih sayang antara anak-anak.. rupa-rupanya.. kasih sayang seorang
ibu tiada pembahagian.. semuanya lebih… semuanya sama..
So... camana keadaan Sally 10 minit selepas deliver baby??? Dah mampu tersenyum...
Now..
introducing Arissa Khayra.. our new arrival princess… second daughter of
a proud couple Suhaili and Ahmad Sabri.
U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring
tahniah sally...syukur alhamdulillah awak dah selamat :)