Saat Kehadiran Arissa – Part 2

Flash back lagi.....

22nd Nov 2012 (Khamis)

Barang semua dah disiapkan malam tadi. Semua dah masuk kereta siap2 lagi. Bibik terkejut beruk bila balik jer semlm, Sally suh dia kemas barang untuk balik ke Kelantan esok pagi... huhuuu... Sally menerima kunjungan my biras and my mother in law.. Semua macam tak percaya keputusan drastic yang Sally ambil untuk balik Kelantan di saat-saat genting tu… bertawakal jer laa.. Seawal 6.30pagi, we ols dah bertolak balik Kelantan. Adelina pun tak mandi lagi… Kejut bangun tidur terus masuk kereta… Dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim... we ols bertolak meninggalkan perkarangan rumah dengan niat dan doa yang satu supaya sempat sampai dan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.. Perjalanan selama 7 jam kami tempuhi dengan rasa bersyukur sangat bila jam 1.30ptg, we ols dah smpi di perkarangan Pusat Perubatan An Nisa’ Kota Bharu. Adelina dulu pun Sally bersalin kat sini. Dah berpuas hati dengan layanan dan juga khidmat dari Dr Roseliza. Dia mmg lembut orang nyer.. dan lagi2 dia dah tahu my pregnancy history. Semlm lagi Sally dah kol dan bgtau situasi Sally serta booking bilik siap2.

Lepas check up jer.. mmg sah air ketuban kurang. Dr Roseliza pun kurang pasti dan agak musykil biler Ampang Puteri lepaskan Sally balik. Keadaan agak serius dan bahaya juga dalam menempuhi perjalanan selama 7 jam.. huhuuu… gerun pulak Sally mendengarnya.. Nasib baik ler tak jadi aper2..  Yer laa.. masa kat Ampang Puteri tu pun.. dia x der ler scan dan tgk my water bag level pun.. just check contraction and double check bukaan jer.. huhuuu.. tak tahu ler mana silapnyer.. agaknyer terlalu ramai sgt patient kut… huhuuu..

Sally terus admit ke bilik Kaseh. Satu2 nyer bilik private yang tinggal. Yang lain dah full. Nasib baik ada sorang patient yang baru check out.. huhuu.. Dulu masa bersalin Adelina, Sally dpt bilik Cinta.. agak besar sedikit.. FYI, bg yg nak bersalin kat sini.. bilik Kaseh RM150 sehari.. dan bilik Cinta RM200 sehari.. keadaan bilik selesa siap sofa, carpet , aircond, wifi dan segalanya... dan harga yang mmg berpatutan sgt Sally rasa... kat KL dapat??? huhuu... x dpt dek nonnnn... Sally mmg berpuas hati dengan keadaan bilik di An Nisa’ dan layanan nurse di sana.. semuanyer baik2 belaka.. dan penuh dgn sopan dan kata-kata semangat yang berunsurkan keIslaman. Doktor pun semuanya wanita.. An Nisa’ merupakan hospital bersalin Islamic di Kelantan. Bg yang nak mencuba, Sally amat mengesyorkannya.. Bayaran pun ok.. Tak der ler mahal sgt. Kalau dulu masa Adelina Sally dikenakan caj RM3600 untuk 4 days di sana.. dengan proses induce yang beberapa kali itu… kali ni cuma RM2500 untuk 2 days dan ubatan2 yang diambil. An Nisa’ juga terus menawarkan khidmat bersunat bagi baby girl.. So, senang ler kan… Amboi.. Jah.. dah jadi duta An Nisa’ pulak ker??? Bukan aper.. sharing is caring… Keadaan bilik.. gambar??? huhuu... x smpt nak ambik Jah... masa kritikal.. lupa lak nak ambik gmbr..

Berbalik kepada cerita Sally, lepas dah admit petang  tu, Sally terus call mama. Mama terus jer datang ke hospital bersama family yang lain.. Mlm tu leh ler makan tom yam dan ayam paprika.. Niat di hati nak minum Coke Light.. hubby keluar pi carik, xder plak Coke Light kat Kelantan ni.. huhuuu.. kempunan akakkk… Maghrib tu, Dr Rozeliza datang ke bilik dan Sally di induce nyer.  Sejam selepas induce tu… mak aiii.. dah bermula ler saat2 sengsara… Sakit nyer hanya Allah sahaja yang tahu.. Habis semua ayat Sally baca.. mulut ni hanya sebut nama Allah sahaja… puas Sally minta ampun dari hubby dan mama… dan mereka berdua adalah insan yang berada disamping Sally sepanjang saat2 genting itu.. hubby hujung kepala melurut2 rambut dan dahi dengan harapan sakit Sally makin berkurang manakala mama pula di kaki memicit2 lembut sambil menenangkan perasaan anak bongsu nyer yang sedang menahan sakit yang amat sangat.. Hubby sembahyang hajat memohon doa.. dan Sally amat berterima kasih untuk itu dan rasa bertuah nyer diri memiliki suami sepertimu. Dek kerana terlalu sakit, Sally minta hubby panggilkan nurse. Check up dibuat kira2 pukul 11:00 mlm.. bukaan baru sahaja 2.5cm.. hanya 1cm daripada petang tadi… huhuu… berapa lama lagikah mau tunggu? Adakah 4 hari seperti Adelina juga.. Oleh kerana sakit yang tak tertahan, nurse berikan suntikan tahan sakit. Dengan serta merta Sally tertidur.. 




U ols dah baca kan... suka tak? LIKE dan SHARE ler.. Sharing is caring


0 comments:

Post a Comment

 
Sally's Thoughts © 2011 | Designed by Ibu Hamil, in collaboration with Uncharted 3 News, MW3 Clans and Black Ops